Tampak bahagia, sebaliknya ada amarah antara mereka. Selama sembilan tahun menyulam cinta sebelum kedua-duanya melayari bahtera rumah tangga bukan jaminan akan kekal selamanya.
Hari-hari yang dilalui saat bergelar suami isteri memang cukup indah. Namun, siapa sangka selepas lima tahun segala-galanya berubah.
Tarikh 15 Januari lalu, ternoktah jua perkahwinan yang dibina pasangan pelakon Diana Rafar, 33, dan Zamarul Hisyam, 44, apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai.
Biarpun sukar melepaskan insan tercinta, tapi perceraian adalah jalan terbaik buat mereka. Tiada lagi panggilan manja di rumah, hanya anak, -Kashfi Haiqal, 5, menjadi penghubung saat tidak lagi bersama.
Selama empat bulan memegang gelaran ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah buat Diana. Apa saja yang dilakukan seperti ada yang tak kena.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.