CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cuping

Penyanyi Era 70an n 80an

[Copy link]
Post time 30-3-2006 06:17 PM | Show all posts
pilihan aku... artis 80-an

Noorkumalasari,  Uji Rashid, Sudirman, AlleyCats, Tok Pah, Anita Sarawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2006 06:32 PM | Show all posts
aku minat Ramlah Ram
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 06:32 PM | Show all posts

Reply #21 itikganas's post

eh itik ni ttiba jek naikkan balik topik lama... aku pon dh lupa topik nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 06:36 PM | Show all posts
hehehe... best lah ungkap kembali topik topik silam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 06:37 PM | Show all posts
siapa ada lagu ramlah ram 'siapa yg bersalah' tu uploadla ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 01:19 AM | Show all posts
Sesapa ada info pasal Rosemaria, ex champ bintang RTM tahun bila ntah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2006 09:31 AM | Show all posts
suka  najib hanif yg bersuara jantan..razis yg romantis....ramlah ram...dayangku intan.....kathy....
azlina aziz...fran....etc
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2006 06:11 PM | Show all posts
Najib Haniff dulu keje TNB kat S.Perai..dia baru le kira suara jantan ..
Razis Ismail pulak selalu aku jumpa berjemaah kat Masjid Kg Baru.walaupun dia duduk Wangsa Maju.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2006 06:29 PM | Show all posts

Reply #29 matjawasp's post

razis ismail dok wangsa maju?
cmner dia skang?
dh gemok ke or slim mcm dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 07:06 AM | Show all posts
Nassier pandai jaga 'misai cari makan'
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Nassier akui dia tidak mengamalkan apa-apa petua keanggunan




KETIKA membelek-belek koleksi foto lamanya di Pusat Sumber Berita Harian, Jalan Riong, satu perkara melintas di fikiran. Kumis, gaya rambut, bentuk tubuh hingga lirik senyumannya tetap sama!

Itulah Nassier Wahab, anak jati Pulau Pinang yang dikenali ramai dengan lagu Memori Cinta Luka.

Dalam usia mencecah 44 tahun, Nassier tetap kelihatan segar dan pandai menjaga penampilan diri.

Nassier akui, dia tidak mengamalkan apa-apa petua keanggunan cuma keceriaan dalaman serta luaran menjadi faktor penampilannya tetap segar.

揝aya bersyukur dengan anugerah Allah dan tidak pernah mengamalkan apa-apa petua. Cuma apa yang penting, jangan sesekali kita menyimpan perasaan khianat atau busuk hati pada orang lain,
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2006 06:49 AM | Show all posts
Nassier Wahab rakam MTV Karaoke
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM



NASSIER WAHAB

SETELAH menunggu sekian lama untuk melihat lagu-lagunya diedar dalam bentuk MTV karaoke akhirnya impian Nassier Wahab tercapai juga.

Nassier kini sudah mampu tersenyum kerana album MTV Karaoke Koleksi Terunggul Nassier Wahab terbitan Music Valley sudah berada di pasaran sejak September lalu.

Jelasnya, idea untuk menghasilkan album MTV karaoke itu mula timbul apabila sambutan album kompilasi Koleksi Terunggul Nassier Wahab yang diedarkan enam bulan lalu menerima sambutan hangat daripada peminat.

揗elalui MTV karaoke ini, peminat dapat menyanyikan kesemua lagu-lagu saya. Memang saya rasa gembira sebab sudah lama saya tunggu kelahiran album begini. Ada di antara klip video dalam album ini, dibuat mengikut cerita dalam liriknya,
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:55 AM | Show all posts


Dayang Ku Intan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:56 AM | Show all posts


Hail Amir
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 03:57 AM | Show all posts
Azlina Aziz

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 08:49 PM | Show all posts
Ibnor tak suka terhegeh-hegeh dengan media
11-01-2007
Radin Sri Ghazali


"Apa guna jika saya terhegeh-hegeh memanggil media
jika saya tidak mempunyai sebarang projek serta album
untuk dipromosikan" (Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)


Ibnor Riza merupakan penyanyi yang dicungkil bakat daripada program Bintang RTM pada tahun 1984 merupakan antara penyanyi yang cukup popular di sekitar tahun 80an.

Namun, penyanyi yang bersuara lantang ini mengambil keputusan untuk menyepikan diri  daripada publisiti media untuk sekian lama.

"Apa guna jika saya terhegeh-hegeh memanggil media jika saya tidak mempunyai sebarang projek serta album untuk dipromosikan," ujar Ibnor ketika satu pra-dengar album "Kerongsang Jiwa" di pejabat Sony-BMG Records di Jalan Ampang baru-baru ini.

Walaupun mengakui mempunyai ramai sahabat di kalangan wartawan-wartawan senior, Ibnor masih enggan menggunakan persahabatan tersebut untuk meraih publisiti yang dianggap tidak berpatutan.

"Kemungkinan juga ramai yang ada dalam bidang kewartawanan sekarang ini adalah wartawan hiburan yang baru.

"Oleh kerana itulah ramai di antara kalian terlepas pandang dengan pembabitan saya dalam bidang nyanyian," jelas penyanyi yang berusia 45 tahun itu lagi yang bertegas bahawa dirinya masih bergelar penyanyi sepenuh masa.

"Saya banyak melakukan persembahan terutamanya private shows untuk kerabat DiRaja.

"Malah, saya seringkali menerima tawaran daripada stesen televisyen RTM untuk melakukan persembahan seperti Anjung Budi," tegasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai status rumahtangganya, Ibnor terus menjawab," Saya masih berkahwin dan bahagia. Malah saya kini mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 16 tahun."  

Kecewa dengan komposer generasi muda

Walaupun pernah merakamkan sebuah album kompilasi pada tahun 2005 yang berjudul The Best of Ibnor Riza, Ibnor masih enggan untuk merakamkan sebarang lagu-lagu baru untuk dijadikan album.

"Saya merasakan bahawa komposer-komposer yang ada sekarang masih dibayangi pengaruh alunan melodi yang lama.

"Lagu serta iramanya masih sama dan tiada perubahan di antara dulu dan sekarang," ujar Ibnor mengenai keputusannya untuk tidak merakamkan sebarang album yang baru.

Walaupun jualan album The Best of Ibnor Riza mencecah 25,000 unit, bekas juruhebah stesen radio negara Brunei Darusalam iaitu Rangkaian Pelangi ini berpendapat bahawa peminat-peminatnya tidak dapat menerima sebuah album yang memuatkan lagu-lagu baru secara mendadak.

"Saya mahukan lagu-lagu Melayu yang baru serta dapat diterima oleh semua golongan masyarakat di Malaysia. Bukan hanya segelintir sahaja yang dapat menerimanya.

"Kalau saya mahu membuat comeback, biarlah ianya dilakukan dengan cara yang betul dan berkesan," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, pasaran muzik tempatan menunjukkan kecenderungan pendengar-pendengar muzik untuk membeli album berbentuk kompilasi.

"Kita tidak boleh buat album mengikut selera kita sendiri. Malah, tujuan utama kita membuat album untuk dibeli oleh pendengar-pendengar muzik," tegasnya lagi.

Album 'Kerongsang Jiwa' yang akan diedarkan tidak lama lagi juga adalah sebuah kompilasi yang memuatkan sembilan buah lagu yang pernah dipopularkan pada era 60an, 70an dan 80an.

Antaranya seperti Pilihlah Aku, Tiada Lagi Cinta,  Mengenang Dikau Kembali dan sebuah lagu baru iaitu 'Kerongsang Jiwa'.

"Album ini bagaikan satu penghormatan kepada idola-idola saya menerusi bidang nyanyian seperti Latif Ibrahim, Black Dog Bone, Flybaits dan Carefree," ujar Ibnor mengenai tujuan utama album itu diterbitkan.

"Malah saya mahu membangkitkan semula lagu-lagu yang pernah popular pada suatu ketika dahulu di kalangan golongan muda kita.

"Generasi muda kini bagaikan tidak tahu menahu dengan artis-artis lama yang pernah berjasa untuk memartabatkan industri muzik negara," ujarnya lagi mengenai album yang bakal dipasarkan pada 30 Januari kelak.

Album itu turut melihat keberanian Ibnor mencuba beberapa genre baru seperti Reggae, Rock dan Irama Melayu Asli menerusi pengolahan semula beberapa buah lagu seperti Relaks dan Joget Kaki Lima.

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu-lagu balada seperti Meneka Dalam Kesamaran dan Mimpi Yang Tak Sudah bertekad untuk mencuba sesuatu yang baru untuk menyesuaikan diri dengan arus perubahan muzik tempatan serta citarasa terkini di kalangan pendengar muzik.

Ketika ditanya jika dirinya gusar apabila nyanyiannya akan dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi aslinya, Ibnor menjawab,"Saya tidak takut. Saya telah melakukan yang terbaik serta memastikan keaslian lagu-lagu yang ada tidak tercemar."
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 31-1-2004 12:43 PM


sebaya ker?
PMR 94
SPM 96?

qeqeqeqeqe
ntah ntah kawan kot..


kose pondan kannnn(nada kurang yakin)?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


promenad_P10b This user has been deleted
Post time 12-1-2007 10:49 AM | Show all posts

Penyanyi GAYA ZAKRY (setakat tahun lepas dia masih single lagi) begitu fofuler dlm tahun 1979. Masa lagi dia meletop letop, aku di sekolah menengah. Lagu Bunga Mawar, Derita Hatiku Tanggung Sendiri, Jika kau Belum Berteman, Joget Merindu Kasih dll menjadi siulan remaja seperti aku.

Tiap kali mendengar lagu Gaya Zakry ni, kenangan zaman rumaja menyelinap ke sanubari. Pada  Hari Raya tahun 1979, aku dan kengkawan lain antaranya Razak, Daud, Hashim, Tunggal, Ros, Asiah (Olak Lempit) sentiasa menyiulkan lagu Gaya Zakry ni dan bila sdng makan kuih raya, aku akan memasang kaset lagu Gaya Zakry ni dan di radio pung kerap lagunya keudara.

Gaya Zakry berwajah cantik dan manis, suaranya lemah lembut (sumpah aku tak cari lain) dan sememangnya  cukup ngetop dizamannya.

Lagu lagunya sememang bertaraf retro dan bagi aku albumnya sesuatu yg wajib dijadikan koleksi bagi peminat lagu2 tahun 70 n 80an.

   Nak dengau lagu Gaya Zakry kat sini -    http://www.geocities.com/gayazakry04/

Hidup retro!!!!

[ Last edited by  promenad_P10b at 12-1-2007 08:06 AM ]
Reply

Use magic Report

promenad_P10b This user has been deleted
Post time 12-1-2007 12:02 PM | Show all posts
Rosmaria idam rakam lagu terbaruOleh Rohana Mohd Nawi


Bekas juara Bintang RTM 1977 dan penyanyi lagu Di Pagi Aidilfitri itu sudah lama menetap di Kota Bharu, Kelantan

KEINDAHAN lirik lagu Di Pagi Aidilfitri yang sering berkumandang setiap kali hari raya, pasti mengimbau kenangan.

Namun di sebalik melodi indah itu, ramai pendengar generasi muda belum cukup mengenali penyanyinya meskipun nama Rosmaria Abdul Hamid, pasti begitu mesra telinga pada era 70-an dan 80-an.

Bagi Rosmaria, 50, situasi itu bukan suatu perkara yang menghairankan lantaran beliau sudah lebih 20 tahun tidak menghasilkan album terbaru.

Di Pagi Aidilfitri adalah satu-satunya lagu raya yang pernah dirakamnya menerusi album ketiga, sepanjang karier sebagai penyanyi selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM pada 1977. Penyanyi kecil molek dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini mula memahat nama dalam dunia seni apabila dinobatkan sebagai juara Bintang RTM.

Kemenangan manis bagi dirinya itu muncul selepas dua kali gagal ke final (1975 dan 1976). Ternyata, lagu Bunga Tanjung dan On The Other Side of Me, membawa tuah kepadanya dalam cubaan ketiga pada 1977.

Kemenangan itu akhirnta mencerahkan bintangnya dalam dunia seni apabila mendapat tawaran merakamkan album dengan EMI Malaysia dan Life Records. Hasilnya, muncullah album pertamanya, Dalam Mengenangmu yang mencapai jualan 50,000 unit ketika itu.

揝epanjang bergelar artis rakaman selama hampir 10 tahun, saya sempat merakamkan tiga album solo serta beberapa album secara berkumpulan dengani Allahyarham Sudirman, Uji Rashid, Hail Amir, Latiff Ibrahim, Gaya Zakry dan Noor Kumalasari.

揝aya juga pernah mengikut Kak Nita (Anita Sarawak) dan kumpulannya mengadakan konsert tour selama setahun selain menyanyi di kelab malam,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 05:24 PM | Show all posts
Herman Tino: Tolong bagi tahu saya masih hidup lagi!
12-01-2007
Oleh ZIEMAN



"Tolong bagi tahu saya masih hidup lagi. Saya harus menyanyi"
(Foto Utusan)


Bagaikan satu mandat penting yang ingin disampaikan petang itu apabila penyanyi kelahiran Jawa yang terkenal dengan imej kain pelikatnya satu ketika dulu, Herman Tino berkunjung ke pejabat dan menghulurkan CD barunya yang bertajuk "Memori Hit Herman Tino."

"Tolong bagi tahu saya masih hidup lagi. Saya harus menyanyi. Itu tanggung jawab saya. Ada 9 kain pelikat, tujuh dah pakai, tinggal dua lagi yang baru. Maknanya ada dua lagi album baru yang akan saya buat," kata Herman spontan.

Herman pernah terkenal satu ketika dulu dengan album Mengapa Dikenang Mengapa Difikir pada tahun 1984 dan mempunyai tujuh buah album namun mengambil keputusan menyepi diri dari dunia seni sejak 1989.

"Saya lupa saya ni sebenarnya penyanyi sampai lah EMI Records keluarkan Memori Hit saya baru-baru ini. Rupa-rupanya saya ni penyanyi, bisik hati kecil saya...," jelas Herman yang masih peramah seperti dulu.

Bagi Herman, seandainya "Memori Hit Herman Tino" yang mengandungi 28 buah lagu dapat menostalgiakan dia kembali, mungkin rezekinya masih ada dalam bidang nyanyian.

"Saya redha untuk sepi atas nama bangsa tapi peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini buat saya tercuit....," jelas Herman yang terpanggil untuk menyuarakan isi hatinya apabila melihat senario industri hiburan kita yang dia umpamakan "hidup segan mati tak mahu."

Herman malu

"Saya bukan emosi tapi malu bila melihat kawan-kawan mengemis. Saya kasihan apabila negara kita "diserang" oleh artis luar. Industri hiburan kita sudah lumpuh apabila "diserang" oleh Peter Pan, Shiela On 7, Slank, Samsons, Bawang Putih Bawang Merah. Berduyun-duyun generasi baru pergi menemui mereka.

"Perkara yang sama pernah terjadi pada tahun 1973 apabila kita dibanjiri oleh D'Lloyd, Mercys, Emilia Contessa dan ramai lagi.

"Namun semangat wartawan ketika itu cukup saya kagumi. Mereka cepat bertindak menobatkan Dhalan Zainuddin sebagai Superstar dan berjaya mengembalikan keadaan industri hiburan yang tengah nazak ketika itu. Timbul lah penyanyi Uji Rashid, DJ Dave, Latiff Ibrahim dan ramai lagi. Datang pula Black Dog Bone dari Singapura, tewas lagi kita," rancak Herman bercerita petang itu.

"Sekarang ni siapa yang hendak kita gelarkan Superstar?," lantang sekali suaranya bertanya.

Herman tidak dapat menahan perasaan malu apabila kawan-kawan artis terpinggir kerana senario itu pernah dialaminya dulu.

"Bayangkan industri hiburan kita sekarang sampai tidak ada yang nak menghiburkan bangsa kita sendiri. Ingatlah jangan sewenang-wenangnya mencebur diri dalam nyanyian kalau setakat nak glamor saja. Industri kita sedang sakit sekarang. Pemerhati macam saya perlu bersuara supaya generasi baru berkarya terus."

Herman sedikitpun tidak menyalahkan pemberita yang melaporkan tentang pembanjiran artis luar.

"Hiburan itu universal, tidak ada sempadan. Reporter sudah puas cuba menghebatkan artis kita tapi sayang sekali tidak ada yang hebat. Mereka terpaksa tulis artis kita hebat tapi produk kita masih juga tidak dapat dieksport," kata Herman.

Generasi baru tidak kenal Herman Tino

"12 tahun saya sepi. Kadang-kadang sepi itu sunyi dan tidak elok. Jadi pemerhati lama-lamapun tidak elok juga. Saya tidak tahu bagaimana penerimaan orang baru. Ada yang sampai tidak kenal saya lagi.

"Pernah saya ke satu majlis anugerah. Saya fikir tentu wartawan akan datang untuk temuduga saya. Sampai habis anugerah, seorang pun tidak datang. Saya sedih tapi saya juga tidak mahu menjual diri saya terlalu murah. Takut saya jadi murah. Kalau barang murah siapa yang hendak?," soalnya lagi.

Herman juga pernah disapa oleh seorang pemberita baru yang bertanya bila dia sampai dari Indonesia.

"Saya bukan orang Indonesia, saya Jawa Malaysia. Saya tidak boleh terima itu. Mentang-mentang telo saya pekat Jawa tapi saya lahir di Tanjung Karang," jelas Herman yang hidup bahagia bersama isteri tercinta Noraini Ibnu, juruhebah tersohor yang kini penyelia KLfm.

"Cuba tanya siapa yang tidak kenal Herman Tino dari Tanjung Karang, pencuri ayam. Itulah kerja saya dulu, suka mencuri ayam, mencuri kelapa. Sampai mencuri tujuh ekor ayam guru mengaji saya semata-mata untuk melihat persembahan Jeffry Din dan L.Ramlee," kata Herman.

Idea datang " on off "

Herman sudah merakamkan tujuh buah album dan tidak lama lagi, sebuah album baru akan menyusul. Album baru itu akan memuatkan lima lagu baru dan lima buah lagu lama.

Terlalu lama Herman meninggalkan daerah yang pernah menggamit memori indah ketika di usia muda. Kini di ambang 52, Herman terpanggil untuk berkarya dan menyanyi lagi.

"Mungkin orang akan terhibur dengan suara saya tapi tidak dengan rupa saya," katanya tanpa dipinta.

Lima buah lagu baru dalam album itu nanti adalah ciptaan Herman sendiri.  

"Masalahnya idea saya datang on off. Itu yang susah. Saya orang lama sudah menyepi 12 tahun. Nak nyanyi semula ni ibarat nak masuk gelanggang. Saya tidak tahu macam mana nak masuk gelanggang. Nak masuk gelanggang balik, saya kena tahu mana pintunya. Tidak boleh terus-terusan masuk, kena bagi salam dulu, cari kawan-kawan lama yang boleh membantu," katanya lagi.

Empat buah lagu baru yang akan dirakamkannya itu adalah Inang Mas Lama, Sikit-sikit. Hanya Setitik dan lagu Jawa Amit-amit Jabang Baiyak.

"Sikit-sikit itu lagu nasihat macam "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" tu harta, sikit-sikit lama-lama tinggal sikit itu nyawa. Sementara lagu Jawa, Amit-amit Jabang Baiyak, itu macam selalu orang tua-tua kita cakap ..."Selisih Malaikat 44" lah," kata Herman.

Album barunya besar kemungkinan akan diedarkan pada bulan April nanti.

"Saya bukan penyelesai masalah dan tidak gila pangkat. Saya hanya penyanyi biasa. Saya pernah dilarang menyanyikan lagu Rambut Perang, Derma Bukan Tontonan dan Warung Kopi tapi saya terus berjuang. Saya juga sama macam reporter yang melanggar arus.

"Saya tak tamat sekolah, setakat tingkatan tiga saja. Saya cuma nak menghiburkan kepala bangsa," kata Herman yang menjadi kontraktor binaan sepenuh masa setelah meninggalkan bidang seni.

Herman cabar komposer baru

Menurut Herman, sepatutnya komposer baru mencari penemuan baru seperti mana komposer Roslan Aziz yang menerbitkan album Sheila Majid dan album Hijau Zainal Abidin.

"Moralnya kita kalah. Apabila terbaca Search mengamuk kerana tidak ada penaja, saya kasihan. Satu grup yang hebat meminta-minta.

"Yang mampu saya lakukan sekarang ialah bersuara dan berdoa sebab saya tidak ada kudrat lain. Itu saja yang dapat saya lakukan agar komposer sekarang mencari satu penemuan baru. Tak kan komposer yang baru balik dari Berklee College hendak disuruh mainkan lagu-lagu baru. Mereka patut diberi peluang agar dapat membuat penemuan baru," jelas Herman lagi.

Menurut firasat Herman, semacam ada komplot yang tidak transparent dalam industri hiburan kita yang tidak mahu menerima ciptaan orang lain dan hanya mengutamakan kroninya saja.

"Seorang arranger yang bagus boleh mencantikkan mana-mana ciptaan dan bahan yang bagus ada di mana-mana terpulang pada arranger itu sendiri," kata Herman yang sudah mempunyai seorang cucu bernama Mukhriz ini.

Ayah kepada Yusno, 31 dan Herta, 22 yang sedang mengikuti kursus undang-undang di UIA, Gombak ini seterusnya berpesan kepada artis-artis baru agar berjalan dengan luhur.

"Begitu juga dengan komposer atau arranger. Mereka perlu memartabatkan diri, bina empayar balik, cari kecemerlangan baru. Jangan pencenkan komposer-komposer lama seperti S.Atan, Johari Teh, Fauzi Marzuki, Datuk Ahmad Nawab. Komposer baru sepatutnya menyediakan menu-menu baru. Jangan cakap... dah peminat hendak macam tu, kami pun buatlah lagu macam tu," tegas Herman lagi.

Tambahnya, "Komposer sekarang kena mencipta nama baru dan bukan bersembunyi disebalik nama-nama besar. Itu jalan mudah duduk belakang nama-nama besar.

"Penyanyi harus dibentuk komposer kerana penyanyi ibarat si pembawa bendera. Komposer jangan ambil jalan pintas menumpang di sebalik bendera atau nama-nama besar - itu bukan komposer namanya!"

Herman tidak kisah kalau kenyataannya akan menimbulkan kontroversi. Bagi anak jati Jawa ini, "saya penyanyi dan saya perlu bertanggung jawab."

Saya tidak ada niat nak popular lagi

Namun, sewaktu menjadi penyanyi di awal tahun 80an dulu, Herman pernah menimbulkan  kontroversi apabila dia menunjukkan protesnya dengan berjalan kaki dari Kuala Lumpur hingga ke Ipoh.

"Saya tidak pernah memberitahu kenapa saya bertindak begitu. Yang buat statement cuma syarikat rakaman saya. Sebenarnya saya ada sebab tersendiri kenapa saya buat begitu.

"Antara lain saya kesal dengan perubahan diri setelah bergelar penyanyi. Saya lupa daratan kerana asalnya saya orang miskin, tiba-tiba dapat kemewahan jadi lupa diri. Saya dipuji dan hampir tersungkur. Bakat yang dianugerah Allah perlu dijaga. Saya leka dan tidak menjaganya," cerita Herman lagi.

"Saya tidak pernah mensyukuri nikmat itu lantas saya berjalan kaki ke Ipoh untuk menenangkan hati. Tunggulah bulan April nanti kalau panjang umur, saya akan ceritakan kenapa dan mengapa saya buat begitu," kata Herman lagi.

Penglibatannya pada kali ini sekadar menjalankan satu tanggungjawab.  

"Saya pernah tewas dengan pujian. Yang seeloknya rahsiakan saja pujian untuk saya kerana saya takut lupa diri lagi.

"Saya pun tak berniat untuk popular lagi. Dan jangan juga sebut saya pernah popular. Saya pun tak disebut mantan dan saya berdoa jangan ada yang menulis arwah pada saya sedekat ini," katanya lagi.

Petang itu, Herman lengkap bertopi yang tertulis "Ojo". Bila ditanya, Herman berkata dia pernah merakamkan sebuah lagu Jawa bertajuk "Ojo Kesandung" satu ketika dulu yang bermaksud Sudah Terantuk Baru Terngadah.

"Saya cuba pakai logo itu supaya saya tak buat salah banyak...,"katanya selamba.

Dan sebelum mengakhiri perbualannya petang itu, Herman sempat berpesan, "Jangan cepat teruja dengan ucapan seorang artis seperti saya. Saya adalah penyanyi bahan tulisan!," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062857 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list