CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

[Lain-Lain] PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II

[Copy link]
Post time 22-4-2004 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 2452003 10:29 PM:


nengok kat mane??? asl x bagi tau?? :lol :lol

Tak pe a.. sblum nye pon aku dah nengok trailer crite nih.. mayb same kot??!.. tp, korang dah nengok blum clip video Pulangkan??? wa.. se ...


kat gambar atas tu laaa

dlm promo, masa kavita belek hadiah tu - kat luar tingkap tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2004 05:45 PM | Show all posts
PERINGATAN : ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER
*Perenggan yg mengandungi spoiler aku putihkan warna FONT nya...so kalau nak baca juga, sila highlightkan atau tekan Ctrl+A



Ulasan Filem Oleh : Nizam Zakaria (www.nizamzakaria.blogspot.com)

Jika diberi tajuk filem terbaru arahan Shuhaimi Baba; "Pontianak Harum Slut Malam" sudah tentunya filem ini akan digam. Jadi sesuailah filem ini dinamakan "Pontianak Harum S***** Malam". Itu pun, kalau tak salah saya, pada mulanya, nama ini telah mendatangkan kontroversi. Perkataan "S*****" dikatakan tidak sesuai digunakan.

Syukurlah filem ini lambat-laun dapat dibikin dan diselesaikan, dan akhirnya dapat saya tonton semalam di dalam acara pratonton Pontianak Harum S***** Malam (HSM) yang telah diadakan di GSC MidValley.

Pontianak HSM menceritakan tentang Meriam, seorang primadona yang berjaya menawan ramai hati yang menyaksikan tarian gamelannya. Sewaktu menari, beliau mampu terapung dengan sendirinya, ala David Blaine, ahli silap mata muda dari Brooklyn, New York.

Pada tahun 1947 di Kampung Paku Laris, dua orang bersahabat, saudagar Marsani (Azri Iskandar) dan Danial (Sharonizam) sama-sama jatuh hati kepada Meriam (Maya Karin). Tetapi Meriam akhirnya menerima Danial.

Meriam terbunuh ketika beliau sedang sarat mengandung. Bukan itu sahaja, suaminya Danial pula mati di tengah laut. Marsani kecewa dan rasa bersalah ke atas kematian Meriam. Dalam pada itu, Kampung Paku Laris mula diserang dengan kejadian aneh di mana penduduk-penduduknya mati dibunuh dengan kejam. Puntianak yang menyerang kampung dikatakan jelmaan Meriam yang ingin membalas dendam dirinya yang telah dibunuh ketika sedang sarat mengandung.

Penonton kemudian dibawa ke masa kini. Marsani yang masih hidup terus diganggu oleh beban peristiwa yang pernah dilaluinya pada waktu yang lalu. Marsani yang obses dengan rentetan cintanya yang tak berbalas ditambah lagi dengan rasa takut bahawa keturunannya akan dihapuskan oleh Meriam, mengambil keputusan untuk melawan usia tuanya. Dengan bersungguh-sungguh beliau menjalani pembedahan plastik dan rawatan ozon ala Micheal Jackson (Ini bukan "spoiler", tapi bila fikirkan Marsani, saya teringatkan kepada kepelikan Micheal Jackson, terutamanya di bahagian akhir filem).

Munculnya seorang gadis bernama Maria yang seiras Meriam di dalam hidupnya, menggusarkan jiwanya. Marsani menjadi semakin runsing apabila kejadian-kejadian ngeri berlaku kepada orang-orang yang terdekat dengannya...

Ingin saya tegaskan di sini bahawa filem ini adalah sebuah filem yang telah diarahkan dengan naratif visual yang indah di tambah dengan penekanan Shuhaimi terhadap lakonan yang bersungguh-sungguh dari para pelakonnya. Saya cukup terpesona melihat set serta kostum pelakon dalam adegan Kampung Paku Laris pada tahun 1947. Adegan tarian gamelan dibuat dengan begitu cantik dan halus sekali. Lokasi yang dipilih juga menarik, terutamanya rumah Hijjas Kasturi - Rimbun Dahan, yang dijadikan lokasi utama dalam babak-babak akhir filem ini.

Shuhaimi juga nampaknya begitu bersabar tatkala bercerita dan membiarkan penonton mengupas ceritanya ini tanpa gopoh. Penggunaan teknik imbas kembali (flashback) begitu berkesan untuk menguatkan jalan cerita sekali gus pemahaman penonton. Walau bagaimanapun, beberapa adegan mungkin terlalu mengejut tanpa kesinambungan yang wajar. Sebagai contoh, adegan kawan kepada Norman (Eizlan Yusof) yang mati secara tiba-tiba tanpa hujung pangkal.

Walaupun suntingan yang dilakukan Mior Hashim Manap kemas, saya rasa agak terganggu apabila montaj pontianak yang serupa diselitkan berkali-kali (untuk menakutkan penonton, barangkali). Skor Muzik Shamsul Chairel pula, adalah antara skor muzik yang terbaik untuk sebuah filem Melayu sejak akhir-akhir ini. Dalam hal efek bunyi pula, memang memuaskan, kerana tatkala menonton filem ini, adunan Dolby Digital Surround memang benar-benar dapat dirasakan.

Lakonan para pelakon memuaskan, lebih-lebih lagi lakonan Nanu Baharudin sebagai Laila dan Sharonizam sebagai Daniel. Saya agak kecewa apabila mendapati watak kedua-dua pelakon berbakat ini dimatikan setengah jalan. Watak mereka menarik, malah saya rasa apa yang berlaku di Kampung Paku Laris pada tahun 1947 jauh lebih istimewa dari Kampung Paku Laris pada zaman sekarang.

Jangan lupa untuk perhatikan lakonan "cameo" oleh pelakon-pelakon undangan seperti Azwan Ali, Shah Rezza dan Afdlin Shauki.

Kalau tidak salah saya, pelakon-pelakon filem ini mendapat tunjuk ajar dari Fatimah Abu Bakar dan Normah Nordin. Nampaknya mereka berjaya membuat para pelakon mendalami watak-watak mereka, kecuali Maya Karin. Lakonan Maya Karin agak kaku. Mungkin beliau perlu diberikan sedikit masa lagi untuk berlatih... Kalau diberi kuasa untuk memilih pelakon, saya rasa watak utama Meriam/Maria/Pontianak akan saya berikan sahaja kepada Nanu yang lakonannya jauh lebih mantap.

Seperkara yang saya kurang senang dengan filem ini adalah adegan-adegan mimpinya yang diadakan berkali-kali sehingga membuat saya sedikit muak. Nak tahu mengapa perlu diadakan adegan-adegan mimpi ini? Kerana pakcik dan makcik kita di Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengadakan garis panduan di antaranya:

1. Filem genre ini (seram) perlu ada elemen mimpi
2. Filem ini tidak boleh terlalu menakutkan, ganas, banyak berdarah dan tak boleh tunjuk keluar masuk kubur.

Bahagian-bahagian akhir filem ini telah diakhiri dengan satu lagi adegan mimpi (Marsani rupa-rupanya meracau-racau dalam mimpinya. Atau mungkin, pontianak yang kita lihat dalam filem ini sebenarnya adalah hasil imaginasinya sendiri - ala halusinasi John Nash dalam filem "A Beautiful Mind"). Entah dah berapa banyak agaknya filem-filem Melayu yang dibikin dan akan terus dibikin dengan elemen mimpi ini. Kalau macam itu, berikan saya kesempatan untuk memberikan istilah baru kepada genre filem seram Malaysia - "seramimpi".

Saya tidak salahkan Shuhaimi kerana membikin sebuah naskhah yang mempunyai "ending" yang sukar untuk saya terima, tetapi kepada pihak kerajaan, khususnya Lembaga Penapisan Negara kerana mengeluarkan garis panduan yang bukan-bukan dan yang akhirnya menyukarkan proses kreatif para pembikin filem. Maka, terhasillah produk filem yang dikeluarkan di pasaran, walaupun dibuat dengan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa hormat terhadap karya seni filem (seperti filem Pontianak HSM ini), menjadi produk seni yang ibarat kuah kekurangan garam. Ada sahaja yang tidak kena.

Shuhaimi Baba, dalam Nota Pengarah yang saya terima, telah mengatakan bahawa dengan adanya segala halangan yang ada, beliau tetap mahu meneruskan projek filemnya ini dengan harapan: "Akan datang kerajaan akan lebih terbuka bila melihat filem hantu kita mempunyai keunikan sendiri."

Saya cukup menghormati semangatnya ini. Sememangnya apa yang cuba dilakukannya ini bagus. Biarkan mereka yang begitu "arif" melakarkan garis panduan untuk pembikin-pembikin filem melihat sendiri produk yang akhirnya terhasil oleh pembikin-pembikin filem kita (baca: filem seramimpi).

Kita sebagai penonton pula perlu memberikan sokongan kepada Shuhaimi Baba dengan menonton filemnya ini (sememangnya filem ini agak fantastik dan indah untuk ditonton. Terutama pada bahagian awal filem ini yang mempunyai gaya dan rupa sebuah naskhah filem yang boleh dibawa ke festival filem!). Kita harus menonton dan menilai sendiri bahagian akhir filem ini, dan filem ini secara total. Sebagai penonton, kita harus bertanyakan kepada diri kita... Sampai bila agaknya harus kita diperkotak-katikkan dengan segala 'syarat dan garis panduan' yang ada. Tanyakan sendiri soalan ini kepada diri kita: "Adakah rakyat Malaysia begitu bebal sehingga tidak mampu menilai apa yang baik dan apa yang buruk dengan sendirinya sehingga perlu diadakan garis panduan ini semua?"

Secara ikhlas, ingin saya nyatakan bahawa filem Pontianak HSM ini berpotensi menjadi sebuah filem yang baik, malah antara filem Melayu terbaik sejak akhir-akhir ini, tetapi setelah ia dibuat dengan penapisan sendiri, dek mengikut garis panduan yang tidak masuk akal, akhirnya filem seramimpi ini hilang arah tuju dan berputar di pusaran kebingungan.

Rating: ***1/2

[ Last edited by GAIA on 30-4-2004 at 02:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2004 09:02 PM | Show all posts
Mimpi lagi???? :hmm:

Uhm.. seram s'benarnya nak tunggu filem ni ditayangkan. Bukan apa. Takut dikritik. (mcm aku plak yg director nye.. ehehe :lol).

Ish.. lakonan Maya kaku??? uhm.. :stp: Lain org lain citarasanya. Press x da komen ker???

[ Last edited by shanew3stgalz on 3-5-2004 at 01:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2004 09:13 PM | Show all posts
mimpi lagi ke?
tp rasanya tak la seteruk mistik kan

aku tetap akan gi cinema tengok citer nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2004 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 29-4-2004 09:13 PM:
mimpi lagi ke?
tp rasanya tak la seteruk mistik kan

aku tetap akan gi cinema tengok citer nih


Aku pon harap tak seteruk Mistik. :ah:

[ Last edited by shanew3stgalz on 3-5-2004 at 01:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2004 12:13 AM | Show all posts
x saba nk tgk..tgk prexview citer ni kat wayang kita macam besh lak..maya meneggek ateh pokok...muka seram woooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2004 02:18 PM | Show all posts
sorry lah....lupa lak nak maklumkan mengenai SPOILER....aku dah edit balik artikel tuh dan putihkan perenggan yg mengandungi SPOILER tuh....aku rasa lah...ending filem nie ala-ala kita tengok Identity atau Sceret Window...atau klimkas Beautiful Mind lah kot........ia seakan-akan ending yg membuatkan kita rasa "tipah tertipu"....tapi dengan cara yg pintar sedikit lah.......hmm...entahlah...kena tonton sendiri dulu barulah boleh komen...itu apa yg aku rasa saja....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2004 11:52 AM | Show all posts
Pontianak Harum S***** Malam - Pesona Pictures rayu LPF

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

PESONA Pictures Sdn. Bhd., merayu Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) agar dapat menukarkan pengkelasan filem terbaru terbitannya, Pontianak Harum S***** Malam.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM2.5 juta itu telah diklasifikasikan oleh LPF dalam kategori filem 18PL (untuk tontonan 18 tahun keatas).

``Tapi sejak dua minggu lalu, pihak kami sudah menghantar surat rayuan kepada LPF agar filem kami dapat diklasifikasikan kepada U (untuk tontonan umum). Sayangnya sehingga hari ini kami belum mendapat jawapan secara bertulis.

``Cuma apa yang kami diberitahu daripada sumber-sumber di LPF, mereka belum ada jawapan dan keputusan untuk perubahan klasifikasi filem berkenaan,'' kata Shuhaimi Baba selaku pengarah, penulis skrip dan penerbit, ketika ditemui selepas pra tonton filem itu di Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut Shuhaimi, sewaktu menulis skrip filem berkenaan, beliau tidak membayangkan ia akan diklasifikasi begitu kerana menganggap filem berkenaan adalah sebuah filem dongeng yang unik.

``Kami sudah pra tontonkan kepada LPF dan kami harap rayuan kami akan diterima kerana walaupun ia sebuah cerita hantu tetapi kami masih mengikut syarat garis panduan LPF.

``Antaranya, filem ini perlu ada elemen mimpi, tidak terlalu menakutkan, tidak ganas, tidak banyak darah dan tidak boleh tunjuk keluar masuk kubur,'' kata Shuhaimi yang menyimpan skrip itu selama 3 tahun sebelum diluluskan oleh LPF untuk terbitan.

``Bagi saya, adalah sesuatu yang merugikan kalau kita tidak menghargai cerita seram kita yang dianggap unik oleh orang luar.

``Buat masa ini saya mendapat sokongan daripada beberapa pengedar di Singapura, Indonesia dan Thailand untuk menayangkan filem ini di sana.

``Jika selama ini penonton kita disogokkan dengan filem-filem seram dan hantu dari Thailand dan Amerika, apa salahnya mereka menonton filem hantu kita,'' kata Shuhaimi.

Pontianak Harum S***** Malam akan ditayangkan di 30 pawagam seluruh Malaysia pada 15 Mei ini. Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura pada Jun diikuti Indonesia dan Bangkok.

``Buat masa ini pihak kami belum dapat pastikan bila ia akan ditayangkan di Bangkok. Jika perbincangan berjalan lancar filem ini akan ditayangkan dalam bahasa Thai,'' jelas Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, untuk melahirkan filem seram yang berkesan, syarikatnya membelanjakan RM100,000 untuk Dolby Digital Surround sementara untuk efek khas (CGI) mereka membelanjakan RM300,000.

Pontianak Harum S***** Malam dilakonkan oleh Maya Karin, Azri Iskandar, Rosyam Nor, Aziz Sattar, Ida Nerina, Nanu Badaruddin, Kavita Sidhu, Eizlan Yusof, Haiza, Sharifah Aleya dan Sharonizam.

Ia membawa kisah mengenai seorang primadona yang bernama Meriam menjadi rebutan antara dua lelaki iaitu Danial dan Marsani. Sayangnya Meriam hanya membalas cinta Danial yang akhirnya telah menimbulkan kemarahan di hati Marsani hingga membawa kepada kecelakaan dan merana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2004 08:37 PM | Show all posts
Gaia, ko letak warning spoiler pastu org yg reply lak pergi pecahkan spoiler tuh.... tolun  ler.. ...

..nampak nyer tipah tertipu lagilah gaya criter nie yek.. ader mimpi2!.bukan lah real
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2004 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by True-X at 1-5-2004 20:37:
Gaia, ko letak warning spoiler pastu org yg reply lak pergi pecahkan spoiler tuh.... tolun  ler.. ...

..nampak nyer tipah tertipu lagilah gaya criter nie yek.. ader mimpi2!.bukan lah real

sorry lah True X...aku terlambat taruk warning spoiler tuh......

BTW...bukanlah salah Shumi pesal kena ada mimpi tuh....salah LPF yang meletakkan syarat tuh...kalau ikutkan SHumi tentu dia nak buat yg lebih baik...tapi LPF yang menyekat kreativiti pembikin filem kita....

[ Last edited by GAIA on 2-5-2004 at 06:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2004 06:07 PM | Show all posts
Kerana pontianak Shuhaimi redah cabaran

Oleh Jamliah Abdullah(http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_04.htm)

BARANGKALI satu kelegaan untuk pengarah dan penerbit filem ShuhaimiBaba apabila menyaksikan Pontianak Harum S***** Malam akhirnya berjaya juga ke pawagam.

Kenapa tidak? Setelah tiga tahun mengusung skrip filem itu ke hulur hilir untuk mendapatkan penaja dan kemudian dirombak sebanyak lima kali, Shuhaimi tetap berazam untuk merealisasikan skrip itu ke layar perak.

Memang bukan mudah membikin filem seram Melayu lantaran syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Lantas kata Suhaimi, Pontianak Harum S***** Malam dihasilkan mengikut garis panduan LPFM yang antaranya filem itu perlu ada elemen mimpi.

Dalam erti kata lain hantu hanya boleh muncul dalam bentuk khayalan atau mimpi tetapi bukan realiti.

``Filem ini juga tidak boleh terlalu menakutkan, ganas, banyak darah dan tidak boleh tunjuk keluar masuk kubur,'' tambah Suhaimi. Tajuk filem itu sendiri sebelum ini sudah mencipta kontroversi apabila perkataan `S*****' itu ditukarkan kepada `sedap' kerana bahasa yang kurang enak didengar. Ia kemudian dikembalikan ke tajuk asal atas ketegasan pihak produksi mempertahankan maksudnya yang merujuk kepada bunga harum S***** malam yang sudah ketahui ramai.

Walaupun terikat dengan pelbagai syarat yang ketat, Shuhaimimengakui dia tetap menghasilkan filem itu dengan satu harapan iaitu menjadi perintis filem seram Melayu alaf baru.

``Kami berharap ramai akan lebih terbuka melihat filem hantu kita mempunyai keunikan tersendiri.

``Benarkan kami menghasilkan karya daripada genre ini tanpa disekat dengan elemen mimpi dan sebagainya kerana penonton sudah didedahkan kepada filem yang lebih dahsyat,'' kata Suhaimi.

Jika ada yang bertanya kepada pengarah itu kenapa memilih pontianak sebagai subjek utama yang diperkembangkan dalam filem itu, Shuhaimi akan menjawab ia adalah sebahagian daripada budaya hidup dan seni penulisan Melayu.

``Ini adalah cerita yang kita dengar sejak turun-temurun. Kenapa kita mahu menidakkan perkara itu kerana ini adalah hadiah daripada generasi lama yang unik dan tetap segar. Jangan terbawa-bawa itu saja,'' katanya.

Lebih tepat dan relevan dengan persekitaran hari ini, pengarah itu berharap penonton menganggap ia sebagai satu ekspresi seni hiburan yang dapat dihayati oleh semua bangsa.

``Bayangkan semua bangsa sama-sama meminati cerita seram kita, itu saja,'' katanya.

Shuhaimi turut melahirkan kebimbangannya agar kita bergerak cepat untuk meneroka kisah dongeng lama kita ke filem sebelum kisah seperti itu jatuh ke tangan orang asing termasuk Hollywood seperti yang dilakukan ke atas budaya dari negara lain.

Perjuangan Shuhaimi dan syarikat produksinya Pesona Pictures Sdn. Bhd. tentu sekali belum berakhir. Pada saat akhir sebelum Pontianak Harum S***** Malam ke pawagam, mereka tetap merayu agar mereka menukarkan pengkelasan filem itu daripada 18 PL kepada U iaitu untuk umum.

Pontianak Harum S***** Malam kini dikelaskan oleh LPFM sebagai filem 18PL iaitu untuk tontonan 18 tahun ke atas saja.

Shuhaimiturut memberitahu bahawa pihaknya sudah menghantar surat rayuan kepada LPFM berhubung dengan perkara itu tetapi masih belum menerima jawapan.

``Saya percaya isu itu tidak harus timbul kerana kami sudah mengikut syarat yang ditetapkan oleh LPFM sebelum ini,'' kata Shuhaimi yang terkenal dengan filem seperti Mimpi Moon, Layar Lara, Ringgit Kasorga dan Selubung.

Filem tersebut akan ke pawagam serentak pada 20 Mei 2004. Ia juga akan ditayangkan untuk slot tayangan tengah malam dan tengah hari pada 14, 15 dan 16 Mei ini.

Selain tayangan pawagam tempatan Pontianak Harum S***** Malam juga akan diedarkan ke Singapura dan Thailand menjelang Jun depan, kata Suhaimi.

``Tayangan di Singapura bermula pada Jun ini di Thailand pula masih dalam perbincangan. Untuk tontonan di Thailand filem itu akan dialih ke bahasa Thai,'' tambahnya.

Filem seram alaf baru ini tentu juga segalanya tentang kesan khas dan pengarah mempertaruhkan teknologi canggih yang berada di pasaran industri itu pada masa ini sepenuhnya.

Filem tersebut menggunakan teknologi terkini kamera digital High Defination (HD). Peralihan HD ke seloluid disiapkan di Digital Magic, Hong Kong. Sementara adunan akhir pula disiapkan dalam bentuk dolby Digital Surround di Digital Sound Cinecolor, Bangkok.

Untuk Pontianak Harum S***** Malam yang menelan belanja lebih RM2.5 juta itu, pihak produksi juga menggunakan imej penjanaan komputer (CGI) untuk memberi kesan khas yang lebih hebat.

Satu pakej filem yang baik tentu juga tentang lakonan, seni dan perwatakan yang akan menghidupkan filem itu.

Kata Suhaimi, dia mendapat komitmen baik daripada setiap pelakon dan krew filem yang terbabit. Pontianak Harum S***** Malam membariskan pelakon terkenal seperti Maya Karin, Azri Iskandar, Rosyam Nor, Ida Nerina, Nanu Badaruddin, Kavita Sidhu, Eizlan Yusof, Haiza, Sahronizam dan Syarifah Aleya.

Filem ini tentu saja bukan segalanya tentang pontianak tetapi tentang primadona gamelan dan kisah cinta yang tidak kesampaian.

Filem mengambil latar Kampung Paku Laris pada 1947 yang menyaksikan kegemilangan primadona gamelan diraja yang bernama Meriam.

Meriam lakonan Maya menjadi rebutan ramai lelaki yang terpesona dengan kejelitaan dan kehebatan tarinya termasuk dua pemuda kampung bernama Danial dan Marsani.

Meriam bagaimanapun akhirnya menerima cinta Danial dan menjadi isteri lelaki itu. Wanita itu bagaimanapun ditemui mati terbunuh ketika mengandungkan anak sulungnya.

Kampung Paku Laris kemudian dihantui oleh makhluk ganas yang dipercayai roh jahat Meriam yang muncul untuk membalas dendam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2004 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by GAIA at 2-5-2004 06:03 PM:

sorry lah True X...aku terlambat taruk warning spoiler tuh......

BTW...bukanlah salah Shumi pesal kena ada mimpi tuh....salah LPF yang meletakkan syarat tuh...kalau ikutkan SHumi tentu dia nak ...


Patut nye pihak LPF longgar kan sikit syarat tuh. Maju la sikit.. takkan asyik nak mimpi @ meracau aje.. bosan laa k'lau gitu.. rase kena tipu aje..

Baik x yah buat crite seram.. k'lau gitu. Aku arap le, pihak LPF amik pusing s'lepas r'mai karyawan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2004 10:47 PM | Show all posts
..REALLY NOT FAIR...

..camner ler..citer melyu nak laku dikalangan org melayu...
..memang ler kreativiti/kualiti tuh takkan terputus w/pun ader macam2 rules (macam industri flm Iran, still best..w/pun ketat peraturan).. tapi kat mesia nie criter cenggitu org lebih suker tengok kat tv jek.. kene ade suspen+seram+propaganda baru ler berduyun org yg gi panggung...



..just my 2 cent
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2004 07:59 AM | Show all posts
:spd:buek malu ajer kalau keadaaan ni berterusan , nak bawak filem seram malasyai ke festival luar negara buek kena golak:lol dgn penonton dan pengkritik.. asyik 2 kena mimpi ajo , kalau mcm ni dulu , sumpah org minyak p ramlee , last2 sekali si bongkok sebenarnya bermimpi , jumpa dgn bunian dan jadi cantik bila tertido semasa tgh print batiknyalol

rakyat malaysia ni dah cerdik sekarang , dah pandai menilai , kalau nak buat seram sgt letak ajer 18 pl , kalau buek mimpi2 ni , taruk ajer u , atau pun masukkan ajer dlm disney channel:lol

aku kalau maya karin , kayu ke tak mandi ke , sebat ajer.. dah minat lamo dah awek ni:geram: , nak tengok sikit tarian gamelan dia power tak :pmuka:
pontianak kalau cun mcm ni ,tak lari jumpo nih.. aku beli paku 4 inci kejor balik ado la:lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2004 04:42 PM | Show all posts
nak tengok!!!!!! tak sabarnye!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2004 05:27 PM | Show all posts
:geram::geram::geram:

...SAPER PENGARAH LPFN NIEH??!!....... nf:nf:nf:

..PATUT LER BERDUYUN ORG MELAYU TENGOK CRITER ANTU JEPUN/KOREA/HONGKONG/OMPUTIH..

kepada org LPFN... KAMI TAK BODOH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2004 06:26 PM | Show all posts
tapi...isskkk....semakin meluap2 rasa nak tonton PHSM nie......tertengok trailer baru dia kat GSC IoI mall Puchong tuh cam bestt jerk......trailer yg nie tak sama dengan yg kat website dia tuh....suka tengok footage Ana(Kavita) dok goncang gelang kaki Mariam(Maya zaman dulu) tuh....tetiba muncul "muka pucat" kat tingkap belakang dia.....

aku tak kisah sangat kalau ending dia mimpi....asalkan tak nampak terlalu bodoh kira OK lah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2004 06:32 PM | Show all posts
kiter pun baru jer tengok trailer.. nampak cam best lagi dari trailer criter antu melayu bfore nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2004 09:12 PM | Show all posts
Ye ker ???

: N'mpak nye lepas nih aku kene b'diri d'pan tv yg ade kat p'nggung le n'mpak nyer.. ehehe.. nak nengok trailer punye pasal.. :lol

Kire countdown laa nih ek.. lagi brape ari ek??? uhm.. lagi 16 hari, 2 m'nggu s'tngah.. uhm.. m'mang x sabo nih.. k'lau boley nak nengok mid-nite.. tuh pon k'lau ade..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2004 11:03 PM | Show all posts
aku rase pon citer ni cam best je....lame dah tak nengok citer seram melayu yg berkualiti....nengok mistik kena tipu ngan razak mohaideen...sampai bingit telinga aku dengar pelakonnya asyik jerit2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.104913 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list