CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8905|Reply: 2

Keadaan Zamri Baba bertambah baik

[Copy link]
Post time 19-6-2015 05:52 PM | Show all posts |Read mode


PELUMBA SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan dimasukkan ke hospital di Jakarta, dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIH), MuSHASHi Boon Siew Honda Racing Team berkata Zamri kini tidak lagi bergantung
kepada alat bantuan pernafasan.

Dia masih dirawat di hospital Siloam Karawaci, Jakarta, di bawah pengawasan pasukan pakar bedah saraf, berikutan kemalangan di Pusingan Dua Kejuaraan
Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor pada 6 Jun.

Kenyataan itu menyebut keluarga Zamri dan wakil daripada MuSASHi Boon Siew Honda berada bersama-samanya di Jakarta untuk memantau rapi  perkembangannya.

FIM melaporkan bahawa Zamri, 31, yang menunggang bagi pasukan MuSASHi Boon Siew Honda Racing Team, dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas dia  terbabas lalu merempuh kawasan batuan kelikir di tepi trek semasa perlumbaan itu.

Insiden kedua berlaku semasa perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila penunggang Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing dan pelumba  Thailand Jakkrit Sawangswat daripada AP Honda Thailand berlanggar ketika sedang menuju ke garisan penamat.

Menurut kenyataan itu Fadly telahpun menjalani pembedahan ketiga di kakinya dan dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa.

Sawangsat pula telahpun pulang ke rumah serta beransur sembuh, dan berkemungkinan besar akan kembali beraksi dalam pusingan Suzuka ARRC. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 03:49 PM | Show all posts

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do’a orang yang dizalimi.” (HR. Ahmad 2: 305. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih dengan berbagai jalan dan penguatnya)


ana sedang berpuasa..so ana doakan zamri cepat sembuh dan sentiasa dilindungi dengan rahmat Allah SWT..


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:42 PM | Show all posts
Alhamdulillah bertambah baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.532701 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list