CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7571|Reply: 49

[Jenayah] Mak Ayah Tak Hirau Proposal Kahwin,Kau Mengamuk Persis Incredible Hulk

[Copy link]
Post time 26-6-2015 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang pembantu juruteknik dipenjara 20 hari dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah melakukan khianat dan ugut terhadap ibu bapanya, hanya kerana mereka enggan berbincang tentang perkahwinannya,

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Ridzuan Mohd Tajudin, 34, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 23 Jun lalu.

Dia didakwa melakukan khianat terhadap bapanya Mohd Tajudin Jaafar, 72, dan ibunya, Fatimah Sanin, 75, dengan merosakkan perkakas elektrik dan pagar rumah membabitkan kerugian RM3,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah ibu bapanya, di Bandar Tun Razak, Cheras, pada 4.50 petang pada 23 Jun lalu, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.


Dia turut didakwa mengugut bapanya dengan mengacukan penumbuk ke muka mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi kesalahan melakukan khianat, Mohamad Ridzuan dihukum penjara 14 hari dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan manakala bagi kesalahan mengugut bapanya, tertuduh dihukum penjara 20 hari. Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Ditanya Majistret apa punca dia bertindak demikian, Mohamad Ridzuan berkata: “Saya marah mak kerana dia tak layan apabila saya ajak dia berbincang soal perkahwinan saya.”

Mohd Rehan turut bertanya mengapa dia mengugut bapanya, Mohamad Ridzuan berkata dia amat marah apabila kedua-dua ibu bapanya tidak menghiraukannya.

Ketika rayuan, peguam Ahmad Redza Mohd Noh yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah, abang kepada tertuduh bercadang mahu merujuk adiknya kepada pakar psikiatri kerana dia kerap tidak dapat mengawal kemarahannya.

“Tertuduh merupakan anak bongsu daripada lima beradik, masih bujang dan tinggal dengan ibu bapanya. Beliau telah insaf dan mahu diberikan peluang kedua,” katanya.

Sementara itu Pegawai Pendakwa, Inspektor Zuraimi Kamarozaman memohon hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana keganasan terhadap ibu bapa sendiri atau orang tua adalah tidak wajar. - Bernama






      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 9:31 PM   
«         »
                     
FOTO ihsan abcnews











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60158#sthash.QBSNWBzo.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 07:51 AM | Show all posts
adalah sebabnye tu... mak pak nye malas nk layan. ntah2 nk kawin tu mintak duit orang tua...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya dihumban ke penjara level 5,biar merepot xleh raya makan rendang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
yang mak ayahnya dah kenapa.
wlupun anak bongsu, dia dah 34 taun dah
bagi jela dia kawen.

tapi kalo dia kawen buat aniaya anak org, I second u macik pacik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 07:59 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 26-6-2015 07:52 AM
Selayaknya dihumban ke penjara level 5,biar merepot xleh raya makan rendang bagai

multinick sutun yg no life sorg tu pun harus kena penjara gak..... dah la hidup tarak guna.... kasi hukum gantung trus....
sian mod spidey.... jd lavabuster
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:00 AM | Show all posts
ellejo replied at 26-6-2015 07:53 AM
yang mak ayahnya dah kenapa.
wlupun anak bongsu, dia dah 34 taun dah
bagi jela dia kawen.

ade menda tak kena la tu mak malas nak ambik pot psl kahwin....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2015 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena masuk anger mnagement ni.. Siapa la pompuan yg nak kawin dgn si panas baran ni... Mmg tiap2 hr tadah badanla kena pukul...belum lg harta benda dlm rumah asik kena jd mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:14 AM | Show all posts
....Ketika rayuan, peguam Ahmad Redza Mohd Noh yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah, abang kepada tertuduh bercadanga. mahu merujuk adiknya kepada pakar psikiatri kerana dia kerap tidak dapat mengawal kemarahanny....

Baguslah kau tak payah kawen dek, ada masalah psikitari . Nanti 'terbunuh' anak orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 08:22 AM | Show all posts
panas baran melampau neh... mybe dr kecik dh camtu dn mak pak nya xnak layan sbb xnak anak org teraniaya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:25 AM | Show all posts
malas nk keje  ...kawen harapkan duit mak bapak
manja lebeh ker ?  lepas kawen nk kasik bini makan apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:27 AM | Show all posts
anger management
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak dia lagi kenal ank sdr
Ada sebab dia org xlayan bl ank ckp pasal nak kawin tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:35 AM | Show all posts
bodoh la tunang dia kalau sanggup nak meneruskan lagi perkahwinan..

tua bangka dah urusla sendiri perkahwinan tu ..makpak tu tua sgt dah..

penagih dadah kut ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:41 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: Seorang pembantu juruteknik dipenjara 20 hari dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah melakukan khianat dan ugut terhadap ibu bapanya, hanya kerana mereka enggan berbincang tentang perkahwinannya,

Bagi kesalahan melakukan khianat, Mohamad Ridzuan dihukum penjara 14 hari dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan manakala bagi kesalahan mengugut bapanya, tertuduh dihukum penjara 20 hari. Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.



so, total kena penjara sepatutnya 14 + 20 = 34 hari
bknlah 20 hr je kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:44 AM | Show all posts
naya kat perempuan je kalau kasi kawin lelaki sakit otak mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:51 AM | Show all posts
Mak pak tahu sangat perangai anak nya macam mana. Tu yang dorang boh layan je pasal hal kawin-mawin nya. Tu lah dik, kawal kemarahan tu sikit. Tak pasal-pasal beraya dalam Jail.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2015 08:51 AM | Show all posts
baran2 mc ni ada girlfren jgk ke ..
pandai berlakon depan girlfren kot..
kesian girlfren klau tk tau perangai sebenar dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 08:54 AM | Show all posts
anak bongsu...mesti dari kecik dimanjakan & ikutkan kehendak..
tak dpt benda yg nak mengamuk, then makpak bagi...
perangai bawak sampai ke tua... bila makpak makin tua & uzur of cos dah tak larat nk ikut..
tu yg jd kes mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:12 AM | Show all posts
ni belum kawin dh hulur penumbuk kat mak bapak, esok dah kawin disepak terjangnya anak bini pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 09:14 AM | Show all posts
pasti ada alasan kenapa tak dilayan.. #teamibudanayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.536696 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list