CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: warknee

hernia....

[Copy link]
Post time 28-6-2007 04:59 PM | Show all posts
cian bb kene hernia nih..
mesti mase bb tu menggeliat ke batuk ke..mesti benjol tu nmpk kan??sedih..ciannye..
hernia ni kire lebey kurang cam angin pasang la kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2007 07:55 AM | Show all posts

Reply #37 talapia's post

talapia,
Masa 1st buat operation kat putrajaya dulu, ada gak sorang budak tu cam anak awak, dia punya telur yg sepatutnya turun masa kita peknen tu x habis turun, mean cam takada isilah kan.
doc buat operation tuk turunkan telur tu ke tempat yg sepatutnya. pas tu doc jahit balik, supaya x naik balik.

cam my son tu telur dia turun tapi lubang tu tak sempat tutup habis, then kalau dia batuk ke meneran ke usus akan termasuk kat lubang tu.

Sekarang ni dah selamat operation kat SJMC, wait n C sampai lagi sebulan, kalau x de apa2 semua selamat lah. Saya rasa memang ada beza masa 1st operation ngan 2nd operation. Masa 1st operation dulu still ada bunyi cam kruk-kruk kalau dia bergerak. tapi kali ni tak. doc pun kata yg 1st operation dulu ikatan dia terbuka. Usus yg kat dlm tu dah nak tersimpul. kalau tersimpul leh bawa mati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 08:00 AM | Show all posts

Reply #38 alysa79's post

my son masa kecik2 memang tuam, tapi benda ni kejadian dlm perut kita masa ngandung. my son lahir pre-mature, tu sebabnya ada sesetengah bhgn tu x complete lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 03:01 PM | Show all posts

Reply #39 alysa79's post

Tak payah tunggu besar alysa, Iskandar tu, kalau amoi ke, anak dara orang ke dukung, mata mengantuk terus segar. Kaki tangan swinging tak henti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 05:00 PM | Show all posts

Reply #42 budakkecik's post

oo.. camtu eh? ha.. ye la kot.. sbb doc tu ada mention pasal jahit sket kt bag tu  nnti to make sure dia tak naik balik. tu je la yg kita paham. hopefully only small cut. kesianla kleu budak2 ni luka besar... alangkan kita ni ha. pon tak tahan apatah lagi dia. cukupla ummi nye aje yg kene 'belah' nak kuarkan dia... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 01:20 PM | Show all posts
Elakkan hernia berulang


JARING atau mesh akan digunakan bagi menampal lubang hernia. Kini terdapat kaedah laparoskopi yang mengurangkan parut dan sakit serta lekas sembuh.
--------------------------------------------------------------------------------

PESAKIT hernia boleh mengalami penyakit itu semula dalam masa beberapa bulan atau setahun selepas dibedah. Hal ini mungkin akibat pembedahan yang dilakukan.

Namun, bila ia terjadi setelah dua tahun atau lebih, nampaknya terjadi kelemahan fascia (tisu perantara yang membentuk sarung bagi otot-otot dan lapisan perlindungan yang mengelilingi organ lembut ataupun mudah tercedera tepat di bawah kulit) yang progresif.

憫Hati-hati bila hernia berulang. Kemungkinan besar hernia berkembang menjadi hernia inkarserat dan terjerut.

憫Untuk mencegahnya, pesakit harus menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut misalnya batuk dan bersin yang kuat, sembelit, meneran serta mengangkat barang berat,拻 saran beliau.

Misalnya, menghindari batuk-batuk yang berterusan dan berhenti merokok bagi pesakit yang mempunyai tabiat buruk itu. Sekiranya sukar membuang air kecil atau besar, jangan sampai meneran. Sebaliknya segera berubat dan diatasi dulu.

Andai pekerjaan pesakit membabitkan mengangkat beban berat, minta agar diberikan tugasan lain atas alasan perubatan. Pada wanita yang obes, dianjurkan mengurangi berat badannya.

Kesimpulannya, yang penting adalah menangani hernia sejak peringkat awal dan mengambil langkah- langkah pencegahan risiko lanjutan.

Jenis-jenis hernia

Terdapat beberapa jenis hernia yang biasa ditemui. Namanya disesuaikan mengikut tempat kejadiannya pada tubuh. Kebanyakannya berlaku di abdomen.

* Hernia inguinal (pemecahan) paling kerap ditemui di mana penonjolan sak peritoneum yang mengandungi lemak atau sebahagian usus, melalui dinding abdomen bawah (pelipat paha)

* Apabila sebahagian usus menonjol pada bahagian atas paha melalui titik arteri femoral dari abdomen ke paha, ia disebut hernia femoral. Wanita lebih banyak mengalami hernia jenis ini

* Di pusat, hernia umbilikal, paling biasa di kalangan kanak-kanak

* Di sekat rongga badan digelar hernia berdiafragma kongenital, kecacatan sejak lahir yang selalunya memerlukan pembedahan

* Hernia insisional, yang terjadi selepas pembedahan. Ini kerana, pasca pembedahan biasanya kekuatan tisu tidak seratus peratus kembali seperti semula. Bahagian itu kemudiannya menjadi lemah dan boleh mengalami hernia

* Hernia hiatus, satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan) yang menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.

* Hernia inkarserat, hernia yang bengkak dan tetap di dalam saknya

* Hernia takterturunkan adalah hernia yang tidak dapat dikembalikan ke tapak normal

* Hernia tercekik merupakan hernia yang terputus daripada bekalan darahnya, menjadi sakit dan akhirnya bergangren

Tip-tip pencegahan

* Kekalkan berat badan ideal yang disesuaikan dengan ketinggian. Berbincanglah dengan doktor atau pakar diet tentang pola makan sihat dan program latihannya jika anda berasa tubuh berlebihan berat

* Jadikan buah-buahan, makanan vegetarian dan makanan yang diperbuat dari beras atau gandum sebagai sebahagian dari diet anda. Makanan ini tidak hanya baik untuk tubuh tetapi juga mengandungi banyak serat yang akan menghindari tubuh daripada mengalami masalah sembelit dan meneran

* Berhati-hatilah ketika mengangkat bebanan yang berat. Jika itu tidak dapat dielakkan, angkatlah dengan cara membengkokkan lutut anda dan bukannya bahagian punggung atau jangan mengangkatnya sama sekali!

* Berjumpalah doktor apabila berasa sakit. Jika mengalami batuk yang lama akibat dingin atau bersin terus-menerus disebabkan alergi, berjumpa doktor untuk merawat batuk dan mengambil ubat alahan. Berhenti merokok. Rokok dapat menyebabkan batuk yang berpanjangan dan hal ini akan menegangkan otot perut.

Soal jawab lazim

Bagaimana mengenal pasti hernia (diagnosis)?

Doktor akan minta anda batuk, mengemut atau berdiri untuk melakukan pemeriksaan fizikal. Bahagian yang menonjol keluar boleh ditekankan masuk dengan tangan.

Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jarinya, apakah masih boleh dimasukkan kembali ke dalam perut atau tidak. Rawatan yang akan dilakukan bergantung dari pemeriksaan tersebut.

Kenapa hernia patut dibedah?

Semua hernia harus dibedah. Usus boleh menonjol keluar melalui lubang hernia, mengakibatkan usus tersumbat. Pengaliran darah ke usus terganggu dan akhirnya usus bocor dan mati

Bilakah pembedahan patut dilakukan?

Semua hernia patut dibedah awal selepas berjumpa doktor, biasanya dalam masa beberapa hari atau minggu. Bagaimanapun, hernia yang berkomplikasi mesti dibedah secara kecemasan.

Jenis pembedahan yang biasa dilakukan

Kegunaan jaring atau mesh untuk menampal lubang dengan cara pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi

Apa itu pembedahan laparoskopi untuk hernia?

Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan panjang untuk menebuk bahagian badan. Ia boleh menampal tempat hernia yang berlubang dengan mesh atau jaring. Cara baru ini mengurangkan kejadian hernia berulang. Parut dan kesakitan pun kurang.

Adakah jaring atau mesh itu selamat di dalam badan?

Mesh diperbuat daripada sejenis plastik (polypropylene). Ia tidak mengandungi protein. Maka ia tidak mengakibatkan alahan atau penolakan di badan.

Apa yang harus dilakukan jika mesh dijangkiti kuman?

Infeksi mesh jarang berlaku. Biasanya komplikasi ini boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.

Jenis hernia yang manakah boleh dibedah secara harian (day care)?

Hernia seperti inguinal, umbilikal, femoral atau insisional boleh dibedah secara harian, bermaksud pesakit boleh datang dan balik ke rumah selepas pembedahan pada hari yang sama. Hernia yang besar atau berkomplikasi tidak boleh dibedah secara harian. Hernia yang kecil boleh dibedah dengan bius setempat sahaja.

Bolehkah saya dibedah jika mempunyai masalah perubatan lain?

Kebiasaan pesakit yang ada penyakit seperti jantung, diabetis, tekanan darah tinggi yang terkawal boleh dibedah dengan selamat. Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan diizinkan.

Berapa lamakah masa diambil untuk sembuh?

Pesakit sembuh dengan cepat dalam masa beberapa hari sahaja. Pesakit boleh menjalankan rutin seharian seperti biasa, tanpa gangguan dengan selamat.

Bilakah saya boleh kembali bekerja?

Kerja-kerja pejabat boleh dimulakan dalam 2-3 hari. Pesakit boleh memandu kereta ke pejabat. Kerja ringan boleh dijalankan dalam 10-14 hari. Kerja berat memerlukan 3-4 minggu rehat.

Bilakah saya boleh mula bersukan?

Tiga hingga empat hari selepas pembedahan, pesakit boleh berjalan pantas, berenang dan joging. Lima hingga tujuh hari selepas pembedahan, pesakit boleh bermain golf, bermain ski dan kasut luncur, boling, bola lisut dan memanjat.

Selepas 10 hingga 12 hari pembedahan, pesakit boleh bermain tenis, berbasikal dan menyertai sukan memanjat gunung bermotosikal. Dua minggu selepas pembedahan, tiada sekatan untuk sukan seperti bola sepak, hoki, angkat berat dan besbol.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.169767 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list