CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 4

Pakar perangai kucing

[Copy link]
Post time 14-8-2015 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Jackson Galaxy dikenali sebagai ‘pendengar si kucing’ dan ‘pakar perangai kucing’ dalam kalangan peminat rancangannya, My Cat From Hell di Animal Planet (Astro saluran 556).
Bakal menjejakkan kakinya ke Malaysia tidak lama lagi, ikuti temu bual bersama hos yang serba ceria ini.




Soalan: Bagaimana anda dilatih menjadi pakar dari segi perangai kucing?
Jackson Galaxy: Saya berlatih menerusi pengalaman. Saya mula bekerja di tempat perlindungan haiwan kira-kira 20 tahun lalu. Saya dikelilingi oleh kucing.
Untungnya, saya tidak mempunyai pengalaman langsung mengenai perangai kucing. Saya tidak pun membesar dengan kucing sebaliknya, saya membesar dengan anjing.
Tetapi saya dikelilingi oleh kucing. Ada 50 kucing atau lebih sewaktu saya bekerja yang saya fikir, sangat ketara kucing memang sukakan saya. Dalam bilik yang penuh dengan orang, kucing datang pada saya. Kucing ini perlukan tempat perlindungan, mungkin ada masalah dan apa yang boleh saya lakukan untuknya. Jadi saya pun mula menjaga kucing ini dan banyak membaca. Saya juga bercakap dengan pakar kucing meskipun tidak ramai yang terbabit dalam bidang ini.





Soalan: Kami semua tahu apa yang ada di dalam kotak gitar anda. Apa yang membuatkan anda memilih kotak gitar untuk membawa alat mainan kucing?
Jackson Galaxy: Mudah saja. Jika anda pernah lihat mainan kucing yang saya gunakan, ia berupa batang pancing dengan tali dan bulu di hujungnya. Saya gunakannya setiap hari. Dan jika anda memang pemain gitar, memang ia sangat sesuai untuk membawa alat mainan itu.




Soalan: Adakah anda mempunyai jenis kucing yang digemari?
Jackson Galaxy: Tidak dan saya tidak pernah bertemu dengan haiwan yang saya tidak suka. Kelakarnya, saya dan isteri ada perjanjian jika satu hari nanti kami berpindah ke rumah baru, kami juga akan membela keldai dan kambing kerana kami berdua memang sukakan keldai.




Soalan: Ceritakan sedikit mengenai buku baru anda, Catification.
Jackson Galaxy: Catification adalah kerjasama antara saya dengan Kate Benjamin. Dan Kate seorang pakar dandanan kucing. Sewaktu mula bertemu, saya fikir kami memang sepadan. Tetapi saya hanya berminat untuk menguruskan kucing manakala dia pula berminat membantu manusia menguruskan kucing kerana tiada siapa mahukan kucing mereka menguasai tempat tinggal masing-masing.




Inilah cara menunjukkan bahawa anda boleh menjadikan kediaman cukup menarik untuk pemiliknya dan pada masa sama, masih boleh membela kucing dengan baik. Buku ini pula cukup terkenal dan kami memang gembira. Malah buku baru, Catify to Satisfy, akan diterbitkan akhir tahun ini.
Menyebut mengenai Catification Nation, ia satu komuniti di seluruh dunia yang berkongsi segala hal mengenai kucing. Kami juga belajar sesama komuniti ini mengenai kucing.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2015 12:08 AM | Show all posts
Soalan: Ini bakal menjadi kunjungan pertama anda ke Malaysia. Anda teruja?
Jackson Galaxy: Tentu sekali saya sangat teruja. Sebagai pakar kucing, saya tidak pernah mengembara luar dari Amerika Syarikat dan saya tidak tahu bagaimana rakyat Malaysia melayan kucing mereka. Tetapi saya anggap ia serupa di mana saja dan kita sama menyayangi kucing kita. Apapun, saya teruja melihat kucing dalam budaya berbeza dan mendapatkan maklum balas daripada anda semua.





Soalan: Apa yang peminat anda jangkakan apabila anda membuat penampilan umum yang pertama di Kuala Lumpur nanti?
Jackson Galaxy: Pertama sekali, tentulah waktu yang menyeronokkan. Ada pelbagai aktiviti menarik, banyak ketawa sdan tentu sekali, mereka akan lebih mengenali kucing masing-masing. Itu janji saya.
Tidak kira sebagaimana mendalamnya anda mengenali kucing anda, saya boleh katakan anda akan mempelajari sesuatu perkara mengenai kucing masing-masing. Kemudian, apabila anda pulang ke rumah, anda akan berikannya hadiah. Anda akan lebih mengenali kucing anda apabila anda pulang ke rumah kali ini.






Jackson Galaxy yang juga dikenali sebagai Cat Daddy akan berada di Sunway Pyramid pada 6 Ogos ini untuk memperkatakan mengenai perangai kucing selain memberi tip penjagaan kucing mulai jam 7 malam.
Pada masa sama, pelbagai aktiviti menarik diatur mulai jam 11.00 pagi hingga 8.30 malam.
Sekiranya anda peminat kucing, rebut peluang untuk bertemu dengan Cat Daddy ini, malah boleh membawa pulang buku berjudul Catification yang ditandatanganinya.





Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 10:59 AM










Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhyoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhyoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhyoooo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.089031 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list