CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2973|Reply: 6

Kegagalan Strategi Malaysia Airlines

[Copy link]
Post time 4-9-2015 05:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by system_failure at 4-9-2015 06:45 AM

1 September yg lepas bermulalah lembaran baru bagi National Flag Carriers negara kita yg kini bernama Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Sejarahnya bermula 77 tahun yg lepas dgn nama Malayan Airways Ltd. yg berpangkalan di Singapura.
Pada tahun 1963 selepas pembentukan negara baru Malaysia, namanya ditukarkan kpd Malaysian Airways Bhd.
Kemudian pd 1966 selepas pengeluaran Singapura dari persekutuan, kedua2 negara membentuk kerjasama didlm industri penerbangan dan syarikat penerbangan baru dibentuk iaitu Malaysia-Singapore Airlines (MSA).
Pada 1972 kedua2 negara menghentikan kerjasama penerbangan. Malaysia membentuk syarikat baru yg bernama Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) manakala Singapura membentuk Singapore Airlines (SIA).
Kini, pada 2015 negara kita telah menamatkan syarikat MAS (yg berusia 42 tahun sejak 1972) dan membentuk MAB atas faktor kemelesetan kewangan. Sedangkan kembarnya pula dah jauh meningalkannya dan semakin terbang tinggi disana..

Dimanakan silapnya MAS?
-Kerana kewujudan syarikat penerbangan tambang murah?
-Kerana cukai airport yg tinggi?
-rakyat tak suka melancong?


Sebenarnya punca utama kejatuhan MAS ialah tak pandai bermain strategi. Itu je.
Jgn nak salahkan kewujudan Airasia.
Memang betul sebelum wujudnya Airasia, MAS memang megah dizaman kegemilangannya, tetapi jika menyalahkan Airasia maka org tu patut masuk darjah 1 balik belajar semula perniagaan dan strategi.

Pesaing sebenar bagi MAS ialah airlines yg sama taraf 5 bintang yg wujud di rantau ini, contohnya Singapore Airlines, Garuda Indonesia, Thai Airways, Emirates, Cathay Pasific dan lain2.
Dan peluang besar bagi MAS ialah bagi sektor penerbangan antarabangsa, bukannya penerbangan dlm negeri atau domestik.
Org gila mana dlm khazanah yg suh jual pesawat penerbangan jauh dan tumpukan pada penerbangan domestik je? Nak lawan Airasia ker? Bodoh piang.

Bukan semua penumpang inginkan syarikat penerbangan tambang murah terutamanya apabila memilih penerbangan jarak jauh misalnya ke jepun, london, paris, uganda...
Bagi sesetengah penumpang keselesaan adalah penting.
Lagi satu, pengiklanan juga memainkan peranan utama.
Mcmana cara MAS buat kerja? hampeh!

Jom kita buat survey mudah..
Try search flight MAS dari KL ke LHR (London) pada satu tarikh misalnya 12/09.
Cuma ade 2 penerbangan je dlm sehari. Harganya RM3183.
Try search Emirates dari KL ke LHR pd tarikh yg sama, harganya RM3858.
Try pulak search SIA dari SIN ke LHR, harganya gila bapak mahal RM5783.
Dah ler mahal, pastu ada 4 flight dlm sehari pulak tu.
Jadi kesimpulannya sebahagian besar penumpang SIA bukan singaporean, tapi adalah org luar...


So, apa MAS dah buat?
You are now known as an "Airasia" compared to other airlines like SIA and Emirates.
Kalau SIA boleh ada 4 penerbangan sehari, apasal kau yg lebih murah tu buat 2 penerbangan jer?
Adakah ko nak salahkan penumpang tak suka melancong? atau takde customer?


Kementerian Pelancongan pun satu hal jugak. Bodoh lagi Bebal.
Aku tak tahu statistik berapa ramai rakyat malaysia yg fly abroad using SIA, sebab aku ni keje jual nasik lemak je kat tepi jalan..
Kementerian yg sepatutnya ada statistik tu. Mereka boleh detect berapa banyak malaysians yg masuk singapore dan fly away menggunakan changi airport.
Kejadahnya ada passport canggih tapi tak boleh nak detect in /out kemana2 sahaja terminal didunia nie?
Atau mereka2 yg keje di kementerian tu tido jer?

Aku percaya ramai malaysians fly abroad menggunakan airlines luar. Salah satunya adik aku sendiri.
Adik aku keje dgn MISC dan selalu travel around the globe. Bayangkan MISC tu salah satu syarikat GLC milik Petronas tetapi bila nak fly je mereka byk guna airlines luar seperti SIA, cathay pasific, emirates dan uganda airlines...
Padahal aku dah semak tempat2 yg adik aku pegi tu kebanyakannya pun MAS ada pegi jugak.
Gila apa pakai airlines luar seperti uganda airlines?
Dah kenapa taknak guna airlines kita?

Malaysia Airport Berhad (MAHB) pun satu hal jugak.
W'pun ko adalah entiti berlainan dgn MAS tapi apa salahnya support company negara sendiri?
Apa salahnya ko naikkan tax kpd airlines luar yg kebetulan sama route dgn MAS punya?
Bila tax MAS murah, automatik harganya pun murah. Itu pun tak reti ke? Apasal sama je tax dgn sume airlines?
Tapi sebagai sebuah syarikat perniagaan, itu adalah hak MAHB utk naik atau turunkan service tax. Sepatutnya tugas kementerian pelancongan yg kena jadik org tengah. Ni apa yg dia buat? Bodoh.


Cuba tgk mcmcna cara Tan Sri Tony Fernandes berniaga.
Cuba lihat apa latar belakang dia.
Dia dtg dari industri airlines ker?
Dia dtg dari industri muzik tau!

Cuba lihat sejarah Airasia.
Ianya ditubuhkan pada 1994 oleh kumpulan DRB-Hicom tetapi oleh kerana beban hutang yg byk ianya dijual dan Tony Fernandes membelinya pd harga RM1 je berserta hutang yg tersedia ada iaitu RM40 juta.
Kan bagus kalau Tony Fernandes setup je company baru? Ni awal2 je dah mewarisi hutang.
Tapi org mcm dia mempunyai wawasan yg tinggi, dia berjaya menaikkan nama Airasia ketempat yg dia berada sekarang.
Tak heran sebab ada sorang lagi tokoh genius ekonomi dibelakang dia iaitu Tan Sri Rafidah Aziz.
Tun M pernah kata kalau bukan kerana Rafidah Aziz tu prmpuan dah lama dia dilantik menjadi apprentice dia selain Tun Daim dan 7 lagi tokoh lain termasuk DS Anwar. (malangnya PM selepas itu iaitu pak lah dan najib bukan dari list aprentise Tun M yg asal).


Cuba tgk jumlah pesawat Airasia. Sekarang ni mereka memiliki 188 buah pesawat A320 dan ada 341 buah lagi sedang ditempah.
Apa yg MAS ada? Mereka cuma ade 60 bijik je B737 (yg sama saiz dgn A320).
Tu pun ada hati nak bersaing pasaran domestik dgn Airasia??

Dan yg terakhir adalah perang harga.
Aku ni pun frequent flyer jugak. Setiap kali aku mesti compare harge. Yelah, keje sapu sampah mcm aku ni kena la pandai menguruskan ekonomi iya dok?
Kekadang aku cuma balik ke kelantan sehari dua je. Beg kekadang tak bawak pun. Dtg bawak bontot jer sebab baju dan barang2 aku pun ade kat kb.
Jadi betul la konsep yg tony fernandes cuba perkenalkan iaitu dia nak membentuk travelling by air tu sekerap travel by bus.
Bukan semua org akan membawa bagasi yg byk. Sebab tu la dia cuma allow free hand baggage 7 kilo aje.
Bukan semua org nk travel lama. Sesetengah tu cuma balik hari jer...
Pastu, bukan semua org nak melantak bila dlm flight terutama penerbangan jarak pendek.
Bukan semua org nak ambik insuran, apatah lagi insuran tu hanya utk kehilangan beg dan kelewatan flight yg melebihi 2 jam dari jadual jer...
Sebab tu dia boleh offer harga yg lebih murah.

Tapi perang harga yg sebenar ialah pd web online itu sendiri.
Frequent flyer mcm aku ni memang perasan apa dia secret recipe Airasia.
Airasia akan buat harga runtuh selalunya selepas pukul 12am jumaat.
Waktu tu kebanyakan org dah mampus tido atau dah balik kampung sebab cuti sabtu dan ahad.
Pastu limited time jer, bila dah menjelang subuh korang dah tak dapek laa rege tu lagi..
Lagi satu trick yg Airasia buat ialah pada step ke4 iaitu masa nak pilih seats. Katalah sy nak fly lagi seminggu tapi bila time nak pilih seats ade byk lagi seat kosong, baik tanguhkan aje, sebab konpem last minit nanti dia akan jual semurah RM39 jer. Aku dah byk kali enjoy harga nie
Malah mana2 destinasi kat dlm semenanjung ni, harga yg termurah yg aku dpt jumpa selalunya ialah 39 hinggit. Ini bermakna 39 tu adalah harga kos per seat.

So, dlm sesetengah situation yg tak byk penumpang, takkan Airasia nak fly dlm keadaan flight tu byk kosong kan?
At least jual pd harga kos baru dpt mengelak kerugian. Ni basic perniagaan maa...
Katalah korang jual rambutan RM100 sekilo tapi akhirnya takde org beli, at least korang jual ler pada harga kos iaitu RM2 jer sekilo. Daripada menangung kerugian tak terjual langsung... tak gitew...

Apa yg MAS buat?
Katalah hari ni harga dia RM100, seminggu kemudian pulak harga dia RM200 sebab dah nak dekat tarikh terbang.
Memang Airasia pun ada buat mcmtu, tapi dengan syarat seats byk dah terjual. Boleh ler demand harga sehingga RM2.6 billion per seat.
Masalahnya, aku tgk MAS pulak byk seats hantu w'pun pada saat2 akhir nak terbang.
Aku pernah jumpa 1 flight tu yg cuma 1/4 je penuh. Sampai last minit pun still tak ubah harga dlm sistem dia. Pastu aku agak mesti flight tu akan di cancel atau postpone. Tapi dia tetap terbang jugak! Gila bodoh.
Mcmana MAS tak merungut tak dpt cover harga bahan api?
Ko ingat Airasia terbang pakai air kencing ker? Mereka pun pakai minyak jugak.
Aku yg keje sapu sampah pun tahu mcmana caranya nak counter attack didlm perniagaan.
Sebab tu la sesetengah manusia tu gagal dlm perniagaan. Mereka pikir untung jer.
Tetapi mereka lupa untung vs quantity vs strategy.
Mereka pikir jual harga 10 sen tu rugi so kena jual harge RM1000.
Sebenarnya mereka la yg bangang.

Lagi satu, try to avoid tax to customer.
Cuba tgk sistem ticketing Airasia. Mereka asingkan harga asal dan jugak tax airport dan tax gst.
Gst tu memang tak boleh dielakkan kerana jibby dan wak maslan tu sememangnya adalah monyet dan ungka yg tak tau cara nak merancakkan ekonomi.
Katalah seorg anak tu nak beli mainan adakah patut meminta duit dari mak ayah dia?
Cubalah cari duit sendiri dgn ambik upah urutkan badan ayah dia ke, basuh keta ker...
Kerajaan kita ni pulak ade byk investment arm company dan semua tu adalah sumber yg menjana pendapatan. Contoh mcm singapore, mereka ada Temasek holding sbg brainchild ekonomi mereka. Mereka takde minyak, takde sumber asli macam malaysia, brunei dan indon.
Tapi kenapa mereka boleh maju?
Kerana mereka pandai menguruskan. Bukan mcm jibby.
MAS terlingkup, KTMB hidup segan mati takmau, BSN mcm hantu tak bernyawa, FGV mcm mayat berulat, 1MDB pulak mcm sialan..

GLC yg boleh bernafas pun mcm Petronas, TH, Bank rakyat, semua tu sebenarnya masih tak cukup lagi utk membawa ringgit yg lebih kedlm simpanan kerajaan. Jibby kena stop mintak duit dari rakyat. Dah byk rakyat bagi duit kat jibby termasuk zaman SST dulu dan mcm2 income tax yg dikenakan. Apa lagi lu mau aaa?

Airport senai tu ape cer?
Lu dah tau singapore tu pintu kuar masuk ke asia, so lu ambik la peluang menjadikkan senai sebagai alternatif kpd changi.
Sama gak konsepnya antara klia dan lcct dulu.
Bukan sume tourist nak bayar airport tax mahal kat singapore.
Tugas kerejaan mudah jer, mempromosikan senai dan bina tren erl dari senai ke second link singapore.
Itu pun tukang sapu sampah nak kena ajar jugak ker?
Kalau lu malu dgn nasihat dari tukang sapu sampah, mintak la buah pandangan dari tony fernandes.


Ok, berbalik kpd tajuk thread ini...
Kesimpulannya, MAS tak payah laa sibuk2 nak counter market Airasia. Market dlm mesia nih dah tepu dah.. Dgn kewujudan Malindo dan Firefly lagi..
Tugas MAS senang jer..
Bersaing dgn airlines lain di rantau ini.
Buat promotions gila babi punye sampai org2 singapork, indon, thai dan org putih, org itam, org hijau semua akan drop in dan depart from klia.

Mudah jer kan?
Buat la ujibakat mcm citer Apprentice tuh. Uji semua org dgn jual kuih je. Tgk sape yg berjaya, lantik jadi COO.
atau
Bak sini position ceo tuh bagi kat aku













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 07:22 AM | Show all posts
Edited by alieyrina at 4-9-2015 10:48 AM

Tumpang baca kegagalan  
dh baca..aku yg x pandai ekonomi n baru fly bbrapa kali pun paham penerangan ang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 09:21 AM | Show all posts
betul tu... masa saya baca strategi MAS yang hanya memfokuskan di rantau asia pasifik je, saya dah macam erk... kawasan asia pasifik ni dah ada bermacam2 syarikat penerbangan, lagi nak bersaing... yang jarak jauh yang sepatutnya jadi fokus dibatalkan pula...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 10:59 AM | Show all posts
mantop tt....fuh, cayalah....thorrrbayekkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 11:55 PM | Show all posts
go TT go
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ex_klia at 21-9-2015 04:17 PM

Lagi 1 sebab campur tangan dengan orang politik kat MAS. Bukan semua orang berpengaruh politik dalam MAS yang otaknya berdaya saing untuk memajukan ekonomi MAS, tapi lagi melingkupkan ade ler. Orang2 jenis macam ni memang bisnes strategi dorang sume kelaut... guna advantage politik dan nama untuk senang diri sendiri serta kroni. Bila poket dah kering takde duit, sikit2 dia tarah duit dalam akaun milik MAS....walhal nak memajukan pun takde, asik cekau duit yang makin susut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2015 02:45 AM | Show all posts
In flight service MAS sekarang makin hauk. Flight 4 jam serve sandwich sejuk beku. Mintak air just bagi sekali aje. Muka seko2 senyum pun fake. Dulu org kata SIA senyum fake skarang dah terbalik....Dah la tiket makin mahal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.270532 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list