CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8361|Reply: 14

Sambal Kentang Ekspress Ala Che'Nor

[Copy link]
Post time 22-9-2015 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Sambal Garing Che'Nor yang semakin meningkat naik dan mendapat sambutan hangat, nampaknya bukan sahaja sesuai dinikmati dengan nasi panas mahu pun roti.


Malah, sambal yang menjadi kegemaran pelakon Nad Zainal ini boleh dipelbagaikan kegunaannya. Paling 'best' ia boleh dijadikan bahan tumisan 'segera'.


Nak sediakan menu kegemaran anda, hanya gunakan sambal ini. Jom lihat resipi 'Sambal Kentang Ekspress Ala Che'Nor' yang dipetik dari Facebook Sambal Garing Che'Nor:






Bahan-bahan:
1. Tauhu 3 keping
2. Kentang 3 biji
3. Tempe (jika suka)
4. Bawang besar
5. Bawang putih
6. Garam
7. Serbuk kunyit
8. Sambal Garing Che'Nor



1.Potong dadu kesemua kentang dan tauhu. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.



2. Gorengkan kentang sehingga kekuningan.



3. Toskan kentang yang siap digoreng tadi.



4. Kemudian goreng pula tauhu sehingga separuh garing.



5. Toskan tauhu yang siap digoreng.



6. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang. Gunakan minyak sedikit sahaja.



7. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bagi menambah rasa yang enak.



8. Tibalah masanya untuk memasukkan bahan utama iaitu Sambal Garing Che'Nor. Masukkan 7 sudu sambal ini ke dalam tumisan.



9. Gaul sehingga rata. Tambahkan lagi sambal tadi jika anda ingin tambah kepedasan.



10. Seterusnya, masukkan 1 cawan air ke dalam tumisan. Jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.



11. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bahan yang digoreng tadi.



12. Gaul rata sehingga sebati, biarkan rasa pedas kuah meresap ke dalam kentang dan tauhu. Slurp!



13. Sedia untuk dihidang! Mudah, bukan? Makan dengan nasi panas-panas, memang menyelerakan!

(Sumber foto: Facebook Sambal Garing Che'Nor)


Baca selanjutnya: Sambal Garing Che'Nor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 04:35 PM | Show all posts
Siapa che noor? sumpah tak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 04:55 PM | Show all posts
maknenyer wajib kene beli sambal che noor la ni eh?.. :p
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 05:44 PM | Show all posts
nampak tempting gila...yummeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 02:20 AM | Show all posts
sedap2 ... boleh mintak esok
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 06:24 AM | Show all posts
Salam.

Suka thread camni.

Ada gambar semua, senang nak belajar.


Nak tunggu thread buat roti sendiri kalau ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika nak rasa sendiri kesedapan sambal garing che nor ni, leh order ngn saya rm6 je sebekas +60122517851
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Berminat untuk dapatkan Sambal Garing Che'Nor boleh hubungi Stokis di talian 012-3866290 (Yusnita). Bekas kecil RM6 sebekas & bekas besar RM10 sebekas.
Cara nak dapatkan :
1. COD & penghantaran percuma di kawasan Shah Alam/ Klang / Puncak Alam.
2. Pos seluruh Malaysia.
3. Hadir ke cafe kami di Sesuci Bakery @ Seksyen 7 Shah Alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 03:36 PM | Show all posts
yusnitamj replied at 8-10-2015 05:28 AM
Berminat untuk dapatkan Sambal Garing Che'Nor boleh hubungi Stokis di talian 012-3866290 (Yusnita).  ...

kalau nak beli 1 bole send ke opis saya tak?dkt sek 25 shah alam..brdekatan dgn giant kemuning..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
missyqaldina, sila sms/ wasap saya. 012-3866290.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2019 10:38 AM | Show all posts
meletop dah sambal che nor skrg ni..ada kt mana2 dah kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
yusnitamj replied at 8-10-2015 05:28 AM
Berminat untuk dapatkan Sambal Garing Che'Nor boleh hubungi Stokis di talian 012-3866290 (Yusnita).  ...

Murah la kalau dpt 6/bekas ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu beli n bwk bermusafir.. sedap
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang jer buat sambal garing che nor. Goreng dulu ikan bilis garing2. Pastu asingkan. Goreng plak cili flake sampai garing. Campurkan dan tambah perasa. Siap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok nnti nk try. Sedap plak nmpk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.433818 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list