CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5107|Reply: 58

[Tempatan] 80 peratus madu di pasaran merupakan madu campuran

[Copy link]
Post time 29-9-2015 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin tidak ramai yang tahu, sejarah industri penternakan lebah kelulut bermula sejak 28 tahun yang lalu.

Pada Oktober 1988, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Pusat Apiari Nasional yang terletak di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor bagi menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan penternakan dan pemeliharaan lebah.

Kini, penternakan dan pemeliharaan lebah kelulut semakin pesat berkembang di Malaysia.

Kelulut adalah dari sub family Meliponinae atau lebih dikenali sebagai lebah tidak bersengat, berupaya menghasilkan madu, debunga dan propolis sama seperti lebah madu biasa.

Bezanya, kelulut tidak bersengat dan menghasilkan lebih banyak propolis berbanding lebah madu sebagai mekanisma pertahanan diri yang berfungsi mensterilkan sarang daripada gangguan organisma lain seperti bakteria, cendawan, virus dan pemangsa.

Selain itu, disebabkan saiz ukuran tubuh kelulut adalah lebih kecil, kelulut mampu mengambil nektar daripada bunga yang bersaiz kecil, menyebabkannya mempunyai variasi makanan yang lebih banyak daripada lebah biasa sehingga memungkinkan untuk diternak secara konsisten tanpa perlu penjagaan rapi.

Kelulut juga boleh berperanan sebagai agen pendebungaan yang efektif. Kajian terbaru mendapati kelulut mampu menyebarkan benih pokok serta mengahwinkan bunga jantan dan betina secara aktif.

Perkhidmatan kelulut sebagai agen pendebungaan dilihat sebagai satu kelebihan kerana kelulut adalah spesis serangga asli di Malaysia, aktif sepanjang tahun, tidak menyengat dan hanya memerlukan kos pengendalian yang rendah.

Menariknya, petani boleh menggunakan kelulut sebagai alternatif kaedah pendebungaan konvensional hand-crossed.

Kualiti propolis kelulut sangat tinggi. Kandungan anti oksidanya adalah 403 kali ganda lebih tinggi daripada jeruk manakala kandungan fenol pula 320 kali ganda berbanding epal merah.

Kedua-dua unsur ini berfungsi dalam penyembuhan pelbagai penyakit. Propolis juga mempunyai unsur anti-bakteria dan anti-virus yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Selain itu, kajian secara saintifik mendapati madu kelulut sebagai sejenis ‘tonik’ mempunyai ciri-ciri anti-radang, anti-parasit, dan telah menunjukkan potensi merawat penyakit berkaitan gusi, gastritis dan ulser.

Oleh itu, penggunaan madu kelulut sebagai terapi dan pencegahan penyakit perlu digalakkan di semua lapisan masyarakat.

Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan industri kelulut serta aktiviti yang dijalankan oleh penternak, pengusaha dan peminat kelulut masih belum begitu meluas.

Selain itu kesedaran masyarakat terhadap industri penternakan kelulut sebagai sumber pendapatan yang berpotensi tinggi masih amat sedikit.

Lambakan madu tiruan yang menguasai pasaran merupakan ancaman terbesar dalam industri madu.

Kajian menunjukkan 80 peratus madu yang terdapat di pasaran merupakan madu campuran atau sintetik.

Oleh itu, kerjasama antara pihak universiti dan komuniti amatlah penting untuk memberi kesedaran tentang ketulenan madu bagi mengelakkan pengguna tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh sebab itu, UTHM dengan kerjasama Pusat Apiari Nasional akan menganjurkan satu kursus hands-on penternakan lebah kelulut untuk komuniti tempatan dan mereka yang berminat menjadi peternak terlatih dalam menghasilkan madu lebah kelulut yang berkualiti.

Para peserta akan diberi khidmat nasihat teknikal dan pengetahuan asas tentang lebah kelulut dan penghasilan madu serta didedahkan dengan teknologi dan kepakaran yang ada di UTHM dan Pusat Apiari Nasional bagi memulakan projek penternakan lebah kelulut.

Kursus meliputi kaedah pembelajaran secara teori dan amali. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Dr. Siti Fatimah Zaharah Mohamad Fuzi di talian 013-7484665 atau Nazrullah Abdullah di talian 07-4531334 untuk maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Madu kelulut best.rase dia masam2 manis.tp regabotol kecik je rm40.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 02:51 PM | Show all posts
estrelle replied at 29-9-2015 02:48 PM
Madu kelulut best.rase dia masam2 manis.tp regabotol kecik je rm40.

aku tak blh makan madu kelulut ni..masam sangat...

tapi kalo campur air teh o ok jugak rasanya..mcm rasa lemon tea pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 02:53 PM | Show all posts
mana satu yg asli pon tatau, kalau berterabur pecah pinggan mangkuk, itu sah madu asli.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 29-9-2015 02:51 PM
aku tak blh makan madu kelulut ni..masam sangat...

tapi kalo campur air teh o ok jugak rasanya. ...

Ai 1st time rase mcm pelik gak rase dia masam2.sbb ai tak gemar manis2 sgt.2 botol kecik jap je abis sbb pagi2 bangun tdo makan sesudu.tak dan nak beli lagi rabak poket.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 02:59 PM | Show all posts
i loike 'madu campuran'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2015 02:59 PM | Show all posts
estrelle replied at 29-9-2015 02:48 PM
Madu kelulut best.rase dia masam2 manis.tp regabotol kecik je rm40.

rm40 tu brape ml

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 03:00 PM | Show all posts
Suka lebah kelulut. Kecik2 comel. Selalu nampak sarangnya yang ada tiub keluar masuk di celahan pokok2 tua dan dinding2 bangunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 03:00 PM | Show all posts
eiman replied at 29-9-2015 02:53 PM
mana satu yg asli pon tatau, kalau berterabur pecah pinggan mangkuk, itu sah madu asli.

haha...
memule aku ingatkan tekstur die yg berterabur
ropenye madu manusia

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 03:03 PM | Show all posts
edoraixora replied at 29-9-2015 03:00 PM
haha...
memule aku ingatkan tekstur die yg berterabur
ropenye madu manusia

ak pun pk byk kali ape mksud dia.

la.. bila baca komen uols pahamlah hamba bahawasanya maksud dia double meaning...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pi umah madu kt kuala nerang,kedah. kompem ori.aku pun rajin gak minum madu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 03:34 PM | Show all posts
ada gadis nak bermadu???
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:14 PM | Show all posts
chinta89 replied at 29-9-2015 03:03 PM
ak pun pk byk kali ape mksud dia.

la.. bila baca komen uols pahamlah hamba bahawasanya maksud d ...

aku pn dok pikir hape kebende tekstur berterabur pinggan mangkuk tu?
pastu bace madu asli, then spot on....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:16 PM | Show all posts

madu berapa?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:21 PM | Show all posts
eiman replied at 29-9-2015 02:53 PM
mana satu yg asli pon tatau, kalau berterabur pecah pinggan mangkuk, itu sah madu asli.

petua apa ni? mcm petua santau plak

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:26 PM | Show all posts
saya suka  susu lebah aka royal jelly tualangyg lain x suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 04:36 PM | Show all posts
eiman replied at 29-9-2015 02:53 PM
mana satu yg asli pon tatau, kalau berterabur pecah pinggan mangkuk, itu sah madu asli.

Xde hal. Pinggan mangkuk pecah, boleh beli set baru.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pg pasar malam..ada org jual madu siap sarang ceduk2..
Siap ada gambar..baik xpayah beli madu tu..aku dh jd antara yg tkena..
Dh lah mahal rm80 sebotol. Lpstu madu tiruan..tahunya bila baca kat blog lah,lpstu aku periksa mcm kat utube ajar..masuk dlm air larut terus,bakar ke apa tu..dh setahun pun xda gas pun..madu amik sdiri kat kebun laki aku,simpan 2bulan bila bukak,mmg bergas..ee..geram betol.
Yg madu kat cameron highland tu pun hati2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:49 PM | Show all posts
pernah makan  madu kelulut dr sarang kt tioman
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 04:54 PM | Show all posts
eh madu tualang ni ori dop?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.458818 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list