CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5959|Reply: 32

[Tempatan] Suntik Anu Demi Incredible Hulk Namun Akhirnya Membiak Tisu

[Copy link]
Post time 5-10-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode
‘Anu’ jadi tak normal        
  
               
Kuala Lumpur: “Saya tidak sangka suntikan diambil memberi kesan tidak normal kepada kemaluan, saya ingatkan kesan sementara rupa-rupanya selepas mendapatkan nasihat pakar ternyata ia perubahan yang memudaratkan kesihatan.”

Itu kata-kata seorang lelaki dikenali Zairi, 32 yang mendapat suntikan untuk membesarkan kemaluan, namun tidak menyangka tindakan melulunya membawa padah sehingga memaksanya melakukan pembedahan.

Menurutnya, dia mendapatkan suntikan itu menerusi seorang kenalannya dengan harga sekitar RM500 dan individu itu mendakwa suntikan berkenaan akan membuatkan saiz kemaluan bertambah selain memberi kesan maksimum ketika hubungan kelamin.

“Pada peringkat awal, saya dapat merasai perubahan ketara pada kemaluan. Ia membesar dan memanjang dalam tempoh kira-kira sebulan. Ketika itu, saya rasa suntikan itu sangat berkesan.


“Namun, selepas tiga bulan, saya merasakan tidak selesa kerana alat kelamin terus mengembang. Kadangkala, ingin melakukan hubungan kelamin dengan isteri pun tidak boleh kerana sakit,” katanya kepada Metro Ahad, di sini.

Bimbang dengan perkembangan tidak normal kemaluannya, Zairi berkata, dia cuba mendapatkan pandangan pakar di sebuah hospital swasta sekitar ibu kota dan selepas melakukan pemeriksaan, doktor menyarankan untuk melakukan pembedahan.

“Saya terkejut sebaik dimaklumkan doktor, saya perlu menjalani pembedahan untuk membuang tisu yang membiak akibat suntikan terbabit.

“Itu satu-satunya prosedur rawatan yang ada dan saya akur menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tisu yang membiak secara tidak normal,” katanya.
Katanya, prosedur rawatan itu menyakitkan, namun tiada pilihan lain dan akur saranan pakar perubatan.

“Kini, saya mengambil ubat tertentu bagi mengawal pembiakan tisu alat kelamin. Doktor memaklumkan pembedahan tidak dapat mengeluarkan 100 peratus tisu yang membiak.

“Hanya sebahagian boleh dikeluarkan dan ubat yang diambil bertujuan mengawal pembiakan tisu itu untuk tempoh tertentu sehingga tempoh rangsangan suntikan itu berakhir,” katanya.





- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82248#sthash.JawqRJQm.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2015 10:19 AM | Show all posts
Trend makan diri         0     
      0      0     Google +0   
Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Vakum sudah, urut sudah, makanan tambahan pun sudah dan kegilaan terkini golongan lelaki adalah mendapatkan suntikan bagi kemaluan mereka supaya membesar biarpun teknik itu adalah prosedur haram yang tiada dalam amalan perubatan.



Segelintir lelaki  juga sanggup menyuntik sendiri selepas mendapatkan bahan suntikan haram itu menerusi ejen di Internet dan tanpa pentauliahan perubatan.

Lebih mengejutkan, ada individu yang mengambil suntikan itu hanya belajar kaedah suntikan di Internet tanpa mendapatkan nasihat pakar perubatan berkaitan.


Difahamkan, suntikan untuk membesarkan alat kelamin boleh diperoleh dengan harga antara RM200 sehingga RM1,500 bergantung kepada tempoh tindak balas terhadap kemaluan pengambilnya.

Pendedahan itu dibuat Pakar Sakit Tuan Dr Ismail Thamby yang menerima ratusan aduan berhubung kes suntikan pembesaran zakar termasuk ada pesakit yang merujuk kepadanya untuk menerima rawatan.

Menurutnya, suntikan dibuat pada bawah kulit alat kelamin dan ia merangsang pertumbuhan tisu, sekali gus membesarkan saiz kemaluan.

“Suntikan berkenaan mengakibatkan tindak balas pada tisu kulit zakar dan bahan suntikan terbabit merangsang tisu alat kelamin untuk membiak secara tidak normal.

“Berdasarkan aduan diterima, beberapa individu tertentu bertindak sebagai ejen menjual suntikan itu dan mereka tidak ditauliahkan pengetahuan berhubung perubatan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Dr Ismail berkata, ia adalah prosedur haram kerana pesakit tidak mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan dan mengambil suntikan sesuka hati sehingga mengakibatkan kesan lain.

“Ini adalah gejala baru bagi golongan lelaki di negara ini. Mereka ghairah untuk mempunyai alat kelamin bersaiz besar sehingga tidak memandang serius faktor kesihatan.

“Ada  beberapa kaedah rawatan seperti pengambilan ubat tertentu serta menjalani pembedahan, namun prosedur rawatan itu tidak mampu memulihkan 100 peratus tisu zakar yang disuntik,” katanya.

Dr Ismail berkata, jika pesakit yang mengambil suntikan ini berjumpa doktor pada peringkat awal, kaedah rawatan digunakan adalah pengambilan ubat bagi menghentikan pembiakan tisu secara tidak normal.

Bagaimanapun, katanya, bagi pesakit yang lambat mendapatkan rawatan,  prosedur yang boleh dilakukan adalah pembedahan dengan membuang tisu kulit zakar yang membiak.

Menurutnya, kaedah rawatan itu tidak mampu memulihkan sepenuhnya tisu zakar, hanya 80 sehingga 90 peratus tisu zakar boleh dikeluarkan menerusi pembedahan itu.

“Proses pembesaran alat kelamin perlu mendapatkan nasihat pakar dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sesuatu ubat atau produk tanpa pengesahan doktor.

“Saya nasihatkan masyarakat umum supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil sesuatu ubat tanpa nasihat doktor kerana ia mungkin memudaratkan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, jika ada individu di luar sana yang mendapatkan suntikan ini, mereka perlu mendapatkan nasihat pakar secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang implikasi kesihatan dalam tempoh panjang.






      Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:14 AM   
«         »
                     











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82250#sthash.rONr8GDr.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:30 AM | Show all posts
nak lawan negro yg masuk ke malaysia la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:31 AM | Show all posts
sapa la suruh p ubah..kan dah merana
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:38 AM | Show all posts
aiyo..nak suntik kat lengan pun rasa sakit..lagi nk suntik kat bebird..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:43 AM | Show all posts
Memang berani ambil risiko
Aku tidak sanggup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 10:44 AM | Show all posts
pergh!!....dos terlampau ke nie dekk.....hadoyai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:49 AM | Show all posts
cemane ek dia biakkan tisu?

bestu kalu cucuk kat bicep jadi mcm schwavzenegger ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum buat suntikan, minta nasihat doktor dulu.....

Nih, dah ambik suntikan, baru mintak nasihat doktor.....

Kesian kat bini.....batin berduka lara
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 10:53 AM | Show all posts
masa anu tu berfungsi elok .. sepatutnya bersyukur ler bang non oite.....
some guy .. anu besau gedabak .. tapi prestasi sedey taw...
skrg ni ... kan dah mendapat ...
harap harab bro tue dapat diselamatkan ... kalo tak, terpaksa ler menadi ponen ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:19 AM | Show all posts
ini namanya AEFI. Adverse Effect Following Injection hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:37 AM | Show all posts
hahaha cerita biasa dengar.. khabarnya ada di kws Kuang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:42 AM | Show all posts
siannyer.. msti x leh pakai benda tu kan .. sian.. simpan ja lah dlm sluaq
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:46 AM | Show all posts
tempek gambar gedabak tu supaya jadi teladan kepada semua kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 11:57 AM | Show all posts
ngeri eiii

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:02 PM | Show all posts
terima je la kenyataan zairi oi... gigih nak suntik2..kan dah mendapat tunai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 02:21 PM | Show all posts
malon mau gedein titit tapi gak ada modal gan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:23 PM | Show all posts
MissNigga replied at 5-10-2015 10:53 AM
masa anu tu berfungsi elok .. sepatutnya bersyukur ler bang non oite.....
some guy .. anu besau ged ...

patutla sutun multinick tu sanggup totenya mengecut kan.... haahhaahha
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
so..apakah reaksi bini dia bila zaidi tak seperti dolu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2015 02:24 PM | Show all posts
cinamedun replied at 5-10-2015 06:21 AM
malon mau gedein titit tapi gak ada modal gan

cinamedun orak gedein jua
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.079260 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list