CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3041|Reply: 12

[Dunia] Harga Minyak Jatuh, Saudi ‘Haram’ Beli Perabot, Kereta Baru

[Copy link]
Post time 12-10-2015 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Harga Minyak Jatuh, Saudi ‘Haram’ Beli Perabot, Kereta Baru
Oct 9, 2015


Arab Saudi mengharamkan pembelian kereta dan barangan perabot, selain memotong bajet perjalanan dan perbelanjaan infrastruktur setelah mengalami krisis fiskal terburuk dalam tempoh beberapa tahun. - Foto Bloomberg/Getty


RIYADH – Arab Saudi mengharamkan pembelian kereta dan barangan perabot, selain memotong bajet perjalanan dan perbelanjaan infrastruktur setelah mengalami krisis fiskal terburuk dalam tempoh beberapa tahun.

Keadaan yang dianggap cukup aneh itu disebabkan oleh penurunan harga minyak yang jatuh mendadak sejak setahun lalu, menurut dokumen sulit kerajaan yang telah dibocorkan dan dilaporkan media antarabangsa.

Memo sulit kerajaan yang dikeluarkan oleh Raja Salman ibn Abdulaziz kepada menteri kewangannya itu dikatakan ada maklumat terperinci mengenai langkah penjimatan yang perlu dilaksanakan oleh semua badan kerajaan.

Pembiayaan kewangan awam Arab Saudi dilaporkan berkurangan tahun ini disebabkan harga minyak dunia yang jatuh begitu mendadak sehingga memaksa kerajaan tersebut untuk mengalami defisit kewangan.

Difahamkan penurunan harga komoditi ’emas hitam’ tersebut melibatkan sebanyak sekurang-kurangnya 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara rantau Asia Barat itu pada tahun 2015.

Pembiayaan kewangan awam Arab Saudi dilaporkan berkurangan tahun ini disebabkan harga minyak dunia yang jatuh begitu mendadak sehingga memaksa kerajaan tersebut untuk mengalami defisit kewangan. – Foto MyLoupe/Getty

Dalam satu surat yang ditanda “Amat Sulit dan Sangat Penting” bertarikh 14 Zulhijjah 1436H (bersamaan 28 September lalu), telah mengarahkan supaya semua projek baharu yang bakal dilaksanakan agar dihentikan.

Ini juga termasuk segala pembelian kereta yang turut dibatalkan, malahan urusan pelantikan dan kenaikan pangkat dibekukan, manakala pembayaran hartanah digantung serta menangguh urusan persetujuan sewa.

Harga minyak — yang telah jatuh separuh kepada hanya AS$50 setong dalam tempoh dua tahun ini — kebetulan bertembung dengan isu peperangan berkos tinggi ke atas militan pemberontak Yaman di selatan Arab Saudi.

Juga kejutan berbentuk sumbangan kebajikan yang dikurniakan oleh Raja Salman selama ini setelah baginda ditabalkan menjadi raja susulan kemangkatan abang tirinya, almarhum Abdullah, pada 23 Januari lalu.

“Defisit itu diinflasikan oleh keputusan Raja Salman untuk menghadiahkan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam selepas baginda naik takhta,” jelas pakar hal ehwal Saudi daripada badan pemikir Chatham House, David Butter.

Raja Salman ibn Abdulaziz

“Kerajaan sebaliknya terpaksa menanggung kos tinggi daripada peperangan dengan ekstremis Yaman yang mengancam kedaulatan negara itu namun masih tidak jelas sama ada ia akan dinyatakan di dalam akaun.”

Isu itu turut dibongkarkan menerusi satu lagi dokumen Kementerian Kewangan yang telah bocor bertajuk “Langkah-langkah Penutupan Akaun Dan Persediaan Akaun Akhir Bagi Tahun 1436-37”.

Maklumat tersebut diakhiri dengan penerangan kepada semua kementerian tentang cara-cara untuk setiap pihak terlibat untuk membuat bayaran akhir sebelum akaun ditutup secara rasmi pada 15 November.

Oleh kerana tahun fiskal kerajaan Arab Saudi berakhir pada 30 Disember 2015, berkemungkinan besar kakitangan awam seramai 1.3 juta orang dijangka bekerja tanpa gaji selama enam minggu. – Agensi/Mynewshub.cc


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 10:00 AM | Show all posts
yay...buat pinjaman dkt IMF masa kaya tak ingat dunia...joli sakan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Arab saudi sudah kena cash ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 kiamat semakin dekat bila saudick kene bala???
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:12 AM | Show all posts
Arab Saudi celaka, padan muka.
Sebab diorang la minyak jatuh menjunam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Arab saudi bodoh, masa kaya raya satu haram industri pun x dibangunkan selain gali minyak.

Malaysia ok sikit, tapi still eksport Byk produk mentah, tak mau process
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kiamat dah ereb ni.
Minyak jatuh.
Diversification yileks.
Org dia bodoh2. Yg buat kerja foreigner.
Keta elektrik will be affordable soon.
Yg kita sebok jadi arab harapkan minyak kita jugak pasal apa ya? Elektronik komputer kerera etc makin hancus. Semua thailand dah bolot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 11:05 AM | Show all posts
kat mesia rakyat bakal histeria xleh mbeli perabot baru di musim raya kalau btl mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 04:08 PM | Show all posts
cherub replied at 12-10-2015 11:01 AM
Mmg kiamat dah ereb ni.
Minyak jatuh.
Diversification yileks.

Jangan harap la thai bolot. Elektronik nilai tinggi ...malaysia dengan singapura yang bolot. Industri kereta malaysia boleh dikira cukup besar& semakin besar. Indon juga banyak buat kereta
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:11 PM | Show all posts
Arab saudi banyak gak bina loji petrokimia. Tapi ssjak tiga empat bulan lepas harga petrokimia pun merudum gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:12 PM | Show all posts
bit replied at 12-10-2015 10:46 AM
Arab saudi bodoh, masa kaya raya satu haram industri pun x dibangunkan selain gali minyak.

Malay ...

Produk mentah apa yang malaysia banyak eksport tanpa proses ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
arab klo xde minyak jdk negara mundur la. xda masa jutawan arab nk tgk pompuan gelek bontot smbil tabur duit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:25 PM | Show all posts
Tak lama lagi amerika akan sedar mereka sebenarnya tak perlukan rantau teluk sebab minyak dalam bentuk shale gas dah berlambak di negara sendiri. Malah negara teluk hanya menyukarkan pengeluar minyak shale amerika untuk bersaing serta terus beroperasi menyumbang kepada emonomi tempatan. Maka kerajaan amerika akan semakin tak peduli hal keselamatan rantau teluk . Negara  negara teluk pula semakin kekurangan dana untuk membeli senjata canggih ekoran harga minyak kekal rendah. Keadaan ini akan memudahkan penaklukan mereka oleh pihak luar yang ada keinginan dan kemampuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.066977 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list