CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2413|Reply: 12

[Tempatan] Kenaikkan Tol Langkah Penjimatan Gilo Gilo?Apa Pendapat Anda Yang Ihlas Dan Suci

[Copy link]
Post time 16-10-2015 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JapaneseMY at 19-10-2015 01:49 AM

Harga barang semakin hari semakin meningkat. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengurus perbelanjaan keluarga dengan baik.

          Pada alaf baharu ini, harga barang semakin meningkat secara mendadak dari sehari ke sehari. Hal ini berpunca daripada permintaan terhadap sesuatu produk yang mencatatkan peningkatan sedangkan pengeluarannya tidak berlandaskan kadar permintaan di pasaran. Sehubungan dengan itu, masyarakat terkena akan tempiasnya kerana kuasa beli mereka menjadi lebih terhad. Oleh hal yang demikian, rakyat haruslah mengambil inisiatif supaya perbelanjaan keluarga dapat diurus dengan baik.


          Pertama sekali, kita haruslah berbelanja mengikut keperluan. Sekiranya kita mempunyai keghairahan untuk memiliki sesuatu barang demi memenuhi kehendak nafsu sendiri, maka mustahillah kita berdaya upaya untuk menampung keperluan seharian yang menelan belanja yang besar. Oleh hal yang demikian, amatlah wajar seseorang merancang perbelanjaan sebelum membeli-belah di pasar raya. Tuntasnya, perbelanjaan yang berdasarkan keperluan merupakan hasil daripada pengurusan perbelanjaan yang bijak dan berhemat.


          Selain itu, kita juga patutlah membelanjakan wang berpandukan bajet yang ditetapkan. Kita tidak seharusnya mempraktikkan amalan berbelanja secara boros kerana amalan tersebut akan mengakibatkan kita terperangkap dalam krisis kewangan malahan banyak yang didapati berhutang kepada ahli keluarga, rakan sebaya, saudara-mara dan sebagainya. Jikalau kita tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan atau rendah, usahlah kita meniru gaya berbelanja golongan yang berada seperti jutawan, pengusaha syarikat antarabangsa dan golongan yang berstatus tinggi. Sesungguhnya, masyarakat yang berbelanja mengikut bajet merupakan pengguna yang pintar.


          Di samping itu, perbandingan harga produk sebelum membeli juga merupakan langkah yang efektif untuk menguruskan perbelanjaan keluarga. Ketika membeli barangan baik produk elektronik mahupun barang keperluan seharian seperti beras, minyak masak dan sayur-sayuran, kita perlulah membandingkan harga produk pelbagai jenama agar kita dapat memperoleh sesuatu barang yang bermutu dengan harga yang lebih murah. Selain harga produk, pengguna sewajarnya menitikberatkan kualiti serta tarikh luput barangan. Jikalau barang yang telah dibeli luput tarikhnya dan tidak selamat untuk digunakan, bukankah perbelanjaan kita boleh dikategorikan sebagai pembaziran?


         Seterusnya, aktiviti berkebun secara kecil-kecilan di halaman rumah juga mampu menjimatkan perbelanjaan seharian keluarga. Hal ini demikian kerana seisi keluarga tidak perlu memperoleh sumber vitamin, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual dengan mahal sekali di pasar tani. Dengan amalan berkebun yang berterusan, masyarakat dapat menikmati hasil titik peluh sendiri yang lebih organik kerana bebas daripada racun serangga dan racun rumpai. Hasil yang berlebihan pula boleh dijual kepada peniaga sayur-sayuran di pasar tani atau di pasar pagi. Tambahan pula, bercucuk tanam juga mampu mendatangkan pendapatan tambahan kepada sesebuah keluarga.


        Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang berkesan untuk menguruskan perbelanjaan keluarga dengan baik. Justeru, pelbagai lapisan masyarakat haruslah berbelanja secara berhemat agar kehidupan kita tidak terjejas dengan teruk sekali akibat kenaikan harga barangan di pasaran tempatan, bak kata ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Langkah Flexible Mengurangkan Bebanan Bil Bulanan Anda Di Samping Menjana Kewangan Pulak KLIK SINI

Single Polls, Total 16 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul...mengikut logik penulis, maka naikkan harga serai 10 ringgit seikat...lebih banyak penjimatan..

Jangan kan sayur aku tanam, dengan ayam itik lembu sekali aku bela dalam apartment ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 12:22 PM | Show all posts
~boolean replied at 16-10-2015 12:18 PM
Betul...mengikut logik penulis, maka naikkan harga serai 10 ringgit seikat...lebih banyak penjimatan ...

extream sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 03:05 PM | Show all posts
buat tak tahu je.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 03:12 PM | Show all posts
Mana buluh terbang Doraemon apabila korang sangat2 memerlukannya? Kalo ada, senang sikit nak pi office.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 03:40 PM | Show all posts
kita bakar tol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2015 03:41 PM | Show all posts
insulin replied at 16-10-2015 03:12 PM
Mana buluh terbang Doraemon apabila korang sangat2 memerlukannya? Kalo ada, senang sikit nak pi offi ...

pakai pintu ajaib lagi senang..



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 03:47 PM | Show all posts
tentera_laut replied at 16-10-2015 03:41 PM
pakai pintu ajaib lagi senang..

Alamak, terlupa pintu ajaib Doraemon. Btw, ni dah tahun 2015 tapi alat2 ajaib doraemon ni masih blom muncul di dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2015 01:51 AM | Show all posts
insulin replied at 16-10-2015 03:47 PM
Alamak, terlupa pintu ajaib Doraemon.  Btw, ni dah tahun 2015 tapi alat2 ajaib doraemon ni mas ...

idea bijak tak boleh diikut
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:54 AM | Show all posts
Edited by Changa at 19-10-2015 01:56 AM

sejak kenaikan konsesi tol SILK sebenar nya dah rugi kalau ramai yg konsep macam akak.
kalau dulu akak tak berkira sangat nak lalu SILK walaupun lagi jauh dari jln normal sebab RM1 jah namun sejak naik sampai 80% memang akak elak jah lalu SILK, dulu dapat la RM1-2 bila akak lalu, sekarang terus tak dpt kutipan dari akak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:52 AM | Show all posts
nak jimat tang mana lagi pun tak tau dah..takkan dari klang ke putrajaya nak ikut jalan banting kot...pukul berapa nak sampai ke opis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:30 AM | Show all posts
tol naik lebih 30% tu cam haram
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 09:36 AM | Show all posts
Bo to the do. Bo do.

Tu je yang i boleh cakap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.214501 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list