CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

[2016] OLA BOLA '' DI PAWAGAM 28/1/2016 '' RM 16 JUTA PECAH REKOD

[Copy link]
Post time 1-2-2016 05:00 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 1-2-2016 05:02 PM

seingat aku zaman ni..players kebanyakan keje ngan gomen..JKR,LLN.kalo hoki pulak kebanyakan keje bank..sbb masing ada2 kelab2 tim sukan sendiri.dari situ la diorg select jadi pemain kebangsaan kot ye?yg tim olimpik  tu mokhtar dahari ada main tak?malas nak google.sbb masa ending tu ada gamba dia.karektor balak tu teringat kat mokhtar dahari..muka nak dekat sama
bagi aku kalo la pemain skrg main dgn semangat gini.aku akn support local football balik.tapi realitinya ....sendu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 07:30 AM | Show all posts
filem ni memang mengingatkan kembali nostalgia zaman 80an...zaman aku kanak kanak..
scene panjat pokok pula mengingatkan aku sewaktu sea games 1989 kuala lumpur...tapi bukan nak tengok bola sepak...tapi nak tengok acara renang..Nurul Huda Abdullah..hehehhe..panjat pokok nak tengok nurul huda berenang..

bola sepak aku selalu pergi dengan arwah abah dan abang aku...

rindu aku kenangan 80an..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 08:58 AM | Show all posts
akan tgk..slps byk kawan2 yg review cter ni berbaloi utk tgk...

harap x tertipu mcm polis evo..sgt menyesal tgk walau review kaw2 baikkk punya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:16 AM | Show all posts
dauswq replied at 30-1-2016 07:26 PM
aku rase mcm nk tgk citer ni kali ke-2

klu ade perlukan teman, jgn segan ajak aku sekali

ai akan pegi lagi
mungkin buat kali ke-dua, ke-tiga dah seterusnya

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:33 AM | Show all posts
dauswq replied at 30-1-2016 07:26 PM
aku rase mcm nk tgk citer ni kali ke-2

klu ade perlukan teman, jgn segan ajak aku sekali

Aku pun rasa nak tgk lagi citer nih...

Citer ni citer 1malaysia, patriotik abis, inspiring...habih credit kitorg siap tepuk tangan
Audiens pun melayu, india, cina sama byk..

Aku sebak tgk citer ni sbb irihati dgn semangat dan perpaduan org dulu2...

Dari segi bahasa filem, masih byk yg perlu diperbaiki...
tapi dari segi jalan cerita, olahan sgt2 bagi kesan utk yg menonton...

Dia punya vibe tu mcm tgk bukit kepong..cumanya dlm konteks yg berbeza...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2016 11:00 AM | Show all posts
REVIEW FILEM OLA BOLA



Info Dalam Filem Ini


1.Tragedi perlawanan 1976 merujuk kepada kegagalan kelayakan Piala Dunia 1977.

2. Super 10 Shamsul berdasarkan watak sebenar SuperMokh (Mokhtar Dahari).

3. Cameo dalam filem ini Dato Rahim Razali (Bos Rahman) dan Dato Soh Chin Aun (Tauke).

4. Tauke melepaskan peluang beraksi sebagai pemain profesional kerana ketika itu pemain bola sepak yang bertaraf pemain professional tidak dibenarkan beraksi untuk pasukan kebangsaan kerana kejohanan yang diadakan hanya untuk pemain amatur sahaja.

5. Kebanyakan pelakon pertama kali berlakon kecuali Bront Palarae, Frankie Lee dan Marieanne Tan.


Terbaik

1. Bukan sekadar Filem bertemakan Bolasepak tapi Filem bertemakan patriotik.

2. Filem ini dari sudut pandang masyarakat cina Malaysia.

3. Diakhir filem ini memaparkan gambar kegemilangan bolasepak era 1970am dan 1980an.


Kelakar

1. Ah Chai (nombor 14), 3 orang adik beradik muthu, pengawal stadium dan pelakon tambahan sebagai penonton adalah penyeri bagi filem ini.

2. Scene ketika kata-kata semangat di dalam bilik persalinan menjadi kelakar kerana watak ah chai.


Kesilapan

1. Watak tambahan wanita melayu bertudung di Fun Fair adalah kesilapan kerana tudung yang dipakai oleh wanita melayu dipakai ketika zaman akhir 1970an tidak menepati zaman seperti tahun 1990an



Rating : 4/5



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:48 AM | Show all posts
Aku bagi 4.5 bintang..  lagi best dari citer polis naik keta evo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2016 11:51 AM | Show all posts
x sempat nk tgk lg
igtkan leh tgk hr sabtu atau ahad sekali full house kat panggung
try cari kat alamanda pun full
ms tgk seating igtkan boleh sekali tenet wat hal terus x dpt grab
insyaAllah akan tgk juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:55 PM | Show all posts
luqman tu dapat offer sbb selfie dgn KJ

aku dapat tau dlm meletop
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 01:08 PM | Show all posts
Aku puji pengarah yg cuba bawa kelainan dengan menyelitkan unsur patriotisme semangat satu Malaysia tu..
Score muzik bagus tapi dalam panggung tak berapa gah dengar

Tapi keseluruhan aku tak kata tak bagus cuma kurang sampai pada aku..

Tapi satu filem yg boleh dibanggakan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Best...nk tgk lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:05 AM | Show all posts
blm tgk nk tgk jugak...dh lama x tgk filem melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:23 AM | Show all posts
Edited by philipinoe2 at 3-2-2016 11:29 AM

br tgk smalam..

7. amoi shorthair name marianne dlm muvi cute banget, namun kat luar muka persis amoi jinjang gi pasa mlm dpn balai polis jinjang jah...



2. ahkak tgk muvi ni bkn sbb nk tgk acting BBNU tu or storyline, tp katenye cinematograpy menarik, ahkak tgk ok la aerial shot hutan laut bukit suma...



11.  ahkak teda la smpi menangis, cuma begenang air mate mase scene half time talk, tah habuk mane dtg tetibe masok mate...

0. ahkak bg 5/10, kalu tajuk tukar jd "ola oli ku beri nama, sedara  sedari, cikebum cikebum" maybe naek jd 7/10..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:54 AM | Show all posts
philipinoe2 replied at 3-2-2016 11:23 AM
br tgk smalam..

7. amoi shorthair name marianne dlm muvi cute banget, namun kat luar muka persis  ...

motip kaka pinoe nanges tengok cite ni
adek tengok sambil geram sebab kadang2 cam kayu
terutama scene hujan pastu main bola malam2 tu. Sorang je cakap hujan, dah la. ni nak ramai2 cakap hujan la, eh hujan la, pastu nak tadah2 tangan lagi rasa hujan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:36 PM | Show all posts
Review OLA BOLA : 8.5/10

Filem sukan bukanlah genre popular dalam industri filem Malaysia. Cubaan demi cubaan menghasilkan filem dalam genre ini selalunya berakhir dengan kegagalan. Cinta 500 ela, libas, hooperz, gila bola, gol dan gincu semuanya mendatangkan kerugian. Teori aku, ( ini teori aku sendiri dan aku bukan ada phd maka ini teori syok sendiri ) ini terjadi sebab filem filem berkonsepkan sukan selalunya berbentuk 'formulaic' dan mempunyai struktur filem yang sama. Okay nak mudah, aku letak contoh guna konsep three-act structure yang paling asas.

1. The setup ( act one ) : okay macam biasa setup jalan cerita yada yada yada. Selalunya tentang hero/heroin yang nak menang dalam satu acara sukan.

2. Second act : Problem. Selalunya akan ada masalah. Masa ni lah kita akan ditunjukkan dengan scene scene yang hero/heroin gagal berulangkali atau ada problem nak achieve apa yg dah disetup.

3. Resolution. Part yang mana akhirnya hero/heroin dapat solve problem dan menang. Selalunya ia dibuat dengan epik. Sampai berderau darah ya tuhan powernya hero/heroin ni.

Makanya filem berkonsepkan sukan mudah jatuh kedalam kategori cliché dan stereotype di mana penonton kurang tertarik untuk menonton sebab ending dia kita dah tahu. Jadi apa yang boleh menyelamatkan filem berkonsepkan sukan? Mudah - Subplot yang baik dan tema yang menarik.

Dan Ola Bola ada kedua dua benda tersebut.

Subplot dalam filem Ola Bola aku kira agak baik. Ada sedih, ada kelakar, cukup rencah dan sebati bila digaul dengan main plot. Korang tengoklah sendiri. Tema – ramai yang bercakap tentang tema perpaduan antara kaum yang cuba dibawa oleh filem ini. Satu yang aku perasan, filem ini tidak cuba menjadi ‘pretentious’ dengan meletakkan babak babak perpaduan kaum yang artifisial dan jelik. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam hal ini, aku nak ingatkan beberapa tentang perpaduan kaum di Malaysia :-

Malaysia bukan lah Indonesia yang hubungan antara kaum bersifat asimilasi dimana ciri ciri asal sesuatu etnik dihapuskan untuk membentuk satu kaum yang baru. Macam kat Indonesia, cina Indonesia, india Indonesia pun berbangsa Indonesia banyak saja cina disana bernama Gunawan. Kat Malaysia, kita masih mengekalkan ciri ciri setiap kaum dalam menjalani kehidupan bersama di bawah satu negara dan hakikatnya, perpaduan hanya terpupuk melalui medium medium yang boleh menyatukan – contohnya di tempat kerja ( kerja sekali ) atau melalui sukan atau ketika berada di sekolah kebangsaan; misalnya.Hal ini mungkin terjadi kerana dasar pecah dan perintah British satu ketika dulu.

Bila aku kata Ola Bola tidak cuba menjadi jelik dengan menokok tambah perpaduan di Malaysia, aku merujuk babak babak dimana kesepaduan kaum dipaparkan di tempat kerja dan ketika acara sukan ; betul. Babak ketika menonton bola sepak juga betul; Melayu, cina dan india semua menyokong satu pasukan yang sama tetapi melayu pergi stadium dengan melayu; cina pergi stadium dengan cina, india pergi stadium dengan india. Filem ini boleh saja menjadi jelik kalau kalau dia buat satu babak tiga sekawan cina melayu india pergi ke stadium bersama. ITU TIPU ( bukan lah tak ada tiga sekawan melayu cina dan india pergi menonton bola sepak bersama tapi jarang ) sebab kalau nak kata perpaduan kaum sangat kukuh waktu tu pun kita kena ingat - peristiwa 13 Mei berlaku 10 tahun sebelum latar masa filem ini.

Filem ni bukan lah cuba memaparkan perpaduan di Malaysia pada waktu itu dengan menokok tambah perasa untuk menunjukkan betapa harmoninya negara kita tapi ia memapar reality sebenar - satu ketika dulu kita pernah bersatu kerana sukan bola sepak. Aku mengaku yang aku nak menangis masa scene melayu cina india dengar bola sepak melalui radio kat fun fair. Entah apasal aku rasa scene tu power. Power gila babi.

OST filem ni pun tepat penggunaannya. Ada satu babak lagu Zee Avi masuk masa scene Tauke dengan Muthu dalam kereta dan aku rasa power gila. Satu panggung senyap, lagu berkumandang, takde satu dialog pun dari Tauke dengan Muthu tapi kita dapat rasa apa yang diorang tengah rasa. Sebab OST power gila. Rasa nak menangis. ( Amboi banyak nak menangis je ni ).

Sinematografi filem ni kau jangan cakaplah, filem Chiu kot. The Journey pun dah macamana kan? Lakonan para pelakon pun on off, ada scene okay ada scene tak okay sebab diorang mostly first time berlakon tapi alah filem filem Melayu yang aku suka macam Dari Jemapoh ke Manchestee, Gadoh dengan Kami The Movie pun lakonan pelakon pelakon kayu gila jugak. Itu semua teknikal, asalkan jujur dia akan sampai jugak. Tapi Bront Palarae power gila, gila pun tak power macamtu.

Filem ni sebenarnya bukan filem yang perfect tapi dia macam persembahan live dari band yang gitar lari sikit, bass takdelah sharp sangat, drum lambat masuk, penyanyi suara biasa biasa tapi diorang punya persembahan jujur dan penuh penghayatan. Dan dalam dunia ni kalau benda tu jujur, dia akan sampai, lagi sampai dan terkesan dari benda yang perfect.

Psss : sayangnya semua tinggal sejarah. Down betul kahkahkah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 12:24 AM | Show all posts
izat123 replied at 3-2-2016 11:36 PM
Review OLA BOLA : 8.5/10

Filem sukan bukanlah genre popular dalam industri filem Malaysia. Cubaan ...

ulasan yg kritikal
aku setuju olabola should get nominations at least in best cinematography, best ost , best supporting actor & best director
best film lak tgk angin ffm
the journey pun tak lepas tapisan top 5 best film sbb tak ckp melayu ye tak?



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:36 AM | Show all posts
dauswq replied at 4-2-2016 12:24 AM
ulasan yg kritikal
aku setuju olabola should get nominations at least in best cinematogr ...

The Journey menang filem bukan bahasa Melayu. Tapi tulah ramai filmmakers and karyawan marah kenapa nak bezakan filem bukan bahsa melayu lah filem melayu lah. Kan semua tu filem Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 07:36 AM | Show all posts
izat123 replied at 4-2-2016 12:36 AM
The Journey menang filem bukan bahasa Melayu. Tapi tulah ramai filmmakers and karyawan marah kenap ...

betul tu..lain lar..filem tu cakap thailand je.filipina ke..spain ke..atau cakap sepanyol ke..itu baru di katakan filem bukan malaysia...


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 09:06 AM | Show all posts
bagi aku filem ni lebih sikit dari filem filem biasa melayu, tetapi tidak sampai ke tahap yang wow

aku nak komen dari segi logic jalan cerita

nak mewakili Malaysia dalam sukan bolasepak pada zaman 70an bukan suatu yang mudah kerana ramai pemain yang berbakat dan sanggup berkorban untuk mewakili Negara. Pencapaian untuk mewakili Negara perlu melepasi tahap dan peringkat kelab/daerah, negeri dan baru mewakili Negara.

jadi soal, keluarga yang masih tak menerima hakikat anak/abangnya bermain bolasepak ke tahap yang tertinggi seolah-olah memperkecilkan kehebatannya bermain bola sepak. bukannya dia baru nak wakili estate atau pasukan kampong... ini dah tahap wakil Negara, sepatutnya seluruh kampong berbangga. lagi pun dah 4-5 tahun dan lebih dari itu mewakili Malaysia.

jadi agak mengjengkelkan bagi aku untuk jalan cerita ini di jadikan isu utama.

sedari awal, pasukan Malaysia dalam keadaan yang haru biru, semua pemain tak bersatu, kapten yang marah marah... kenapa jadi begitu?
ini bukannya pasukan yang baru dibentuk, dan pasukan Malaysia bukannya hanya berpaksikan kepada pemain semata mata, ada pengurus dan pentadbir yang menguruskan pasukan. Dan sikap kapten yang tidak mendengar arahan jurulatih pun adalah suatu sikap yang agak janggal jika dianggap itu adalah pasukan Malaysia.

ah cai pemain simpanan yang 8 tahun tak pernah masuk main... sungguh tidak logik. jurulatih akan memasukkan semua pemainnya terutamanya dalam perlawanan persahabatan untuk menguji kekuatan dan kelemahan pemaian. kalau dah 8 tahun tak pernah main, layak kah dia ada dalam pasukan  Negara.

bagi aku, cerita berdasarkan inspirasi team Negara yang hebat ketika itu perlulah di buat dengan mengambil kira semua factor.

3 watak utama terlalu keras untuk berlakon.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.125595 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list