CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8961|Reply: 2

Pokok-Pokok Hiasan Yang Sesuai Ditanam Di Dalam Rumah Untuk Lawan Jerebu

[Copy link]
Post time 26-10-2015 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Sejak kebelakangan ini, beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura telah dilanda jerebu. Di Indonesia, bacaan IPU semasa melebihi paras bahawa iaitu sehingga 3000 bacaan IPU.

Namun negara kita yang terkena tempias tidak kurangnnya juga, kerana hari ini, 21/10/2015 jerebu dilaporkan 30 kawasan telah mencatat IPU tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 233 hari ini.

Tahukah anda, jerebu adalah debu dan asap zarah yang berkumpul di udara yang agak kering di mana zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera yang akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Kandungan udara dalam jerebu juga merbahaya kepada kanak-kanak, orang tua serta pesakit asma, radang paru-paru dan jantung.

Zarah asap dan debu yang dibawa udara ini sebenarnya memasuki ruang rumah kita yang tidak tertutup rapat, jadi kita tetap akan menghidunya walaupun berada di dalam rumah.

Jadi bagaimanakah cara untuk melawan aliran jerebu di dalam rumah kita ini?

Satu langkah yang terbaik adalah meletakkan penapis udara semula jadi di dalam rumah kita, penapis semula jadi yang dimaksudkan itu adalah hanya dengan menanam pokok hiasan yang  sudah dibuktikan ia berfungsi sebagai pokok-pokok penapis udara semula jadi yang amat hebat.

Selain menapis udara, ia juga sudah pasti mencantikkan ruang rumah atau ruang pejabat yang menjadikan pokok-pokok ini cukup berguna selain boleh menggantikan air purifier yang sudah pasti harganya beribu-ribu ringgit untuk dibeli.

Berikut adalah pokok-pokok hiasan yang merupakan penapis udara yang efisien untuk ditanam di dalam ruang rumah atau pejabat.

1.    Aloe Vera



2.    Corntalk dracaena



3.    English Ivy


4.    Flamingo Lily


5.    Gerbera Daisy


6.    Kekwa



7.    Lidah Mak Mertua, lidah jin


8.    Lily Turf



9.    Peace Lily


10.    Red Edge Dracaena



11.    Sireh Puteri



12.    Warneck Dracaena


siakapkeli





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 09:40 AM | Show all posts
owh..kene indoor laa ekk..wiken ni aku transfer semua pasu kat luar ltk dalam umah plak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:22 PM | Show all posts
ahhhhh harap2 hosmet i tak borong pokok lagi dah. serupa duduk dalam hutan dah. nyamuk pun dah start ada. mampuih harap2 takde kes denggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.057743 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list