CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6718|Reply: 34

Tiap2 Hari Ada Produksi Indon Call Bagi Tawaran Lakonan - Keith Foo

[Copy link]
Post time 28-10-2015 12:43 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon Keith Foo mendapat tawaran daripada syarikat produksi Indonesia setiap hari sejak tahun lalu yang mahu memberikannya peluang meneruskan lakonan di negara itu.

Keith, 32, bagaimanapun berkata, dia terpaksa menolak semua tawaran tersebut memandangkan jadualnya padat sehingga akhir tahun hadapan.

"Saya sendiri kadang-kadang rasa serba salah kerana terpaksa menolak setiap kali ada pihak dari Indonesia telefon menawarkan saya berlakon filem dan telefilem.

"Tetapi saya memang tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan jadual saya padat sampai tahun hadapan," katanya kepada mStar Online.

Keith ditemui pada tayangan perdana filem televisyen bertajuk Jelmaan di Kafe Skrin di sini, Selasa.

Selain Keith, Jelmaan turut dibintangi oleh Raja Ilya, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Diarahkan oleh pengarah Indonesia, Sridhar Jetty ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) dan penonton boleh melanggan filem berkenaan bermula 31 Oktober ini.


Filem televisyen Jelmaan bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 31 Oktober ini.

Keith Foo sebelum ini mencipta nama sebagai pelakon di negara seberang sebelum membuat keputusan pulang ke tanah air untuk berlakon dengan produksi negara ini.

Dalam pada itu, Keith berkata, dia tidak berasa ralat menolak tawaran tersebut kerana lebih mengutamakan karier di Malaysia berbanding Indonesia.

"Saya sudah berlakon selama 10 tahun di sana dan ingin menggunakan pengalaman sebelum ini untuk mengembangkan karier saya di Malaysia.

"Jadi rasa ralat itu tidak ada sangat dan jika ada rezeki pasti saya akan kembali berlakon di sana," jelasnya.

Sementara itu, Keith berkata, dia kini berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan bakal muncul dalam sebuah program travelog berjudul Spain Bersama Keith Foo.

Dia berada di Sepanyol selama sebulan untuk menjalani penggambaran dan mengakui menimba pelbagai pengalaman sepanjang berada di sana.

"Program itu lebih kepada perjalanan saya secara 'bagpack' ke seluruh Spain dan menjelajah ke tempat-tempat yang bukan menjadi tumpuan pelancong.

"Ini pengalaman pertama saya sebagai hos dan ia cukup menyeronokkan," ujarnya.

Bercakap mengenai Jelmaan, Keith berkata, walaupun peranannya tidak besar namun ia tidak menjadi masalah kepadanya.

Dia bersetuju kerana watak sebagai Harun berbeza terutama dalam cara menzahirkan rasa cinta terhadap isteri dan anak-anak.

"Saya seronok bekerja dalam projek ini kerana jalan ceritanya yang berbeza dan memerlukan saya menzahirkan rasa cinta dalam cara berbeza.

"Gandingan bersama Raja Ilya juga cukup seronok memandangkan ini projek besar pertama kami berdua," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 12:46 PM | Show all posts
pi jelah...bukan best sgt lakonan hang
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:47 PM | Show all posts
rezeki tgh masyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:50 PM | Show all posts
tengah laku banyak ler jobnya..
dah tak laku nanti tak ade sape nak peduli..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orix at 28-10-2015 12:53 PM

bukan bayaran berlakon kt indon lg masyuk ke dari berlakon kt msia ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:53 PM | Show all posts
iyolah sangat kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak berminat cara dia berlakon..muka and fizikal je attractive
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar jgk heols dlm keluarga pontimau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 02:04 PM | Show all posts
di ig beliau still ada fans2 dari Indo beri komen..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 02:21 PM | Show all posts
Who is this...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 02:39 PM | Show all posts
Slps Arianna Rose..xde produk yg ummmph. Girlfriend Kontrak pn mcm haus...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat jadual penuh sampai ujung tahun 2016. Dia ni aktor fevret pilihan ziela jalil kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
overrated.. mungkin sbb heols ni muka Chinese sgt kot lgpun brlambak Chinese yg ensem2 lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tp suke dia dlm pontimau
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:55 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 28-10-2015 03:06 PM
overrated.. mungkin sbb heols ni muka Chinese sgt kot lgpun brlambak Chinese yg ensem2 lg

aku pun rasa dia ni overrated...
tapi aku mmg jarang tengok lakonan dia...
dan... drama melayu....


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 03:59 PM | Show all posts
pegi je la keith foo... org tu dulu gak yg bg kamu peluang belakon....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 04:00 PM | Show all posts
bosan bosan bosan bosannnnnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
drama pontimau pun macam celaka berlakon duk teran2 suara macam nk berak
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 04:15 PM | Show all posts
drvn182 replied at 28-10-2015 08:11 AM
drama pontimau pun macam celaka berlakon duk teran2 suara macam nk berak

Nampak tryhard sgt... Marsha Londoh yg asalnya penyanyi pon lagi pandai berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 06:09 PM | Show all posts
bosannnnnn! tak best sgt pun bagi aku.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.082362 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list