CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10786|Reply: 45

[Tempatan] Sabah - negeri di mana PATI indon dan pinoy sebagai kaum majoriti

[Copy link]
Post time 30-10-2015 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bluehedgehog at 30-10-2015 04:19 PM

selepas siasatan demi siasatan, apa langkah selepas itu?
last2, semua agensi kerajaan sembang khhenncannnggg je la
janji matlamat utk cari undi sokong dlm PRU smpai

Misteri penambahan populasi Sabah
















Pertumbuhan penduduk Sabah diakui ‘luar biasa’
KOTA KINABALU: Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah kerakyatan dan pendatang di Sabah dibentuk selepas dua ahli akademik dan dua parti politik dalam kajian mereka mendapati ada ‘pertumbuhan luar biasa’ jumlah penduduk Sabah sehingga 301 peratus.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pernah memberi amaran, jika isu pendatang di Sabah tidak diselesaikan dengan segera, ia akan menjadi ‘hantu yang kemudian akan mengambil alih’.

Suruhanjaya itu merujuk kepada jumlah pendatang yang semakin bertambah di negeri ini yang kemungkinan akan melebihi jumlah rakyat tempatan yang tulen “dan mungkin memiliki kad pengenalan Malaysia secara tidak sah tetapi boleh menjadi pemimpin politik di negeri ini.”

Pesuruhjayanya, Profesor Hamdan Adnan berkata, perbincangan meja bulat pada Ogos 2006 di mana ketika itu wujud kebimbangan yang tinggi mengenai letupan jumlah penduduk Sabah sejak tiga dekad yang lalu, menimbulkan persoalan “siapakah penduduk bumiputera yang baru”.

Laporan RCI, yang mula dijual semalam menyatakan Suhakam menyebut dalam rundingan meja bulat bahawa ada kira-kira 600,000 pendatang di Sabah yang memiliki kad pengenalan (IC) tulen yang diperolehi dengan kelulusan pihak berkuasa.

Menurut Suhakam, sekurang-kurangnya seramai 750,000 rakyat asing dikatakan memiliki IC tulen tanpa mendapat kelulusan atau memiliki dokumen palsu atau sudah luput tarikh atau langsung tidak memiliki dokumen.

Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyerahkan hasil kajian pada 2007 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi turut menyatakan kebimbangannya mengenai letupan populasi negeri ini.

PBS memberitahu, jumlah penduduk Sabah dalam tempoh tiga dekad (1970-2000) meningkat sebanyak 301 peratus iaitu 1,954,707 orang berbanding hanya 106 peratus (1,036,347 orang) di Sarawak.

Memorandum PBS itu memperincikan jumlah pendatang tanpa izin di Sabah mungkin seramai 1.7 juta merangkumi 600,000 rakyat baru yang mendakwa diri sebagai bumiputera dan mereka yang memegang kad pengenalan tulen Sabah manakala 750,000 dengan dokumen palsu atau tiada memiliki dokumen.

Seramai 400,000 lagi adalah pekerja sah dan pemegang dokumen IMM13 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen.


Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dalam apa yang digelarnya sebagai Inisiatif Upko menyerahkan kepada RCI jumlah penduduk Sabah pada 1960 ialah 454,421 orang di mana 37 peratus daripadanya adalah kaum Kadazandusun dan Murut (KDM).

Namun pada 1991, jumlah penduduk KDM menurun kepada 21.9 peratus dan menurun lagi kepada 21.6 peratus pada 2000.

Sabah mengalami pertumbuhan populasi tahunan yang membimbangkan, seperti yang dinyatakan RCI ketika memetik sebuah artikel yang berkata: “Pertumbuhan penduduk di Sabah setiap tahun ialah 6.2 peratus berbanding 2.7 peratus populasi bagi keseluruhan Malaysia. Ia merupakan perbezaan tiga kali ganda.”

Menurut Rancangan Malaysia Ketujuh (1995-2000), Sabah dianggarkan memiliki 3.3 juta penduduk manakala Sarawak pula dianggar 2.06 juta orang.

Laporan RCI boleh dibeli dengan harga RM100 senaskah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Kota Kinabalu dan di Pusat Sehenti Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

freemalaysiatoday


Di Sabah, isu pendatang asing tanpa izin penentu masa depan

KOTA KINABALU, 22 Feb — Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin di kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu. Tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanannya apabila pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu. Apa yang berlaku bukanlah perkara baru buatnya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.

“MyKad? Mereka tidak perlu menunjukkan MyKad. Wang adalah MyKad mereka,” kata Idris dengan lembut kepada The Malaysian Insider. Menurut Idris sekurang-kurangnya 70 peratus peneroka di Kampung Lok Urai dan Kampung Pondo di Pulau Gaya merupakan pendatang asing yang kebanyakannya mempunyai pas lawatan sosial namun tinggal melebihi tempoh.

Terdapat kira-kira 400 rumah kayu di pantai Pulau Gaya, tambahnya. Pendatang tanpa izin kebanyakannya bekerja sebagai nelayan, kata Idris, dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM500 sebulan atau “jika bernasib baik”.

Tetapi katanya ia cukup untuk membuat bayaran “jika ada operasi”. “Bagi saya, saya membawa orang kampung ke rumah mereka atau bandar... saya juga membuat kerja kontrak dan sekali-sekala membantu kakak saya membawa penumpang feri menggunakan vannya. “Kalau keadaan baik, saya boleh mendapat sebanyak RM1,000. Tetapi paling kurang kira-kira RM700,” kata bapa lima anak, empat daripadanya masih bersekolah.

Kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah telah menjadi masalah utama di negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan seperti biasa dipersalahkan sehingga menyebabkan masalah pergaulan, ekonomi dan masalah keselamatan yang menyusahkan penduduk tempatan. Berdasarkan jawapan diberikan di Parlimen tahun lalu, populasi penduduk Sabah seramai 651,304 pada 1970 dan bertambah kepada 929,299 sedekad kemudian.

Tetapi dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu meningkat dengan mengejut iaitu seramai 1.5 juta rakyat, menjelang 2000 angka itu mencecah 2,468,246. Laporan media berkata sejak 2010, jumlah itu semakin berkembang mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang. Menjelang pilihan raya umum ke-13, ahli politik merentasi sempadan pantas menggunakan isu itu, menjadikan ia isu politik yang boleh menjadi faktor penentu masa depan politik Sabah.

Pemimpin pembangkang menentang kerajaan BN ekoran populasi yang mengejutkan itu, menuduh pendatang tanpa asing dibenarkan masuk dan diberikan MyKads dan hak mengundi untuk membantu pemerintah terus berkuasa.

“Ini adalah perkara terburuk kerajaan telah lakukan hanya untuk kekalkan kuasa mereka, mereka sebenarnya memusnahkan keadaan,” kata Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR)  Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

Parti pembangkang berasaskan Sabah juga menggunakan isu itu untuk melengkapkan tema “Sabah untuk rakyat Sabah” dengan menyalahkan kerajaan BN mengenai kemasukan ramai warga asing.

Bagi parti BN Sabah, menyelesaikan masalah itu penting bagi mereka membuktikan mereka tidak akur dengan rakan komponen dari semenanjung, Umno — satu perkara yang perlu menjadi keutamaan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat Sabah.

Awal bulan ini, BN Sabah yakin memperoleh kemenangan apabila Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan bahawa Kabinet pusat bersetuju untuk membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengkaji masalah pendatang tanpa izin.

“Ini adalah apa yang rakyat Sabah mahu lihat sejak beberapa tahun lalu. Saya membangkitkan isu RCI dalam Kabinet sekurang-kurangnya tiga kali tetapi tiada sebarang keputusan.

“Saya bangkitkan isu ini semula dalam mesyuarat Kabinet terakhir (pada 8 Februari) dan Kabinet Persekutuan membuat keputusan... perdana menteri akan uruskan dengan yang lain,” katanya memetik Bernama Online.

Tetapi pengumuman menteri itu tidak meyakinkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan pembentukan RCO semasa lawatan kerja ke negerin itu minggu lalu.

Dilihat sebagai percubaan untuk mengawal keadaan, Dompok menjelaskan perdana menteri hanya akan mengumumkan perkara itu “pada masa yang sesuai”.

Tetapi media menggambarkan tindakan Najib itu sebagai “tamparan hebat” kepada parti BN Sabah, memberikan pembangkang alasan bahawa ia sering digunakan untuk patuh keputusan Umno.

Dalam temubual baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai, bagaimanapun, berkata alasan itu ditolak.

Ahli politik veteran itu mendesak parti-parti berasaskan Sabah dalam BN untuk bertegas agar mengikut apa yang mereka mahu, terutamanya tentang isu RCI. Beliau mendakwa perkara itu akhirnya hampir diselesaikan selepas setahun berdepan tekanan dari BN.

“Ini bukan perkara baru dalam objektif parti kita. Malah sejak dulu, manifesto parti kita mengutamakan perkara ini.

“Kita sekarang berada di satu peringkat yang kami letakkan harapan, lebih atau kurang kami di sana. Kami konsisten... kami perlukan ia (RCI), anda tahu,” katanya.

Dr Yee mengakui Umno bergantung kepada sebahagian besar kepada kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak untuk terus memegang kuasa pemerintahan tetapi tidak boleh berkata apa-apa jika parti BN Sabah menggunakannya sebagai “cip tawar-menawar” untuk mendapatkan hak mereka.

“Bagaimana anda tahu kami belum gunakannya? Ini adalah apa yang saya mahu beritahu anda... bagaimana saya perlu katakan kepada anda?

“Bagaimana kami perlu buat untuk mendapat apa yang kami mahu? Tetapi kami tidak perlu tunjukkan kepada dunia bagaimana kami lakukan... kami datang dari keluarga yang besar dan hubungan yang kuat,” katanya.

BN menguasai 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 57 dari 60 kerusi negeri. DAP mendapat satu kerusi  negeri dan pusat sementara SAPP, bekas gabungan BN memperoleh dua kerusi setiap satu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mixed Kalimantan.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternak IC?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 02:28 PM | Show all posts
tapi sabah banyak muka cantik2 n hensem2  la..suka dengo diorang cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa citer 'Projek IC'?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuq replied at 30-10-2015 02:28 PM
tapi sabah banyak muka cantik2 n hensem2  la..suka dengo diorang cakap..

Suluk sabah not bad gak..pompuannnya kurus slim tinggi rambut lurus bak rebonding..muka kebanyakan bleh tahan la..hehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 30-10-2015 03:06 PM
Apa citer 'Projek IC'?

Tu kena tya tuan dia..che det
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:08 PM | Show all posts
Ini le kerja orang2 umno/bn:

Akjan and other Umno members were arrested and detained under the ISA in the mid 1990s after he was allegedly caught with a briefcase containing about 2,000 Identity Cards (IC) at the Kota Kinabalu International Airport on a return flight from Kuala Lumpur.

Little is known about how he came to be in possession with the large number of document which granted citizenship status to the holders and it was alleged that he was selling the ICs to Filipino illegal immigrants in Sabah for between RM500 and RM3,000.


Dato Akjan ni pernah jadi Pengerusi Pekida Sabah dan tabal diri jadi Sultan Sulu. Tapi sebab dia ahli umno, tiada tindakan serius di ambil terhadap beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Merata2 pinoy kat sini...sng je nk beza derang ni ngan local.
Yg pastinya pinoy mmg gold digger! Kazen aku kawen pinoy...keja o&g. Manjang xde duit pinjam ngan mak dia.tah mcm mana ada prob so,bini dia tpaksa dok pilipin jap..serta merta kazen aku jd mcm org kaya. Aku speku selama ni broke sbb semua gaji bagi kt bini.nk tinggalkan bini x dpt sbb kesian ke anak...pandai2lah nk idup.sape soh gatal nk bebini pinoy.local punya ramai yg lawa pinoy jugak yg dia hadap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:14 PM | Show all posts
tak lama lagi dorang makin banyak membiak, buat parti, dorang tak reti cakap bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris, ada sekolah untuk dorang sendiri dalam bahasa dorang, nama jalan letak bahasa dorang, dorang jadi MB
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Che det....tlng bg sepatah 2 kata......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian rakyat sabah, orang luar senang2 senyap2 saja datang rumah, claim rumah Dia punya, negeri Dia punya. Sendiri dipinggiri, macam seperti hak dirompak bulat2
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:01 PM | Show all posts
saladin780 replied at 30-10-2015 03:07 PM
Suluk sabah not bad gak..pompuannnya kurus slim tinggi rambut lurus bak rebonding..muka kebanyakan ...

haha teringat kat um dulu2 ada hari borneo comey2 jer deme ni menari sambil pakai baju tradisi diorang..tu mesti dh banyak campuran tu kan...try la tackle sorang awek suluk
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:05 PM | Show all posts
Abangspek replied at 30-10-2015 03:14 PM
tak lama lagi dorang makin banyak membiak, buat parti, dorang tak reti cakap bahasa kebangsaan dan b ...

dulu cucuq kena call mahkamah di sabah sebab nak interview diorang pasal esaimen...sedey staf2 kat situ memang susah nak pham bahasa luar padahal cakap bm je bah... last2 past kat pengawai tinggi barulaah pegawai tu paham n tolong..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:09 PM | Show all posts
bumi lain2 tu cemana???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 04:18 PM | Show all posts
Implikasi Kebanjiran Warga Asing Di Sabah
Date: Wednesday, October 26 @ 16:00:00 MYT
Topic: Artikel


Oleh Siti Salasiah Salamun

Isu pendatang asing di Sabah bukan isu yang baru. Isu ini sudah berlanjutan bertahun lamanya. Walaupun dianggap isu yang lapuk, namun ia tetap mencuri tumpuan semua pihak saban hari, kerana pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing ini keluar di corong radio dan media massa. Kes pecah rumah, mencuri, merompak dan penyeludupan dadah dan rokok, semuanya melibatkan pendatang asing dan hal ini amat membimbangkan penduduk tempatan.




KEADAAN SEMASA

Kebanjiran pendatang asing ke negeri ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun, faktor paling dominan adalah mencari pekerjaan yang baik lantaran persaingan yang terlalu sengit untuk mencari pekerjaan di negara asal mereka. Di Indonesia misalnya, kepadatan penduduk yang tinggi amat menuntut penduduknya untuk bersaing mendapatkan pekerjaan. Apabila lambakan penduduk terjadi, imigrasi ke negara lain akan berlaku. Pendatang asing ini akan menggunakan apa jua cara untuk memasuki negara lain terutamanya negara jiran kerana pintu sempadan yang dekat dan mudah untuk dimasuki sama ada secara sah ataupun tidak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman menjelaskan dalam Bernama pada 29 April 2011, keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran

Hal ini memberikan impak yang besar kepada isu pendatang asing ini. Tambahan pula, bancian pada tahun lalu menunjukkan bahawa seramai lebih 800 000 orang penduduk di negari ini adalah pendatang asing. Tidak mustahil angka ini akan terus meningkat pada tahun ini. Hal ini amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian yang khusus.

MASALAH SOSIAL

Pelbagai masalah sosial yang dicetuskan oleh pendatang asing ini, sama ada mereka datang daripada Indonesia, Filipina, India, Pakistan ataupun negara lain dan sama ada mereka datang secara sah ataupun tidak. Statistik Jabatan Penjara Sabah yang dikeluarkan pada Oktober tahun ini menunjukkan bahawa jumlah warga asing yang ramai menyebabkan kesesakan di tiga penjara utama di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Secara keseluruhannya sebanyak 60% penghuni penjara ini adalah warga asing dan 40% adalah penduduk tempatan. Warga asing ini ditahan atas pelbagai tuduhan seperti jenayah dan dadah serta kesalahan imigresen.

Selain itu, penyeludupan rokok ke negeri ini juga didalangi oleh pendatang asing. Sama ada mereka menyeludup masuk dari Tawau atau kawasan pantai timur Sabah. Kebanyakan pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang melakukan kegiatan penyuludupan dan penjualan rokok haram ini di Sabah. Di Sandakan misalnya, mereka menjual rokok ini secara terbuka di kawasan stesen bas. Tambah menghairankan apabila mereka ini menjual rokok tersebut tanpa halangan dan sekatan dari pihak berkuasa seperti pihak KASTAM dan polis. Di Kota Kinabalu juga tidak terkecuali.

Di kawasan seperti di Jalan Sinsuran Kota Kinabalu, merupakan ‘hot spot’ untuk menjual rokok seludup ini dan ianya dijual pada harga yang sangat murah. Jika penjualan rokok ini boleh dilakukan secara terbuka, tidak mustahil jika penjualan dadah turut dilakukan oleh pendatang asing ini.

Isu penjualan arak secara haram di kawasan petempatan penduduk juga suatu fenomena yang semakin membarah dan perlu ditangani segera. Di Tuaran misalnya, penjualan arak secara haram ini dilakukan oleh pendatang asing yang mempunyai MyKad.

Kes pembunuhan yang melibatkan pendatang asing ini turut mengancam keselamatan penduduk tempatan. Seperti kes yang berlaku pada Mei tahun ini di Kota Kinabalu, yang melibatkan kematian seorang pemandu van yang dibunuh oleh perompak yang dipercayai pendatang asing dari Filipina. Perompak ini terlebih dahulu merompak kedai emas si mati sebelum membunuhnya dengan cara menembaknya sehingga mati. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa pendatang asing ini sangat membahayakan kerana mereka turut memiliki senjata api dan terdapat juga antara mereka yang memiliki senjata tajam seperti parang dan pisau ‘Rambo’.

Gangguan seksual terhadap penduduk tempatan oleh pendatang asing ini turut menimbulkan ketakutan yang berpanjangan, terutamanya kepada golongan wanita. Golongan pendatang asing ini tanpa rasa takut mengganggu penduduk dan kadang kala sehingga mencabul dan meraba. Hal ini terjadi di dalam pengangkutan awam, di tempat awam dan di dalam lif serta di kawasan-kawasan perumahan.

ISU SETINGGAN

Kebanjiran pendatang asing ini juga turut menyebabkan pertambahan kawasan setinggan di negeri ini terutamanya di kawasan bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Di Sandakan misalnya, kawasan tumpuan untuk mendirikan perumahan setinggan adalah di kawasan perindustrian seperti di kawasan Batu Sapi dan di sekitar Batu 2 dan Jalan Buli Sim-Sim.

Rentetan daripada masalah setinggan ini, ia turut menyebabkan masalah lain timbul di kawasan petempatan itu seperti pergaduhan, penyeludupan dadah dan rokok, pembunuhan dan kecurian. ‘Pembiakan’ masalah sosial ini amat membimbangkan, tambahan pula budaya lain yang dibawa oleh pendatang asing ini seperti melepak, berjudi dan sebagainya juga semakin meresap dan menular di kalangan penduduk tempatan, terutamanya remaja.

PERSAINGAN PEKERJAAN

Persaingan sengit penduduk tempatan dengan pendatang asing dalam bidang pekerjaan seharusnya turut dipandang serius oleh kerajaan negeri. Di Sandakan misalnya, sebuah kilang pengeluar papan lapis yang beroperasi di Batu Sapi telah membuang pekerja yang terdiri daripada penduduk tempatan dan mengupah pekerja asing yang didakwa lebih murah kadar gajinya.

Dalam sektor perkapalan pula, seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Laut Sabah, Abdul Aziz Mahamud pada November tahun lalu, 90% pekerja dalam bidang tersebut adalah terdiri daripada pekerja asing. Statistik yang dikeluarkan pada November tahun lalu oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah merekodkan lebih daripada 15 000 belia di Sabah tidak mempunyai pekerjaan.

Semua ini berlaku kerana penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing ini untuk mendapatkan pekerjaan. Tambahan pula, jika warga asing ini diberikan upah yang lebih rendah, sudah tentu pihak majikan memilih mereka kerana ia membantu mengurangkan perbelanjaan untuk membayar upah pekerja.

Berikutan daripada situasi tersebut, tidak hairanlah apabila ramai daripada anak tempatan yang berhijrah ke negeri lain di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan lantaran taraf hidup yang semakin menuntut untuk mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

PENUTUP

Penduduk di negeri ini sudah muak dengan pelbagai janji yang ditawarkan oleh kerjaan negeri yang berkali-kali berjanji akan menyelesaikan isu ini, namun ia ibarat melepaskan batuk di tangga. Tidak ada pun kesungguhan yang diperlihatkan dan jauh sekali untuk melihat hasilnya.

Pihak kerajaan negeri seharusnya bersungguh-sungguh dalam menangani masalah pendatang asing ini. Bekerjasama dengan kerajaan persekutuan juga merupakan langkah yang bijak kerana di negeri lain di Semenanjung Malaysia turut dibanjiri oleh pendatang asing dan kebanyakannya membawa masalah yang serupa.

Penubuhan suruhanjaya, Ops PATI, Makmal Pengurusan Pekerja Asing dan polisi pengurangan pekerja asing di pelbagai sektor seharusnya dapat menyelesaikan isu ini. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat negeri ini sangat berbesar hati sekiranya dapat ditempatkan di pelbagai sektor untuk mengisi kekosongan yang ada. Janganlah sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2015 04:20 PM | Show all posts
Berdasarkan ranking jumlah warga asing di Sabah :

1.Warga asing di Tawau : 171, 409
2.Warga asing di Sandakan : 148,438
3.Warga asing di Kinabatangan : 117,689
4.Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
5.Warga asing di Lahad Datu : 77,003
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebinasaan disebabkan umngok bn lahanat. Moga Sarawak dilindungi drpd puak2 umngok bangsat cuba merusakkan negara srwak. Mohon  @dizek belajar cara elak sumpit racun
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dilupa paki jugak uols...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 05:17 PM | Show all posts


Abanggggggggggggggg ,  pack semua harta kita , Dik Nah ikut abang balik   New York

Abang= pilot handsome
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.087866 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list