CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11602|Reply: 28

[Pemandangan & Senibina] Masjid-Masjid Bersejarah Dan Unik Diiktiraf UNESCO

[Copy link]
Post time 24-11-2015 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 10:44 PM

Masjid yang di bina di kota purba Djenné lies ini telah dibina dengan menggunakan selut dan tanah. Meskipun bahan utamanya hanyalah tanah, namun tetap terserlah keunikan sentuhan senibina kaum Saheli – Sudan.






Masjid Besar Djenné sebenarnya menampilkan struktur genius kerana dindingnya yang diperbuat daripada bata lumpur yang dijemur dibawah panas terik matahari. Dinding masjid dibina berasaskan lumpur – mortar dan disalut dengan lebihan lumpur sebagai plaster menjadikan dindingnya mampu melindungi bangunan daripada perubahan suhu yang melampau di siang hari dan pada waktu malam.









Daun palma diselitkan di dalam binaan membantu mengukuhkan struktur bangunan dan mampu menyerap keretakan yang disebabkan oleh perubahan kerap pada suhu, manakala alur seramik pula mengalirkan air turun dari bumbung dan jauh daripada dinding di bahagian luar masjid.


Setiap menara ke 3 masjid ini disediakan 1 tangga berpusing untuk ke bumbung dan ia dibuat dengan menggunakan kulit telur burung unta. Masjid ini beserta bandar Djenné telah diwartakan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO pada tahun 1988.



Kredit : TVCKT / Google Images


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 11:40 AM | Show all posts
amazing. tgh cari resepi nk buat rumah murah atas tanah sendiri nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 02:57 PM | Show all posts
gambar aerial view tu sangat menarik
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:29 AM | Show all posts



yg bulat tu apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 12:36 AM | Show all posts

kalau tak lubang udara, mungkin alur seramik.

manakala alur seramik pula mengalirkan air turun dari bumbung dan jauh daripada dinding di bahagian luar masjid.



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:37 AM | Show all posts
bianglala replied at 25-11-2015 12:36 AM
kalau tak lubang udara, mungkin alur seramik.

yg kat tanah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2015 12:40 AM | Show all posts

lubang udara kot. tu sebenarnya atas bumbung.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:41 AM | Show all posts
bianglala replied at 25-11-2015 12:40 AM
lubang udara kot. tu sebenarnya atas bumbung.

yea ke?
wa salah pemandangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2015 12:43 AM | Show all posts
ip_lepat replied at 25-11-2015 12:41 AM
yea ke?
wa salah pemandangan

memang mengelirukan. dah 100% tanah semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:45 AM | Show all posts
bianglala replied at 25-11-2015 12:43 AM
memang mengelirukan. dah 100% tanah semuanya

kira betoi le jgk ataih tanah kan?
wpun kurang tepat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 12:51 AM | Show all posts
ip_lepat replied at 25-11-2015 12:45 AM
kira betoi le jgk ataih tanah kan?
wpun kurang tepat

haha. kira betul jugak la. 1 markah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:01 AM | Show all posts
memang unikkk. lain drpd yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 02:27 PM | Show all posts
Masjid Labaranga, Ghana

Ini adalah masjid tertua di Ghana. Dipercayai masjid ini telah di bina oleh puak Moors pada abad ke 13. Namun begitu ada juga yang mengatakan masjid ini telah dibina pada abad ke 15.

Masjid Larabanga diperbuat daripada lumpur dan kayu. Bahagian luarnya bertukar warna sepanjang hari dan berubah dari putih ke warna emas dan gangsa. Oleh kerana bahan binaannya yang dibuat dari lumpur, Masjid Larabanga perlu diubahsuai setiap kali selepas hujan lebat

Masjid ini mempunyai empat pintu masuk, masing-masing satu untuk ketua kampung, lelaki, wanita dan muadzin yang melaungkan azan. Satu salinan al-Quran purba yang berasal dari abad ke-17 dan berusia setua masjid ini turut disimpan di sini.

Masjid Larabanga telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2001 dan pada masa ini disenaraikan dalam Tabung Monumen Dunia untuk 100 tapak warisan yang terancam.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 02:30 PM | Show all posts
Masjid Koutoubia, Marrakesh, Morocco

Masjid terbesar di Marrakesh ini telah dibina tidak lama selepas bandar ini ditakluk oleh Dinasti Almohad pada tahun 1150. Dinasti Almohad adalah dinasti Islam abad ke 12. Sebelum masjid ini didirikan, tapak asalnya telah digunakan sebagai lokasi para penjual manuskrip berkumpul dan nama masjid ini diambil daripada perkataan Arab untuk ‘buku’: koutoub.

Dewan masjid ini boleh memuatkan sehingga 25,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid Koutoubia terkenal kerana senibina menaranya yang mengagumkan dan merupakan menara yang tertua daripada 3 menara besar Almohad. Dua lagi lokasi lain bagi menara dengan senibina Almohad adalah Menara Hassan di Rabat, Maghribi dan di La Giralda, Seville, Sepanyol.

Berdiri setinggi 69 meter dengan panjang sisi 12.8 meter, reka bentuk menarik  di masjid ini adalah menara tajam  di bahagian atas menampilkan corak kerja yang rumit pada setiap sisi dan motif hiasan rumit pada bahagian luar tingkap menara. Terdapat 6 bilik di menara ini yang berada di setiap 1 tingkat dan tangga berpusing yang dibina boleh dinaiki bukan hanya dengan berjalan kaki tapi juga dengan menunggang kuda.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 02:31 PM | Show all posts
Masjid Koutoubia, Marrakesh, Morocco

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 11:46 PM | Show all posts
Laaa..masjid ke?
bentuk macam penjara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2015 05:06 PM | Show all posts
Ipo replied at 26-11-2015 11:46 PM
Laaa..masjid ke?
bentuk macam penjara...

kan. nampak pelik... tapi itulah keunikan senibinanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 09:55 PM | Show all posts
Masjid Besar Touba, Touba, Senegal

Terasa agak mustahil untuk menceritakan kisah Masjid Besar Touba ini tanpa berkongsi kisah epik Sheikh Ahmadu Bamba Mbàkke, pembina dan juga pengasas Sufi Mouride, salah satu kumpulan sufi yang terbesar dan paling terkenal di Senegal.

Bamba seorang yang rajin dan murid-muridnya dikenali kerana kuat bekerja. Penjajah Perancis mula rasa terancam dengan pengaruh Bamba yang semakin meningkat pada masa itu. Untuk mengurangkan pengaruh Bamba, penjajah Peranchis  telah menjatuhkan hukuman buang negeri  keatas Bamba dari tahun 1895 hingga tahun 1907. Tindakan Peranchis ini memakan diri kerana khabar angin bertiup kencang di kalangan pengikut Bamba bahawa beliau diseksa dan dibunuh oleh Peranchis. Disebabkan berita ini populariti Bamba semakin meningkat.









Akhirnya pihak Perancis sedar Bamba sebenarnya tidak berniat jahat dan membenarkan gerakannya berkembang.

Di sinilah bermulanya sejarah Masjid Besar Touba apabila pada tahun 1926 Bamba memulakan pembinaan masjid di bandar Touba dengan kebenaran Peranchis. Bamba dikebumikan di masjid ini selepas kematiannya pada tahun 1927.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 10:06 PM | Show all posts
Masjid Besar Xi’an, Daerah Shaanxi, China

Dibina di atas tanah seluas 12,000 meter persegi, Masjid Besar Xi’an dibahagikan kepada 4 halaman yang mengandungi khazanah seni bina gerbang kayu dari abad ke 17, Al-Quran kuno bertulisan tangan yang diwarisi dari Dinasti Ming, kalendar batu yang dipanggil ‘Tablet Moon’ dan di tengah-tengah dewan ke 2 berdiri gerbang batu dengan 2 tiang yang mengandungi tulisan kaligrafi dari ahli kaligrafi kuno yang terkenal. Ruang ke 4 menjadi ruang solat utama yang boleh memuat sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Besar Xi’an adalah satu-satunya masjid di China yang dibuka kepada pengunjung bukan Islam, tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama. Masjid ini telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Islam UNESCO pada tahun 1985.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 10:15 PM | Show all posts
Masjid Badshashi, Lahore, Pakistan

Juga dikenali sebagai Masjid Maharaja, Masjid Badshahi telah dibina pada tahun 1673 oleh Maharaja Moghul yang bernama Aurangzeb. Mampu menampung lebih 55,000 jemaah, Badshahi adalah masjid ke 2 terbesar di Pakistan selepas Masjid Faisal di Islamabad. Kedudukan masjid ini yang bertentangan dengan puncak Lahore Fort menggambarkan kepentingannya dalam besar Empayar Moghul (1526-1858 Masehi).

Setiap sudut struktur masjid yang besar ini ditanda dengan menara batu pasir yang dibalut dengan kubah marmar putih. Empat menara masing-masing dengan ketinggian 53 meter dan 204 langkah di dalam. Bahagian luar bangunan ini dihiasi dengan ukiran batu dan ditatah marmar pada batu pasir merah. Bahagian dalam pula di hias indah dengan motif yang di cat plaster, plat dan panel marmar.

Ubah suai besar-besaran telah dijalankan antara tahun 1939 hingga 1960 dan baru-baru ini pula sebuah muzium kecil telah ditambah di dalam kompleks. Antara yang menarik dipamerkan di dalam muzium ini adalah barangan peninggalan milik Nabi Muhammad (saw),  menantu Rasullulah (yang juga sepupunya) Ali Bin Abi Thalib dan juga anak perempuan Rasulullah saw, Fatima Zahra – terdiri dari serban hijau, topi, kot hijau, seluar putih, kasut yang dipakai oleh Nabi, batu yang mengandungi tanda kakinya dan kain rentang putih dengan ayat-ayat al-Quran bersulam di atasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.710258 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list