CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3800|Reply: 5

7 Rahsia Kecantikan Wanita Korea

[Copy link]
Post time 25-11-2015 08:32 PM | Show all posts |Read mode

Rahsia Kecantikan Wanita Korea. Anda pun boleh jadi seperti mereka jika tahu rahsianya!

Hampir semua wanita mengimpikan kulit sepert artis Korea. Apatah lagi, dengan kekuatan drama-drama Korea yang menampilkan artis atau pelakon yang putih bersih, gebu dan tanpa sebarang cacat cela.Makin ramailah yang percaya dan mengagumi kecantikan wanita Korea ini.
Apalah rahsianya ya? Jom, bongkar!
Antara Amalan Kecantikan Yang Menyingkap Rahsia Kecantikan Wanita Korea Adalah…  

1. Minum Teh Hijau
Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

2.  Cara Mencuci Muka
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.
Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbuih selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit.
Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Penggunaan Penyegar Wajah
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang  Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering.
Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Menggunakan Pelembap Muka
Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah.
Minyak mineral seperti petroleum jelly dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Lakukan Senaman Mulut “‘Ma Me Mi Mo Mu’”
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Lakukannya di hadapan cermin supaya anda boleh melihat kecantikan wajah anda .

6. Lakukan Urutan Wajah
Rahsia wajah yang berseri adalah denganurutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keanjalan wajah.

7. Menggunakan Krim Wajah
Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan krim wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini.
Pilih krim yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih krim pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau krim pelembap (moisturing mask).


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulit dyorg.mmgcantik
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tgh in 7 steps toner tu. Suka la. Moist ja kulit
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 04:20 PM | Show all posts
hai !, aah jeles betul tgok kulit orang korea ni kan, kak min pun nak jugak kulit cam tu tapi tulah. haha! tu yang kak min dgr2 muke diorg ini cantik sbb takde bulu roma kt kulit muka. tu pasal licin je. kak min pun try la satu waxing ni oklah tak sakit pun sbb organik kan , tak tahu la korang pernah dgr ke tak D'banu collagen wax namanya. okalh akk min suke pakai ni buat kulit muke kak min licin selalin daripada ketiak hahah ! cok terima kasih. byee
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Org timur cam korea dan jepun sgt rajin, komited dan teratur.korang mampu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 05:14 PM | Show all posts
kena amalkan dari remaja, time kulit sihat lg, dah berumur kulit dah rosak susah nak pulih

tapi kebanyakannya basic je pun, minum air, double cleanse, moisturizer, sama je mcm kebanyakan org punya rutin
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.068657 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list