CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3295|Reply: 14

Anjing Ini Berjalan 200 Batu Jauh Mencari Tuannya..

[Copy link]
Post time 30-11-2015 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Siapa sangka anjing ini sanggup berjalan 200 batu semata-mata mencari wanita yang pernah merawatnya suatu ketika dahulu. Kisah yang satu ini sememangnya menjadi viral di laman web dan menyentuh banyak jiwa di luar sana.


Anjing yang diberi nama Shavi, dirundum malang apabila telah dilanggar di suatu kawasan selatan Rusia oleh seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab dan kejam. Terbiar di tepi jalan kerana kedua kakinya bukan sahaja cedera, malah patah akibat kemalangan itu.


Namun, Shavi bernasib baik kerana masih ada manusia berhati suci dan sanggup mengambilnya. Mereka mengiklankan secara atas talian untuk sesiapa yang sanggup menjaga dan merawat anjing itu. Dalam berjuta-juta pengguna yang membacanya, hanya seorang yang menjawab iklan itu iaitu Nina Baranovskaya, 26.





Nina menjaga anjing ini sehinggalah kakinya pulih seperti sedia kala, mengajar arahan tertentu dan mengalihkan trauma yang dialami oleh Shavi. Sampai suatu masa, Nina terpaksa berpindah atas faktor komitmen terhadap keluarga dan anjing itu ditinggalkan bersama rakannya.


Namun, hanya dalam beberapa hari sahaja, Shavi telah menghilangkan diri dan sehingga 2 minggu lamanya ia tidak muncul-muncul. Ini menyebabkan Nina berasa sangat bimbang tentang keselamatan anjing 'angkat'nya itu.


Sehingga suatu hari, ketika berada di atas jalan raya, Nina didatangi anjing dan dia berasa sangat terkejut kerana anjing itu merupakan Shavi yang berjalan 200 batu untuk mencarinya! Perjalanan Shavi si anjing itu sangat membuka mata masyarakat tentang makna kasih sayang dan menafikan pepatah 'bagai kacang lupakan kulit.'






Bayangkan jika seekor haiwan sangat setia dan tidak pernah melupakan budi seseorang kepadanya, inikan pula manusia. Kisah bagaimana anak-anak melawan dan berlaku biadap kepada ibu bapa misalnya, sudah cukup melukakan hati.


Ada yang sanggup lari dari rumah demi kekasih dan melupakan orang tua seperti mereka tiada apa-apa erti. Kisah Shavi yang berjalan 200 batu ini juga membuktikan, apa jua halangan dapat ditempuhi jika ada kemahuan yang kuat dan mendalam.


Meneladani kisah daripada haiwan, tiada salahnya, bukan? - CARI Infonet



(Sumber foto: Carian google)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 03:34 PM | Show all posts
Biasa la yg lupakan tuan ni biasanya kacang jer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah macam ni seronok dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 05:13 PM | Show all posts
sooo???????????
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 05:23 PM | Show all posts
wow terharu....!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 05:56 PM | Show all posts
Wow jauhnya dia berjalan boleh buat pilem ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauhnya..blh buat filem ni..mesti mcm2 yg anjing ni kena tempuh nk smpai tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla pon setia kpd tuannya-Zahid.lol::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 10:36 AM | Show all posts
boleh ke citer liku liku prjlanan yg di tmpuhi sepanjang prjlanan beliau.. mcm nak thu je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 11:00 AM | Show all posts
kesiannya anjing tu sanggup jalan 200 meter untuk mencari tuannya yang pernah merawatnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 11:29 AM | Show all posts
Ini kali ke 3 aku baca cerita anjing yg sgt setia ..

Dulu ada budak2 Msia yg merantau naik basikal pun ada pengalaman yg sama mcm gini kan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 12:52 PM | Show all posts
how i wish to have one.. tp malangnye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 01:41 PM | Show all posts
kesiannya dia. mesti penat sangat2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringin nak tgk hachiko...tp xperla x memasal aku menangis utk kesekian kalinya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 02:50 PM | Show all posts
200miles... lebih kurang KL ke Butterworth... wow..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088862 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list