Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
14659
View
140
Reply

Kenapa Tunku Abdul Jalil Begitu Disayangi Rakyat Johor?

[Copy link]

Author: CARI-LTS       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2015 11:59 AM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO




Putera ketiga Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam Sabtu lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Media tempatan melaporkan, Almarhum Tunku Abdul Jalil didiagnosis kanser hati peringkat keempat tahun lalu susulan badan menghadapi masalah kesihatan.


Apabila berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil disiarkan, kepiluan dirasai oleh semua golongan rakyat bukan sahaja di Johor, malah di seluruh negara.


Ini jelas terbukti orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa pergi ke istana besar Johor untuk memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Abdul Jalil pagi semalam.




Kenapa Putera Ketiga Sultan Johor begitu disayangi rakyat jelata? Kenapa orang ramai begitu menyanjung tinggi Almarhum Tunku Abdul Jalil?






Menderita dengan penyakit, masih mampu mengekalkan sikap positif dan optimis
1) Putera Ketiga Sultan Johor merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, walaupun menderita dengan penyakitnya dalam tempoh beberapa tahun, tapi masih bersikap positif dan optimis, serta turut bergiat menyertai pelbagai aktiviti dan berusaha menyebarkan mesej yang positif melalui media sosial.








2) Seorang yang peramah, Periang dan rendah diri
Walaupun menderita dengan penyakit, tetapi Putera Ketiga Sultan Johor masih sangat optimis ketika menjalani rawatan, secara nakal mengusik ketua jururawat, semua orang suka dengan Putera Ketiga Sultan Johor kerana sikapnya yang peramah dan suka bergurau tanpa mengira darjat atau pangkat,











3) Sering memberi galakkan kepada pesakit lain
Sepanjang menghidap kanser, Almarhum kerap mengunjungi pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar. Biarpun dirinya menderita dengan penyakitnya, tetapi Almarhum masih berkeinginan mengunjungi pesakit lain sambil memberi sokongan dan kata-kata semangat agar mereka lebih gigih menghadapi penyakit kanser. Di laman Facebooknya tertulis : " Kami menghidap penyakit kanser, sebab itu kami berpeluang menjadi abang dan adik. Esok saya akan datang lagi mengunjungi anda, Azman."










4) Putera Johor yang Petama Menyertai Pasukan Polis.
Almarhum merupakan kerabat di raja Johor yang pertama berkhidmat dalam pasukan polis selepas tamat latihan polis selama sembilan bulan pada tahun 2011. Seorang putera Johor yang penuh keberanian dan bersikap menegak keadilan, macam mana tidak disanjungi rakyat jelata?








Sudah pastinya, kebelakangan ini suasana politik negara kita agak menggusarkan, bukan sahaja Putera Ketiga Sultan Johor memperolehi perhatian, malah seluruh kerabat diraja Sultan Johor yang lantang menyuarakan pendirian yang berjiwa rakyat di laman sosial, boleh dikatakan salah satu sebab mengakibatkan Putera Ketiga Sultan Johor menjadi 'People In The News'.


Barangkali ini merupakan kerinduan masyarakat terhadap putera muda tersebut ataupun boleh juga dikatakan sebagai perasaan sayang ke atas Almarhum, namun demikian ia juga boleh menggambarkan refleksi hubungan akrab orang ramai terhadap kerabat diraja Johor yang lantang menyuarakan isi hati masyarakat Malaysia sekarang. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:04 PM | Show all posts
sebab ciri2 peribadi TAJ lebih baik dari ciri2 peribadi TMJ  
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:09 PM | Show all posts
Sebaya gua rupanya Semoga TJ ditempatkan dikalangan org2 yg soleh. Insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:09 PM | Show all posts
kenal secara peribadi ke dgn TMJ
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
crossfire replied at 7-12-2015 12:04 PM
sebab ciri2 peribadi TAJ lebih baik dari ciri2 peribadi TMJ

Part lain aku xnk komen tp point dia melawat pesakit lain mmg sikap terpuji,  memberikan semangat tambahan kepada pesakit2 lain di hospital.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nak tanya soalan bimbo sikit. Kenapa shortform TJ pula? Bukan sepatutnya guna shortform TLJ ke? Tunku laksamana johor.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 7-12-2015 12:15 PM
pooh~key replied at 7-12-2015 12:12 PM
Akak nak tanya soalan bimbo sikit. Kenapa shortform TJ pula? Bukan sepatutnya guna shortform TLJ ke? ...


Maybe TJ tu shortform utk TUNKU JALIL

Cam aku guna TJ sbb aku refer as Tunku Jalil bukan Tunku Johor
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:14 PM | Show all posts
Heols neh ok sikit kuts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:16 PM | Show all posts
pooh~key replied at 7-12-2015 12:12 PM
Akak nak tanya soalan bimbo sikit. Kenapa shortform TJ pula? Bukan sepatutnya guna shortform TLJ ke? ...

TJ = Tunku Jalil
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 7-12-2015 12:12 PM
Akak nak tanya soalan bimbo sikit. Kenapa shortform TJ pula? Bukan sepatutnya guna shortform TLJ ke? ...

Short form Tunku Jalil
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:18 PM | Show all posts
pooh~key replied at 7-12-2015 12:12 PM
Akak nak tanya soalan bimbo sikit. Kenapa shortform TJ pula? Bukan sepatutnya guna shortform TLJ ke? ...

TJ for Tunku Jalil
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga tunku jalil bersemadi dengan aman

....Dalam byk2 putera tuanku..me rasa tunku abdul rahman yg paling hensem.. dah besar tapi still low profile..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 7-12-2015 12:12 PM
Akak nak tanya soalan bimbo sikit. Kenapa shortform TJ pula? Bukan sepatutnya guna shortform TLJ ke? ...

TJ tu Tunku jalil u...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:20 PM | Show all posts
Semoga sifat kebaikan Almarhum menjadi contoh kepada kita semua.

Pangkat dan darjat hanya sementara. Jangan terlalu sombong kerana suatu hari nanti kita akan kembali padaNya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
crossfire replied at 7-12-2015 12:04 PM
sebab ciri2 peribadi TAJ lebih baik dari ciri2 peribadi TMJ

Tak juga kot u...
Me ada baca sape share kat benang lagi 1 masa arwah sepupu dia  anggota FMJ ke apa tu meninggal tmj turun samer masuk liang...bantu urusan pengkebumian..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:23 PM | Show all posts
aku as follower dia kat ig pun sedihh... walaupun bukan dari johor.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 7-12-2015 12:19 PM
TJ tu Tunku jalil u...

Eh eh eh kalau macam tu tmj pun kena pakai TI lah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
TMJ kena jadi TI.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 7-12-2015 12:24 PM
Eh eh eh kalau macam tu tmj pun kena pakai TI lah...

Tmj dia nak dikenali ngan tmj..tengku mahkota johor...

So kita ikutlah apa yg org tu suka..

Macm pooh key suka dipanggil pooh key..so gitulah kita panggil...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:29 PM | Show all posts
pooh~key replied at 7-12-2015 12:24 PM
Eh eh eh kalau macam tu tmj pun kena pakai TI lah...

apa pulak sis, almarhum sendiri yg bahasakan dirinya TJ , kat Ig segala pun taruk TJ jah ...shortform utk Tunku Jalil. bukan Tunku Laksaman Johore ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095597s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list