CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KUIH-MUIH

   Close [Copy link]
Post time 10-3-2005 10:25 PM | Show all posts
Bubur pulut manis dgn Laici [RasaCinta]

Thai desert
INGREDIENTS

1 cup beras pulut (200g) } dibasuh
2 1/2 cups air
1 can lychee in syrup
1/2 cup sugar

  Coconut cream
1 1/2 cups santan
2 ts tepung beras
garam

1. Masukkan pulut dlm periuk dgn air sekali...cook, uncovered.. bila dah lembut masukkan gula.. masak utk 2-3 mins..

2. Masukkan laici dgn syrup...kacau rata.. biarkan

COCONUT CREAM - dlm bekas lain...masukkan sumer bahan kasi mendidih utk 3-4 mins sampai pekat.. sambung kacau

3. Hidang dlm mangkuk kecil...top with coconut cream
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2005 11:35 PM | Show all posts
KUEH LOPES [hanieliza]

Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda [kalau takder..gunakan yg putih saja]

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah

Air Gula
2 buku gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan


VERSI:: [Cranko21]

bahan2 kuih lopez senang jer....

pulut - rendam ngan sedikit abucang
rendam hingga pulut tu kembang...
then.... buang airnya..
dan bungkus dgn daun pisang macam nak bungkus samosa...
rebus tuk 4 jam dan hidangkan... dgn kelapa parut yg di kukus ngan sedikit garam.

gula pulak pulak....mak saya suka campur sedikit air kelapa tuk sedapkan rasa gula melaka tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2005 09:19 PM | Show all posts


BADAK BERENDAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1/2 bungkus tepung pulut
8 helai daun pandan [mesin dan ambil air]
1 biji kelapa [separuhi dibuat inti dan separuh lagi diambil santan pekat]
1 cawan gula merah
air
garam

Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh yang lembut.
2. Kelapa parut dimasak bersama gula merah  hingga menjadi inti.
3. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
4. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya.
5. Kemudian kukus hingga masak.
6. Bila telah sejuk boleh dihidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2005 09:21 PM | Show all posts
Kolak Sukun [gebang]

1 biji buah sukun
600 gm gula putih
1 biji kelapa (3 cawan santan pekat)
1 1/2 cawan air
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
2 helai daun pandan

caranya

1. Buah sukun di buang kulit dan empulur. kemudian dipotong dan dibersihkan.

2. Rebus hingga buah sukun empuk dan toskan

3. Gula putih, air yang tekah di sukat, pewarna kuning dan daun pandan dimasak sehingga mendidih dan gula menjadi hancur.

4. Masukkan buah sukun yang telah direbus tadi dan kacau sehingga gula menjadi pekat dan bersalut pada hirisan sukun

5. Masukkan santan dan sedikit garam masaklah sehingga mendidih
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2005 11:49 PM | Show all posts
KUEH TEPUNG TALAM [hanieliza]

Lapisan Bawah:

3 roda gula roda ) masak dan sejukkan
4 sudu gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini.
2. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak
3. Sejukkan dahulu baru dipotong dan hidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 03:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:19 PM | Show all posts
Pumpkin custard [RasaCinta]

Ingredients:

1 quarter Milk
1/2 cup Honey
1 ts Vanilla
6  Eggs
1 1/2 cup Cooked, mashed pumpkin

1. Pukul rata telur dgn susu.. pastu pukul lagi rest of ingredients.
2. Sapukan butter kat loyang / casserole dish dan masukkan mixture.
3. Kukus dlm 1 1/2 jam (or until knife inserted in middle comes out clean).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2005 07:59 PM | Show all posts
KUEH TEPUNG BUNGKUS [hanieliza]

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air..saperti buat andeh2 tu]

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
2 s/b air
daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.
2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa  yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.
4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 08:35 PM | Show all posts


Kueh Kole Kacang [hanieliza]

Masa bulan posa kak liza suka buat kueh ni..
pastu bagi kat jiran2..
kekadang depa balas balik..
waaa..memacam kueh ada atas meja...

bahan2
200 gm tepung kacang hijau
150 gm gula
80 gm gula merah
750 ml santan cair
250 ml santan pekat

250 ml santan pekat[jadikan tahi minyak..masak sehingga naik minyak dan berketul2]

Cara..
1. Gaulkan semua bahan dan masakkan sehingga adunan pekat dan berkilat.
2. Tuangkan adunan ini dalam loyang dan sejukkan
3. Taburkan tahi minyak keatas kueh.
4. Potong kueh ikut suka dan hidangkan

kole2 kacang [Tukaz]

bahan-bahan

210 gm tepung beras (cap teratai)
100 gm tepung green peas
450 gm gula castor
1 tsp garam
600 ml santan pekat
1700 ml air

Kaedah:
i. sapu loyang dengan minyak dan panaskan
ii. bancuh semua bahan-bahan di atas. tapiskan ke dalam  periuk.
iii. masak sehingga naik wap dan agak pekat. tuang ke dalam loyang dan bakar ke tahap 180 C selama 1 jam 15 minit
iv. keluarkan dan tunggu sehingga sejuk barulah dipotong
v. keluar dari oven - sapu di atas kuih dgn sedikit minyak masak.

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 07:06 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2005 11:11 PM | Show all posts
Kueh koci [hanieliza]


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut putih atau hitam
3/4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan untuk inti:
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah atau gula kabung
1/4 cawan air
1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara:
1. Campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.
2. Daun pisang dipotong empat segi dan disapukan dengan sedikit minyak. 3. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula.
5. Bungkus adunan ini seperti nasi lemak dan lakukan sehingga selesai kesemuanya.
6. Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak anggaran 30 minit.
7. Bila telah masak, sejukkan barulah dihidangkan.


Kuih Koci Labu [mie07]


Bahan-Bahan
350 gm Tepung Pulut
100 gm Tepung Gandum
1 biji Kelapa
450 gm Labu Kuning
480 gm Air
350 gm Gula Melaka
Sedikit garam dan daun pisang
Sedikit colour Kuning

Cara membuatnya

1. Kelapa ? biji dimasak dengan gula melaka untuk dijadikan inti.
2. Buah labu direbus, jangan terlalu lama.
Kelapa ? biji dijadikan santan campur air 480gm.
3. Labu, tepung, garam, colour kuning diuli dengan santan.
4. Dibulatkan dan dibubuh inti dan dibungkus.
5. Dikukus selama ? jam.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 05:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2005 11:29 PM | Show all posts
TEPUNG PELITA [Sweetmama]



Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2  cawan santan pekat
5 cawan air panas
cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)

Cara Menyediakannya:

Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.


Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah
2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 4-5 cawan

Bahan B : disatukan - lapisan atas
Santan pekat 1 biji kelapa
1 senduk tepung beras
secubit garam

Bahan C
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul
Cara Membuatnya
1. Didihkan air untuk mengukus. Bubuh 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. Kemudian masukkan adunan A agak-agak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 10:43 AM | Show all posts
KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG [hanieliza]

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
secubit garam


Bahan inti:
150 gm gula merah
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 10:15 PM | Show all posts
KUIH TALAM BERLAUK[NoorMasri]


Bahan-bahan:

200 g keladi yg telah diparut
180 g tepung beras
50 g tepung jagung
1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu kecil garam

Bahan lauk:

250 g daging kisar
50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk
80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng
1 tangkai daun sup } dihiris
1 tangkai daun bawang }dihiris
1-2 tangkai cili merah }dihiris
garam secukup rasa
1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:

3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar air masak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 01:47 PM | Show all posts
TAPAI SOS DURIAN [RasaCinta]

BAHAN:
300 g tapai ubi, potong ukuran 6x5 cm
125 g mentega
6 ulas nangka, potong dadu kecil

Sos:
400 ml santan
125 g gula merah
2 helai daun pandan, simpulkan
250 g durian, mesin
50 g gula pasir
1/2 sdt garam

CARA MEMBUAT:  
-  Sapukan tapai dgn mentega. Bakar di atas bara api sedang hingga masak pd kedua sisinya. Angkat, sisihkan.
-  Sos: Masak santan, gula merah, dan daun pandan di atas api sedang hingga gula larut.
-  Masukkan durian, bubuh garam dan gula pasir, aduk hingga rata dan mendidih. Angkat.
-  Sajikan tapai bakar bersama sos durian dan taburan nangka di atasnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 10:04 AM | Show all posts
SERIMUKA PULUT HITAM [hanieliza]

Lapisan Bawah:
1 cawan pulut putih
1 cawan pulut hitam
3 cawan santan cair
1 s/k garam

Cara
1. Rendamkan pulut berasingan selama 3 jam
2. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam loyang
3. Kukuskan sehingga masak.
4. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
5. Kukuskan semula dan Gariskan pulut serta tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
3 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 s/bsar tepung kastad
2 biji telur
1 s/t garam

cara
1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam.
4. Sejukkan dahulu baru potong
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2005 10:06 AM | Show all posts
KUEH CARA BERLAUK [hanieliza]



bahan inti

1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

daun bawang.......mayang kecil ]
cili merah.......hiris halus ] hiasan

Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus untukmenggris acuan kueh cara

Cara masak inti

1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.


bahan untuk adunan bater

2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kueh

1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang [senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2005 10:34 PM | Show all posts
ABUK-ABUK [hanieliza]

Bahan-bahan:-

300 gms sagu biji
1 cawan sedang gula melaka (dah di potong kecil) atau gula merah
1/2 biji kelapa parut (buang kulitnya)
Beberapa helai daun pisang di potong persegi
secubit garam,
beberapa helai daun pandan [masukkan dalam air dalam kukusan]

Caranya:-
1. Sagu di lalukan air di atas tapisan, kemudian biarkan sebentar
2. Masukkan kelapa parut bersama garam secubit gaul hingga rata
3. Buatkan daun pisang saperti kelonsong kacang putih dan masukkan sagu separuh daun.
4. Masukkan ketulan gula melaka atau gula merah kemudian masukkan sagu biji tadi dan gaul lagi bersama kelapa tersebut.
5. Lipatkan kelonsong daun pisang dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukuskan selama 30 minit atau masak.


KUEH SAGU MATA IKAN [hanieliza]
[kat Tganu panggil Sagu Bronok]

Bahan-Bahannya:
1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam                     ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

Cara

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan  dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.


ABUK-ABUK [ninoZ]

Bahan-bahan:-

300 gms sagu biji
1 cawan sedang gula melaka (dah di potong kecil) atau gula merah
1/2 biji kelapa parut (buang kulitnya)
1/2 cawan keledek yg didadu kecil-kecil
Beberapa helai daun pisang di potong persegi
secubit garam,
beberapa helai daun pandan [masukkan dalam air dalam kukusan]

Caranya:-
1. Sagu di lalukan air di atas tapisan, kemudian biarkan sebentar
2. Masukkan sagu, kelapa parut bersama garam secubit gaul hingga rata dan dibahagikan kepada 2 bahagian
3.Gaulkan satu bahagian campuran sagu dgn keledek dadu
4. Buatkan daun pisang saperti kelonsong kacang putih[bentuk cone] dan masukkan campuran sagu dan kelapa parut hingga memenuhi 1/3 kelongsong
5. Masukkan sedikit ketulan gula melaka/ gula merah kemudian lapiskan dgn campuran sagu bersama keledek hingga hampir memenuhi kelongsong
6. Lipatkan kelonsong daun pisang  n kemaskan dgn lidi/staple dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukuskan selama 30 minit atau masak.


variasi:u can actually gunakan labu, pisang, jagung, keladi, nangka or waterchesnut utk gantikan keledek tu..
terpulang pada selera n kreativity masing2


Sagu Kukus dengan Kelapa [chempaka_ku]

Bahan:

250g sagu, dicuci dan direndam dgn air selama 1 jam dan tuskan
140g gula
200g/2 cawan kelapa parut yg dibuang kulit ari
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar air pandan (dari 10 helai pandan yg dimesin/tumbuk)
1/4 sudu teh esen ros
pewarna hijau, merah
1 keping daun pisang (untuk base baking pan, disapu dgn minyak)
3 helai daun pandan yang kecil (simpul separately)

Cara:
1.  Gaul rata sagu dgn gula, kelapa dan garam.
2.  Bahagi campuran sagu tadi kepada 3 bahagian.
3.  1 bahagian - campur dgn air pandan dan pewarna hijau.
4.  1 bahagian - campur dgn esen ros dan pewarna merah.
5.  1 bahagia - biarkan putih.
6.  Lapis acuan 23 cm dengan daun pisang.  Ratakan adunan putih dan bubuh sehelai daun pandan di atasnya.  Kukus selama 10 minit hingga sagu menjadi lutsinar.
7.  Angkat daun pandan, ratakan lapisan merah atau hijau dan bubuh daun pandan di atasnya (yang baru).  Kukus 10 minit.  Ulang proses untuk lapisan akhir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 04:52 PM | Show all posts
LEMPENG PISANG (BANANA PANCAKE) [NoorMasri]



Bahan-bahan:

2 biji telur
30 g gula
120 g tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan santan (boleh ganti dgn susu segar jika suka)
5 biji pisang (lenyek halus) - saiz besar kalau suka boleh tambah bilangan nya mengikut keadaan

Cara membuat:

Pukul telur dan gula hingga kembang, gebu dan putih
Ayak tepung bersama garam dan masukkan sedikit demi sedikit ke dlm adunan telur berselang seli dgn santan
Kaupbalik supaya sekata
Masukkan pisang lenyek dan kaup balik sekali hingga sehingga sekata
Panaskan pan dan letakkan sedikit majerin
Tuangkan 2-3 sudu besar adunan, pusing2 pan supaya adunan menjadi nipis dan bulat menyeliputi seluruh pan
Masak sehingga perang kedua dua belah lempeng tersebut
Hidangkan panas-panas bersama hirisan lemon atau pisang...nyummyy


LEMPENG TUNA [hanieliza]

bahan
1 tin tuna/sardin kecil
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 s/b mentega cir
1 s/k baking powder
1 batang carrot kecil [parut]
1 biji cili merah[cincang]
1 biji cili hijau [cincang]
2 tangkai bdaun bawang [racik]
garam

cara
1. Cincangkan/hancurkan tuna atau sardin.
2. Masukkan semua dalam mangkuk besar dan gaulkan rata.
3. Panaskan kuali non-stik leper dengan api yg perlahan
4. Ratakan sedikit minyak dan masukkan adunan.
5. Bila sudah nampak masak terbalikan sebelah yg lain.
6. Bila kedua belah nampak masak boleh angkat dan hidangkan

Lempeng Udang Kering [ninoZ]

udang kering sket - rendam n toskan pastu tumbuk kasar
bwg goreng - diramas halus
sedikit daun bwg - dimayang halus2
sedikit cili merah - cincang halus
santan sket
tepung gandum
air secukupnya
telur

gaulkan semua bahan hingga rata hingga mendapat konsistensi yg dikehendaki
kalau boleh..bior bancuhan tu seketika..dlm 10 minit ke..
ataupun terus masak je mcm kita buat lempeng biasa
paling sedap bila dimakan panas2


Lempeng Kelapa [ayang77]

tepung gandum ( dalam 3 ~ 4 senduk )
sedikit garam
kelapa parut ( jangan diperah )
2 ~ 3 sudu susu pekat manis
air sejuk secukupnyer

caranyer
satukan kesemua bahan di atas..kacau hingga sebati...
panaskan kuali...letakkan sedikit minyak ke dalam kuali..masukkan 1 senduk adunan tadi dan ratakan..
ikut suker la nak tebal @ nipis...apabil abhgian bawah dah garing  terbalikkan lempeng tu...bagi atas dan bawah masak sekata....siap utk dihidang...

p/s : lempeng kelapa sedap kalau dimakan dgn gula pasir @ gula merah...dgn sambal tumis pun sodap!!!

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 11:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 05:21 PM | Show all posts
SPINACH PANCAKE (lempeng bayam ) [RasaCinta]

1/2 lb. bayam
1/2 cup all-purpose flour
1 biji kuning telur
5 sudu makan minyak jagung
1 cup susu pekat manis yg dibancuh air
1 tin jagung muda, dipotong
Pinch of nutmeg

**Guna butter utk masak pancake..
Bersihkan bayam..stim kasik layu.. potong2.
Whisk tepung, telur dan minyak jagung..sambil2 tu masukkan susu..
Masukan bayam, jagung dan nutmeg.... Cover and refrigerate...
Pastu masak ler macam biasa nak masak lempeng

PENKEK SAVORI BERINTI AYAM [hanieliza]

Bahan penkek
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung naik sendiri
250 ml susu segar
2 biji telur [pukul]
1 s/b mentega [cairkan]

Cara
1. Ayak semua tepung dan masukkan susu dan telur kedalammnya.
2. Kacau sebati supaya tidak bergentil.
3. Masukkan mentega cair dan kacau sebati.
4. Biarkan adunan selama 1/2 jam.
5. Masukkan 1 senduk adunan dalam non-stik pan dan masakkan sehingga kekuningan.
6. Balikkan adunan dan masak sehingga kekuningan lagi.
7.Angkat dan letakkan inti ayam dan gulungkan atau lipatkan dua.

INTI AYAM

Bahan
100 gm isi ayam [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [cincang]
1/2 cawan cewndawan butang [potong 4]
20 gm Sup Krim Cendawan  MAGGI ]
1 cawan air                                  ]  bancuhkan
1 s/b carrot [potong dadu kecil]
1 s/b kacang peas
1 s/b minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan ayam selama 3 minit.
2. Masukkan cendawan dan capuran sup MAGGI dan kacau sehingga mendideh.
3. Masukkan carrot dan kacang peas. Kacau rata dan masakkan sehingga pekat.
4. Angkat dan gulungkan/lipatkan dalam penkek.

HONEY BANANA PANCAKE [hanieliza]

bahan
8 biji pisang berangan [lecekkan hancur]
1 s/k garam
1 s/b gula
2 s/b susu tepung
1 biji telur
1 cawan tepung gandum ]
1 s/k soda bikarbonat      ] ayakkan
sedikit majerin

cara
1. Gaulkan pisang dengan garam, gula dan telur. Kacau rata.
2. Masukkan susu tepung dan juga tepung gandum dan soda bikarnonat yg telah diayakkan.. Gaulkan rata.
3. Panaskan pan non-stik dengan api paling minumum.
4. Lenserkan dengan majerin sikit dan letakkan 1 senduk adunan dan ratakan sikit.
5. Tutupkan non-stik pan dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
6. Terbalikkan adunan supaya masak kedua belah.
7. Angkat dan hidangkan bersama dengan



PANKEK JAGUNG PEDAS [hanieliza]

Bahan
1 cawan jagung dalam tin
15 ekor udang medium size [nak potong kecil pun OK]
2 cawan tepung         ]
1 s/k soda bikarbonat  ]  diayakkan
daun kucai/daun bawang [potong pendek]
1 batang kecil carrot [parut]
1 labu bawang besar ]
2 biji cili merah          ] blend
1 biji telur                ]
3 cawan air              ]
minyak untuk lenserkan non-stik pan

Cara.
1. Gaukan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan dengan sikit minyak.
3. Letakkan 1 senduk adunan dalam pan dan tudungkan dengan tudungnya.
4. Masakkan dengan api paling minumum dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.


PANCAKE KELAPA MUDA [hanieliza]

Bahan
1 cawan kelapa muda
1 cawan air kelapa muda [jika ada]
2 cawan tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 biji telur [pukulkan]
1/2 s/k garam
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air suam
1 s/b gula

majerin untuk lenserkan pan

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan. Buatkan agak cair. Sekiranya pekat sangat, boleh tambahkan sikit air.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan sedikit majerin.
3. Letakkan 1 senduk adunan dan tutupkan pan dengan tudung [buatkan bentuk kecil..nampak comel]
4. Masakkan dgn gunakan api paling minumum.
5. Terbalikkan pancake dan bila nampak telah kuning keemasan boleh diangkat.
6. Hidangkan dengan gulai ayam/daging atau madu/jem/susu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:35 PM | Show all posts
ROJAK MAMAK aka ROJAK INDIA  aka ROJAK SINGAPURA [cranko 21]

Adunan Tepung
3 tiga cawan tepung naik sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:39 PM | Show all posts
KUEH PUTERI MANDI [hanieliza]

Bahan-Bahan:
300 gm tepung pulut
1 cawan jus daun pandan
secubit garam

1/2  biji kelapa muda [ diparut]
2 cawan air
1 keping gula enau/melaka
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan simpulkan

Cara:
1. Tepung dibancuh dengan garam dan jus pandan.  
2. Ulikan sebati dan bentukkan sebesar guli dan dileperkan tengahnya.
3. Masak air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan adunan yang telah dibentuk tadi.
4. Setelah ia timbul barulah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.
5. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk, campurkan gula enau dan gula pasir, daun pandan, masak hingga gula hancur.
6. Angkat dan tapis.
7. Masak semula air gula yang telah ditapis hingga mendidih, masukkan kelapa parut.
8. Kacau selalu, selepas itu masukkan bentuk-bentuk adunan yang telah dituskan.
9. Kacau lagi dan bolehlah diangkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065418 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list