CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KUIH-MUIH

   Close [Copy link]
 Author| Post time 21-2-2005 06:16 PM | Show all posts
Lepat Pisang [ninoZ]

Pisang masak ranum [preferably pisang emas or pisang raja]
sedikit tepung gandum
kelapa parut - [bhg putih sahaja]
sedikit garam
sedikit gula putih/merah [jika perlu]
daun pisang yg siap dipotong rectangular, dilayur n dilap bersih2

lecek pisang hingga hancur [kalau nak sedap biorkan sebahagian pisang di lenyek kasar..nanti bila makan cam terasa pisang ori]
campurkan dgn sedikit tepung gandum n secubit garam..n tambah gula jika perlu
kelapa parut digaul dgn sedikit garam

ratakan sesudu dua adunan pisang ke atas daun pisang..letak sedikit kelapa parut di tgh2nya..kemudian bungkus lepat kemas2
susun dlm kukusan..kemudian kukus hingga masak..
biarkan sejuk sket n sedia utk dihidangkan..

Variasi
paling best gunakan pisang masak ranum yg dah sedikit mushy..
adunan lepat pisang ni boleh ditambah dgn pelbagai bahan lain mengikut citarasa masing2
tambahkan keledek atau pun labu lemak yg didadu kecil2 ke dalam adunan pisang
atau boleh tambahkan sagu mata ikan ke dalam adunan pisang
kalau buat plain lepat pisang.. me suka tambahkan sedikit serbuk kayu manis atau pun rempah campuran utk kek.. bau dia  jadik lagiii wangi




Lepat Liat [ninoZ]

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
secubit garam
daun pisang dipotong rectangular, dilayur n dilap bersih2

gula merah dimasak bersama gula pasir hingga larut.. tapis dan sejukkan
santan dipanaskan hingga mendidih..then masukkan gula pastu ketepikan bior sejuk sket
gaul campuran santan bersama tepung pulut n uli hingga rata
daun pisang disapukan sedikit minyak kemudian sendukkan bancuhan tepung secukupnya..
bungkus kemas..susun dlm kukusan n kukus hingga masak

Variasi
kalau nak lagi sedap.. boleh letakkan inti kelapa parut+garam di tgh2 lepat liat
atau.. letak inti lemak [santan  pekat dimasak dgn tepung beras n sedikit garam..kacau hingga sedikit kental] kemudian bungkus n kukus cam biasa..
ade jugak org yg buat lepat liat nih tak taruk santan langsung..just air gula n tepung aje

LEPAT LABU [NoorMasri]

Bahan-bahan:

3 cawan labu yg telah diparut
? biji kelapa parut } kelapa muda
1 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
2 cawan tepung gandum
secubit garam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2005 06:27 PM | Show all posts
KUEH LEPAT JAGUNG [hanieliza]

Bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 tongkol jagung dihiris
1 s.k garam
daun pisang [dilayurkan dn potong kecil]

Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan.
2. Masukkan jagung dan kacau rata.
3. Kacau/Masakkan adunan sehingga kental.
4. Panaskan kukusan.
5. Ambil sesudu adunan dan letakkan atas  daun pisang dan lipat.
6. Masukkan dlam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 09:18 AM | Show all posts
Asam Gumpal [Jonah]

Bahan-Bahan:
250 gm biji sago
2 liter air
5 gm garam halus Kuah:
1 liter santan
60 gm gula merah
15 gm biji halba
20 gm bawang merah (dihiris)
15 gm halia (dihiris)

Cara :
Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.
Tapis dan sejukkan.
Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat.
Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya.
> Masukkan santan, gula merah dan biji halba.
Didihkan sehingga menjadi pekat.

ASAM GUMPAL TRG [NoorMasri]

Bahan-bahan:

500 g sagu mata ikan
1 biji kelapa parut (buang kulit arinya)
200 g kacang hijau (yg telah dibuang kulitnya)
3 ulas bawang merah } dimayang halus
? cawan gula pasir } boleh tambah/kurang ikut citarasa masing2
sedikit halia } dimayang halus
sedikit halba
sedikit garam

Cara membuat:

Kacang hijau direbus hingga empuk dan hancur.
Masukkan gula dan kacau hingga kering. Kemudian angkat dan sejukkan
Kepal adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kemudian ketepikan
Sagu dibersihkan dan percikkan sedikir air hingga kembang
Siramkan sekali lagi dgn air panas mendidih sampai rata
Buat begini hingga sagu boleh dibulat-bulatkan
Masukkan adunan kacang tadi dlm sagu sbg inti.Bulatkan semula sagu tersebut hingga kemas. Buat begini hingga selesai
Setelah selesai, kukuslah sampai masak
Perah santan anggaran 2 cawan. Kemudian jerang santan atas dapur. Masukkan bawang merah, halba dan halia. Kacau selalu hingga mendidih. Masukkan sedikit garam
Bila telah mendidih, masukkan sagu yg telah dikukus tadi. Kacau perlahan dan rata kemudian bolehlah diangkat.

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 07:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 05:36 PM | Show all posts
Jejemput/ Cekodok Labu [hanieliza]

bahan

1 biji labu kuning
tepung gandum
gula
secubit garam
minyak untuk goreng kueh

Cara:
1. Labu dibuangkan kulit dan biji. Potong kecil dan rebus dgn air + sikir garam.
2. Bila dah lembut, toskan dan hancurkan labu.
3. Masukkan gula dan tepung gandum[tepung ni bergantung pada kelembutan labu..jangan kbanyak sangat..nanti kueh akan keras]. Gaul rata dan sebati.
4. Panaskan minyak. Jemputkan/bulatkan adunan dan masakkan dalam kuali sehingga kueh nampak kuning keemasan/garing.
5. Angkat dan toskan minya.
6. Hidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 03:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 09:35 PM | Show all posts
Kuih lapis [hanieliza]



Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

1/2 cawan jagung  ]
1/2 air                  ] mesinkan

1 s/b serbuk koko    ]  bancuhkan dan tapis
1/2 cawan air suam  ]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan kok dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.


kuih lapis [hanieliza]




Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.



KUIH LAPIS [hanieliza]

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi/jagung
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
3 cawan air
sedikit garam
pewarna merah

Cara:

1.  Panaskan periuk kukusan. Minyakkan sikit loyang  untuk memasak kueh lapis ni.
2.  Campurkan senma bahan kecuali pewarna merah. Gaul rata dan tapis.
3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu darinya dicampurkan warna merah.
4.  Tuangkan 1 senduk adunan warna merah dan kukuskan sehingga masak.
5.  Tuangkan pula 1 senduk lagi adunan warna putih dan kukus semula sehingga masak.
6.  Buat seterusnya sehingga adunan warna merah dan putih ini berselang -seli sehingga habis dan masak keseluruhannya.
7. Tunggu kueh lapis ini betul2-betul sejuk barulah dipotong dan dihidangkan.

Kueh Lapis (Spekkoek) [cranko21]


Bahan
10 kuning telor
2 putih telor
130gm gula
290g butter
4 sdm condensed milk
60g tepung gandum
1 sdm teh vanilla essence
1/2 teaspoon mixed spices
starawberry jem (optional)

Cara
- Panaskan oven 190 deg celsius
- Sapu butter tin pembakar size 14cm x 20 cm dan alas ngan kertas minyak.jgn sapu butter di tepi tin pembakar.

- Pukul kuning telor dan gula hingga tebal dan lembut (creamy)
- Dalam mangkok lain.. pukul butter dan susu hingga lembut dan masukkan adunan kuning telor tadi dan gaul rata ngan perlahan.
- masukkan tepung dan vanilla (fold in method)
- Pukul telor hingga putih hingga kembang dan ringan dan masukkan(fold in)  ke dlm adunan tepung.
- bakar selapis2 hingga habis.

nota : jem boleh di sapu di tiap 3 lapis

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 07:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 10:10 PM | Show all posts
KEROPOK LEKOR [NoorMasri]

Bahan-bahan:

2 cawan isi ikan tamban atau selayang
4 cawan tepung sagu rumbia
1 1/4 sudu kecil garam
secubit serbuk perasa jika suka
ais ketul mengikut kesesuaian adunan

Cara membuatnya:

Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan kulit dari isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Masukkan tepung sagu dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendpt adunan yg lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras
Gentel dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air seketika.

tapi oleh krn sini (UK) tak ada tepung sagu rumbia so resepi nya Noor adjust jadik cam ni..

KEROPOK LEKOR PERANTAU

Bahan-bahan:

2 cawan isi ikan
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sudu kecil garam
ais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat:

Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Masukkan tepung sagu dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendpt adunan yg lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika
Boleh dimakan terus atau digoreng

KEROPOK LEKOR [hanieliza]

500 gm ikan selayang/parang
500 gm tepung sagu rumbia [hanya banyak di Terengganu/Kelantan]
garam secukupnya
sedikit kiub ais

Cara;
1. Ambil isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang
kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga men-didih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
8. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2005 10:18 PM | Show all posts
PULUT SERUNDING [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- Serai
- Halia
- Lengkuas
- Bawang merah
- Bawang Putih
- Kunyit Hidup
- Udang Kering
- Cili Kering (ikut rasa)
- Ketumbar, Jintan Halus, Lada hitam dikisar
- Kelapa buat kerisik sampai kuning jgn hangus

Cara Menyediakannya:-

1. Serai, halia, lengkuas, bawang merah/putih, Cili kering, kunyit hidup,
    ketumbar, jintan halus , lada hitam semua sekali dikisar halus.

2. Udang kering tumbuk halus.Tumis bahan dikisar sampai naik bau.  Bila dah
    naik bau campurkan dgn udang kering yang telah ditumbuk.  Kacau
    hingga sebati.

3. Campur serbuk perasa secukup rasa dan sedikit garam dan gula. Kemudian
    sekali campurkan dgn kerisik. Gaul hingga sebati, dan padamkan api.


* Inti ini boleh digunakan utk dijadikan pulut panggang atau pulut golek

VERSI ii [ninoZ]

pulut serunding ni ade 2 cara yg lazim..
satu..buat cam pulut inti tu
just sudukan inti dia atas pulut then bungkus kecil2 dgn daun pisang

cara yg kedua..
bulatkan pulut then leperkan
pastu golekkan dgn serungding biar tersalut rata
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 10:32 PM | Show all posts
NAGASARI [Jonah]

Bahan-bahan:

10 biji pisang nipah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 12:22 PM | Show all posts
PULUT INTI MANIS [hanieliza]

Pulut
3 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
4 cawan santan
sedikit garam

Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.


Inti Manis
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula mera1/2 cawan air
2 helai daun pandan [simpulkan]

Masukkan semua bahan dalam kuali [kalau boleh..gunakan kuali non-stik] dan masakkan sehingga inti agak kering.

Daun Pisang [untuk bungkus pulut]

Cara.
1. Bersihkan daun pisang dan potong mengikut keperluan.
2. Ambil pulut dan letakkan atas daun pisang.
3. Ambil inti kelapa manis dan letakkan atas pulut.
4. Bungkuskan pulut saperti bungkus nasi lemak.
5.Hidangkan bersama air minuman.

[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 03:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 07:39 PM | Show all posts
jemput/cekodok pisang [Paja]

Bahan2:-
tepung
pisang
gula
garam
minyak

Cara2:-
lenyek pisang,campur gula + garam secubit,masukkan tepung,gaul sebati.goreng dalam minyak sampai masak.

jemput-jemput kurma [Lina66]

Kalau ade lagi kurma yang belen2 kat umah tu jgn la dibuang..sayangkan..try buat jemput2 kurma..

bahan2 :
tepung gandum
kurma dihiris kecil2
santan kelapa
garam secukup rasa
Bahan2 nih kene la agak2 sendiri ek. Kalau banyak kurma lagi best...

Cara Menyediakan :
Gaulkan semua bahan kedalam mangkuk. Buat la sama mcm mak kite buat jemput2 udang. Pas tu bleh la digoreng sampai garing.

Cuba la ek pastu nanti bitau Ina..sedap ke tak. Ina selalu buat jemput2 kurma nih waktu bulan puasa....


JEMPUT-JEMPUT JAGUNG [hanieliza]

Bahan
3 batang Jagung [ ambil isi jagung ]
1 labu bawang besar [cincang]
3 biji cili merah [cincang]
100 gm dang hidup
1 biji telur
sedikit daun kucai
Air garam (guna air suam)
Kunyit serbuk

minyak untuk menggoreng

cara
1. Gaukan semua bahan rata
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan.
3. Hidangkan dengan cili sos.


jemput-jemput jagung [pinatbate]
saya biasa juga buat jemput-jemput jagung macam kak liza punya resepi tu tapi saya tak letak daun kucai..tapi daun sup..lagi satu ..kalau malas saya buat versi manis..

beberapa tongkol jagung(isi)
tepung gandum
tepung naik sendiri
gula(ikut rasa)
garam sikit
bancuh ngan air...goreng...simple but sure licin punya.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 06:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 09:20 PM | Show all posts
Kuih Suji [Cranko21]

Bahan2
500 gm tepung suji (digoreng tanpa minyak - sangar)
1 tin susu cair Carnation
1 tin susu manis
700 gm gula pasir
100 gm badam kisar (dibuang kulit)
12 tin air (ikut sukatan tin susu carnation)
2 sudu makn minyak Ghee
1 sudu teh jintan manis
10 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
Sedikit pewarna kuning


Cara2

Jintan manis, kayu manis dan buah pelaga di bungkus dengan kain dan ditumbuk

Campurkan susu cair, susu manis, gula, badam kisar, air, pewarna kuning dan bungkusan rempah dan di masak hingga mendidih.

Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan keluarkan bungkusan rempah tadi. Campurkan minyak sapi kedalam bancuhan tadi lalu tuangkan suji sedikit demi sedikit sambil mengacau bancuhan tadi hingga ia mendidih dan pekat.  Padamkan api.

Tuankan kedalam loyang dan taburkan badam goreng diatasnya semasa ia masih panas, lalu masukkannya ke dalam peti ais.

TALAM SUJI (semolina) [hanieliza]

bahan-bahannya:
1 tin tepung suji (semolina)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
2 cawan gula
3 tin air (guna tin susu cair)
sedikit isi jagung
sedikit pewarna hijau

cara membuatnya:

1. Masak air dan gula hingga mendidih.
2. Masukkan pewarna dan susu cair.
3. Kemudian,masukkan minyak sapi dan tepung suji.
4. Kacau selalu sehingga adunan tadi sehingga lembut dan masukkan jagung.
5. Sesudah sebati, masukkan kedalam talam dan tekankan.
6. Biar sejuk dan hidangkan.


TALAM SUJI [hanieliza]

bahan lapisan bawah [amik dari dalam buku RASA Nov2002]
300 gm tepung suji
200 gm gula
800 ml santan
garam secukupnya

bahan lapisan atas [ini memang resepi kak liza]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata.
2. Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak [30 minit].
3. Campurkan bahanlapisan atas dalam mangkuk lain dan kacau. Tapiskan kedalam periuk dan panaskan sekejap sambil mengacau rata.
4. Tuangkan atas adunan lapisan bawah dan kukus selama 20 minit.
5. Sejukkan betul2 dan baru dipotong dan hidangkan.

TALAM JAGUNG [hanieliza]


bahan lapisan bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula


bahan lapisan atas
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

TALAM NANGKA [hanieliza]


bahan lapisan bawah
200 gm nangka [cincang kecil]
200 gm tepung beras
250 gm gula
800 gm santan
sedikit pewarna kuning

bahan lapisan atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam


cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masakkan sekejap atas api.
3. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
6. Kacau sekejap diatas api.
7. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan adunan lapisan atas.
8. Kukuskan selama 20 minit.
9. Sejukkan betul2 barulah dipotong.

Kueh Talam Ubi [hanieliza]


Bahan:
Lapisan Bawah

1 kilo ubi kayu
3 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]

Lapisan Atas
1 /2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.



KUEH TALAM CENDUL [hanieliza]


Bahan Lapisan Bawah
1 cawan cendul
1 cawan tepung beras
3 s/b tepung jagung
secubit garam
2 cawan santan cair

Cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1  cawan tepung beras
3 s/b gula merah
3 s/b gula pasir
2 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

KUEH TALAM KACANG MERAH [cranko21]

Lapisan bawah - kacang merah
200 gm kacang merah ) rebus hingga
450 ml air                 ) kacang kembang
225 gm tepung beras
45 gm tepung kanji
135 gm gula
650ml santan cair
sedikit garam
sedikit pewarna merah

Cara:
1. campurkan tepung beras dan kanji ke dlm mangkuk pembancuh. Masukkan gula dan gaulkan hingga sebati.

2. Hangatkan sebentar santan cair dan tuangkan ke dlm mangkuk berisi tepung tadi dan sedikit pewarna merah dan di pukul ngan whisk tangan hingga adunan halus dan tak bergentel.

3 . Masukkan kacang merah tadi gaul rata.

4. Minyakkan  loyang 24cm dan panaskan di dlm kukusan tuk 5 minit. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah panas tadi dan kukus utk 25 minit.
Sementara itu. sediakan lapisan atas.


Lapisan atas
225 gm tepung beras
45 gm tepung kanji
135 gm gula
800ml santan pekat
1 biji telor (pukul sedikit)
sedikit garam


Cara:
1. campurkan tepung beras dan kanji ke dlm mangkuk pembancuh. Masukkan gula dan gaulkan hingga sebati.

2. Hangatkan sebentar santan pekat dan tuangkan ke dlm mangkuk berisi tepung tadi dan di pukul ngan whisk tangan.

3. Masukkan telor dan whisk adunan hingga halus dan tak bergentel.

4. Tabur sedikit tepung beras di atas lapisan bawah yg telah di kukus dan tuangkan adunan atasnya dan kukus selama 35 minit.


Kak Noor punya kueh Talam

Kueh Talam Kacang Merah [hanieliza]

Lapisan bawah - kacang merah

1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit
225 g tepung beras
50 g tepung kanji
150 g gula
700 ml santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bila adunan telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan atas permukaan kacang merah tad.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.



KUEH TALAM KACANG HIJAU[hanieliza]

Lapisan bawah - [kacang hijau ]

1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
Pewarna hijau

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Talam Keladi [speedial]

Ingredients
For bottom layer, combine:
50g corn flour
75g rice flour
25g green bean flour
275g yam, cubed steamed until soft and mashed
200g sugar
600ml general santan
1/2 tsp alkaline water - ni kalu tak silap air abu kan??
A few drops purple colouring

Top Layer:
100ml pati santan
50g rice flour
75g tapioca flour
1 tbsp sugar
1 tsp salt
150ml general santan

Method
Bring enough water in a steamer to a boil. Place a greased 20cm square or round cake pan in the steamer to warm up. This enables the kuih to be cooked evenly.

Mix the combined flours with 200ml general santan and leave to soak for 10 to 15 minutes. Add the rest of the general santan into the sugar and the yam. Blend well together. Strain the soaked flour mixture into the yam mixture. Add colouring and alkaline water.

Cook mixture in a large non-stick saucepan over low heat, stirring constantly with a wooden spatula until the batter begins to thicken. Pour batter into prepared cake pan. Level surface with a plastic spatula and steam over rapid boiling water for 25 minutes.

Meanwhile, prepare the white top layer. Combine rice flour, tapioca flour, sugar and salt into a mixing bowl. Stir in santan and water. Pour over cooked yam layer. Steam again for a further 15 to 20 minutes. Cool the kuih thoroughly before slicing into diamond-shaped pieces.


Kuih Talam Hijau[hanieliza]

Bahan
Lapisan Bawah
2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
5 caw. air biasa
gula ikut rasa
sket jus pandan/pewarna hijau

Cara...Gaul semua bahan, masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Lapisan Atas
1/2 caw tepung beras
2 s/b tepung jagung
3 cawan santan + sket garam

Cara...
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak.
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:28 PM | Show all posts
ROTI BERKUKUS TELOR & SANTAN [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 1 bungkus roti Gardinea - roti buku biasa pun boleh
- 1 biji telur - dipukul
- 4 helai daun pandan - kisar dan di tapis airnya
- 1rm santan pekat - di campur dengan 1 1/2 secawan air sejuk
- 4 sudu besau gula

Cara Menyediakannya:

1.  Roti dipotong 4 dan atur di dlam loyang sehingga habis

2. Telur yang telah dipukul dicampur bersama santan dan gula beserta air
    daun pandan dan kacau tuangkan kedalam loyang yang telah diatur roti
    biar sampai kesemua roti terendam

3.  Panaskan pengukus dan masukkan loyang, kukus lah lebih kurang 15
     minit. Padamkan api, bila sejuk simpan dalam peti sejuk dan bolehlah
     dimakan.


CEKODOK PISANG BERKELAPA [bebeh]

Bahan-bahannya:

-  1 kg pisang emas
-  1/2 biji kelapa - putih sahaja
-  3 cawan tepung
-  air dicampur garam secukupnya


Cara Menyediakannya:-

1.  Ramas pisang bersama kelapa dan tepung hingga menjadi adunan yang
    lembut jgn terlalu keras nanti cekodok keras.

2.  Panaskan minyak secukupnya dan cekup mengguna ujung jari kecil kecil
     dan comel comel.  

3.  Perlu diingat menggoreng cekodok pisang mesti dgn minyak yang betul
     betul panas dan terus sahaja membalikkannyer dan angkat kerana ia
     cepat masak.  Kalau minyak tak panas dan diatas api yang perlahan
     cekodok akan berminyak.

Cekodok Pisang [Paja]

tepung
pisang
gula
garam
minyak

lenyek pisang, campur gula + garam secubit, masukkan tepung, gaul sebati. goreng dalam minyak sampai masak

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 06:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 12:00 AM | Show all posts
BUBUR BIJI NANGKA [bebeh]

Bahan-bahannya:-

-  1/2 bungkus tepung pulut
-  25gm (segenggam)tepung gandum
-  air daun pandan
-  segenggam biji sagu
-  pati santan daripada 1 biji kelapa
-  gula pasir secukupnya
-  secubit garam

Cara Menyediakannya:-

1.  Campur tepung pulut dan tepung gandum.  Uli dengan air daun pandan
     sehingga tidak melekat pada tangan.

2.  Masukkan air di dalam periuk,  didihkan atas api.

3.  Tepung yang siap diuli dibulatkan seperti biji nangka dan masukkan di
     dalam air mendidih tadi,biar hingga masak.

4.  Kemudian masukkan sagu,  masak hingga kembang.  Akhir sekali
     masukkan santan,gula,dan garam.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 12:06 AM | Show all posts
TAHI ITIK [bebop]

15 biji putih telur
santan harmoni 1 kotak kecil (bersamaan 2 biji kelapa)
gula ikut suka (saya suka manis saya taruh dlm 10 sudu besar)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen pandan

Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan masak atas api kecil.  Kacau selalu untuk mengelakkan hangit dibawah.  Kacau dan kacau sehingga pekat dan likat macam dodol tu maknanya dah masaklah.  Tapi jgn sampai terlalu kering, biar lembik-lembik sikit baru sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 12:00 PM | Show all posts
LOMPAT TIKAM [hanieliza]

Bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
6 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan + secubit garam

Sirap Gula Merah:
1 cawan gula merah       ]
2 sudu besar gula           ] didehkan
2 cawan air                    ]

Cara.
1.  Daun pandan di mesinkan ngan 2 cawan air dan tapis.
2.  Masukkan 1 cawan tepung beras dan kacau sebati.
3.  Masakkan sehingga pekat/masak.
4.  Tuangkan dalam loyang.
5.  1/2 cawan tepung beras di gaulkan ngan 1 cawan santan & garam.
6.  Masakkan sehingga pekat dan tuangkan atas adunan hijau tadi.
7.  Sejukkan dan potong.
8.  Hidangkan bersama ngan sirap air gula.


MEMPELAM DGN PULUT [harleena]

Tong Dam is the best. Dulu arwah mak selalu buat pulut ni. Lepas kukus pulut tu, dia ambil 2 biji kelapa dan perah ambil santan yang kaw-kaw punya pati. Lepas tu taruh garam sikit dan sebatikan dengan pulut tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 07:28 PM | Show all posts
KUIH BEDERAM [mizelly]

1 mangkuk tepung beras
1 keping gula melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2005 09:19 PM | Show all posts
KUIH BANGKIT SANTAN [hanieliza]

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa

Cara menyediakannya:

1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2.  Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.  
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7. ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 06:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 09:29 PM | Show all posts
BOMBASARI [RasaCinta]

Bahan2

380 ml santan - dr pereahan 1 biji kelapa
90 g tepung gandum
60 g gula halus
3 biji pisang raja] dihiris meyerong
1/4 ts garam

1. satukan tepung gnadum, garam, santan & gula hingga sebati
2. Tuangkan adunan ke dlm loyang (20cm) yg telah digris
3. Sususnkan pisang dlm adunan tadi hingga rata
4. Kemudian kukus selama 20-25 min...or till set

cara hidang:
apabila sejuk......barulah dipotong (cam pizza lawo sket..  )
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 01:25 AM | Show all posts
KUIH TAKO [mentollica]

bahan2: putih
3 oz tepung kacang hijau (gambar panda RM7)
6 cawan santan (RM2.5 atau 3biji)
6 oz gula
sedikit garam
1/4 sudu kecil serbuk bikarbonat

bahan2: Hijau
4 oz tepung kacang hijau
8 oz gula
8 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan)
sedikit garam
1/4 sudu kecil serbuk bikarbonat

cara2:
kacau bahan putih dan bahan hijau dalam periuk asing2.
letak atas dapur kedua2 periuk itu dan kacau sama2 sampai pekat
dan meletup2 kecil (pelup..pelup)
angkat tuang dalam bekas selang2 hijau dan putih sampai habis.
simpan dalam peti sejuk sampai keras. Lepas tu boleh lah dipotong dan dihidangkan.

cubalah resepi ni, sesuai dimakan untuk berbuka puasa.
sekali buat mesti jadi, jgn risau




TAKO  [hanieliza]

Bahan..
Lapisan Bawah
1 cawan tepung jagung [kurangkan sikit..dalam 2 s/kecil]
1 cawan gula
4 cawan air
pewarna hijau/jus pandan

Bancuhrata dan masakkan atas api/dapur. Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas pelastik kecil.

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat + garam

Kacau rata dan masakkan atas dapur sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.

**************************************

kuih tako [ninoz]


Lapisan Bawah:
30g tepung Hoen Kwee
90g gula
300ml air
6-8 biji sengkuang Cina, dikupas & dikiub kecil [ganti dgn jagung pun bleh]

Lapisan Atas
20g tepung beras
20g gula
270 ml santan kelapa (1 biji kelapa)
secubit garam
daun pandan - bentukkan jadik acuan tako

lapisan bawah:
Kacau tepung, gula dan air di atas api perlahan hingga adunan pekat. Masukkan sengkuang/jagung, gaul rata dan sudukan ke dalam acuan 'tako'. Ketepikan.

Kacau pula semua bahan atas dengan api perlahan hingga pekat. Sudukan ke dalam acuan tadi. Biar sejuk sebelum dihidangkan.


TAKO THAI [lilo_kill]

bahagian bawah:
2 oz jus pandan + 9 oz air
2 1/2 sudu besar tepung kacang hijau
2 1/2 sudu besar tepung beras
5 biji sengkuang cina ( dipotong dadu)
3-4 oz gula

Caranya:
panaskan semua bahan bawah api yg kecil. kacau sentias till agak pekat.
sebelum masukkan dalam acuan pandan. campur sedikit chopped sengkuang cina dalam acuan. ( tak de sengkuang cina pun tak pe. jagung sedap gak ganti. nak plain pun ok..

bahagian atas.
2 1/2 sudu teh tepung kacang hijau
2 1/2 sudu teh tepung beras
1/2 sudu teh garam
14 oz santan

cara...

masak n kacau semua bahan atas api kecil.
then scoop into the acuan yg dah beku bahagian bawah tadi. then sejukkan.


Tako Delight [speedial]
Source : Cyberkuali

(A)
Mix together and leave aside to soak for 30 minutes, then sieve:

65g arrowroot flour
1 tbsp green pea flour
200ml water
(B)
350ml pineapple juice - unsweetened
150g sugar
2 pandan leaves - knotted
6 pieces water-chestnuts - diced

Method:
PREPARE pandan leaf casings.

Bring pineapple juice, sugar and pandan leaves to a low boil. Gradually add in mixture (A) and keep stirring. Add in water-chestnuts. When they turn transparent, remove from heat. Spoon a heaped teaspoonful of filling into each pandan casing. Leave to set.


Santan Topping:

550ml general santan
2 1/2 tbsp green pea flour
1 1/4 tsp agar-agar powder
1/4 tsp salt

Method:
MIX all the ingredients together and cook well till blended and thick. Remove from fire.

Spoon 1 teaspoonful of topping ingredient over the pineapple layer. Leave to set. Chill well before serving.


Tago Haew [chempaka_ku]



9 fresh water chestnuts, diced - 1 cup
2 1/2 cawan air
1/2 cawan (60g) tepung beras
1 sudu teh  pandan essence atau dari daun pandan
pewarna hijau, jika suka
3/4 cawan gula (i think manis, jadi boleh kurangkan)
daun pandan, pisang atau bekas untuk simpan

Topping
1/3 cawan (40g) tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam

1.  Chestnuts dimasak dengan 1 1/2 cawan air selama 5 minit.  Drain dan ketepikan.
2.  Tepung beras, lebihan air, padan dan pewarna hijau, dimasak hingga pekat.  Campurkan gula & chestnuts tadi hingga bahan rata dan jernih.  Masukkan ke dalam bekas.
3.  Topping:  Campur semua bahan dan masak hingga pekat.  Tuang ke atas yang hijau tadi.

TAKO [sunsuria33]

A
1 Bungkus tepung Hoen kwe [ hijau ]
4 cawan air
1 cawan gula

B
4 cawan santan [ 1 biji kelapa ]
4 camb. tepung jagung
1 camt.garam halus

sengkuang cina  [ dadukan]

Caranya:
-Campurkan adunan A, gaul hingga sebati. Dengan menggunakan api yang perlahan kacau hingga adunan mendidih, pekat dan berkilat. Tuang kedalam bekas yang telah ditaburkan dengan sengkuang cina.Letak 3/4 saja adunan hijau dalam bekas.
-Lakukan pekara yang sama kepada adunan  B, Kemudian tuang atas lapisan hijau. Biar sejuk sedikit baru dimasukkan kedalam peti ais.[ Boleh dihiasi diatasnya seperti didalam gambar atau ikut suka hati.]

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 09:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 01:50 AM | Show all posts


LUMPIA MEE BERINTI [cranko21]

Bahan2 A

150 gm daging cincang
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 sdm lada putih biji (tumbuk halus)
sedikit daun sop - diracik
garam

- Tumis bawang putih dan lada putih hingga garing. Masukkan daging cincang dan garam.Masak hingga air kering dan taburkan daun sop. ketepikan.

Bahan2 B
500 gm mee kuning
2 cwn santan
sedikit garam

- Panaskan santan dlm periuk dan masukkan mee dan sedikit garam. Gaulkan sebati dan matikan api.

Bahan C
daun pisang yg telah di layukan (tuk mudah di gulung)
lidi (stapler pun boleh lerrrrr)

Cara:

1. bentangkan daun pisang selebar 5 inci dan ratakan sedikit mee yg telah di gaul santan tadi.
2. taburkan sedikit inti di tengah2 mee tadi dan gulung mampat2 seperti kita mahu membuat pulut panggang. sepitkan di kiri dan kanan daun yg dah di gulung tadi.
3. Kukus selama 10 - 15 minit.

boleh di hidangkan dgn sos lada bercuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.110641 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list