CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] SAYURAN

   Close [Copy link]
 Author| Post time 15-4-2005 10:19 PM | Show all posts
SAYUR GORENG KARI [mrs livingstone]


BAHAN:
*5 ulas bawang putih diketuk
*bawang besar dimayang
*1 sudu makan serbuk kunyit
*2 sudu makan serbuk kari
*sedikit udang kecil
*kobis
*carrot
*kobis bunga
*4 helai daun kari
*minyak utk menumis
*garam+gula

CARA:
*tumis bawang putih dan bawang besar
*masukkan udang
*masukkan serbuk kunyit dan rempah kari
*masukkan sayur2 dan daun kari
*letak garam+gula

kalau ada lada besar pun boleh letak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 04:41 PM | Show all posts
Kacang Phool [cranko21]

Bahan A
2 tin    Kacang pol - kisar halus
(kalau tak mo gunakan kacang phool yg dlm tin, boleh kita beli kacang phool yg kering, then kita rendam semalaman dan kisar halus)

Bahan B - dikisar
2 biji     Bawang besar
5 ulai    Bawang putih
sedikit  Halia            
1 sdt    Jintan kasar -di sangar
1 sdt    Jintan halus -di sangar
1 sdt    Serbuk lada
garam

Bahan Hiasan
1 biji   Bawang besar - dipotong dadu
3 biji   Lada hijau/merah - dipotong bulat
1 biji   Telor - digoreng
        
Cara Cara
- Tumis bahan-bahan kisar hingga garing, masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga pekat dan rasa garamnya.

- Sedap di makan bersama roti perancis.


Nota : ada org pakai kacang parang sebagai ganti kacang phool..
nanti ada masa I gi ambik gambo both kacang to show u the different.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 12:31 AM | Show all posts
MASAK LODEH [cranko21]



Bahan Sayuran
1/2 biji kobis bulat [hiris halus]
5 batang kacang panjang ]
1 biji sengkuang kecil       ]  potong kecil
1 biji lobak merah            ]  
2 kepung tahu [potong kecil]
2 keping tempe [potong kecil]
3 biji cili merah [mayang]
2 keping pucuk [potong kecil dan rendamkan]
50 gm suhun
5  cawan santan pekat
garam
minyak

Bahan tumbuk
5 biji ciliapi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm kunyit basah
1 s/b udang kering

cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi..
2. Masukkan santan, garam  dan bahan sayuran. Biarkan sehingga mendideh.
3. Kacaukan sekali sekala.
4. Bla dah mendideh tutp api dan hidangkan dengan nasi himpit.



gambar ehsan NoorMasri

[ Last edited by  NoorMasri at 31-12-2006 02:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:25 PM | Show all posts
Red-cooked tofu with Chinese Mushrooms [RasaCinta]

Ingredients

225 g firm tofu] kiubkan 1 inc
6 dried chinese black mushrooms
-- rendam air panas, hiriskan
1 sdt cornstarch
5 - 6 spring onions] potong
2 sdm minyak

Marinade/bhn perap
3 sdm dark soy sauce
2 sdm sos ikan
2 sdt gula perang
1 clove garlic, crushed
secubit cengkih
pepper

Step1:
Perap tofu selama 1/2 jam..
lepas tu bhn perap tadi dicampur dgn cornstarch dan 6 sdm air bekas rendam mushroom.. set aside.

step 2:
Panaskan minyak dan goreng tofu till evenly golden..angkat..(jgn matikan api)
Masukkan mushroom, spring onion, onion n bhn perap yg dah set aside..  kacau hingga pekat..
Masukkan tofu, masak dlm 2 min, serve at once.

ps. aku suke makan dgn bihun kosong..nasi erm
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:50 PM | Show all posts
RENDANG NANGKA [hanieliza]



Bahan-Bahan:
1  kg nangka muda
250 gm daging
1/2 cawan minyak masak
4 cawan pati santan
1/2 cawan gm kerisik
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit [koyakkan]
garam

Bahan-bahan dikisar:
5 batang  serai
5 sm halia
5 sm lengkuas
3 sm kunyit hidup
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
10 biji ciliapi

Cara:
1. Nangka dibersihkan dipotong-potong kemudian direbuskan hingga empuk.
2. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan hahan-bahan kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan santan, garam, nangka  dan daging.
5. Maskkan sehingga pekat dan daging & nangka lembut.
6. Setelah itu masukkan  daun kunyit dan kerisik. Kacau sekali sekala hingga kering dan naik minyak.
7. Hidangkan..

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 10:11 PM | Show all posts
TAHU SUMBAT [hanieliza]



Bahan-bahan
3 keping tahu
5 helai daun salad hijau
1/2 batang carrot kecil
1/2 batang timun kecil
minyak untuk goren tahu

Cara
1. Gorengkan tahu sehingga masak.
2. Potongkan 3 segi dan belah bahgian dalam tahu [untuk masukkan sayuran].
3. Hiris semua bahan sayur dan carrot diparut.
4. Gaulkan semua sayuran dan masukkan dalam tahu.
5. Hidangkan bersama sos cili.

Sos Cili
Bahan-bahan
5 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 s/b taucu [optional]
2 s/b cuka
1 s/b gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan sehingga halus.
2. Rasakan masin dan masam sos dan hidangkan bersama tahu sumbat.



GORENG TAHU DAN TAUGEH [hanieliza]



Bahan-bahan
2 keping tahu [potong kecil]
300 gm taugeh
100 gm daun kucai
1/2 batang carrot [potong kecil dan halus]
100 gm udang hidup
2 s/b air
3 s/b minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan tahu dan gorengkan supaya agak garing.
3. Masukkan carrot dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh, daun kucai,  cili dan sedikit air. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 21-11-2006 06:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2005 09:04 PM | Show all posts
Veggie Burger [dindazZz]

Burger sayuran yg mmg sedap...x payah pakai daging... tp pakai peanut butter!

Bahan2
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 c. carrot, sagat
1 1/2 c. zucchini, sagat
1 1/2 sdt jintan
1 1/2 sdt ketumbar
2 sb peanut butter
2 sb daun ketumbar
1/2 c. bread crumbs
1 biji telur, pukul
2 sdt minyak sayuran
Garam dan lada secukupnya

Untuk menghidang
2 biji tomato
sos cili
4 biji bun burger
2 sb mayonis atau mustard
4 helai daun salad, hiris halus
1 biji bawang merah, hiris halus

Cara membuat
Tumis bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan jintan dan ketumbar. Masukkan carrot dan zucchini. Masak selama lebih kurang 10 minit; kacau selalu. Kemudian, masukkan peanuit butter & daun ketumbar, garam serta lada sulah secukup rasa. angkat dan biarkan sejuk.

Sementara itu, gaulkan breadcrumbs dengan telur hingga sebati. Masukkan campuran sayur & peanut butter tadi, gaul sebati. Bentukkan adunan tadi spt burger (4 keping) & goreng hingga kuning keemasan. Sedia utk dihidangkan.

alternative lain...[ninoZ]

gantikan je bahan daging/ayam dgn campuran cendawan

cth : campuran cendawan tiram + cendawan butang [dlm tin] + cendawan shitake [yg kering tu..rendam sampai kembang]

cincang halus2 then campurkan dgn telur, breadcrumbs, salt n pepper, sedikit parutan carrot n sengkuang, bwg besar cincang [ape2 sayur yg disukai boleh gak ditambah..nak tambah sos tiram sket pun boleh gak]

then bentuk mcm burger biasa atau gunakan acuan banjo, masak cam biasa kita buat berger beserta garnish2 yg disu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 06:00 AM | Show all posts
Indian Rojak [Baiduri Othman]

Ingredients

5 firm soybean cakes
100g small prawns
4 hardboiled eggs
1 piece soaked cuttlefish
Enough oil for deep-frying
3 potatoes
1 tsp ground chilli paste
1/2 tsp salt
Garnishing
200g yam bean (sengkuang), shredded
1 cucumber, shredded
150g bean sprouts, scalded
Hard fritters

Batter (A)

1 1/3 cups plain flour
1/4 tsp baking powder
1 tsp sugar
1 tsp chicken stock granules
Dash of pepper
1/2 cup water
1 egg

Hard fritters (B)
1 cup plain flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp sugar
1/2 tsp salt
120ml water
1 green chilli, chopped
1/2 an onion, chopped

Sauce
450g sweet potatoes
5 cups water
4 tbsp oil
1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2005 12:39 AM | Show all posts
CAULIFLOWER CHEESE BAKE [ RasaCinta]



1 medium cauliflower
salt+pepper
2/3 skimmed milk
1 biji telur
90 g cheese, parut
2 sdt paprika

1. Basuh bersih cauli dan patah2 kan.. celur 5 min dlm air mendidih (taruk garam).. toskan.
2. Cheese custard - Pukul susu, telur, 60 g of the cheese, paprika, salt+pepper to taste..
3. Letak cauli dlm ovenproof dish (sapu minyak).. tuang cheese custard (2)....
4. Taburkan lebihan cheese..
4. Bakar dlm preheated oven, 180.C, for 30 to 40 min until cheese custard is set..  

ps. leh letak green pepper or mushroom buat tambah selera
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 05:48 PM | Show all posts
Asam Rebus Batang Keladi [ninoZ]

kalau utk asam rebus keladi..tak taruk bwg putih pun sodap [errrr ekceli dah try buat both version..me find it better without garlic ]

firstly keladi kene la disiangkan dahulu
siatkan kulit luarnya n potong pendek [bhg dlm yg bentuk cam cresent tu
pastu celur dlm air mendidih bersama2 dgn garam n asam keping

then... blendkan je sampai halus bhn2 :
cili merah [nak campo cili padi sket pun boleh gak kalau suka pedas]
belacan
bawang besar [lagi manis dari bwg merah]
sedikit ikan bilis atau udang kering
sedikit kunyit hidup

campakkan bhn kisar ke dlm periuk bersama dgn serai yg telah dititik bersama2 dgn asam keping secukupnya..bior terasa masamnya baru la sodap
taruk daun kesum..kalau ade kantan lagi best [ kalau bunga kantan yg putik tu me blend je sekali dgn bahan kisar]
agak2 dah mendidih then masukkan keladi
perisakan garam gula secukup rasa
dah cukup layu..bleh tutup api
siap!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2006 02:39 AM | Show all posts

HOTPLATE TOFU[cranko21]


Bahan2
2 batang Egg Tofu - potong2 dan taburkan ngan sedikit tepung jagung.. then u goreng sedikit. Ketepikan.
100 gm carrot - hiris
100 gm kacang peas - belah 2
1/2 biji lada banggala merah - potong kecil2
100 gm kobis cina - potong kecil2
5 batang  jagung muda - potong kecil
2 sdm oyster sos
5 biji bwg putih - tumbuk halus
1/2 sdm lada sulah
50gm udang
50gm daging hiris
sedikit campuran tepung jagung dan air - untuk pekatkan sos

2 biji telor - pukul dgn sedikit garam

- tumis bawang putih, dan masukkan daging hiris masak hingga setengah masak.
masukkan udang kacau sedikit, then masukkan sayur2, kacau sebentar  sos oyster, lada sulah kacau rata sebentar dan dan pekatkan sedikit kuah ngan campuran tepung jagung dan air tadi. Masukkan egg tofu, kacau sedikit dan ketepikan.

- Panaskan hotplate atas api tuangkan sedikit minyak dan dadarkan telor atas hotplate dan tuangkan sayuran2 yg dah di masak tadi.hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 06:52 PM | Show all posts
Buttered Potato with Herbs [medangtamang]

Ingredients
  • US Russet Potatoes, dibersihkan, buang kulit (kalu bole biarkan sket kulit kentang tu... pasal kulit tu ada source of minerals gaks... kalu aku memang tak buang kulit... bukan malas... mmg dah gitu cara dia... :bgrin
  • Garlic - dicincang halus...
  • Butter (brand Golden Churn), agak - agak jer laa... kalu suker kentang tu rasa creamy... then letak lebih...
  • Extra virgin olive oil - dalam 2 sudu besar (agak - agak laa... kalu byk kentang... then kene byk kan sket laa....)
  • Rosemary (kalu dapat yang fresh lagi bagus...)
  • Oregano (kalu dapat yang fresh lagi bagus...)
  • Paprika or Cayenne paper -secubit jer... kalu nak pedas leh la letak byk sket...
  • Spring onion
  • Salt & sugar


Method
  • Rebuskan kentang... jangan sampai benyek... rebus agak2 sampai lembut sket... kira separa masak laaa... pasal nanti kentang tu kene goreng lak... biler rasa dah kentang tu da separa masak... toskan dan rehatkan kentang tu jap... letak kan butter sket... kasi glaze... supaya tak stick which each other...
  • panaskan olive oil with a bit butter... jgn hanguskan butter tu... just kasi butter tu melt jer... then sauteed garlic... biler naik bau... tuangkan kentang tadi... kasi sauteed sampai kentang tu jadi golden brown... kalu pandai flambe` lagi bagus... *flambe` - goyang pan, biasa chinese cook wat kalu api naik...
  • Masa sauteed kentang tu... letakkan lagi butter and add herbs - rosemary & oregano.... kasi sauteed lagi... pastu ad paprika or cayenne paper to taste... kasi flambe` sket...
  • Add pinch of salt & sugar.... lastly... add spring onion... flambe` sket... jgn sampai daun bawang tu layu lak... Add more daun bawang masa serve kat plate....


SIAP!!! a western style cuisine... serve with Pura Sour Cream or Kraft Cream Cheese (White) as a dipping sauce or just makan gitu pun bole... pastikan kentang tu fluffy... :ah:

Honey Mustard Vainegrette
  • Wholegrain Mustard
  • Extra virgin olive oil
  • Lemon juice
  • Honey
  • Paprika
  • Garlic - dicincang


Method
Campurkan sumer bahan2 kat atas tu then wisk... add honey ikut citarasa... kalu suker manis... letak banyak laa... and add paprika lebih kalu suker pedas...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:45 PM | Show all posts


BOL KENTANG KELUARGAKU[DianaA]

Bahan untuk Kuah

2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
4 liter air
4 sudu makan kicap lemak manis
4 kelopak bunga lawang
5 batang bunga cengkih
1 batang (5cm) kayu manis
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk intinya
750 gram daging cincang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan untuk dikisar
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu makan serbuk lada putih
8 biji buah pelaga
1 batang (5cm) kayu manis

Bahan untuk Kulit Bol
2 cawan tepung gandum
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

Untuk Hiasan
Timun, kupas kulitnya buang hatinya dan hiris
bawang besar yang dihiris
daun sup
bawang goreng

  
Cara untuk Inti Bol Kentang
1.  Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat.  Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
2.  Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang.  Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
3.  Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak.  Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.  Masak sehingga air daging kering.  Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kulit Bol Kentang
1.  Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning.  Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.

Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
1.  Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng.  Kemudian ditumbuk sehingga lumat.  Ketepikan.  
2.  Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat.  Ketepikan.
3.  Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng.  Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang.  Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan.   Angkat dan ketepikan.  

Cara untuk Kuah Bol Kentang
1.  Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar.  Tumis sehingga naik bau.
2.  Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap.  Masukkan daging tetel dan air.  Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.  
3.  Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.

Cara menghidang Bol Kentang
1.  Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk.  Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:11 PM | Show all posts
Sayuran Panggang Jintan Putih [linb]

Bahan-bahan:
2 biji keledek sederhana saix, dibuang kulit, potong dadu
1 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
1 biji lada benggala kuning - dipotong dadu
1 biji bawang besar  - dipotong dadu
1 biji terung dipotong memanjang
2 ulas bawang putih - potong dua
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk jintan putih
serbuk lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa

Cara memasak:
Campurkan minyak zaitun bersama garam & serbuk lada sulah.
Kemudian digaul bersama lada benggala (hijau & kuning), terung, keledek, bawang besar & bawang putih.
Perapkan selama lebih kurang 5 minit.
Goreng cepat lada benggala hijau & kuning dengan bawang besar dan bawang putih untuk separa masak.
Angkat dan ketepikan.
Gaul keledek & terung bersama jintan putih.
Letak dalam dulang pembakar.
Masak dalam ketuhar dengan suhu 170 degrees celcius selama 7-10 minit.
Hidang ketika masih panas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:32 PM | Show all posts
Tauhu Bakar [ninoZ]

tauhu pok/tauhu lompong - dibelah 2 secara melintang [kalau ganti dgn tauhu biasa pun bleh gak
kacang tanah - sangrai n kisar halus
bijan - sangrai
kuah rojak/sotong kangkung - gaul dgn kacang tanah kisar sket [refer resepi kuah sotong kangkung di atas]

digaul bersama:
taugeh - dibersihkan n dicelur [me suka bior fresh je]
timun - buang bhg tgh n diparut or potong julienne/matchstick
sengkuang - diparut atau dipotong julienne/matchstick
kangkung - dicelur

1. bakar/grilkan tauhu seketika.. agak2 garing permukaan luar tu
2. pastu buka utk diisi dgn fillings..
3. masukkan campuran sayuran
4. top with kuah n tabur dgn kacang tanah dan bijan
5. tutup semula dgn tauhu
6. siappp utk dihidangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 08:55 AM | Show all posts


ROJAK PECAL atau ROJAK SAYUR [hanieliza]

Bahan-bahan Sayur
1 ikat pucuk ubi
1 ikat pucuk paku
200 gm taugeh [buang kaki]
200 gm kacang panjang
200 gm kangkung
[semua sayur ini direbus lembut]

1 biji timun
2 kpg tahu (digoreng)
1 kpg tempe (digoreng)
1 biji sengkuang [saiz kecil]

Bahan-bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah [goreng tanpa minyak]
2 cm belacan
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
5 biji cili api
[semua bahan ini digoreng dgn minyak sikit dan blend ]

air asam jawa
gula & garam

Cara-cara
1. Buangkan kulit kacang dan mesinkan [kasar].
2. Bancuhkan bahan yg digoreng dgn minyak dan blend tadi dengan air asam jawa dan garan & gula. Rasakan manis n masinnya.
3. Masukkan kedalam mangkuk besar.
4. Bahan sayur tadi dihidangkan dalam pinggan besar.
5. Bila nak makan barulah gaul dan hidangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 11:56 AM | Show all posts
Nangka Masak Lemak

Versi 1 [blackmore]



Bahan-bahan;
Nangka - direbus dan toskan
2 sudu makan udang kering/ikan bilis
3-4 helai cili kering
1 1/2 camca besar lada hitam
1/2 inci kunyit
bawang besar
sedikit belacan
santan pekat

Cara-cara:
Semua bahan kisar. Masak macam masak lemak biasa

Versi 2 [blackmore]

nangka ko rebus hingga masak pastu ko toskan

2 camca besar udang kering/ikan bilis  - kisar kering dan ketepikan
1 batang sera - dititik
sedikit lengkuas - dititik
sedikit tetelan daging - rebus hingga empuk atau tulang ikan kurau masin

Bahan2 A
lada kering dalam 3-4 helai
lada hitam dalam 11/2 sudu makan
ketumbar 1 sudu makan
jintan halus 1/2 sudu teh
jintan kasar 1/2 sudu teh...bahan2 nie ko cuci bersih...pastu ko sangar...

Bahan2 B
kerisik dalam 2 sudu makan...
bawang besar 1 biji
bawang puteh 1-2 ulas
kunyit 1/2 inci
belacan sedikit...

Bahan-bahan A dan B nie semua ko satukan dan blend halus dan tumis. Masukkan lengkuas dan serai. Tumis hingga keluar minyak. Masukkan udang kering/ikan bilis kisar dan masukkan air. Masukkan nangka dan biarkan ianya mendidih. Masukkan santan pekat. Masukkan tetelan daging atau tulang ikan kurau tadi. Garam/serbuk perasa mengikut selera.

[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:54 AM | Show all posts
PAJERI NENAS

Versi 1 [ilya]

Sebiji Nenas (Potong cam ala-ala Kerang tuh)
Lada Kering
Bwg Merah
Bawang Putih
Ikan bilis sket
Rempah Kari
Kayu Manis
Bunga Lawang
Gula, Garam, air, Minyak Makan...

Cara  :
Blender semua kecuali Nenas, Bunga Lawang ngan Kayu Manis :bgrin:
Tumis bahan blender campur ngan Rempah Kari... Tumis sampai naik minyak...
Pas tuh, letak Nenas dan masukkan air byk sket..
dah tu.. biarkan nenas dan air tuh kering sampai Minyak dia naik.
Hidangkan... Ngan nasi Panas ngan Ikan Goreng pn jadik..


Versi 2 [ayang77]

bahan2 :
nenas ( ikut suker nak byk maner )
lada kering }
bawang kecil }
bawang putih } di blender
ketumbar }
jintan }
udang kering ( ditumbuk kasar )
kayu manis
bunga lawang
garam
gula

cara :
1. tumiskan kayu manis dan bunga lawang
2. dah naik bau masukkan bahan yg diblender
3. masukkan garam, gula secukup rasa..dan masukkan nenas...gaul rata..
4. biarkan sampai kering...kalau minat nenas tu basah2 skit..x yah la tunggu sampai kering sangat..

Versi 3 [Iman_baby]

Sebiji Nanas - boleh potong bulat org belah empat

Diblend/tumbuk
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tbs udang kering

2 tbs rempah kari
Santan pekat dr sebiji kelapa
2 tbs kerisik


garam & gula secukup rasa

Cara2
1. tumis bahan2 blend hingga wangi
2. Masukkan rempah kari.. tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan santan n nanas
4. Masak hingga gak pekat n masukkan kerisik
5. Masak lagi hingga agak2 kering.

Versi 4 [hanieliza]



Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Pajeri Bombay [zuraini]

Nenas dibersihkan dan dibelah empat (kalau besar).Kalau kecil belah dua je. Lepas tu potong lagi setebal 1 cm. Lepas tu digaul dengan kunyit dan direbus dengan air sikit je. Agak-agak layu angkat dan toskan. Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan sekali rempah tumis. Kalau nak sedap masukkan bunga cengkih banyak-banyak. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Masukkan nenas. Kacau. Bila kelluar air nanas bolehlah ditutup. Sedap dimakan bersama nasi minyak.




PAJERI BOMBAY NENAS akan TUMIS AIR SAYUR NENAS [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 biji nenas yang sederhana besarnya
1 biji carrot kecil [ hiriskan kecil]
2 sudu besar gula
3 biji cili merah [hiriskan]
2 biji cili hijau [hiriskan]
1/2 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukup rasa minyak untuk menumis

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar [mayangkan]
2 ulas bawang putih [mayangkan]
1 inci halia [mayangkan]


Cara:
1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air,gula dan garam.
4. Bila telah mendideh masukkan nenas, cili merah dan hijau.
5. Biarkan mereneh sehingga mendideh dan rasakan garamnya.
6. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.


Pajeri Terang Bulan [flowerjun]

Bahan
nanas
lada kering (dipotong)
bawang kecil
bawang putih
ketumbar
biji sawi
udang kering ( ditumbuk kasar )
kayu manis
bunga lawang
garam
gula

Cara
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar. Kemudian masukkan cili kering, udang kering, nanas, biji sawi, garam, gula.

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 02:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 10:33 AM | Show all posts
Pencok Nenas [sue]

Nenas sebiji (yg masak) - di sagat pjg2
Timun 1-2 biji - disagat pjg2
bwg merah
lada merah
lada cili kalau suka
belacan- bakar dulu
air asam jawa sket
garam
gula pasir
sikit iar masak

tumbuk bwg, lada merah lada cili & belacan sampai halus. then masukkan air asam jawa, gula pasir & garam.
gaulkan dgn timun & nenas tadi, bubuh air masak sket (takyah byk2..sbb nanti dia berair).. biar sekata. rasa pedas manis nya (benda ni sedap manis2 pedas gitu)
simpan dlm fridge..bila dah sejuk & berair bule di mkn. klu x sabor tunggu dia sejuk bubuh dlm mangkuk letak ais
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 02:22 PM | Show all posts
Stew Nenas [masarju]

1 biji nenas(Potong dadu)
Gula dan air (utk buat sirap)
Cara:
1. Masak gula dan air hingga mendidih.
2.Masukkan nenas yg dipotong dadu dan biar mendidih sebentar.
3. Sejukkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.071774 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list