CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419991|Reply: 281

[kompilasi] KEK

   Close [Copy link]
Post time 10-3-2004 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Kek Lapis Telur [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

15 biji putih telur
310 gram tepung gandum
310 gram gula halus
200 gram santan pekat
1 sudu teh koko
1 sudu teh vanilla
sedikit warna merah
sedikit warna kuning

Cara2 membuatnya:-

1. Putih telur dipukul hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit.
Apabila adunan tadi sudah kembang, masukkan tepung, santan & esen vanilla & dikacau rata.
Kemudian bahagi kpd dua bahagian. Satu warna merah & satu lagi warna kuning.

2. Bakar adunan selapis demi selapis.

shit Santan boleh diganti dgn susu pekat manis tetapi gula hendaklah dikurangkan.
Kek ini boleh dikukus.

KEK LAPIS KAYU MANIS [DianaA]

Sumber: Fiza Nordin

Bahan-Bahan:
Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumurlagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan.

Bahan A :
500 gm mentega (2 ketul)
4 sd besar susu pekat manis penuh krim
3 sd besar sirap perang
2 ? sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh vanila

Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain. Pukul hingga kembang. Ketepikan.

Bahan B :
400 gram tepung halus
8 biji kuning telur
10 biji telur
350 gm gula caster
50 gm gula icing - diayak
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75
1 sd teh serbuk penaik

Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan tepung halus - diayak 4 kali dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit.

Bahan lain :
? ketul mentega dibiarkan lembik
(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati)

Cara:
Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke gril (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar).

Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis. Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat.

Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C.

Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.

Tambahan:
Jika suka rempah kek lapis rempah atau kopi, boleh pakai dalam resipi ini menggantikan serbuk kulit kayu manis dengan serbuk rempah kek/ kopi.
Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak.
Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus. Menyediakannya juga memerlukan kesabaran.

Sirap perang memberkan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan.

Bahan2 kek ini menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A).

Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM.

`Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk'

Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu.

'Contoh : SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll'

Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'.

Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat.

KEK LAPIS ALA TIKAR [DianaA]


Bahan-bahannya

500 gram mentega
75 gram susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
? sudu teh baking powder

Bahan untuk Lapis Coklat
1 sudu makan pes coklat
10 gram serbuk koko
50 gram mentega, dipukul sehingga lembut

Cara-caranya
1.  Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.
2.  Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang.  Masukkan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.
3.  Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.
4.  Bahagikan adunan menjadi 2.  Satu bahagian di campurkan dengan pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega yang telah dipukul dan gaul rata.
5.  Siapkan 2 loyang berukuran 12x 22x 4 cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih.  Pada loyang pertama dimulakan dengan adunan kuning, kemudian dilapis adunan coklat, lapis kuning dan seterusnya.  Sementara loyang kedua, dimulai dengan adunan coklat, kuning, coklat seterusnya.  Setiap lapisa beratnya 100 gram.  Buat 7 lapis pada kedua-dua loyang.  Bakar tiap lapis dalam ketuhar selama 6 minit pada suhu 150 darjah C dengan api atas.  Pada lapisan terakhir selesai dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
6.  Sejukkan dan keluarkan kek dari kedua-dua loyang.  Pada tiap kek potong memanjang ? cm sebanyak 14 potong.  Susun berselang-seli antara kek di loyang pertama (coklat-kuning-coklat) dan kek di loyang kedua (kuning-coklat-kuning). Ketepikan.
7.  Ulangi resipi membuat kek lapis tanpa campuran pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega.  Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.  
8.  Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah  dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan.  Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega.  Ulangi process untuk 7 lapis.
9.  Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek lapis tikar yang telah disediakan tadi.  Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan).  
10. Kemudian sapukan atas kek lapis tikar dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
11. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS PRUNES[hanieliza]


Bahan
200 gm butter
100 gm gula icing
300 gm telur
1 s/k esen vanilla
150 gm tepung gandum ] gaul rata
1/2 s/k rempah kek lapis]
200 gm buah prunes [cincang]

Cara
1. Pukulkan gula, butter dan telur sehingga ringan dan gebus. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung gandum yg digaulkan ngan rempah kek lapis sedikit demi sedikit dan gaulkan rata.
3. Griskan loyang 4 segi 9 x 9 x 3 dan panaskan oven 180'C
4. Masukkan 1 senduk adunan dan bakar sampai masak [15 minit] dengan api atas sahaja.
5. Taburkan potongan cincang buah prunes dan masukkan lagi 1 senduk adunan kek dan bakar lagi.
6. Ulang proses melapis sehingga habis adunan.
7. Satelah habis adunan, bakar lagi dengan api bawah dan atas selama 10 minit.

NOTA:
Boleh tukarkan prunes ngan kismis hitam atau coklat cip

KEK LAPIS PRUNE ICE CREAM [TAJMAH]


Bahan2nya:-

22 biji kuning telur
5 biji putih telur
150 gm tepung hongkong
230 gm gula castor
50gm tepung icecream vanila
500 gm mentega
300 gm prune (digunting-gunting)
4 sudu makan susu manis
1 sudu makan ovalet
1 sudu teh esen pisang / boleh menggunakan esen lain
warna hijau dan merah (Rose pink)

Cara Membuatnya:-

1. Mentega, susu, esen dipulul hingga putih dan ketepikan.

2. Dimangkuk lain pukul putih dan kuning telur, gula dan ovalet hingga kembang / puteh dan pekat. Setelah itu masukkan tepung dan tepung icecream gaul hingga rata.

3. Masukkan adunan mentega kedalam adunan tepung tadi dan gaul rata.

4. Bahagi adunan tadi kepada dua bahagian

   sebahagian diwarnakan hijau dan sebahagian lagi diwarnakan merah serta dimasukkan buah prune yang telah digunting.

5. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas kalis minyak sapukan mentega setelah itu bakarlah adunan tadi dengan dimulakan dua lapis warna hijau setelah itu baru dua lapis warna merah. Buatlah begini sehingga selesai.

KEK LAPIS SAHARA [TAJMAH]


Bahan-bahannya:-

10 biji telur (disejukkan)
500 gm mentega
250gm tepung hongkong
2 sudu makan susu cair
50 gm air sejuk  (dari peti sejuk / air sejuk betul)
2 camca makan ovalette
100 gm buah kurma / prune
sedikit pewarna hijau.

Cara membuatnya :-

1. Pukul mentega hingga kembang kemudian masukkan susu cair dan kacau hingga sebati dan ketepikan.

2. Pukul telur, gula, ovallete dan air sejuk  hingga kembang/ pekat kemudian masukkan tepung dan kacau hingga rata.

3. Masukkan adunan mentega kedalam adunan tepung tadi kacau rata.

4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian 2 bahagian biarkan warna plain dan 1 bahagian bubuh warna hijau dan masukkan buah.

5. Bakar 1 bahagian plain selapis selapis hingga habis kemudian lapis dengan warna hijau selapis-selapis buat sehingga habis dan akhir sekali lapis dengan bahagian warna plain yang masih tinggal selapis-selapis hingga habis. Bakar hingga masak.


KEK LAPIS HAPPY DAY [Kero-kero]


16 oz mentega
10 biji telur
2 gelas gula halus
3 gelas tepung gandum
1 tin susu pekat
1 tin besar serikaya
4 camca teh Nescafe
1 camca teh vanilla
Pewarna hijau, kuning, merah & sedikit kismis

Cara-caranya:

1. Mentega dipukul dgn gula & kemudian masukkan telur. Kacau rata.
2. Masukkan serikaya ke dlm adunan tadi & gaul sebati.
3. Kemudian masukkan susu pekat, vanilla & tepung. Kacau adunan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kpd 4 bahagian. setiap satu diberi warna hijau, merah & kuning. Bahagian yg tak bewarna dibubuh Nescafe.
5. Kukus setiap lapisan warna, kuning, merah (ditabur sedikit kismis), hijau, putih(adunan nescafe) hingga habis.

6. Setiap lapisan masukkan 2 senduk @ kalau malas nak lapis bnyk, masuk 1 bancuhan warna & kukus. & masukkan warna seterusnya hingga habis.

*Kalau x suka manis sgt, boleh kurangkan gula kpd 1 1/2 gelas & kurangkan sedikit serikaya.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 08:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 04:09 PM | Show all posts
Kek Span Hitam Manis [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

10 biji telur ayam
16 oz mentega
2 gelas gula halus
2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 04:11 PM | Show all posts
Cheese Muffins [chempaka_ku]

I used to skip or substitute ingredients yg tak ada or suka...so it's up to you.....

Ingredients
55g butter
200g plain flour
2 tsp baking powder
2 tbsp sugar
1/4 tsp salt
1 tsp paprika
2 eggs
125ml (1/2 cup) milk
1 tsp dried thyme
55g mature Cheddar cheese, cut into 1 cm dice

Cara-cara:
1.  Preheat the oven to 190C.  
Thickly grease 9 deep muffin tins or use paper cases.

2.  Melt the butter and set aside.

3.  Sift together the flour, baking powder, sugar, salt and paprika.

4.  In another bowl, combine the eggs, milk, melted butter and thyme, and whisk to blend.

5.  Add the milk mixture to the dry ingredients and stir just until moistened, do not mix until smooth.

6.  Place a heaped spoonfulful of batter into the prepared cups.  
Drop a few pieces of cheese over each, then top with another spoonful of batter.  
For even baking, half-fill any empty muffin cups with water

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 12:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:41 PM | Show all posts
Kek Cokelat Buttermilk [chempaka_ku]

Ingredients:
185g butter
1 sudu teh vanilla essence
1 1/2 cawan castor sugar
4 eggs, separated
3/4 cawan self-raising flour - di ayak
1/3 cawan cocoa - di ayak
3/4 cawan buttermilk (atau susu skim)

300ml carton thickened cream
(boleh skip and use chocolate filling saja untuk keliling kek).

Chocolate filling:
200g dark chocolate, melted (use quality chocolate...)
90g butter melted

Cara buat filling:  
Combine chocolate and butter in small bowl, stir until smooth, stand until spreadable.


Cara-cara buat kek:
1.  Grease deep 23cm round cake pan, basenya cover dgn paper, grease paper.
2.  Cream butter, essence dan gula until light & fluffy,
beat in egg yolks until just combined.
3.  Transfer mixture to large bowl,
stir in tepung dan koko yg telah di ayak dan buttermilk (atau skim milk).
4.  Beat egg whites until soft peaks form,
lightly fold through cake mixture in 2 batches  (ke dalam no. 3)
5.  Pour mixture ke dalam baking pan,
bake 180 C selama 1 jam atau until firm.  Turn onto wire rack to cool.
6.  Sesudah sejuk, bahagikan kek kepada 2,
sandwich kek dengan kira-kira 1/2 of the filling,
the rest of the filling untuk top & keliling kek (jika tidak menggunakan thickened cream).
7.  Simpan di dalam fridge.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:42 PM | Show all posts
KEK COKLAT [hanieliza]

1 3/4 caw tepung gandum ]
1 s/kecil soda bikarbonat ]
1 s/kecil baking powder ] diayakkan bersama
1/2 cawan serbuk koko ]

2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
3 biji telur
1 s/kecil garam
1 s/kecil vanilla
1` cawan minyak mazola

Aising coklat
250 gm coklat masakan ]
1/2 cawan susu cair ] cairkan secara double boiling

Cara:
1. Panaskan oven 180' C selama 19 minit.
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pukul selama 15 minit.
3. Masukkan pula minyak mazola dan pukul lagi 5 minit.
4. Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
5. Bila kek telah masak..sejukkan.
6. Tuangkan adunan aising coklat keatas kek.
7. Hiaskan ikut kesukaan sendiri...

Kek Coklat [hanieliza]  

Bahan-Bahan:

150 gm butter
200 gm gula halus
3 biji telur ayam
220 gm tepung gandum (diayak)
1 s/k baking powder (diayak bersama tepung)
30gm serbuk coklat (diayak bersama tepung)
250 ml susu (susu segar)
1 s/k esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang,
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi.
3. Masukkan tep. gandum + serbuk coklat + B/powder sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Kacau sebati.
4. Bakar dalam oven bersuhu 180癈  hingga masak [dalam 30 minit]
5. Sejukkan dan hiaskan dengan Krim Coklat.


Krim Coklat:
200 gm fresh cream or whipping cream
250 gm cooking coklat
2 s/b minyak jagung

Cara:.
1. Cairkan cooking coklat dengan cara masukkan coklat dalam mangkuk dan panaskan dalam air mendideh.
2. Angkat coklat dari air panas dan masukkan fresh cream daan kacau rata.
3. Masukkan minyak dan kacau rata .
4. Hiaskan diatas kek coklat yg telah sejuk



KEK COKLAT versi 2 [hanieliza]

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
210 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
50 gm serbuk koko....]
80 ml susu segar/fresh milk

CARA:
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam acuan.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit.
6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.

Bahan Cream Coklat:
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek.

Kek Coklat [sweetlady]

one of my specialties nih...
my resepi almost the same macam hayu tapi coklat yang
di masukkan dalam tepung tu i masak di atas api slow..
ingredients dia :

1 cawan gula
2 cawan serbuk coco
1 tea spoon serbuk nescafe
1 tea spoon esen vanilla
1 tea spoon milo
2 cawan susu cair
1 tea spoon butter

masakkan semua bahan ini atas api (double boil) yg perlahan
sampai semuanya cair then sejukkan.  
Selepas tu barulah dituangkan ke dalam acuan butter & gula tuh.

Kek Cokelat [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

340 g tepung gandum
4 teaspoon baking powder

112 g koko
454 g mentega
454 g gula
12 biji telur ayam
sedikit garam halus

Cara2 membuatnya:-

Mentega + gula dipukul hingga kembang. Kuning & putih telur dipukul berasingan. Sesudah itu, masukkan bersama adunan mentega + gula, pukul hingga sebati. Kemudian masukkan tepung, koko, baking powder & vanilla. Bila adunan sudah sebati, bakar hingga masak.

Utk membuat cokelatnya:-

200 g chocolate bar
1 cawan susu ideal
2 sudu mentega

Kesemua bahan2 ini dicampur & dicair hingga pekat. Bila kek dah masak, boleh sapu cokelat ni pada kek.

PS. Pernah buat Kek Cokelat version ni. Memang sedap esp. kalau bubuh bnyk koko. Ni pun resipi lama, memang antique! Tak taulah samada kek ni sesuai utk raya sebab kek ni disapu dgn cokelat. Boleh jugak disediakan utk keluarga pada hariraya nanti.


KEK KUKUS COKLAT MUDAH [madam]

Bahan A
Tepung Gandum - 2 cawan
Gula - 2 cawan
Serbuk koko - 2 cawan
Soda Berkabonat - 1 sudu
Baking Powder - 1 sudu

Bahan B
Telur 3 biji - dipukul sampai kembang
Minyak Masak - 1 cawan
Air Panas - 1 cawan

Masukkan kesemua bahan A dan kacau sampai rata kemudian masukkan telur yg dah dipukul kacau lg sampai rata..masukkan minyak masak kacau lagi dan last sekali masukkan air panas kacau kesemua adunan sampai kembang.
masukkan kedalam loyang...sebelum tu sapu sedikit minyak kedalam loyang supaya tidak terlekat...kemudian kukus
selama 1 jam....

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:44 PM | Show all posts
Kek Lapis Keju [Baiduri Othman]

Bahan2 A:-

25 biji kuning telur
5 biji putih telur
230 gram gula halus
100 gram tepung hong kong
1 camca ovelette

Bahan2 B:-

400 gram mentega
140 gram krim keju (cream cheese spread)
3 camca susu pekat manis
3 camca golden sirap
1 camca teh garam

Cara2 membuatnya:-

1. Pukul bahan A hingga ringan & kembang. Ketepikan.

2. Pukul bahan B hingga kembang. Then satukan bahan A & B.

3. Sediakan acuan 8 1/2" x 8 1/2 " x 4".
Ambil satu senduk adunan & tuan ke dlm acuan.
Rata & bakar di atas gril di dlm ketuhar bersuhu 250 C selama 3 minit.

4. Ambil satu senduk adunan & tuang ke atas lapisan pertama tadi.
Ratakan & bakar. Buatlah sehingga adunan habis.

Kek Lapis Cheese [CatLady]

Bahan-bahan
12 biji telur ayam
2 sudu ovellete
360gm gula halus
160gm tepung gandum
750gm philadelpia cheese ( cream cheese)
8 sudu besar susu manis
2 tin nestle cream
1 sudu teh garam
1/2 buku cheedar cheese ( diparut - nie ikut suka nak berapa banyak)

Caranya

Pukul telur dan gula halus dan ovellate hingga kembang. Pukul cheese, susu manis , nestle cream dan garam dalam bekas lain.  Kemudian campurkan ke dalam adunan telur tadi. Akhir sekali masukkan tepung. Bahagikan adunan tadi kepada 4 atau 3 bahagian ikut suka lapisan nak besar mana. Bakar lapisan pertama menggunakan api atas around 15-20min. Selepas itu, taburkan parutan cheedar cheese ke atas lapisan yang telah masak sebelum lapisan ke dua dituang keatasnya. Teruskan proses melapis sehingga habis.

KEK LAPIS CHEESE [TAJMAH]

Bahan-bahannya

12 biji kuning telur
6 biji putih telur
165 gm gula halus
1 sudu makan ovallet
1/2 sudu teh esen vanila
100 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan susu tepung
125 gm mentega (dicairkan)
100 gm keju parut

Untuk Krimnya :

1/2 tin susu manis
1 botol krim keju (cream cheese khas dalam botol)
(boleh gunakan Philadelphia cream cheese)

Bahan tabur

1 buku keju chedar ( 250 gm) diparut

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian masukkan putih telur, pukul lagi setelah itu masukkan gula dn pukul hingga putih.

2. Masukkan ovallet, baking powder dan vanilla pukul lagi hingga kembang.

3. Setelah itu masukkan tepung, keju parut dan susu pukul lagi. Akhir sekali masukkan mentega cair dan putar hingga sebati.

4. Sediakan dua biji acuan yang telah dialas dengan kertas minyak dan sapukan dengan sedikit mentega.

5.  Adunan tadi dibahagi dua dan masukkan kedalam acuan yang telah disediakan.

6. Bakar adunan dalam suhu oven 180'C

7. Apabila sudah masak sejukkan kek sebentar. Setelah sudah sejuk sapukan kek dengan krim keju kemudian lapis dengan kek yang satu lagi. setelah itu sapu krim keju diatas kek dan tabur dengan lebihan keju parut.

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2004 05:45 PM | Show all posts
Kek Lapis Cokelat [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

10 biji telur ayam (5 biji dibuang putih telur)
16 oz mentega
1
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:46 PM | Show all posts
Kek Lapis Kuch Kuch Hota Hai [fatin]

10 biji telur ayam (gred A)
11/2 cawan gula halus
200 gram mentega kacang lady's Choice
1/2 tin kecil milo
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan madu
1/2 tin susu pekat manis
150 gram bijan (untuk ditaburkan)
1/2 botol horlick kecil
400 gram mentega
11/2 cawan tepung gandum 'blu horse'
11/2 cawan roti marie (dijadikan tepung)
pewarna hijau, kuning, coklat...(saya suka cap star brand tuh)

1. pukul mentega dengan gula hingga kembang.
masuk telur sebiji sebiji, sambil putar perlahan.

2. masukkan tepung gandum, roti..kacau perlahan..
bubuh madu, susu manis, susu cair dan gaul hingga rata..

3. bahagikan kepada 3 bahagian
bahagian A - dicampurkan dengan horlick dan buh warna hijau..
bahagian B - dicampurkan mentega kacang dan warna kuning.
bahagian C - dicampurkan milo dan warna coklat..

4. sediakan acuan 8x8, lapiskan ngan kertas minyak...
masukkan adunan bahagian A satu senduk, dibubuh satu barisan memanjang...
kemudian B dan C...dan seterusnya...taburkan bijan atasnya...
kukus sampai masak...ulang lapisan....hingga habis...dan masak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 05:48 PM | Show all posts
Kek Lapis Horlick [Baiburi Othman]

Bahan2nya:-

16 oz mentega
10 biji telur ayam
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus
1 botol horlick (200 g)
1 tin susu manis
1 tin kaya (medium size)
1 sudu teh vanilla

Cara2 membuatnya:-

1. Pukul mentega & gula.
Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang.

2. Masukkan horlick, susu, kaya & vanilla.
Gaul rata & finally tepung. Bila adunan dah sebati, bahagikan kpd 2 bahagian.
Satu bahagian dibubuh celup hijau,
satu bahagian lagi warna kuning
(tak guna celup pun tak kisah sebab adunan dah warna kuning).

3. Sediakan acuan yg basementnya dah diletak.
Lapis warna hijau dan kukus.
Make sure acuan ditutup dgn aluminium foil.
Bila masak baru lapiskan adunan warna kuning.
Buatlah hingga adunan habis & kukus selama 4 jam.

Tips utk kek tahan lama -
lepas dikukus, kek boleh dipanaskan dlm microwave or oven for 5 - 10 minutes.
Bila dah sejuk simpan dlm peti sejuk.

KEK LAPIS HORLICKS [yusnina]


Bahan A
300 gm butter
150 gm horlicks
300 gm kaya
194 gm susu pekat manis
180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder)

Bahan B
10 biji telur
100 gm gula castor

Bahan C
1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu
1/2 sudu teh pes coklat

Cara : Pukul butter sampai kembang.  Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung.  Adunkan adunan sehingga sebati.  Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang.  Jangan tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit.  Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim.  Pukul lebih kurang 15 minit.  Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan satukan.  Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna kuning, warna coklat, warna merah jambu.  Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan greaseproof paper.  Gunakan loyang yg agak tinggi.  Kukus setiap adunan mengikut susunan .  Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain.  Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan.

Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya.  Pastikan tepung gandum tepung yg baru.  Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum digunakan.  Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek.
SELAMAT MENCUBA.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 08:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:49 PM | Show all posts
Cheese Cake [chempaka_ku]

kalau filling tu mix with
1/4 cup lemon juice,
1 tbsp grated lemon rind (ambil kulit kuning saja, yang putih tu bitter....) &
3/4 cup sour cream and
2 tbsp cornflour and boleh substitute
1 of the philly cheeses with ricotta cheese jadi lemon cheesecake lah pulak.....


and for the base also boleh add grated lemon rind....
line the baking tin with aluminium foil,
bake at 180C for 50 mins or until just set....cool,
refrigerate until firm...
angkat the cake pakai foil tu saja...easy...



Cheese Cake 2 [chempaka_ku]

Ingredients:

Crust:
1 cup plain flour
1/4 cup finely chopped toasted pecans
1/4 cup sugar
1/3 cup butter
1 beaten egg yolk


Filling:
3  8 ounces packages cream cheese, softened
1 1/2 cups sugar
4 ounces semisweet chocolate, melted and cooled
2 tbsp plain flour (1 tbsp US = 15 ml)
1 teaspoon vanilla
4 eggs
1/4 cup milk

1  8 ounce sour cream

Cara buat crust:  
Campur flour, chopped pecans and sugar.  
Add butter till mixture is crumbly.  
Stir in egg yolk.
Press about 1/3 of the dough on the bottom of a 9 inch springform pan.
Remaining dough - cover & set aside.  
Bake bottom crust - 375F or around 190C about 7 mins or until golden.  
Cool kan.

Then grease the sides of the springform.  
Attach sides to bottom of pan (At times, this base may crack but usually still o.k).  
Press remaining dough 1 1/3 inch sekeliling pan.


Cara buat filling:  
Beat cream cheese, sugar, melted chocolate, flour and vanilla till smooth (medium speed).  
Add eggs all at once (At low speed - just combined saja).  
Stir in milk.

Then pour filling.  
Set the springform pan on a shallow baking pan.  
Bake - 350F (you guys figure out the Celcius equivalent....
reduce dari the first baking) for 45 mins or till center appears nearly set when shaken.  
Spread sour cream atop the cake and bake 5 mins more.

Remove springform from baking pan.  
Cool cheesecake in pan on a wire rack for 15 mins.  
Then loosen the crust from pan's sides - use a metal spatula, flat knife atau yang sesuai.  
Cool 30 mins more.  Remove sides of pan.  
Cool 1 hour, cover and chill at least 4 hours.  
Ready to eat.


Cheesecake Sedap [blur_cherry

memule skali, hancurkan biskut chocolate & compresskan die dlm loyang.
(campur ngan butter sikit utk bg die betul2 padat & melekat dlm loyang tu.)

2 cream cheese philladelphia
3 biji telur
3/4 cwn gula
cara:

Beat seme bende kat atas tu.
Lepas tu letak dlm loyang yang ade biskut tadi.
Pastu, bakar utk 30-40 mins.
Jgn sampai over baked.
Nanti tak cantik permukaan cheese cake tu.
okay, selamat mencuba...

Cheesecake SIMPLE [kitikat]


2 packages of philadelphia cream cheese
(sebenonye kalu dah beli cheese tuh, kat cover dia mmg dah ader resepi cheesecake).

pastu biarkan kat room temperature so thatlembut sket.

mix cream cheese and sugar and lam 2 biji telur. sugar tuh,
ikut rase la..
taruk sket vanilla essence.

before that, amik baking tin, prepare crust cheesecakenye:

biskut (prerefably graham crackers, tp kalau takmo pun takpe,
boleh gune digestives, or  bikut marie, or kek span. oreo pun boleh)
pastu biskut tuh hancurkan, campur dgn melted butter or
margarine (butter smells better) pastu,
ratakan adunan biskut tuh padat2 kat baking tin tuh.  ratakan sampai 1 inci to the sides of the tin.
pastu bakor kejap lam 5 minit biskut td, tak bakor pun takpe,
tp bakar kalu, lagi padat le dia.

then, tuang adunan cheese tadi ke dlm baking tin tadi.
bakor le sampai masak (nampak kekuningan sket, or lam sejam ok la tuh.
the best is to bakar in water bath,
tp tuh nanti kiter blajar kendian k...

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:50 PM | Show all posts
Frozen Cheese Cake [hanieliza]

Bahan:
250 gm cream cheese
75 gm gula kastor
100 gm fresh cream
100 gm agar-agar cair

Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya

Cara:
1.  Pukul cheese dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata.
3.  Tuangkan dalam bekas dan sejukkan.
4.  Jika suka bolihlah letakkan topping...saperti blueberry atau sbarang perasa lain.
5.  Potong dan hidangkan.

[ Last edited by NoorMasri at 19-8-2005 06:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:51 PM | Show all posts
Chocolate Carrot Cake [chempaka_ku]


Ingredients:
1 1/2 cups self-raising flour
1/4 cup cocoa powder
1 tsp ground cinnamon
1/4 tsp ground nutmeg
1/2 cup chopped pecans
1/2 cup sultanas
1/3 cup shredded coconut or dessicated kalau shredded tidak ada.
3 eggs
3/4 cup brown sugar
1/2 cup oil
125g milk melts/chocolated, melted
3 cups grated carrot

Icing:
250g cream cheese, at room temp
125g milk melts/chocolate, melted
2 cups icing sugar, sifted
extra pecans
extra milk melts/chocolate, melted

Cara:
1.  Sift flour, cocoa powder and spices into a large bowl.  
Stir in pecans, sultanas and coconut.

2.  Whisk eggs, sugar and oil together.  
Blend in melted chocolate until mixture is smooth.  
Fold into flour mixture with carrot.

3.  Pour into a greased and lined, 23cm x 32cm slab tin.  
Bake in 160C for 45 minutes or until cooked when tested.  
Cool in tin for 10 minutes.  
Turn out onto a wire rack to cool completely.

Cara buat icing:
Beat cream cheese until creamy.  
Blend in melted chocolate.  
Gradually mix in icing sugar until smooth.  
Spread over cold cake.  
Decorate with pecans, drizzled with extra melted chocolate.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:53 PM | Show all posts
Carrot Cheesecake [hanieliza]

Bahan-bahan: -
300 gm tepung kek
350 gm gula kastor
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:56 PM | Show all posts
Kek Batik [Duta Lover]


ada orang kalau buat kek nih
die guna milo
tp tak sedap....
lebih sedap kalau guna browning

senang saja
tak perlu guna oven
masak dlm kuali saja
mula mula patahkan biskut meri jadik 4 bahagian (bentuk 3 segi)

pastuh
amik 10 biji telur yg saiznya kecil  di blender dgn butter..
pastuh masukkan segelas gula pasir...
kisar ngan blender (guna blender aje tp cuci bersih dulu kang bau belacan pulak) kisar sampai hancur
pastuh masuk 2 sudu besar koko
2 sudu besar browning
! sudu esen vanila...
blender lagi....
nanti bau die sedap sangat sbb ada browing tuh

pastuh masuk dlm kuali....(api perlahan tau)
masukkan biskut...
dah masak.....masukkan dlm bekas cantik....

Kek Batik [fatin]

5 biji telur ayam
12 auns (1 tin kecil) mentega
2 cawan gula
2 cawan air
1 tin kecil milo
2 bungkus roti marie (dipatah 4 atau tiga)
1/2 tin susu manis
1 cawan tepung
browning sugar (gula hitam) sedikit saja- lam 2 sudu
kacang tanah setengah kati..(ditumbuk halus / di blender je)

cara :
1. telur dipukul hingga kembang.
2. Mentega dan gula dipukul berasingan hingga kembang.
Kemudian masukkan telur ke dalam adunan mentega.
3. Masukkan susu ke dalam adunan tadi,
lepas tu, masukkan milo, browning sugar dan air.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan adunan ke dalam kuali dan masak hingga ianya sebati dan pekat.
6. Kemudian, masukkan kacang tanah dan roti marie, gaul hingga sebati.
7. Angkat, masukkan ke acuan yang siap dilapis kertas minyak, tekan tekan dan ratakan,
barulah disejukkan. Kemudian,
boleh simpan dalam peti sejuk agar ia cepat keras dan boleh dipotong....

Kek Batik  [cranko21]

200gm mentega
1 tin susu manis (tin kecil)
200gm milo
300gm biskut Marie (patah-patahkan)
50gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit. Kisar kasar. Boleh ganti ngan kacang almond or badam gak)

Cara:
Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti.

Setelah mentega bercampur dengan susu masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati dan masukkan kacang. Tutup api dapur dan masukkan biskut marie.

Gaul secepatnya hingga rata semua biskut bersalut coklat sebelum coklat mengeras. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam sebelum dipotong mengikut suka.

Kek Batik Jawa Maklang [MAKLANG]

Bahan2:
450 gm biskut marrie (patah 2 atau 3)
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
2 ct serbuk Nescaffe
1 buku (250 gm) mentega
1 tin kecil susu pekat
4 biji telur
3 cawan air mendidih
1 ct esen vanilla

*Boleh tambah bahan lain jika suka i.e: kacang, raisins, berry etc.

Cara:
Panaskan air dalam kuali hingga mendidih, padamkan api dapur.
Masukkan susu, koko, milo & Nescaffe.  Hidupkan api perlahan, sambil kacau.  Setelah sebati, padamkan api.
Kacau telur dalam bekas lain, 1 persatu.   Setelah bahan di kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur, mentega, & hidupkan api perlahan.  Kacau hingga sebati.
Setelah betul-betul pekat, masukkan Biskut Marrie yang sudah dipatah 2 atau 3.  Kacau rata & tutup api.
Alaskan acuan dengan plastik/kertas minyak/aluminium foil & tuangkan adunan sambil menekannya hingga padat.
Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.


Kek batik jawa (resepi sempoi jer) [MAKLANG]

400 g biskut Marie
4 telur
1 1/2 cwn gula
1 butter
3/4 koko
1/2 cwn air

Cara

Pecahkan telur dan tambahkan gula.Kacau hingga kembang.Masukkan butter dan kacau lagi.Masukkan pula koko dan tambah air, kacau lagi.Letas atas dapur dan kacau selalu.Last sekali, masukkan biskut dan biar sampai kembang dan kacau sebati.

kek batik [rooz9900]

Bahan2

1 tin susu cap
telur 1 biji
1 cwn milo
1 cwn koko van houtan
1 paket biskut mary
1 buku butter
1 cwn air

Cara2 membuat:
Mula2 patah2kan biskut marey.Jgn dihancurkan sebab nanti tak nampak bentuk batik.masak susu,butter, milo,dan koko dan air keatas api yg perlahan.selepas bhan2 tadi sudah cair dan masak,masukkan telur.kacau sehingga pekat.bila sudah pekat terus tuang keatas biskut tadi dan gaulkan dgn biskut sehingga mesra,dan letak di dlm bekas.selepas itu,tekapkan/tekan dgn tangan  disarung plastik@sudip.sesudah siap simpan kedlm peti sejuk.Sudah sejuk baru boleh dipotong mengikut saiz masing2.

Cubalah,saya n family suka makan kek ni,simple dan sedap.Selamat mencuba:

[ Last edited by NoorMasri at 21-8-2005 03:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 05:59 PM | Show all posts
Kek Buah Kukus [hanieliza]

Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan


Kek Kukus Lapis Buah [hanieliza]

Bahan;
1 mangkuk telur...asingkan kuning dan putih
3/4 mangkuk gula
1 mangkuk tepung gandum ]
1 s/teh baking powder ] diayak
1 mangkuk buah campur
1 mangkuk butter
1 s/teh esen vanilla
6 s/b susu pekat
pewarna hijau dan kuning

Cara:
1. Pukulkan putih telur sehingga kembang dan ringan.
2. Dalam mangkuk yg lain masukkan gula & kuning telur dan pukul sehingga kembang.
3. Pukul butter sehingga gebu dan ringan dan campurkan esen vanilla dan susu.
4. Tuangkan kedalam mangkuk gula dan kuning telur.
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan putih telur dan kacau rata lagi.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan.
8. Kukuskan sebahagian sehingga masak.
9. Taburkan buah campur dan tuangkan sebahagian lagi adunan.
10. Buat sehingga adunan habis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 06:00 PM | Show all posts
Kek Kukus Masam Manis [hanieliza]

bahan:
8 biji telur
1 cawan butter
2 cawan biskut cream cracker ..dimesin halus
3/4 tin susu pekat
1 s/t esen vanilla
asam flake

Cara:
1.Pukul putih telur sehingga kembang dan ringan.
2. Pukul butter dan susu sehingga kembang dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Masukkan putih telur dan gaul rata.
5. Tuangkan 1 cawan adunan dan kukus sehingga masak.
6. Lapiskan asam flake dan tuangkan lagi adunan.
7. Kukuskan lagi.
8. Ulangkan adunan begini sehingga habis.



Chocolate Cake [ninoZ]

14 oz caster sugar
4 egg
6 oz butter
8 oz flour                |
4 oc cocoa powder         | sifted
1 tsp baking powder       | together
1 tsp bicarbonate soda    |
1 tsp vanilla essence
100ml milk
2 tbsp condensed milk


Beat butter and caster sugar till creamy,
add eggs gradually while beating it continously.
add flour mixture alternately with milk..
add condense milk n vanilla essence
pour in lined n greased mould..
bake till cooked

for topping

1 bar cooking chocolate
a packet of chocolate chips
almond slivers-toasted

melt cooking using a double boiler..
when slightly cool..add choc chips
immediately pour on top of the cake..
decorate with the almond slivers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2004 06:01 PM | Show all posts
Lemon Cheesecake [sinbad^boy]

( ini yg bakar punyer with base...
bukann yg jenis simpan peti ais terus.. medium size )

base:
10 keping biskut kering ...apa2 jenis
( kalau boleh jgn larr letak biskut yg ada cream...
tak senonoh rasanya nanti kalau dapat biskut mary pun o.k gak )
1/4 cawan kacang tanah ( blender alus -optional )
1/4 cawan gajus ( blender alus -optional )berterabur dlm acuan pembakar...
kire biler kiter kepal tuh...boleh melekat... )
gula 1 sudu makan ( kalau suka manis )
butter cair...( enuff utk mengepal dier punyer base)...

Cara...
campur sumer bahan kat atas...
bakar 5-6 mins...jgn sampai angus lak...
pas dah bakar...letak tepi utk disejukkan

bahan cake:
2 buku philadelphia cheese...
1 kotak whipping cream ( beli kotak yg kecik atau pun sedang).
2 bijik telur
1 atau 2  cawan self raise flour
kalau tak der tepung gandum pun bleh...but kuality tak best sgt arrr )
2 cawan gula icing
1 biji perahan jus lemon n dier punyer zest sekali
( zest tuh kire macam kulit limau yg kiter kikis arrr )

cara membuatnyer....

chesse tuh sebaik2 nyer potong 4 atau pun kecik2 sebab
nak mudah n cepatkan mixer gaul ngan gula n kembang.
gula icing n phily cheese ...masuk dlm mixer...n gaul sampai kembang....
biler dah cheese tuh kembang,
masukkan whipping cream satu kotak sehingga adunan cream cheese tuh nampak smooth...
then masukkan pulak tepung letak dulu 1 cawan...
kalau nampak adunan tuh very smoothe...cukup kalau nampak cair sgt....
tambah sikit....
jgn terlalu hard nanti kek keras n merekah masukkan 2 biji telur gaul lagi....
last sekali masukkan air perahan lemon gaul lagi adunan tuh sampai sumernyer dah sebati...

letakkan adunan cake tuh ke dlm base yg kiter dah bakar tadi....
n bake dlm oven pada suhu 180 degree sampai masak...
kirenyer dlm 20-30 minit.....
lepas dah masak....
jgn terus bukak kek..sebab nanti merekah n tak cantik...
biar dulu dlm oven tuh abt 15 mins....
bukak pintu oven tuh sikit n biar lagi dlm 10 mins sampai sumer haba dlm oven tuh abis...
baru lar bawak luar kek nih....
then boleh simpan dlm peti ais

biler kek dah sejuk boleh letak apa2 toping...
blue berry topping atau apa2 yg korang sker....buah ker....
VOILA! kek dah siap....n sedia di makan...

kalau tak nak letak apa2 pun ok jugak but muak sikit arrr...
kalau ada topping tuh best....ummm topping tuh bleh beli kat kedai kek...

beza antra cheese cake bakar n tak bakar  is kalau bakar...
dier tak moist sgt...
cake tuh just nice utk dimakan n tak lembik kalau jenis yg tak bakar...
pun nice jugak...tak lembik sgt...
macam korang makan kat secret recipe tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 06:02 PM | Show all posts
KEK COKLAT TANPA TELUR [cutie-Rie]

BAHAN2

Bahan A:
200 gm @ 1
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 06:02 PM | Show all posts
CHOCOLATE CAKE MOIST [Paja]

Bahan 1:
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak
5 keping chocolate masakan  

Bahan 2:
3/4 cawan butter
1 1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur  
3 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan susu kotak

Cara:
1) Masak guna api perlahan Bahan 1 sampai sederhana pekat.
Biarkan sejuk, masukkan esen vanilla.
2) Bancuh soda bikarbonat dengan 4 sudu besar air sejuk.
3) Pukul butter dan gula hingga kembang.
4) Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan.
5) Masukkan bancuhan soda bikarbonat. Kacau sebati.
6) Masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis. pukul perlahan.
7) Masukkan Bahan 1. Mix it well.
8) Masukkan adunan kek dalam pan. Bakar 40 minit, 350 degree.


Chocolate frost cream:
2 keping choc masakan
4 sudu besar butter
1 telur

1) Masak air dalam periuk besar.

2) Pukul telur sedikit. Masukkan choc masakan dan telur tadi
dalam periuk atau mangkuk kecil.
seeloknya mangkuk tu mangkuk stainless steel, mudah nak cair chocolate.

3) letak mangkuk kecil kedalam mangkuk besar,
kacau semua bahan hingga cair dan sebati.
kena kacau selalu, takut bergentel.

4) bila dah elok sebati, masukkan butter dan kacau perlahan.

5) bila dah likat, tuang dan ratakan atas kek yang dah sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2004 06:03 PM | Show all posts
Kek Coklet [cendawan_butang]

Bahan-bahan :

- tepung gandum naik sendiri / atau tepung gandum  biasa   - 2 cawan
- 1  buku butter ( biasa saya guna buttercup)
- serbuk cokolet (saya guna jenama van houten )     - 1 cawan
- telor ayam 5/6 biji (kalu besar 5, kalu kecik, 6 biji)
- gula pasir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089326 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list