CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KEK

   Close [Copy link]
Post time 8-10-2007 02:48 PM | Show all posts
CHOCOLATE BUTTER CAKE [maklang]
Source : mamazieza (RN)



6 oz butter= 3/4 cup
12
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 03:29 PM | Show all posts
KEK COKLAT TANPA BUTTER [flowerjun]
Source : Fendi (resepi.com)



Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Ini resipi asal dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 04:08 PM | Show all posts
CHOCOLATE MOIST CAKE [fizureena]



BAHAN-BAHANNYA
250gm     butter
300gm     castor sugar
1tbsp       ovellate
6biji         telur

250gm     tepung                ]
2tsp         baking powder     ] ayak
1絫sp      soda bicarbonate ]

PASTE
1 cawan coco powder
1
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 08:57 AM | Show all posts
Kek Lapis Mutiara & Coklat [zaiima]
Source : Buku Kek Lapis Sarawak oleh Jamie Wong



Bahan-bahan
400gm mentega
200g gula halus
10 biji telur
100g horlick
180g kaya
30g serbuk koko
150g tepung
1 sudu the serbuk penaik
1 sudu the coklat emulco
450g biskut jejari

Cara.

1.      Tepung, koko & serbuk penaik diayak. Panaskan kukusan
2.      Pukul mentega & gula sehingga kembang
3.      Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul hingga sebati
4.      Masukkan horlick, kaya & coklat emulco
5.      Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati
6.      Masukkan 5 sudu besar adunan ke dalam loyang segiempat 8
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 09:01 AM | Show all posts
Kek Lapis Cheese Coklat [zaiima]
Source : somebody's blog

Bahan A

12 biji kuning telur
6 biji putih telur
360 gram gula halus
300 gram tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet

Bahan B

Untuk Cheese

250 gram cheese
4 sudu makan susu pekat
1 sudu teh lemon paste

Untuk Coklat.

250 gram butter
4 sudu makan susu pekat
150 gram cooking coklat - cairkan
1 sudu makan coklat paste.

Cara Buat

Pukul Bahan A sampai kembang. Bahagikan 2 bahagian dengan berat yang sama. Cheese dipukul sehingga berkrim, begitu juga dengan butter + coklat cair tadi. Then masukkan dalam adunan yang telah dibahagikan tu.

Sediakan loyang 9"x9"x1.5" dua unit. Bakarkan adunan kek ini berlapis-lapis - coklat, cheese, coklat, cheese sampai habis..Dah siap. sejukkan masukkan dalam peti sejuk, biar semalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 09:19 AM | Show all posts
Kek Lapis Buah Delima [Kero_kero]



A) Bahan-bahan (utk isi buah prune)

4 oz butter
4 biji telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2007 10:00 AM | Show all posts
KEK LAPIS BATIK SUTERA [rozzan]
Source : Lee Lin

Bahan-Bahan:
450g mentega
250g gula halus
10 biji telur
170g seri kaya
397g susu pekat manis
100g Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)

Cara :
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
i) 2 bahagian dibiar plain (utk lapisan bawah dan atas)
ii) 1 bahagian lagi dibahagi 3 -utk 3 warna, merah, cokelat dan oren.

Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 10" x 7". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang.

Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan (4 lapisan semuanya) . Setelah itu bakar 3 lapis adunan berwarna merah, 3 lapis warna cokelat dan 3 lapis warna oren. Akhir sekali, bakar lapisan atas kek dgn adunan plain (4 lapisan).

Actually, saya membuat sedikit perubahan dari resipi asal iaitu saya tidak memasukkan adunan yg berwarna ke dalam botol utk di picitkan berselang-seli di atas lapisan yg plain. (ni kes malas lerr!) . Sesaper yg rajin tu bolehlah buat seperti begini:

Lapisan 1-4 (plain colour)
Lapisan 5- 13, picitkan warna merah/coklat/oren berselang-seli
Lapisan 14-17 (plain colour)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:06 AM | Show all posts
Kek Lapis Cheese [shidaaziz]
Source
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2007 10:27 AM | Show all posts
Kek Lapis Cadbury [juliajie80]



16 oz mentega        
10 biji telur
150 gm gula
100 gm tepung biskut marie
1 peket santan serbuk (50 gm)
100 gm susu manis
180 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis.
3. Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
4. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak.
5. Ulang hingga habis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:43 AM | Show all posts
Kek Lapis Mangga [zaiima]
sumber : http://rozzan.blogspot.com/2006/12/kek-lapis-mangga.html



Bahan-Bahan :
12 biji kuning telur
6 biji putih telur
230 gm mentega
180 gm gula halus
120 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen mangga
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan puree mangga
sedikit pewarna kuning

Cara:
Mentega, esen mangga dan susu pekat dipukul hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur dgn baking powder
hingga pekat sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi
hingga pekat.

Campurkan adunan mentega, puree mangga, pewarna kuning dan adunan telur lalu dikacau rata. Akhir
sekali, masukkan tepung Hong Kong dan kacau rata sekali lagi. Bakar selapis-selapis dgn api grill
(suhu 200
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 10:55 AM | Show all posts
KEK BATIK KENYALANG [zaiima]
Sumber : Majalah Saji, April 2003



Bahan-bahan
500gm mentega golden churn
200gm gula halus
390gm susu pekat
150gm horlick
200gm jem buah-buahan
300gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah

Cara menyediakan

1.  Pukul mentega dan gula sehingga putih (selama 3 minit).
2.  Dalam bekas lain, pkul telur sehingga kembang
3.  Campurkan adunan mentega dan telur, pukul sebati atau selama 2 minit
4.  Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit
5.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian iaitu 2 cawan kuning. Selebihnya
     dibahagi 2 dan diwarnakan hijau dan merah.
6.  Tuang 1 cawan adunan kuning ke dalam acuan 9
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:01 AM | Show all posts
Kek Lapis Disarpi [fistik]

10 biji telur ayam
1
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:12 AM | Show all posts
Kek Lapis Durian [zaiima]
Source : http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=848320&page=0



bahan A

400g mentega
300gm gula halus
500g puree durian (dari isi dikisar tanpa air)
4 sudu makan susu manis
sedikit paste durian

Bahan B

180g tepung naik sendiri
24 biji kuning telur
8 biji putih telur


Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.

Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang. Dengan menggunakan
spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur  kedalam
bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.

Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis. Pada lapisan  terakhir,
gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180deg.C selama 10minit atau sehingga
masak.

Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.

[ Last edited by  nhuda at 25-10-2007 11:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:29 AM | Show all posts
KEK LAPIS ASAM MANIS [fistik]

20 bungkus haw flakes
300gm serbuk biskut MARRIE ( ikut suka jenis roti )
200gm gula halus
10 biji telur ayam diasingkan putih dan kuningnya
400gm butter
1 tin susu pekat
Serbuk koko

Cara Membuatnya :
Putih telur dipukul bersama gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.
Dalam bekas yang berlainan, pukul mentega bersama susu pekat hingga kembang.
Masukkan adunan telur dan serbuk roti kedalam mentega tadi. Kacau hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu di biarkan dan satu lagi dimasukkan
serbuk koko atau perwarna.
Loyang dipanaskan dan masukkan satu senduk adunan koko dan kukus hingga masak.
Susun asam manis di atas lapisan tadi dan masukkan adunan kedua.
Masak hingga habis semua adunan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:36 AM | Show all posts
KEK LAPIS PURNAMA [fairiza]



Bahan

A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gram gula halus
150 tepung hong kong
1 sudu makan ovelette

B
450 gram mentega (saya pakai 1 tin golden chan kaler silver + 50gram mentega )
1/2 tin susu pekat manis (saiz biasa)

C
1 tin kecil seri kaya
100 gram Nestum (saya blend bagi halus)
pewarna hijau, kuning,coklat dan oren
perasa pandan, pisang, kopi, oren

Cara Menyediakan-ikut buku Rabiah Amit


1. Pukul bahan A hingga ringan & kembang.
2. Pukul bahan B hingga putih dan kembang.
3. Satukan adunan A & B, gaul sebati.
4. Masukkan seri kaya dan Nestum. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian:

a) 1 bahagian warnakan hijau & masukkan perasa pandan
b) 1 bahagian warnakan kuning dan perasa pisang
c) 1 bahagian masukkan coklat dan masukkan perasa kopi
d) 1 bahagian warnakan oren dan perasa oren


5. Sediakan acuan 8 1/2" X 8 1/2" X 4". Tuang selapis nipis bahagian warna hijau. Bakar dengan api grill di dlm ketuhar bersuhu 250 darjah celcius selama 3 minit.
6. Ulangi langkah 5 hingga adunan habis.
7. Ulang proses sebagaimana dalam langkah 5 dan 6 dengan warna kuning, oren dan coklat sehingga adunan habis.
8. Akhir sekali, bakar di dlm ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 5 minit.
9. keluarkan dan biarkan kek sejuk di dlm acuan.



Cara saya, saya masukkan telur, gula dan 1 sudu makan ovelette dan sedikit mentega.... sy blend sampai semua tu nampak sebati n halus, pastuh keluar kan separuh.... masukkan baki mentega n susu pekat n seri kaya...blend lagi..... lepas tu masukkan semua tu dlm mangkuk.... masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau dengan sampai sebati, lepas tu baru masukkan nestum pulak, kacau sampai sebati.
Lepas tu... adunan tu saya bahagikan pakai senduk nasik. Saya dapat 1 bahagian dlm 4 senduk.
Lepas tu saya amik loyang yg dah disapu planta dan dilapik kertas minyak. Kemudian saya tuang sesenduk adunan (tak kisah la nak mula kaler apa...tapi kat buku ni dia stat ngan kaler hijau) n ratakan dengan sudu je (tak payah susah2 nak bagi dia nampak rata sangat sbb nanti dia cair n rata dgn sendirinya dln oven). kemidian saya pakai suhu dlm 200 darjah celcius (sbb saya pakai oven 18 liter je) dan bakar lebih kurang 5 minit (tengok dr luar kalo nampak cam kembung sikit2 n ada perang sikit permukaan dia tu kira dah masak la tuh). Kemudian amik penekan leper (kat kedai pembekal kek ada bende ni) tekan permukaan kek (kalo yg kembong cucuk bg kempis n jgn tekan kuat sgt...ala kadar je) n tuang lapisan seterusnya n buat macam tadi ulang sampai habis adunan... (kalo ikut resepi n saiz loyang.... boleh dapat satu kaler 4 lapis)... kalo dah masak.... biar sejuk paling cepat 30 minit baru boleh kuarkan dr loyang. Tamattttt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 11:48 AM | Show all posts
KEK LAPIS AISKRIM PRUNE [chempaka_ku]
Source : Hidangan Hari Raya dari Singapura, Aini Salim

Bahan:

22 biji kuning telur (chemp gunakan 21 biji saja sebab kehabisan telur kuning)
5 biji putih telur
150g tepung halus
230g gula kastor
500g mentega
50g tepung aiskrim vanilla
300g prune (gunting halus)
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan penstabil (ovalette dan sebagainya)
1 sudu teh esen pisang
Pewarna hijau dan merah

Cara:

1.  Satukan mentega, susu dan esen pisang, pukul hingga putih.  Ketepikan.

2.  Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain, pukul hingga putih dan pekat.  Masukkan tepung halus dan tepung aiskrim, gaul rata.  Masukkan adunan mentega tadi, gaul rata.

3.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian.  1 bahagian warnakan hijau.  1 bahagian lagi warna merah dan bubuh prune.

4.  Sediakan loyang  10 x 7 x 3 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega.  Bubuh 2 senduk adunan hijau, ratakan di dalam loyang dan bakar dengan api grill selama 2-3 minit.  Bubuh lagi 2 senduk adunan hijau, ratakan dan bakar selama 2-3 minit.

5.  Ulangi proses melapis dengan adunan merah, seperti di langkah 4, berselang-seli setiap 2 lapisan.

6.  Pada lapisan penghabisan, apabila telah kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar.  Bakar kek pada suhu 180 degree Celcius selama 5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 09:22 AM | Show all posts
KEK PROTON SAGA [sayajemot]



bahan
350 butter
5 butir telur
120 gm tepung gandum
60 gm susu tepung
260 gm kaya
1 sudu kecil vanilla essence

bahan utk kulit:
350 gm butter
5 butir telur
200 gm tepung roti
250 gm kaya
1/2 botol horlick coklat
1.2 tin susu manis
1 tin jem buahan campuran

cara:
1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul hingga sebati.
3. masukkan kaya, susu tepung, tepung gandum serta esen vanilla.
4. pukul rata kemudian bahagi dan warnakan kepada 2 bhgn. setiap bhgn dikukus setebal 1 cm.
5. apabila sudah masak, potong kek setebal 1 cm.

6. untuk menyediakan bhgn kulit kek, pukul butter dan gula hingga kembang.
7. kemudian masukkan telur satu persatu. pukul sampai sebati.
8. Masukkan kaya, tepung roti dan horlick coklat.
9. sediakan loyang segiempat. seperti biasa, oleskan dgn shortening dan lapikkan dgn kertas surih.
10. sendukkan adunan ( 2 sudu besar) dan bakar.
11. kemudian susunkan kek lapis yg sudah masak dan dipotong setebal 1 cm.
12. susunlah ikut citarasa anda. dan diatasnya dituangkan lagi 2 sudu adunan kulit dan bakar.
13. ulang hingga enam lapisan.

pesan SAJI: sewaktu mengukus kek lapi, anda hendaklah menggunakan loyang segi empat yg sama besar utk membakar kek kali kedua.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:39 AM | Show all posts
KEK LAPIS SARAWAK [hanieliza]



Bahan A [Dipukul kembang dan ringan]
250 gm susu pekat
250 gm butter

Bahan B
6 biji telurSEJUK gred A [kalau gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula hanlus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

Cara
1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebus /ringan..
2. Masukkan bahan A, ovallate  dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:44 AM | Show all posts
KEK LAPIS BEREMPAH [nhafizaj]



400 gm mentega
275 gm gula halus
300 gm tepung gandum
15 biji telur
3 camca besar rempah kuih
2 camca besar susu pekat
1 camca kecil serbuk penaik

1. Putar gula dan telur hingga kembang dan naik. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan susu hingga cair. Kemudian campurkan adunan ini ke dalam adunan telur dan kacau perlahan-lahan.
3. Ayak tepung, serbuk penaik dan rempah kuih, kemudian masukkan sedikit-sedikit hingga rata dan sebati.
4. Alas loyang empat persegi dengan kertas minyak yang telah disapu dengan sedikit mentega.
5. Tuang anggaran sesenduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakarlah hingga kuning selama 10-15 minit.
6. Kemudian lapiskan anggaran sesenduk lagi dan bakar hingga masak. Buat begini hingga selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 10:50 AM | Show all posts
KEK LAPIS BUMI [seri06]

Bahan2nya:

10 biji telur ayam
1 tin mentega 16 oz
1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.394709 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list