CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KEK

   Close [Copy link]
Post time 8-3-2006 10:39 PM | Show all posts


KEK OREN MAMA ZIEZA[DianaA]

Sumber: Mama Zieza

Bahan-bahannya
300 gram butter
300 gram gula
5 biji telur (guna 4 biji putih dan 5 biji kuning telur)
320 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick (optional)
1 sudu teh orange paste
setitik warna oren atau pun kuning telur

Cara-caranya
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang.  
2.  Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang dengan kelajuan tinggi.  
3.  Masukkan jus oren, orange paste dan juga pewarna kuning/ oren.  Gaul rata.
4.  Masukkan tepung dan kaup dan balikkan pusing satu arah dengan spatula sehingga sebati.  
5.  Lenser loyang dengan mentega dan salutkan dengan tepung.  
6.  Tuang adunan tepung kedalam loyang.  
8.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.  Gunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2006 10:41 PM | Show all posts




CAKE KUKUS ORANGE [DianaA]
Sumber: Halimah Anang

Bahan-bahannya
10 biji telor
12 ozs mentega
10 ozs gula halus
9 ozs tepong gandum
5 ozs susu cair (atau boleh digantikan dengan 1 tin Nestle cream)
1 biji limau sunkist (kulitnya diparut, jusnya diambil 1 sudu teh)
1 sudu tea esen orange
1 sudu tea baking powder
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:13 PM | Show all posts
Fruit Flan [shidaaziz]


Foto sumbangan zul_khaleeda


Foto sumbangan attyra

VANILLA SPONGE

Bahan-bahan:

120gm gula castor
120gm tepung gandum
4 biji telur Grade B
10gm super sponge or ovalette
20gm air
20gm minyak jagung or butter dicairkan
1 st esen vanilla

Cara-cara:

1. Satukan gula, tepung, telur, ovalette & air.
2. Putar guna kelajuan kelajuan tinggi hingga kental anggaran 5 minit.
3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung. Kacau rata.
4. Gunakan acuan bersaiz 7 1/2". Bakar dengan suhu 170C.

Chocolate Sponge
Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan tambah 2 sudu besar serbuk koko. Kalau nak lebih gelap, masukkan chocolate emulco.

Tips:
1. Selepas bakar, terus keluarkan kek daripada acuan dan sejukkan.


custard cream (instant custard)
100gm instant custard
200gm air masak atau jus oren
5 sudu whipping cream yang telah dipukul

caranya:

kacau sebati hingga licin

vanilla cream/custard cream
A
375gm fresh milk
50gm sugar
1 ts vanilla

B
125gm fresh milk
25gm sugar
40gm corn flour
3 nos egg yolk

C
40gm whip cream

caranya:
1. didihkan A dengan api sederhana
2. Satukan kesemua bahan B dan kcau rata. Tuangkan ke dalam A dan kacau hingga mendidih. sejukkan
3. akhir sekali masukkan C ke dalam adunan & kacau sebati.


Buat kek seelok-eloknya sehari sebelum nak hias.

1. kek dibelah 2.
2. sapukan custard cream di atas kek. ratakan.
3. letak hirisan peach atau sebarang buah (laici or longan or mangga or kiwi dsb)
4. tangkup dengan 1 lagi kek
5. tutup seluruh kek dengan cream sutard
6. di atasnya boleh hias dengan buah-buahan segar.

kalo tak mo taruk custard cream, boleh guna non-dairy cream or fresh cream yang dah dipukul.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:35 PM | Show all posts

BLUEBERRY CHEESE CAKE [k azah]


250 gm cream cheese
140 gm gula caster
70 gm butter
5 kuning telur
5 putih telur
100 ml susu segar
1 tsp esen vanilla
50 gm tepung gandum/superfine }
30 gm tepung jagung}  diayak
1 tsp cream of tartar
250 gm blueberry filling

CARA
1.  Pukul cheese, butter dan 100 gm gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan vanilla dan gaul rata.

2.  Masukkan tepung gandum,tepung  jagung  dan sebahagian blueberry dan gaul rata.

3.  Dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur sampai jadi gebu dan masukkan cream of tartar dan 40 gm gula dan putar lagi hingga sebati.

4.  Tuangkan putih telur telur dalam adunan tadi.

5.  Sapukan butter pada acuan 7 atau 7.5 inci.

6.  Tuangkan separuh adunan sahaja dan piping kan lebihan blueberry tadi atas aduan yang didalam acuan. Tuangkan baki adunan kedalam acuan.

7.  Bakar secara steam bake pada suhu 160 C selama 1 jam atau 1 jam 10 minit

** Untuk gathering tu kak azah ada extra cream cheese, so kak azah letak 400 gm cream cheese.

Topping boleh lah ikut kesukaan masing2 tapi kalau heavy sgt nanti jadi cepat muak.

SELAMAT MENCUBA

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 27-7-2006 05:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:38 PM | Show all posts
MINI SWISSROLL[1mas2ra]



250gm sponge mix
50ml water
4 Grade B eggs
50ml butter

1. Resepi ni sama dgn any sponge mix recipe, ikut je kat packet tu, cth atas ni sponge mix Chang Thung. Kalau nak buat sponge cake sendiri pun boleh, yang ni utk warga2 yg suka shortcut aka las las...
2. Guna resepi sponge mix ikut mana2 kedai utk 250g, then instead of buh dalam tin buh dalam tray 14" x 14", so that sponge cake tu nipis.
3. Utk color2 pulak, once dah beat sponge mixtu, bahagikan dalam mangkuk pada seberapa banyak color yang nak, then scoop 2 sudu atas tray, biar color tu merata2, then scoop color lain pulak sampai habis, kalau boleh jangan bagi same color dekat sangat, dah habis , bakarlah macam biasa dalam 180C/12-15 minit depending on oven.
4. PENTING: TRAY LETAK KERTAS MINYAK DAN GRISKAN.  once masak, straight away kuarkan dari tray dan bubuh atas rack. ada 2 choice sama ada nak swiss roll biasa atau mini, if nak mini, potong 2 kek tu jadi 14" x 7".
5. ambik kertas minyak lagi dan terbalikkan, biar bahagian bawah tadi (warna lebih terang) disebelah bawah  kertas pasal belah bawah ni akan jadi bahagian luar swissroll.
6. bab menggulung ni leceh tapi once dah biasa no hal punya (bertahun punya practice to get it right). now sapulah cream or jem atau apa2 saje as filling, haritu ada balance buttercream so guna je, jangan banyak sangat nanti terkeluar isi perut.
7. now dengan ada kertas minyak bawah kek (make sure saiz kertas minyak extra2 dari kek), start dari hujung and roll, sekali roll, tekan2 skit kat dalam, roll lagi, repeat sampai habis.
8. buat sama pada kek satu lagi. transfer dalam cling wrap, wrap ketat2 dan simpan dalam fridge sampai nak guna.



yang belang2 tu pulak, emmmm macamni ceritanya, masa buat ni buat 2 satu vanilla dan satu chocolate. mula2 beat vanilla, the n buat chocolate, then ambik 1 mangkuk dari chocolate nak buh kat vanilla, dan ambil 1 bowl dari vanilla utk chocolate (tukar suka sama suka)
jadi utk yang belang2 tu, guna vanilla tadi, buh piping bag, potong bawah dan pipe serong atas kertas minyak yang dah digris.
tepikan kejap dalam 10 minit, pastu ambik yang chocolate sponge tadi dan tuang slowly atas belang2 dan bakar. Harap2 fahamlah coz I pun pening tak tahu nak cerita
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:47 PM | Show all posts


COFFEE OIL CAKE [hanis00]


9 biji telur               
200 gm  gula caster
1 sudu besar Q75 @ ovalette                   
1 sudu besar coffee oil
1 sudu vanilla
80gm tepung jagung
220gn   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2006 07:50 PM | Show all posts
Kek Durian [ashra]

185 gram tepung naik sendiri
185 gram buttercup
155 gram gula halus
4 biji telur (asingkan kuning dan putih)
Isi Durian

Cara membuatnya

1) Putar gula dan buttercup hingga kembang.
2) Masukkan kuning telur dan pukul perlahan.
3) Setelah itu, masukkan putih telur dan tepung sedikit demi sedikit.
4) Masukkan isi durian. (Untuk kelihatan sebati, mesin isi durian bersama majerin).
5) Bakar selama 20-30 minit dengar suhu 180C
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 05:56 AM | Show all posts
Kek Tapai [sitipayung]

1 mangkuk tapai ubi (buang urat dan lecek halus)
1 mangkuk telor
1 mangkuk tpg gandum
1 mangkuk gula halus
3/4 mangkuk mentega
1 tsp vanila
3 sd susu pekat
1/2 tsp  b.powder


Putar butter dan gula sampai gebu. Masukan vanila dan telor sedikit-sedikit...Masukan susu pekat..Putar lagi.....Masukan tapai sedikit-sedikit sambil dikacau dengan senduk kayu........AKhir sekali masukan tepung dan kacau adunan sampai sebati..Tuang dalam acuan yg telah digriskan. dan bakar sampai masak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2006 06:24 AM | Show all posts
CHOCOLATE CHIPS & ALMOND CAKE [MAKLANG]
sumber : Jo's Deli & Bakery

INGREDIENTS:

    175g butter/margarine
    160g caster sugar
    3 large eggs
    225g all-purpose flour, sifted
    2 tsp baking powder. sifted with all-purpose flour
    40g ground almonds
    2 tbsp milk
    100g chocolate chips, coated with flour
    25g flaked almonds, coated with flour

   
METHOD:

Preheat oven at 180 deg C. Prepare a greased 8 inch cake tin.
Cream together the butter/margarine and sugar until light and fluffy.
Add the eggs one at a time, beating well between each addition.
Fold in the flour, baking powder, ground almond and milk into cake batter.
Finally, fold in chocolate chips and flaked almonds.
Bake in the preheated oven for 50-55 minutes until golden brown and springy to touch.
Leave to cool in the tin for about 5 minutes before turning the cake onto a wire rack to finish cooling.



close-up
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2006 06:53 AM | Show all posts


Kek Prune Kukus Leen [DianaA]

Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Saiz adunan
3 adunan 7 x 4 atau 1 adunan 9 x 9 berketinggian 2"


Tips
1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.
2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.
3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.
4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil)
5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.


Cadangan Hiasan
1. Susun sahaja buah prune tu keliling atas kek tersebut.
2. Kalau hendakkan lebih cantik boleh diletak topping cream cheese dan hias dengan walnut @ parutkan choc oren/choc color.
3. Dapatkan bunga icing (yang buat guna fondant/sugar paste) dari kedai bahan kek
dan letakkan di atas kek tu.


Permasalahan

Soalan : Kenapa buah prune yang saya susun di atas kek (untuk hiasan) apabila masak dia tenggelam?
Jawapan : Brand sunsweet memang tiada masalah. Kalau brand ligo prunenya memang watery sket dan berat. That is one of the reason prune tu tenggelam. Satu lagi bila blend prune tersebut make sure air tu setakat cukup untuk putarkan mesin tu sahaja. Kalau banyak air pun boleh menyebabkan kandungan air dalam kek tu bertambah dan menyebabkan kek tu lebih lembap.Boleh juga cuba membelah dua buah prune tersebut supaya ia lebih ringan. Apabila meletakkan prune di atas adunan jangan ditekan dan insyallah ia tidak akan tenggelam.

Soalan : Apasal apabila saya mengukus kek tersebut cuma kelilingnya aje yg bersarang, tengah-tengah tak bersarang langsung.
Jawapan : Pastikan aliran udara di dalam periuk kukus dapat mengalir dengan sekata. Sekiranya loyang menutupi sebahagian besar lubang-lubang periuk kukusan, dapatkan kaki atau tungku (besi bulat dalam 5 inci lebar yang digunakan untuk meletak kuali panas) dan letakkan adunan di atas kaki tersebut supaya udara boleh mengalir dengan sekata.

Soalan : Hari sabtu buat kek prun you.... tapi mengapa dia tersenyum?
Jawapan : Selalunya apabila kita overbeat adunan tersebut selepas masukkan tepung dia jadi tersengih camtu. Cukup sekadar gaul rata tepung tu dan masukkan ke dalam acuan. Selalunya untuk kek kalau masukkan tepung lebih baik jangan pukul laju menggunakan mixer pukul perlahan sahaja asalkan dia sebati.  Sebaik-baik gunakan spatula atau senduk kayu dan gaul menggunakan tangan jadi kita boleh agak sebati adunan tepung tu.  Kalau dipukul menggunakan mixer dia akan menyengih dan satu mungkin bila bakar besar kemungkinan kek akan bantat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 01:27 AM | Show all posts

Blueberry Cake [1mas2ra]


250gm butter
350gm caster sugar
6 telur
2tsp vanilla esen
1 tub sour cream/yoghurt (tub leper)

460gm tepung                  )ayak
2 1/2 tsp baking powder    )

1 tin blueberry (guna Comstock)

Topping
60gm butter lembut
80gm brown sugar
10gm cinnamon powder

1. Pukul butter dgn gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan esen vanilla dan sour cream.
3. Gaul  dgn senduk tepung hingga bercampur.
4. Masukkan dalam bekas 9
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 10:07 AM | Show all posts


ZEBRA CAKE [DianA]
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2.  Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
3.  Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4.  Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.  
5.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.  
6.  Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat.  Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis.  Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7.  Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8.  Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1.  Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2.  Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3.  Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh.  Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4.  Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5.  Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 03:15 PM | Show all posts
CHECKERBOARD CAKE [penyulawa]
Tools:- Checkerboard Cake Pan Set
Source : Internet

Ingredients:
1 cup (2 sticks) butter or margarine, softened
2 2/3 cups granulated sugar
3 eggs
2 teaspoons vanilla extract
4 cups all-purpose flour (cake flour)
1 tablespoon baking powder
1 teaspoon salt
2 cups milk
4 squares (4 oz.) semi-sweet chocolate, melted
Chocolate Buttercream (yang ni option, boleh buat toppings sendirik)

Preheat oven to 350C. Spray pans with vegetable pan spray.

In large bowl, cream butter and sugar with electric mixer until light and fluffy. Add eggs, one at a time, and vanilla; mix well. Combine flour, baking powder and salt. Add to butter mixture alternately with milk; mix well after each addition. Continue beating 1 minute. Divide batter in half. Stir melted chocolate into half the batter; mix well.

Place Batter Dividing Ring into one prepared pan. Follow instructions in pan set for filling sections shown below (for convenient filling, place batter in disposable decorating bag) and remove ring. Follow filling instructions for 2nd and 3rd pan.

Bake 30-35 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean. Cool in pan 10 minutes. Remove from pan and cool completely.

Assemble cake. Position layer with chocolate cake on outside onto serving plate; spread top with chocolate icing. Position layer with yellow cake on outside on top of 1st layer; spread top with chocolate icing. Position final layer; ice entire cake with chocolate icing.

Note: Other colored batters may be substituted for vanilla and chocolate.

Pan set instructions for filling sections:
1. Place Batter Dividing Ring in the first prepared 9 x 11/2 in. pan. Pour darker colored batter in outer and center sections and lighter colored batter in the middle section. Fill sections halfway.
2. Remove ring from pan by carefully lifting straight up on handles. Rinse and completely dry ring.
3. Place ring in 2nd prepared pan and repeat steps 1 and 2. These will be the top and bottom layers of your checkerboard cake.
4. Place clean and dry ring in 3rd prepared pan. Pour lighter colored batter in outer and center sections and darker colored batter in the middle section. Fill sections halfway. This will be the middle layer of your checkerboard cake.
5. Remove ring from pan as before. Bake and cool cakes following recipe directions. Remove and stack cakes.
DO NOT PUT DIVIDING RING IN OVEN.

[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 03:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 02:11 PM | Show all posts
APPLE CAKE [muneerah]

Bahan2 -
1 or 2 biji apple hijau/ granny smith - hiris nipis nipis
175 gm butter
175 gram castor sugar
175 gram tepung - can be self raising flour or tepung gandum jer
3 biji telur
1 or 2 teaspoon cinnamon powder
1 or 2 teaspoon fresh milk

Cara

cream the butter and sugar macam biasa - then dah creamy add the telur 1 by 1. dah sebati then masukkan tepung, cinnamon powder and the fresh milk. dah.
masukkan separuh of the mixture dalam baking tin. then susun hirisan apple tadi...then cover with the remaining cake mixture.
then bakar macam cake biasa - 180 degrees for about 50 - 60 minutes!
makan cam tu boley..ngan custard sauce boley...ngan vanilla ice cream pun yummy gak!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 11:27 AM | Show all posts


CHOCOLATE MINT CAKE WITH FUDGE TOPPING [maklang]
sumber : halimah anang (RN)

Bahan-bahannya

200 gram tepung naik sendiri
230 gram mentega/ majerin
220 gram gula kastor
230 gram telur(maklang guna 3 biji telur)
3 gram esen vanilla (1st jer..)
30 gram serbuk koko
50 gram susu segar(maklang guna susu tepung nespray + air suam skit....guna apa yg ada kat umah.)
Beberapa titik pewarna hijau
Beberapa titik esen peppermint(maklang letak 2st)

Untuk Honey Chocolate Fudge:

150 gram coklat masakan
90 gram fresh cream
30 gram mentega
15 gram madu (2 sudu besar)

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 180?C.
2. Alaskan kertas kuih pada loyang pembakar.
3. Pukul tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega/majerin sehingga menjadi pes yang sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini dan esen vanilla ke dalam adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia sebati dan kembang.
5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala bahagian lagi satu campurkan dengan pewarna hijau dan esen peppermint.
6. Tuang adunan berselang seli kedalam loyang berukuran 8.
7. Bakar selama 45 - 50 minit.

Cara untuk Honey Chocolate Fudge Topping
- Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil. Pukul bahan-bahan selama 5 ? 10 minit sehingga fudge menjadi sebati. Fudge yang masih setengah panas boleh anda sapukan diatas dan tepi kek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 08:59 AM | Show all posts
KEK KUKUS EPAL [zaiima]

bahan-bahan :
250gm mentega
200ml santan
1 biji telur
250gm tepung berserbuk penaik
1 biji epal (dikupas kulit & dipotong dadu)
sedikit esen pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit krim putar untuk hiasan

cara :

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.masukkan santan
   dan telur berselang seli dgn tepung

2. Masukkan epal, esen pandan & pewarna. kaup balikkan

3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilenser.

4. Kukus selama 1 jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2007 09:02 AM | Show all posts
KEK KUKUS BERINTI PEDAS [hanieliza]

Bahan Inti
2 cawan isi ayam [cincang]
4 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging
2 s/b minyak
daun kari
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan mask sehingga kentang lembut.
5. Biarkan sehingga agak pekat.

Bahan Kek
5 biji telur
180 gm gula halus
2 s/b susu cair
1 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b ovallate
230 gm tepung gandum

Cara
1. Masukkan smua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon whisk sehingga gebu.
2. Bahagikan aduna kepada 2 bahagian.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan kedalam acuan yg telah dilapikkan kertas minyak.
5. Lapiskan dengan separuh inti ayam dan kukus selama 15 minit.
6. Keluarkan dari kukusan dan tuangkan lagi separuh adunan kek dalam acauan tadi dan habiskan juga inti ayam tadi.
7. Kukuskan  adunan lagi 15 minit.
8. Sejukkan baru dipotongkan dan dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:11 AM | Show all posts
KEK MARBLE KUKUS [mrs_livingstone]

BAHAN
1 1/4 cawan tepung gandum
3 atau 4 sudu serbuk koko
2 titik esen vanilla
1 cawan gula
4 biji telur

CARA
1.panaskan pengukus
2.telur dan gula dipukul hingga kembang
3.masukkan esen vanilla
4.1/3 dr adunan diasingkan dan dimasukkan serbuk koko yg telah diayak bersama1/4 cawan tepung
5.2/3 bahagian adunan lagi dimasukkan dgn secawan tepung
6.masukkan adunan putih dalam non stick loyang semudian diikuti dgn adunan yg mengandungi serbuk koko
7.kukus 15-20 minit
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:18 AM | Show all posts
KEK LABU KUKUS

Versi 1 [mie07]

Bahan
250gm mentega
200gm gula castor
4 biji telur
225gm tepung kek
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar horlick
4 sudu besar jus oren
225gm buah labu kuning
Sedikit pewarna kuning

Cara
Kukus dan lesek buah labu. ketepikan
Ambil kuning telur dan dipukul bersama 1/3 gula hingga kembang
Pukul mentega dan gula selebihnya hingga kembang .  campurkan kuning telur tadi
dan dikacau rata
Masukkan tepung kek, susu tepung, horlick,labu & warna kuning.  kacau rata.
masukkan kesemua putih telur dan kacau rata guna 'whisk' supaya benar-benar rata.
Panaskan ketuhar 160 C.  Kukus selama 1 jam. kemudian bakar selama 10 minit.

Versi 2 [maisya]

Bahan
1 cawan butter/marjerin
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan labu , diparut   
sedikit kurma, dicincang( boleh guna prune or kismis )
2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1 sudu besar tepung kastad

Cara.
1. Panaskan kukusan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan susu pekat, kacau rata.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
6. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan tepung kastad.
7. Masukkan labu, dan kurma.
8. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
9. Kukuskan dengan api sederhana selama lebih kurang 1 1/2 jam

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 09:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 02:10 PM | Show all posts
KEK PEANUT BUTTER [pjan]

bahan-bahan:-
200 gm mentega
200 gm gula perang
1 biji telur ayam
350 gm tepung gandum
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
250 ml susu segar [aku pakai susu cair je..1/2 tin]
1 sdt esen vanilla
3 sdb serbuk koko
coklat utk hiasan

Bahan2 :- Mentega Kacang [kalau tak de ni, pakai jem ok]
220 gm mentega
130 gm krim keju
250 gm gula ising
125 gm mentega kacang
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu segar

Cara-cara:-
1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang dan masukkan telur, kemudian masukkan tepung gandum, susu segar dan serbuk penaik, pukul hingga rata.
2. Sediakan 2 acuan yg sama besar. Kalau tak ada, guna saja yang satu tu, tapi masak 2 kali, tak lama dalam 20 minit sahaja. Satu adunan campurkan ngan serbuk koko tuh, satu lagi tak payah.
3. Bakar atau kukus sampai masak.


Cara buat KRIM:
1. Pukul mentega dgn krim keju hingga kembang dan kemudian masukkan mentega kacang,gula ising, susu segar dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
2. Sapukan di atas bahagian coklat/putih. Tindih dengan satu lagi tuh. Pastu sapu rata atas dan keliling kek, hiaskan ngan coklat cair sikit-sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.262393 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list