CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59765|Reply: 402

Apa yang chuols tidak tahu tentang pelakon kayu Fattah Amin

   Close [Copy link]
Post time 14-8-2014 01:27 AM | Show all posts |Read mode
Fattah Amin Dikritik Berlakon Macam 'Kayu'
Fattah Amin berjanji untuk berusaha memperbaiki mutu lakonannya. Gambar ihsan: Pinography Official


KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Fattah Amin tidak pernah berkecil hati dengan kritikan umum yang mengatakan lakonan-lakonannya masih lagi kaku.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuknya terus mengasah bakat menjadi pelakon yang lebih baik.

"Saya sedar dengan kritikan orang ramai mengatakan lakonan saya macam 'kayu'.

"Tetapi jujurnya saya tidak pernah berkecil hati kerana saya masih baru dalam industri lakonan dan apa yang dikritik adalah satu teguran agar lakonan saya bertambah baik," katanya yang mula popular menerusi drama
Playboy Itu Suami Aku.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Rabu.



[size=0.75em]Imej kacak Fattah Amin. Foto: Pinography Official



Baru-baru ini Fattah menerima kritikan di laman-laman sosial  yang mengatakan dia tidak layak menjadi pelakon kerana lakonannya kaku selepas kemunculannya menerusi  drama Playboy Itu Suami Aku di TV3 yang mengakhiri siarannya pada Disember tahun lalu mendapat perhatian ramai.

Fattah juga pernah terlibat menerusi drama Cinta Dari Marikh (RTM) dan Kerana Sarah (TV3).

Sementara itu tambah Fattah, selepas mendapat kritikan itu, dia mula mempelajari pelbagai teknik-teknik lakonan menerusi pelbagai filem yang ditonton selain mendapat khidmat nasihat daripada pelakon-pelakon senior dan pengarah.

Mengenai telenovela Cinta Ibadah, Fattah bergandingan dengan pelakon baharu iaitu Aishah Ilias sebagai pasangan suami-isteri.

Katanya, sepanjang dua tahun bergelar pelakon, telenovela ini antara yang mencabar lakonannya kerana ia mengambil tempoh penggambaran yang lama.

"Bayangkan, Cinta Ibadah akan ditayang sebanyak 130 episod dan ia akan dipanjangkan lagi sehingga 300 episod jika mendapat respons yang baik.

"Ini juga peluang untuk saya membuktikan kepada penonton bahawa lakonan saya tidaklah kaku seperti dahulu.

"Mungkin belum pada tahap yang bagus, sekurang-kurangnya saya dapat memperbaiki lakonan saya sedikit demi sedikit," ujarnya.

[size=0.75em]Antara mereka yang terlibat dalam telenovela Cinta Ibadah.


Selain Fattah dan Aishah, pelakon Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Shahronizam dan Ziema Zin turut membintangi telenovela tersebut.

Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Siti (Aishah) dan Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yanh dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz.

Cinta Ibadah arahan Ayie Mustafa dan Sridar Jetty bakal disiarkan bermula 8 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang menerusi saluran Astro Prima (105).
Last edited by maxim on 7-9-2014 02:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 01:29 AM | Show all posts
lagi tasty kalau tak ada misai

muntahlah tengok lelaki bermisai berjanggut
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:30 AM | Show all posts
puting puting puting

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
wah aku peminat dia.. maxim tak patut lahar dia kayu.. sobsobsob
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:32 AM | Show all posts
confius.... muka macam muka bekas laki arbaiyah jer....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa dia. Tak kenal. Moga maju jaya. Pilah belajaq kalau kaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 01:32 AM | Show all posts
Plywood Itu Suami Aku!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker posted on 14-8-2014 01:32 AM
Plywood Itu Suami Aku!!!

terasa pulak aku. kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 01:38 AM | Show all posts
malaywood.NET posted on 14-8-2014 01:34 AM
terasa pulak aku. kahkahkah


Sepupu hang ekk??



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
carly_lah posted on 14-8-2014 01:32 AM
confius.... muka macam muka bekas laki arbaiyah jer....

jauh beza owkey.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker posted on 14-8-2014 01:38 AM
Sepupu hang ekk??

not.. youols tulis wood tu.kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:43 AM | Show all posts
malaywood.NET posted on 14-8-2014 01:40 AM
jauh beza owkey.

tgk 2 3 x macam sama je....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ni msti kolam renang mangga ni :lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nangis baca drama 130 epi? Kalau dpt respon baik dipanjangkan sampai 300 epi?

Omg, drama apakah ini? 60 epi bkatc/KC pon dh rasa muntah nk layan..


Dh la hero playboy itu patah kayu!..jgn nt baru 3 epi tyg siaran ditarikbalik sbb astro x tahan dicerca..


@shiraloveyou mohon tgk epi 1 bekas kekasih hati uols ni..kalau best roger iols, kalau x best pon roger bleh kutuk berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:45 AM | Show all posts
dah alang-alang tu kan, bila nak shirtless

Fadlan Hazim hensem sudah shirtless, bagaimana pula dengan anda?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsrezza posted on 14-8-2014 01:44 AM
Nangis baca drama 130 epi? Kalau dpt respon baik dipanjangkan sampai 300 epi?

Omg, drama apakah i ...

iols yakin lakonan dia tak sekayu dulu. iols harap 300 episod dilaksanakan jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 01:48 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 14-8-2014 01:44 AM
Nangis baca drama 130 epi? Kalau dpt respon baik dipanjangkan sampai 300 epi?

Omg, drama apakah i ...

kalau Bawang Merah Bawang Putih tu aman-aman adja konsepnya 108 episod, Jewel In The Palace 54 episod

paling lama pun drama dekat Mulaysia nim, Mahligai Gading, 312 episod.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 14-8-2014 01:45 AM
dah alang-alang tu kan, bila nak shirtless

Fadlan Hazim hensem sudah shirtless, bagaimana pula de ...

tengok ig dia dah shirtless lah kaka..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 01:53 AM | Show all posts
malaywood.NET posted on 14-8-2014 01:50 AM
tengok ig dia dah shirtless lah kaka..

okay, akak dah check insta dia, penuh dengan misai, tak jadi nak follow, akan follow bila dah tak ada misai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 01:56 AM | Show all posts
x paham knapa ada yg nak benci laki ade misai, without a reason..






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.303849 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list