CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128032|Reply: 107

[Kompilasi] DAGING

   Close [Copy link]
Post time 13-3-2004 03:36 AM | Show all posts |Read mode
Rendang kicap [ninoZ]

senang je nak buat..takyah tumis punn..

ketumbar,jintan manis, jintan putih n lada putih diblend serba sket la..lada putih jgn byk sgt..
pastu blendkan bwg merah/besar, bwg putih n halia... pastu perap sekali both bahan dgn hati/limpa/daging..
a few hours bleh..overnite pun bleh..

pastu masuk terus dlm kuali..taruk la cili blend sket [jgn pedas sgt nanti tak sedap]
pastu taruk kicap manis n kicap masin [best combinantion kipas udang manis dgn kicap cair maggi]
masak la sampai empuk..nak taruk lada hitam sket pun bleh..


ayam masak KICAP [eligible_girl]

bahan-bahannya:

1 ekor ayam (digaul dengan garam dan kunyit)
1 ulas bawang besar (dikisar halus)
2 sudu cili merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2004 03:37 AM | Show all posts
Ayam/Daging Masak kicap daun kari [ninoZ]

ayam digaul dgn kunyit n garam sket..pastu goreng separuh masak..kalau guna daging, rebus dulu bagi empuk pastu hiris agak nipis

mula mula tumis daun kari..byk pun tak pe..lagi sodap
pastu masuk garlic, shallot n halia yg dimayang halus..agak agakaje la kuantitinya, bwg merah tu kalau byk sket pun tak pe
[kalau nak buat 2 bahagian pun bleh..half hiris..half blend..tumis yg hiris dulu pastu masuk yg blended]

agak agak dah naik bau..masukkan cili giling sket..masak sampai garing..taruk kicap manis n kicap masin
[combination kicap kipas udang manis dgn kicap cair maggi ]
pastu leh taruk ayam  atau daging
agak agak dah masak..taruk bwg beso yg dipotong bulat..
tambah garam gula secukup rasa

masa tumis daun kari tu..asing sket..bila nak hidang..tabur je daun kari yg
garing  atas lauk tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 12:15 AM | Show all posts
Ayam Masak Sambal [meoww]

Cara
1. memula perap ayam tu dgn kunyit&garam...
2. pastu buat sambal..sambal tu selalu meoww guna cili api campur cili masak/cili merah bawang merah kemudian blender..
3. ayam tadi digoreng garing..
4. cili diblender ditumis hingga wangi..dah garing letak perasa
5. kemudian tuang atas ayam goreng tadi...
6. gaul sebati pastu makan dgn nasi panas..




Singgang Daging[ninoZ]

daging btg pinang - hiris agak nipis
bwg putih sket - hiris
ketumbar biji - sangrai pastu tumbuk kasar
lengkuas bior byk sket - hiris
kunyit hidup - hiris
asam keping
garam
air

rebus n renih semua bahan  dalam periuk.. sampai daging empuk
siapp..

makan dgn budu pastu taruk durian sket dlm budu tu..perghhh cedappp
:D

info tambahan..
tadi sembang2 dgn my jiran..dia org kelate
dia cakap..bwg putih taruk byk2 baru sedap..bwg merah taruk sket je
lengkuas taruk byk2..kunyit tu takyah taruk..ketumbar tu just pecah2kan atau taruk je bulat2 camtu..asam keping taruk towards the end..kalau tak daging nanti lambat empuk..serai nak taruk bleh..tak taruk pun bleh



Ayam Masak Ungkep[anak_minang]

1 ekor ayam (ptg sederhana kecik)
sedikit minyak masak
bwg putih (2 ulas)
bwg merah kecil (4 biji)
halia (1"
kunyit hidup @ kunyit serbuk (1" @ 1/2 tsp)
ketumbar (secubit)
jintan manis (secubit)
1 biji kelapa parut (santan pekat dlm secawan, santan ke2 dlm 1/2 cwn)
2 btg serai (tumbuk cam msk tomyam)
garam & gula secukup rase

1. Mula2, blendkan semue bhn2 tu kecuali ayam & kelapa.
2. Panaskan kuali ngan minyak (jgn byk sgt sb nanti ayam ngan santan dah berminyak),
3. mskkan bhn2 blend tadi & serai sampe naik bau. pastu ayam yg dah diptg tu..gaul kasik rata,
4. dlm 2 minit masukkan santan sedikit2, garam & gula secukup rase.
5.  kacau sebati tapi perlahan.
6. Kecikkan api & tutup kuali ngan tutup kukus ke, tutup periuk ke.
7. biarkan wap tu meresap dlm ayam, sambil tu tgk2 gak le jgn sampai terkering.
8. agak2 ayam tu nampak cam dah lembut & lembap tu, bolehlah diangkat dan hidangkan utk dimakan.

*sesapa yg nak kasik pedas, hiris nipis cili api & tumis skali ngan bhn2 blend.
*ayam tu penting jgn ptg besar, nanti lmbt msk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 12:49 AM | Show all posts
Pegedil Daging [Lady_Anne]

Bahan-bahan
400 gm daging segar cincang (bhg topside)
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar dipotong kecil
600 gm ubi kentang
3 biji telur ayam
1 sudu the lada sula (putih)
1 tangkai daun sup dan daun bawang
6 keping roti masin ditumbuk halus



Danging dibersihkan
Kupas ubi kentang dan hiris nipis,kemudian direndam kedlm air
Bawang merah dimayang dan daun sup dan daun bawang dicincang halus
Panaskan minyak,goreng kentang hingga kekuningan
Kemudian toskan minyaknya
Kemudian gilingkan kentang bersama bawang merah
Setelah itu,gaulkan daging,daun sup,daun bawang,tepung roti,garam,serbuk perasa,bawang dan lada sulah kedalamnya.
Telur dipukul hingga kembang. Bulatkan kecil
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 12:57 AM | Show all posts
Daging Bakar [acong]

Bahan:
600 g daging Rod lembut :

Bahan perap:
100 ml santan kelapa yang diambil daripada satu setengah biji kelapa
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar gula perang
1 camca kecil garam

Cara memasak:
1. Kacau daging dalam bahan yang diperap menggunakan garpu. Biarkan ia perap selama 20 minit.
2. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada kepanasan 170癈 sehingga masak.
3. Hidangkan bersama pencecah air asam.


Daging goreng Cili Padi [cheksu]

Bahan2 :

Daging - 1/2kg
Cili padi - 10 ulas
Bawang besar -  3 biji
Halia - 1/2 inci
Sos Tiram - 2 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula sedikit(jika suka)
Cili merah potong menyerong
Limau kasturi 2 biji (jusnya)

Cara2 :

1. Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar;
2. Daging di potong nipis dan rebus. Setelah itu angkat;
3. Tumis bahan (1) di atas hingga garing;
4. Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.
5. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi;
6. Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 01:09 AM | Show all posts
Daging Goreng Kuning [kismis]

tapi mak kismis (merangkap kismis) selalu buat cam ni:
1. blend bawang putih, bawang merah dan halia (semua dalam kuantiti sedikit)
2. pas tu tumis, taruk serbuk kunyit, ikut kekuningan yang kita nak..
3. taruk air, garam. Biar kering betul-betul, tinggal minyak je,
4. masukkan bawang besar yg dimayang..


Daging Goreng Kuning [ninoZ]

kalau me.. goreng daging tu 2 kali
1. gaul daging dgn kunyit.. perap jap bior mesra
2. goreng terendam dlm minyak yg agak byk n api yg kuat..
3. then toskan minyak tu kuarkan.. tinggal sesudu dua je
4. then panaskan..saute bwg kuning yg dipotong gegelang, hirisan cili merah or cili padi  agak2 layu..
5. masuk balik daging tadi.. nak tambah garam ke..lada hitam ke bleh gak.. 6. kacau kejap je then angkat n siap utk dihidangkan..

NOTA: me salu tambah hirisan daun kunyit.. bior aromatic sket


Daging Kerutub [hanieliza]

1 kilo daging [potong dadu/kecil]
2 s/b rempah kari        ]  dibancuh
2 s/b rempah kurma    ]
500 ml santan
2 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara..
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan daging. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan dan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan dagingnya empuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2004 01:22 AM | Show all posts
DAGING KICAP LADA HITAM[Paja]

Daging (hiris panjang, nipis)
Kicap (kicap kipas udang pun ok)
lada hitam (2 sudu - tumbuk halus)
cuka (1 sudu teh)
garam (secukup rasa)
bawang putih (3 ulas)
bawang besar (sebuku)

1..perap daging, kicap, lada hitam, cuka, garam. lagi lama lagi sedap.
2. tumis bawang putih yang dicincang halus sampai kuning.
3. masukkan daging yang dah diperap.
4. goreng sampai masak, kering.
5. kalau nak berkuah, bubuh air sikit.
6.  masuk bawang besar yang dah dihiris bulat.


Daging Masak Cendawan[amdude]

Bahan-bahan
+ Daging (agak-agak ikut sedap hati korang la)
+ Perencah ayam cendawan Maggi
+ Cendawan tiram (ikut sedap
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 01:23 AM | Show all posts
Daging Masak Kandar [rodriguez]

bahan

1. 1 kg rebusan daging lembu(jangan rebus lama lama nanti tak sedap)
2. 2 batang serai
3. beberapa biji bawang besar
4. lada merah secukup rasa
5. 150 ml minyak sayuran
6. kulit kayumanis
7. 20 helai daun kari
8. 3 sudu kecil asam jawa(takde ganti ngan jus lemon)
9. garam dan gula secukup rasa

1..potong daging tadi kepada bentuk kiub yang kecil.lotakkan ajo sobolah.
2. rendam lada tadi (dalam 10 ke 15 minit),,
3.  kendian dengan airnya sekali, blend sampai smooth.
4. potong batang serai tadi agak agak dalam 15 cm gitu, mulakan dari bontot serai tu dulu barulah ke hujung.kecaikan sikit hujung serai(yang berbentuk mentol tu).
5.  potong bawang besar(buang kulit dulu)
.6. bubuh separuh bawang yang dipotong tu ke dalam kuali besar yang berisi minyak panas dengan api yang sederhana.kacau sehinggakekuningan.
7. kecilkan api jikalau perlu untuk mengelakkannya jadi hangit.
8. angkat ngan senduk yang ada lubang(kasi minyak turun laa) dan bubuh atas kertas.
9. bubuh chilli paste dari blender tdi ke dalam kuali...kacau untuk beberapa minit.
10. masukkan sebahagian lagi bawang tadi ke dalam kuali.goreng dalam 5 minit sehingga lembut.
11. masukkan plak kicap secukup rasa..kacau lagi dalam setengah minit
12. masukkan daging rebusan tadi,kulit kayu manis,daun kari,asam jawa,gula,batang serai yang dipotong tadi dan lebih kurang 900 ml air.
13..kacau sehingga menggelegak.kendian rendahkan api dan biarkan
sehingga daging dah masak dan empuk.(dalam sejam).
14. alihkan penutup, bubuh lak garam dan rasa..kendian kuatkan api untuk 10 minit kasi dia pekat.
15. bawang yang digoreng masa memula tadi(atas kertas) masukkan  ke dalam kuali..
16. dan sekali lagi turunkan api ke tahap medium..
17. kacau untuk 2 minit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2004 01:26 AM | Show all posts
Daging Masak Merah[ninoz]

daging batang pinang - hiris nipis
sedikit tomato puree
serai- dititik
daun limau purut
dikisar halus2:
cili kering - seeded, rendam n toskan
cili merah
bwg merah
bwg putih
sedikit halia

garam gula secukup rasa
kacang pis
minyak utk menumis

panaskan minyak n tumiskan bahan kisar hingga naik bau, tambah kan tomato puree [skett aje] pastu masukkan daging,serai n daun limau purut
tambah sedikit air jika perlu pastu renih hingga daging empuk
perisakan garam gula secukup rasa
masukkan kacang pis..kacau seketika then bleh dihidangkan

Variasi:
masak merah ni..kalau nak ketuk lengkuas sket pastu masukkan sekali pun bleh gak

versi masak merah bersantan juga dikenali sebagai masak ros [kurang pedas dari masa merah]
utk bahan kisar tu bleh omit cili kering..cuma gunakan cili hidup, bwg merah, garlic n halia
serai bior byk2 sket..agak2 daging dekat nak empuk tu.. just masukkan sedikit santan pekat..then renih sampai masak


Daging Masak Merah Southern Thai Style[Amelie_Poulain]


Bahan2:

daging - preferably daging rimau menangis... seketul besar -
bawang putih - tumbuk kasar
kicap pekat manis
nampla
bawang besar - ptong bulat
cili merah - hiris
cili hijau - hiris
minyak masak

Methods:

Daging dikukus or rebus sampai 3/4 masak (kalau suka, letakkan sedikit pewarna merah). Biarkan sejuk. Hiriskan daging nipis2, pastikan every piece ada sedikit lemak (I know... I know.. tinggi cholestrol... tapi sedappp...!) Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan daging, kicap, nampla & bawang besar - pastikan anda guna api yg besar... the whole trick is to cook fast & hot! Kacau sampai bawang besar nampak light brown kat tepi... masukkan cili potong. Hidang diatas daun salad di dalam pinggan. Hidangan ni berminyak skit... sebab minyak dari daging tu akan cair. So masa dish-out tu... gunakan slotted spoon.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 01:30 AM | Show all posts
Daging Merah Ala thai[ninoz]

lidah lembu - rebus, selinapkan kulit pastu hiris nipis n warnakan merah[ganti dgn daging btg pinang pun bleh]
bawang putih - finely chopped
halia - hiris halus
sedikit cili merah - tumbuk halus [ganti dgn cili blend pun bleh gak]
bawang besar - dipotong gegelang [preferably bwg yg kuning]
daun limau purut
campuran sos tomato, sos cili n sos tiram
gula
sos ikan/garam
minyak

tumis bwg putih, cili n halia sampai naik bau then masukkan campuran sos2..perisakan dgn sos ikan n gula secukup rasa [ni  kena pandai2 la balancekan rasa masam manis]..tambah air skett je jika perlu n masukkan daun limau purut..bior kejap then masukkan daging n bwg beso..kacau sebentar bior mesra n pekat
pastu siap utk dihidangkan



Daging singgang[awankelabu]

1/4 kilo daging
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
sedikit ketumbar( di tumbuk sedikit )
garam secukup rasa
asam keping

Cara membuatnya

Daging di potong kecil.
Bawang dan lengkuas di mayang halus.
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan yang di mayang tadi.
Masukkan asam, ketumbar dan garam.
Tunggu sampai daging lembut.
Angkat.


Filet Ayam Gorang Ala Tempura [Baiduri Othman]

Paling senang goreng isi ayam ala tempura. Sediakan bawang besar, kentang & isi ayam. Celup dlm bancuhan tempura & goreng sampai garing. Lepas tu boleh cecah dgn kicap yg dicampur dgn hirisan halia. Mudah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 01:37 AM | Show all posts
Gulai Daging Jantung Pisang [ninoZ]

buat gulai cam biasa,
paling sedap daging/tulang or ayam la
tapi taruk kerisik sket bagi pekat..
daging/tulang/ayam bior empuk
pastu taruk je jantung pisang yg telah di potong n direndam air panas+ garam terlebih dahulu [ bior byk sket jantung tu..sedap wooo]
masak bior jantung tu lembut..
then bleh dihidangkan
makan dgn nasik panas sedap wooo

DAGING GULAI KAWAH [hanieliza]   

Bahan-bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga  
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan



Hati Ayam msk Lada Hitam [ninoZ]

hati ayam - marinate dgn sos tiram, kicap manis kipas udang n kicap cair maggi
bwg beso - potong gegelang
halia muda - hiris nipis
garlic - chopped
spring onion - finely sliced
lada hitam - tumbuk kasar
limau nipis
sedikit minyak bijan
minyak masak

panaskan minyak, tambah minyak bijan sket, saute garlic dgn halia  n spring onion till aromatic,
tambah lada hitam..kacau seketika
masukkan hati ayam serta seasoning nyer..kacau rata [ api bior kuat sket]
masukkan bwg beso..kacau lagi hingga hati tu masak..
tambah air sket jika perlu
season garam gula secukup rasa..perah limau nipis sket..
siapppp!


Itik Peking Panggang [ Remy_3D]

Serve 4 to 6

Ingredients:
One 2 to 3 kilos duck
8 cups water
1 slice ginger
1 scallion, cut into halves
3 tablespoons honey
1 tablespoon white vinegar
1 tablespoon sherry
1 1/2 tablespoons cornstarch, dissolved in 3 tablespoons water
Scallions for garnish

Directions:
Clean duck. Wipe dry and tie string around neck.
Hang duck in cool, windy place 4 hours.
Fill large wok with water. Bring to boil. Add ginger, scallion, honey, vinegar, and sherry. Bring to boil. Pour in dissolved cornstarch. Stir constantly.
Place duck in large strainer above larger bowl. Scoop boiling mixture all over duck for about 10 minutes.
Hang duck again in cool, windy place for 6 hours until thoroughly dry.
Place duck breast side up on a greased rack in oven preheated to 350 degrees. Set a pan filled with 2 inches of water in bottom of oven. (This is for drippings). Roast 30 minutes.
Turn duck and roast 30 minutes more.
Turn breast side up again. Roast 10 minutes more.
Use sharp knife to cut off crispy skin. Serve meat and skin immediately on a prewarmed dish.
The duck is eaten hot with hoisin sauce rolled in Mandarin Crepes. Garnish with scallion flowerets.

[ Last edited by  maisya at 15-9-2008 03:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 01:41 AM | Show all posts
Jammin' Chilli [zegna]

Bahan瞡ya:

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 01:49 AM | Show all posts
Kerabu Daging [kEk_KeL@d|]

daging direbus
daun bawang
bawang
tomato
cili
asam limau

1. semua bahan kat atas tu kecuali asam limau hiris kecil2.
2. gaulkan, perah asam limau. kalau boleh banyak sket.
3. pastu taruk garam atau sebrg bahan perase lain.(ajinomoto ke, gula ke apa ke) tomato kalau boleh banyak2 sket.
4. daging tu ada yg kata jgn rebus sampai empuk tp saya selalu wat rebus sampai empuk lah kan. kalau tak, keras camna nak makan.


Kurma Ayam/Daging [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ 1 kg daging (dibersihkan & dipotong kecil)
60 mg marjerin
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:02 AM | Show all posts
Masak Ayam Kampung Lengkuas Muda [pinatbate]

Memula rebus ayam dengan lengkuas yang dah di potong nipis sampai empuk.
Taklah lama sangat..setengah jam  lebih kurang..
pastu masukkan cili api,bawang merah dan bawang putih,asam keping,garam ,gula dan santan pekat..


Kurma Ayam [ninoZ].


salu taruk tairu[susu+limau je kalau rasa maleh nak beli yogurt] n  susu/santan[sket je santan nih]..
pastu blend  campuran badam n gajus or buah keras sket..bagi lemak
kadang2 tambahkan extra jintan manis n kas kas[sangrai pastu tumbuk] n kelapa parut barang sesudu dlm bahan blend yg digaul dgn rempah

kalau nak wangi..masa tumis 4 sekawan tu..masukkan daun pandan..tumis sekali hingga naik bau pastu continue cam biasa je

dlm kuah tu taruk bwg beso n cili hijau n tomato.. salu carik bawang beso yg saiz kecik..then taruk bulat2 camtu je..


Masak Lemak Cili Padi Daging Salai [antiQue]


Daging fresh diperap bersama garam dan kunyit dan di salai di atas dapur kayu (dulu masa saya study kat UK, saya salai je atas grill oven :D)

Cili padi
kunyit hidup
asam gelugor
serai
daun kunyit
santan kelapa.. tak payah pekat sangat
kentang

First, lepas dah salai daging tu, hiris nipis-nipis.. then campurkan dalam periuk ke kuali ke dengan cili padi dan kunyit yang dah tumbuk, berserta asam garam serai dan kentang.. dah agak kecut, masukkan santan. Then masukkan daun kunyit.. sampailah masak..

Kalau takmo masuk kentang, lagi power kalau masukkan belimbing buluh.. ala.. belimbing kekecik tu.. kalau masukkan belimbing ni, jangan masukkan asam gelugor
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:08 AM | Show all posts
Chicken curry (Opor Ayam) [khtan]

4 chicken breasts, skinned and boned
4 onions, chopped
2 cloves garlic, crushed
1 packet Bumbu Opor Ibu Saidjiah (or See note)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:12 AM | Show all posts
Pegedil Daging..[hanieliza]

bahan
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
100 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

Cara..
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.


RENDANG AYAM [mk]

1 ekor ayam
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Kunyit 1/2 inci
Halia 1/2 inci
Serai 6 batang
Daun Kunyit 2 helai(diracik)
Penumis (Kayu manis,Bunga cengkih,bunga lawang, buah lawang)
Santan pekat 1 kilo
Kerisik 2 sudu
Cili Kering 10 sudu
Gula Kabung separuh(agak-agak)


Blendkan bawang merah,bawang putih,kunyit,halia dan serai.
Kemudian blendkan cili kering.

Tumis bahan penumis(Kayu manis,Bunga cengkih,bunga lawang, buah lawang)
kemudian masukkan bahan bawang dan dll yang telah diblend
bila dah wangi masuk cili yang telah diblend setelah wangi masukkan
santan.Bila santan dah pekat masukkan ayam.Kemudian masukkan garam
gula kabung dan kerisik apabila pekat masukkan daun kunyit yang telah
di hiris. Apabila siap ayam rendang asingkan  minyak sebab biasa nya
rendang ayam minyak mesti banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2004 02:17 AM | Show all posts
Rendand Dendeng [detox]


1 kilo daging - direbus,

bahan A
40 biji cili kering
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2-3 biji bawang (klu pakai bawang merah buh le 4-5 bijik)
1-2 biji bawang putih
3 batang serai

bahan B
air asam jawa
kicap manis
garam
gula
ajinomoto (klu nak)

Bahan C
3-4 biji bawang beso - potong bulat - klu suka banyak bawang letak le banyak
            teman suka banyak, manis bawang sedap
cara-2nya

1- daging tu rebus sampai empuk, komdian , di hiris nipis (jgn nipis benor) sedang elok je lah- peh tu di tumbuk kasi nipis bebenor, lepaih tu, di goreng.

2- dah siap bab daging tu, blend semua bahan B tu.

3- panaskan kuali, buh le minya 1-2 senduk, tumis bahan B sampai naik bau

4- Amik asam jawa + ramas dalam air rebusan daging tadi.

5- Dah elok pecah minyak , masuk le ayor asam, tuang kicap - biar banyak- sampai kuah tu merah kehitam-2an, dah tu letak plak gula skit, garam
dan pak aji. Bior ada rasa masam skit, manis skit, pedas skit, masin skit.

6- klu dah kena rasa, masukkan bawang yang kita potong bulat tu tadi..
masak le sampai agak pekat skit kuah tu.

p/s cili kering tu klu nak kuah banyak tambah le lagi.
     ayo rebus daging tu jangan kamu buang, ramas asam jawa (ingat tu
     klu tak, tak dak rasa manis daging tu.)

7- dah siap tu semua, boleh la di hidang.....

sedap di makan dengan nasi tomato......tak pun nasi putih, tak pun
ratah camtu je.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:21 AM | Show all posts
Rendang Itik [virgomal]

bahan A
lada
bawang
bawang putih
halia
lengkuas
ketumbah biji
serai
sumer ni kisar sampai halus.... chop
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:25 AM | Show all posts
Rendang Tok [ninoZ]

daging - potong dadu [guna daging pejal yg ade lemak sket sket tu  baru best..kalau guna daging btg pinang, nanti daging hancur sebab masak lama sgt unless kita potong beso2]
santan pekat secukupnya
gula melaka
kerisik
isi kelapa bakar - dihiris nipis [tak taruk pun tak pe]
daun kunyit - dicarik2
daun limau purut - koyak n buang tulang tghnyer
garam secukup rasa
disangrai  hingga wangi dan dikisar halus :
bunga lawang
kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
jintan manis
jintan putih
ketumbar [selalu taruk lebih2 sket..wangiiii]
dikisar halus2 :
cili kering
bwg merah
halia
lengkuas
serai

1. masukkan semua bahan kisar, santan n daging sekali dlm kuali beso..
2. biar merenih tapi  kene kacau selalu
3. agak2 dah nak empuk masukkan garam, gula, daun kunyit, daun limau purut, kerisik n isi kelapa bakar..
4. masak sampai kuar minyak..biasanya daging rendang nih akan sorta tergoreng sket dgn minyak dari santan..baru best
tapi kalau nak yg berkuah sket pun bleh gak..ikut kesukaan masing2

Variasi:
gantikan daging dgn ayam pun bleh gak..
tapi rendang ayam biasanya berkuah sket


Rendang Tok [seribulan]
Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil:63

Bahan-Bahan:
1 kg daging, dipotong dadu
2 cawan pati santan
2 kuntum bunga lawang
1 camca besar jintan manis
Sedikit garam
1
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2004 02:31 AM | Show all posts
Serunding Udang Kering /ikan bilis [ninoZ]

kelapa parut
udang kering/ikan bilis - rendam dgn air panas..toskan pastu tumbuk kasar
dikisar halus :
cili kering
serai
bawang merah
garlic
kunyit hidup sket

daun kunyit - hiris halus
garam gula secukup rasa

masukkan semua bahan dlm kuali..masak hingga agak kering..perisakan garam gula secukup rasa..masak hingga kering
siapp..

variasi:
nak taruk rempah cam ketumbar n jintan manis pun bleh gak..tapi jgn byk2 sgt cam buat serunding daging..
leh taruk asam jawa sket kalau perlu..


Sup Ayam Kampung [ninoZ]

ayam kampung - potong kecik2
kunyit hidup - hiris
serai - dititik
lengkuas - hiris
bwg putih - smash
ketumbar biji - sangrai  n tumbuk kasar
bwg beso - potong wedges
air

renih semua bahan dlm periuk sampai ayam empuk..
siappp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.080420 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list