Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
96641
View
107
Reply

[Kompilasi] DAGING

 Close [Copy link]

Author: ninoZ       Show all posts   Read mode

Post time 25-10-2005 08:47 PM | Show all posts


RENDANG DAGING [hanieliza]

Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging  masak sebati ngan nrempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..


RENDANG DAGING VERSI MY MUM [ezlyn]

bahan yg perlu dikisar bersama:
cili kering- 6 tangkai
lengkuas- 1 inci
bawang merah( lin pakai bawang besar, 2 biji, kalau bwg kecik, 15 biji kot)
bawang putih- 2 ulas
serai- 3 batang ( ambil bahagian bawah, potong kekecik supaya mudah nak blend)
buah keras- 1 biji
cili api- ikut suka, lin letak 4 batang jer

bahan -bahan lain:
air asam jawa- 2 cubit
santan ( pakai yg segera, 1 peket)
daging 3 pound
kerisik- ikut suka jugak
daun limau purut- hiris halus

cara buat:
blend semua bahan. letak air skit, dan berhati-hati masa blend, sebab serai keras, nanti ada harapan mesin rosak kalau tak cukup air ( pernah terjadi lol)

tumis bahan yg diblend hingga air kering dan garing. masukkan daging. lepas tu masukkan santan ( sama paras dgn daging. lepas tu masak la mcm biasa.

dah nak kering tu, masukkan kerisik dan air asam jawa. last, daun limau purut. kalau nak jadikan rendang kering, biarkan jer atas dapur sampai kering.

kalau nak basah, angkat jer la...


RENDANG DAGING [Nek_Fiona]



Note : Negeri Sembilan style

daging 1 kg
bwg merah 1/2 kg(kena byk nanti sambal pun byk)
serai 4 btg
lengkuas besar ibu tgn
kunyit hidup sikit
ketumbar sesudu besar (disangai dan blend)
jintan manis 1/2 sudu besar(sangai dan blend juga)
rempah kari adabi satu sudu besar(kari ikan)
kerisek 2 sudu besar
santan 2 biji kelapa atau sekilo santan pekat
daun kunyit
daun limau purut
daun salam.(option,kalau tak letak daun limau purut baru buh)
gula melaka 1/4 keping.
cili boh ikut pedas,sesenduk atau kurang atau lebih.
asam jawa sebiji je.(masuk sekali dlm santan)

cara:blend kan rempah2,cili boh dan bwg gaul sekali dgn daging dan masak dgn santan.Kalau daging masih liat tambah air,dah lembut baru masuk kerisek,slowkan api biar naik minyak.Masukkan gula,garam dan daun2.Masak sampai kering atau sampai bersambal,lebih dari sejam dua.Kalau boleh hari2 hangatkan balik supaya lebih kering.



Rendang Hitam [maisya]

Bahan:
Daging
Bawang merah -dikisar
Bawang putih-dikisar
Halia-dikisar
Cili boh
Kicap
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara:
-Rebus daging( seketul besar...tak payah potong-potong) sehingga empuk
-Toskan daging dan simpan air rebusan daging tadi
-Hiris daging( tak perlu nipis sangat )
-Daging yg dah dihiris tadi ditumbuk sedikit dgn lesung one by one supaya dia jadi agak nipis dan melebar
-Peram daging dengan kicap sekejap
-panaskan minyak dan goreng sebentar daging tadi
-Angkat dan ketepikan
-Tumis bahan kisar dan cili boh...tambahkan air rebusan daging
-Tambah air asam jawa dan garam
-Masukkan daging bila dah pecah minyak dan kuah agak pekat
-Masak sehingga kepekatan yg disukai...nak kering or basah..




Rendang Daging Minang [yume]

1 kg daging (Potong dadu)
1 kg santan

Bahan A
15-18 Bawang merah - mesin
7 Ulas Bawang putih - mesin
1 Biji halia besar ibu jari kaki - mesin
1/2 Inci kunyit hidup - mesin
5 Hirisan lengkuas  - mesin
5 Batang serai - dititik jer
1 Senduk nasi cili kering
Segenggam Cili padi kampung


1 keping asam kepng
Daun kunyit
Daun limau purut

Cara2 :-
1.Masukkan daging dalam kuali bersama bahan A tadi. Masak dgn api sederhana sehingga air daging kering.

2.Masukkan santan. Bila dah mengelegak, masukkan garam, 1/2 sd mkn gula.

3.Bila dah hampir nak masak baru masukkan asam keping, daun kunyit & daun limau jika suka.

Ibu cakap kalau masukkan asam keping tu awal2 ia akan menjadi masam sangat ...

[ Last edited by  nhuda at 19-4-2007 02:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 25-10-2005 09:02 PM | Show all posts
DAGING ALA EONIS [eonis_balqis]

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging/ hati lembu (hiris nipis tp besar sikit)
5 ulas bwg merah ]
3 ulas bwg putih   ]
1 hiris halia           ]
1 hilis lengkuas     ]
1 s/b lada hitam/ serbuk lada sulah pun ok  ] tumbuk
sos cili.....byk
sos tomato... sikit
kicap manis...  byk.....kicap kipas udang ke, jalen ke.. apa-apa jela
secubit garam n secubit gula... garam make sure jgn byk sgt

utk hiasan:
5 biji lada  burung.. ketuk je
tomato... hiris 6
l1 biji bwg besar... hiris  halus..

Cara2:
1. perap daging ngan bahan2 tumbuk, sos cili, tomato, kicap..... 1/2 jam
2. buh daging dalam kuali.... biar sampai kering air.
3. masukkan minyak sikit ...goreng  hingga garing.
4. then masukkan bahan hiasan tadi spt tomato, cili burung, bwg besar...
5. bagi garing jap.. ok dh siap....

p/s... buh kicap byk sikit pada sos cili n tomato.. kicap bagi pekat ok.
kalu buat hati lembu lebihkan lada hitam / lada sulah pun ok gak.


RESEPI DAGING SIMPLE [zaizaa]

Bahan-bahan:
300 gm daging (rebus hingga empuk)
2@ 3 ulas bawang putih (diketuk & cincang)
1/2 biji lada banggala (hiris kasar)
2 sudu sos cili siam (kalau x nak guna pun xpe)
garam dn perasa secukup rasa
minyak utk menumis.

Cara2:
1. Daging rebus dihiris nipis. ukuran x kisah asalkan nipis.
2. Panaskan 4 sudu besar minyak. Goreng  hirisan daging td sehingga kelihatan agak garing.
3. Ketepikan daging, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan sos, garam & perasa  n kacau semuanya hingga mesra.
4. Akhir sekali masukkan lada banggala, kacau sebentar. Sedia utk dimakan.


AYAM PAPRIEON [eonis_balqis]

Bahan2:
1/2 ayam potong kecik2.
4 ulas bwg putih  ]    tumbuk (gaul ngan ayam)
1 inci halia           ]              "
1 hiris lengkuas   ]              "
kunyi ckit             ]     (gaul ngan ayam)
garam                  ]             "

7 ulas bwg merah           ]
1 btg serai                      ]
6 helai daun limau purut ]     hiris halus
10 bj lada burung           ]
sos cili..
sos tomato,
kicap pekat manis..
asam jawa.. (ramas ngan air... pekat)
tomato di belah 8
daun bawang.

cara2:
1. gaul ayam ngan bhan tumbuk, kunyit, garam.. perap jap... goreng.
2. tumis bawang hingga garing n wangi. masukkan bahan hiris...
3. masukkan sos cili, tomato n kicap manis... gaul rata.. masukkan air asam jawa..
4. bila dah pekat.. masukkan ayam yg digoreng tadi..
5. masukkan tomato n daun bawang.
6. gaul dan balikkan.... bila dh masak... angkat dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 10:15 PM | Show all posts
OPOR DAGING [magnolia]
Bahan2:
1/2 kg daging
2 biji bawang besar     }
4 ulas bawang putih     }
1 sdb jintan putih         }  kisar halus
5 biji cili merah            }
1/2 inci kunyit              }
1 mangkuk santan
1 btg serai -dititik
1 sdb cuka
gula
garam

cara:
campur sume lam periuk..
letak atas api..kacau sampai daging empuk..
lastly taruk gula n garam

*kuah opor neh mesti pekat..so santan yg digunakan jgn le cair sgt..



OPOR DAGING [NoorMasri]

Bahan-bahan:
1200 g daging
1 biji kelapa - ambil santan
1/2 biji kelapa - buat kerisik
minyak masak utk menumis

Bahan tumis:
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis

Bahan perapan (A): - disangai kemudian dikisar (jika suka boleh beli yg dlm btk serbuk)

4 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan kisar (B):
20 tangkai cili kering
3 btg serai
2cm lengkuas
2 cm halia
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 keping asam keping/gelugur
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
Bersihkan daging kemudian perapkan dgn bahan A.
Panaskan 2-3 senduk minyak masak, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar B kacau hingga wangi kemudian masukkan daging & santan
Bila kuah agak pekat masukkan kerisik dan asam keping
Masak hingga pecah minyak dan daging empuk
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Boleh lah dihidangkan


OPOR DAGING [hanieliza]

Bahan2:
1 kg daging [hiriskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis            ]  gaulkan
1 s/k jintan putih             ]
3 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan Mesin:
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dan kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat.




OPOR DAGING [MAKLANG]

sumber:Chef Md.Amin

1 1/2 kg daging batang pinang
5sb cili kisar
3sb kari daging
3sb minyak sapi
1 cwn minyak masak
garam

Bhn Kisar:-
3 biji bawang besar
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Halia
Lengkuas
3 batang serai

5sb kerisek
5 biji buah keras-tumbuk
2 cwn santan pekat
1 keping gula kabung
kulit kayu manis/buah pelaga/bunga lawang/cengkih (aweh2)
asam keping - option

CARA
- Tumiskan bhn kisar bersama aweh2 tadi sampai wangi
- Masukkan cili kisar dan kari, kacau
- Masukkan daging dan santan, kacau dan tunggu sampai pecah minyak
- Masukkan kerisek,gula kabung dan garam, kecilkan api
- Renih sampai daging empuk

*Boleh dimakan bersama apa saja nasi,ketupat dan sebagainya.

[ Last edited by  NoorMasri at 31-10-2006 03:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 06:13 PM | Show all posts


Meatloaf[ezinett]
1 can (8 oz.) tomato sauce, divided
2 lb. ground beef
1 medium onion, chopped
1 cup fresh bread crumbs
1/3 cup A.1. Original Steak Sauce
2 eggs, beaten
1/2 tsp. ground black pepper

PREHEAT oven to 350F. Reserve 1/2 can tomato sauce. Mix remaining tomato sauce, meat, onion, bread crumbs, steak sauce, eggs and pepper; mix well.

PRESS mixture into 9x5-inch loaf pan.

BAKE 50 minutes; pour off fat. Top with reserved 1/2 can tomato sauce; bake an additional 10 minutes.

[ Last edited by  NoorMasri at 29-5-2006 06:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:28 PM | Show all posts
Bamia Kambing [Remy-3D]

Bahan-Bahan:
1 kg daging kambing
1 tin susu cair
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia 50 gm serbuk lada putih
500 gm kacang bendi
4 biji bawang besar, dipotong empat
4 sudu besar sos tomato
Sedikit daun ketumbar
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara:

Daging dibersihkan dan dipotong nipis.
Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian gaul bahan kisar bersama daging.
Masukkan ke dalam periuk dan bubuh segelas air. Masak daging hingga empuk.
Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, sos tomato, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga masak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:29 PM | Show all posts
Ala-ala stik daging kambing [Remy-3D]

Bahan-Bahan:
500 gm daging kambing(dipotong memanjang dan diketuk)
1 sm kunyit hidup(ditumbuk)
1 sm halia(ditumbuk)
kicap masin secukupnya
serbuk perasa
sedikit lada sulah
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sos:
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
sedikit tepung jagung
sedikit kicap cair

Cara:

1. Perap daging dengan semua bahan-bahan di atas selama 15 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, goreng daging tadi hingga masak.
3. Untuk membuat sos pula, panaskan minyak bijan, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan tepung jagung. Kacau sehingga pekat
4. Hidangkan sos di atas daging yang telah digoreng tadi

Tambahan: Daging kambing boleh juga digantikan dengan daging lembu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:29 PM | Show all posts
Daging Kambing Panggang [Remy-3D]

Bahan-Bahan:
700 gm daging kambing (buang lemak)
5 gm daun herba Rosemary segar
20 gm mentega herba
20 gm mentega bawang putih 20 gm bawang merah (dicincang)
5 gm garam
5 gm serbuk lada hitam
20 ml minyak zaitun

Cara:

Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 450'C. Satukan semua bahan di atas kemudian gaulkan pada daging. Susun di atas rak besi & panggang selama 25 minit. Pastikan daging diterbalikkan selepas 15 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:31 PM | Show all posts
Kambing masak Mesir style[pentium_catz]

Bahan-Bahan:
500 gm daging kambing (dicuci & dipotong empat)
125 gm minyak sapi
600 ml air
2 jintan manis (direndam & digiling)
2 camca lada sulah 1 cawan bawang goreng
1 camca gula

? botol sos tomato
? tin kecil susu sejat cair
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk :
6 ulas bawang putih
2 batang lada hijau (jika suka)
2.5 cm halia
? camca serbuk kunyit
2 camca garam
Cara:
Perasakan daging dengan bahan-bahan tumbuk & perapkan selama 30 minit.Pijarkan minyak sapi atas api yang besar & gorengkan daging hingga garing seluruhnya. Kecilkan api. Campurkan air & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Masukkan jintan manis. lada sulah,bawang goreng,gula & tomato.Masak hingga kuah menjadi pekat & daging lembut. Masukkan susu & suaikan perasanya. Masak hingga daging empuk & turunkan periuk dari atas api.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & acar.

Betis Kambing  [pentium_catz]

Sumber: Majalah Perempuan Ogos 1997

Bahan-Bahan:
180 gm betis kambing bersama tulang
15 gm bawang merah
5 gm bawang putih
10 gm leek (dipotong kiub)
10 gm daun saderi 15 gm perasa tomato
500 ml air rebusan ayam
5 gm kulit lemon (dihiris)
15 gm biji tomato (dipotong-potong)
5 gm thyme, bay leaf
Cara:
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak, masukkan betis kambing ke dalam kuali sehingga berwarna perang. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih, leek, saderi, perasa tomato dan tomato yang telah dipotong. Setelah itu tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk bersama-sama dengan kulit lemon, tyhme, bay leaf. Setelah betis kambing berwarna perang, masukkan ke dalam periuk dan rebus hingga lembut. Setelah lembut, tapis air rebusan itu dan panaskan sehingga pekat hingga menjadi sos. Aturkan betis kambing itu di dalam pinggan dan tuangkan sos di atas betis kambing tadi. Hiaskan dan sedia untuk dihidang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:32 PM | Show all posts
Serunding Kambing Bercili [pentium_catz]
Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil:63


Bahan-Bahan:
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih, dicincang halus
3 biji cili merah, dicincang halus
2 cm halia, dicincang halus
4 tangkai cili kering, dikisar
50 gm serai, ditumbuk
? camca teh jintan manis ? camca teh jintan putih
? camca teh serbuk ketumbuk
Sedikit air
200 gm daging kambing Austarlia, dihiris nipis
? cawan kerisik
Sedikit garam, gula dan serbuk lada putih
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili, serai, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. Kacau hingga pecah minyak. Tuang sedikit air dan masukkan daging. Masak hingga daging empuk dan kering. Setelah ia benar-benar kering, masukkan kerisik, garam, gula dan serbuk lada putih. Kacau rata dan hidangkan panas-panas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:33 PM | Show all posts
Rendang Kambing [pentium_catz]
Kiriman: Mumtaaz Begum


Bahan-Bahan:
1 Kilo Daging Kambing
1 Biji Bawang Besar - diblender
1 Inci Halia - diblender
5 Ulas Bawang Putih - diblender
4 Sudu Besar Serbuk Kari Daging

2 Sudu Besar Serbuk Cili
1 Biji Kelapa - diperah santannya
6 Helai Daun Limau Purut
1 Paket Kerisik
Gula & Garam secukup rasa

Cara:
Perapkan daging kambing dengan bahan yang telah diblender.Masukkan sekali dengan serbuk kari dan cili.Panaskan minyak diatas kuali dan masukkan daging yang diperap itu tadi.Kacau hingga sebati dan tuangkan separuh santan kedalam daging dan kacau. Setelah agak kering masukkan santan yang selebihnya dan kacau hingga sebati. Masukkan kerisik dan daun limau purut dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.Bila sudah hampir pekat kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:33 PM | Show all posts

Kambing Beriani Buah Tamar [pentium_catz ]
  
Sumber: Majalah Wanita Disember 1997

Bahan-Bahan:
1 kg daging kambing (dipotong sebesar dadu)
30 gm bawang putih (dikisar)
60 gm bawang merah (dikisar)
5 tangkai cili kering (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk kunyit
? biji kelapa (diambil santannya) 1 biji tomato
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
110 gm minyak sapi
7 biji buah kurma (dibuang biji)
6 helai daun pudina
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga ia naik baunya.

Masukkan cili, buah keras dan gaul sehingga terbit minyak.

Masukkan jintan, kayu manis,kunyit serta gaul sehingga ia masak.

Masukkan buah kurma, pudina, garam dan gula. Pastikan sos (bahan yang ditumis) tidak terlalu cair atau pekat ketika menggaul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:35 PM | Show all posts
Lamb with Roasted Apples and Onions[AdoiNet]
Serves 4

Ingredients

2 racks lamb, french trimmed
1 1/2 tablespoons honey
1/4 cup olive oil
sea salt and cracked black pepper
3 Golden Delicious apples, cored and cut into thick wedges
2 onions, cut into thick wedges (skin on)
3 whole garlic cloves
4 rosemary sprigs
8 large sage leaves      
      
Method

Preheat oven to 190C.

Place the lamb racks in a baking dish lined with non stick baking paper. Bake for 25 minutes.

While the lamb is cooking, combine the honey, olive oil, salt and pepper in a small saucepan and warm over low heat, stirring until combined.

Remove from heat.

Place the apples, onions and garlic in a bowl and toss with the warm honey mixture.

Remove lamb from the oven and scatter around the apples, onions and garlic, along with the rosemary and sage.

Brush meat with any remaining honey mixture.

Bake for a further 20-25 minutes or until apples and onions are golden and meat is cooked to your liking.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:36 PM | Show all posts
Lamb Vindaloo [AdoiNet]
This was given to me by a Parsi friend. I have never made it but have it in my notes.


1 1/4 lbs. lamb cut into 1 inch cubes
4 tablespoon canola oil
3 medium vine grown tomatoes
2 medium red potatoes, peeled and cut into 1.5 inch cubes
2 medium red onion, sliced
1 cup frozen green peas
salt, to taste

Spice Paste:
1/2 tsp cumin seeds
2 tablespoons of vinegar
8 dry red chiles
1/2" cinnamon stick
6 garlic cloves
1" piece fresh ginger root
4 cloves
6 green cardamom pods
6 black peppercorns
1/2 tsp turmeric powder



1. Marinate lamb pieces with grounded spice paste and salt for at least 2 hours.

2. Heat oil and fry the mutton pieces for 10 minutes.

3. Add 5 cups water and bring to boil and cover and cook for 40 minutes. Stir occasionally.

4. Add the potatoes, onions, peas and tomatoes and cook till they are cooked through.

5. Cook uncovered for 5 minutes or until sauce looks glazed with fat. Serve hot.

Sori, aku tak pandai translate
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:37 PM | Show all posts
Roast lamb [AdoiNet]

For about 4-6 people.

Ingredients.

-2-3 kg SHOULDER lamb, no bones, no fat, very very clean.
-5 medium potatoes, peeled, cubed
-7 carrots, peeled, chopped into big chunks
-half of a butternut pumpkin, peeled, cubed (optional)
-2 large onions, peeled big chunks
-garlic, chopped
-ghee/oil
-salt
-pepper
-chicken/lamb/beef stock cube/powder
-mixed herbs (arab style)
-a little curry (optional)
-(basically any herbs in the cupboard )


Method.

Thorughly and i mean thouroughly clean the lamb from all blood, fat and other weird looking things. place the meat in the kitchen sink (make sure its extra clean), then add the vegies, herbs and oil in and mix well with your hands.

Then place EVERYTHING into a LARGE cooking bag, make sure the ends are tied and into a big baking dish (puncture 3 holes with a knife on the top after its in the dish).

Bake in a moderate oven for 4+ hours.

make some rice


Serving.

Get a huge platter and put the rice in a large circle on the edge of the platter, then put the vegies on the inside, then place the meat on top(be careful as the meat will be sooo tender, it would fall apart).

garnish with chopped parsley, fried almond nuts and pine nuts

For this, i recommend a cucumber and yoghurt salad

5/6 Cucumbers, roughly peeled and finely diced
1/2 kg yoghurt
1 clove garlic, crushed
salt
crushed, dried mint
a little ice cold water

mix all the ingredients together, and add water slowly until you are satisfied with the thickness/thinness of the yoghurt.

garnish with crushed dried mint.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:38 PM | Show all posts
Mutton Briyani    [chempaka-ku]

400g      mutton, dipotong into bite-sized pieces
1 tbsp    ginger juice
1 tbsp     garlic juice
250ml     water

Spices (A)
3                cloves (cengkih)
2cm            cinnamon stick
1                star anise (bunga lawang)
1                serai, diketuk
2                daun pandan, di simpul
3 tbsp        minyak
1                onion, sliced thinly
3                tomatoes, chopped
2 sprigs     daun ketumbar (daunnya sahaja)
2 sprigs     mint leaves (daunnya sahaja)

Perapkan mutton dengan ginger dan garlic juice selama 20 - 30 minit.

Heat minyak dan fry spices (A) hingga harum dan keluar minyak.  Masukkan bawang dan tumis sehingga warnannya light brown dan lembut.  Masukkan mutton yang diperap dan goreng 5 ke 10 minit.  Masukkan air, simmer until the mutton is tender and kuahnya pekat.


UNTUK NASI
1 kg       Basmati rice, washed and drained
1 tbsp   ghee (minyak sapi)
1 tbsp   minyak

Bahan (B)
5cm      cinnamon stick
1          star anise
3          cardamoms (pelaga)
5          cloves
2          serai, diketuk
1/4 tsp kunyit serbuk

1.3 litre   water
1/4 cup   plain yoghurt
2 tsp       salt

Put rice ke dalam electric cooker.

Heat ghee and oil in a wok.  Tumis bahan (B) sehingga wangi.  Add air, yoghurt dan garam dan didihkan.  Pour semua ni ke dalam rice cooker tadi.  Turn on the rice cooker, masak seperti biasa.  Sesudah masak, remove all the spices.  Masukkan mutton yang di masak tadi.  Mix well.  Biarkan dalam rice cooker 15 ke 20 minit sebelum dihidang.

Hiasan.....1 tbsp raisins, daun pudina dan toasted cashew nuts.  Raisins boleh digoreng dengan sedikit minyak untuk beberapa seconds.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:39 PM | Show all posts
kambing bakar/panggang[mrs_livingstone]

BAHAN
*bawang merah,putih,halia,kunyit,blackpepper ~di blend
*sedikit mustard(optional)
*sos tiram
*sedikit garam gula
*kambing potong ikut suka


CARA
*gaul semua bahan dan lumur kat kambing
*perap kejap then bakar
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:39 PM | Show all posts
dalca kambing[mrs_livingstone]


BAHAN
*bawang merah,putih,halia,kunyit,lengkuas di blend
*sedikit serbuk kari
*kambing potong kecik
*terung,carrot,kacang panjang,kobis bunga
(kalau ade lagi sayur kegemaran leh tambah atau jgn taruk yg tak suka...so bulih pilih sendiri)
*kacang dhal
*santan atau susu segar
*minyak utk menumis
*garam gula


CARA
*panaskan minyak
*gaul bahan blend dgn serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak
*masukkan kambing dan kacau
*tunggu sehingga kambing keluarkan airnya sendiri atau masukkkan sikit air
*masukkan santan/susu segar dan kacau
*tggu menggelegak dan masukkan sayur2
*masukkan  garam gula dan hidang setelah  sayur2 masak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:40 PM | Show all posts
KEEMA KAMBING [RHB]

225 g. daging kambing (dicincang halus)
3 camB. rempah kari daging
garam secukupnya
5 camB. minyak
2 biji bawang besar (dihiris kiub)
4 biji buah pelaga (diketuk)
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
1 cm halia } ditumbuk
2 ulas bawang putih }
500 ml santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
2 biji ubi kentang } dikiub 2 cm
2 biji tomato }
60 g. kacang pis
2 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
sedikit gula

1. Gaul daging kambing dengan rempah kari dan garam, biar 10 minit.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga wangi.

3. Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, halia, bawang putih dan kambing. Kacau sampai agak kering.

4. Tuangkan 125 mililiter santan kemudian renehkan 5 minit.

5. Bubuh kentang dan baki santan. Kacau sampai kentang empuk, bubuh tomato dan pis.

6. Tambah gula dan garam jika perlu. Sajikan dengan taburan daun ketumbar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:41 PM | Show all posts


FRIED MUTTON CHOPS[DianaA]

INGREDIENTS
1 kilogram of Mutton Ribs
1 cup of All-Purpose Flour (Maida)
1/4 tsp. of Baking Powder (Pakaane Ka Soda)
1 tbsp. of Ginger (Adrak) (chopped)
1 (2" piece) of Cinnamon Stick (Dal Cheeni)
1 tbsp. of Aniseed (Sounf)
Salt (to taste)
2 tbsp. of Curd
250 ml. of Milk
Groundnut Oil (for frying)

1) Wash and dry mutton ribs well. Tie ginger, cinnamon, aniseeds in a clean white cloth and place them with the meat, milk and half liter of water in a vessel or pot. Cook until the meat becomes tender. Drain the mutton and squeeze the spice bundle to extract maximum flavor and discard. Reserve the stock.

2) Sieve the flour, baking powder and salt together. Add the curd and enough stock to make a batter of thick consistency.

3) Heat oil in a pan. Dip the mutton pieces in the batter and fry well until golden.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 12:47 PM | Show all posts
DAGING BAKAR [hanieliza]

Bahan2:-
500 gm daging [basuh dan hiriskan setebal 1 cm]
2 batang serai
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang merah
garam dan kunyit

Cara:-
1. Mesinkan semua bahan kecuali daging.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 jam.
3. Masukkan daging dalam loyang pembakar.
4. Panaskan oven suhu 180'C dan bakar selama 30 mint.
[jangan lupa balik-balikan daging supaya masak kedua belah]
5. Hidangkan dengan salad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list