CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3802|Reply: 7

Ada lagi pekerja yang keliru dengan cuti mereka?

[Copy link]
Post time 24-2-2016 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 24-2-2016 04:21 PM

Ada lagi pekerja yang keliru dengan cuti mereka?

Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955) menetapkan beberapa hari yang minima sebagai cuti berbayar (cuti bergaji = paid leave) kepada setiap pekerja yang dilindunginya.





Jenis-jenis cuti itu ialah:

1.  Cuti Rehat Mingguan
2.  Cuti Tahunan
3.  Cuti Sakit
4.  Cuti Umum
5.  Cuti Bersalin

Pada asasnya,

1.   Cuti Rehat Mingguan (Rest Day)

1.1   Pekerja mesti diberi Cuti Rest Day sehari dalam seminggu. Harinya boleh ditetapkan secara bersama.

1.2   Bagi mereka yang bekerja lima hari dalam seminggu, Cuti Rehat Mingguan ialah pada hari rehat yang kedua.

1.3   Bagi seorang Pekerja Syif, tempoh rehat berterusan (antara mula habis syif ke permulaan syif yang lain) selama 30 jam telah dianggap sebagai satu hari Cuti Rehat Mingguan.

1.4   Hak mendapat Cuti Rehat Mingguan ini lupus, tidak terpakai, apabila pekerja:

(a) sedang dalam tempoh Cuti Bersalin
(b) mendapat Cuti Sakit
(c) dalam tempoh Cuti Perkeso atau dalam tempoh cuti sakit di bawah Akta Pampasan Pekerja (hilang upaya sementara)

2.   Cuti Tahunan (Annual Leave)

2.1   Kelayakan Cuti Tahunan adalah berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan pekerja itu:

(a)  8 hari  —  jika perkhidmatanya kurang dari 2 tahun
(b)  12 hari — jika perkhidmatanya ialah antara 2 tahun tetapi belum melebihi 5 tahun
(c)  16 hari — jika telah berkhidmat 5 tahun atau lebih



2.2   Semasa sedang dalam Cuti Tahunan tetapi pekerja itu mendapat Cuti Sakit atau Cuti Bersalin, maka Cuti Tahunan itu dianggap sebagai tidak/belum diambil.

2.3   Majikan boleh memberi lebih bilangan hari cuti ini jika ia mahu berbuat demikian.

3.   Cuti Sakit (Medical Leave)

3.1   Hak mendapat Cuti Sakit yang biasa (tanpa dimasukkan dalam wad hospital) dalam setahun bergantung kepada tempoh perkhidmarat pekerja itu:

(a)  14 hari  —  jika berkhidmat kurang dari 2 tahun
(b)  18 hari —  jika berkhidmat genap 2 tahun tetapi belum mencapai 5 tahun
(c)  22 hari —  jika telah berkhidmat selama 5 tahun atau lebih

3.2   Majikan boleh memberi lebih bilangan hari cuti ini jika ia mahu berbuat demikian

3.3   Cuti Sakit di atas termasuklah Cuti Sakit yang diberi oleh Doktor Pergigian.

3.4   Jika perlu dimasukkan ke dalam wad hospital, Cuti Sakit dikira sebagai satu jumlah keseluruhan 60 hari dalam tahun berkenaan. Jumlah Cuti Sakit keseleruhan ini hendaklah ditolak dari bilangan Cuti Sakit yang telah diguna dalam kategori Cuti Sakit biasa di atas tadi.

4.   Cuti Umum (Public Holiday)

4.1   Seorang pekerja berhak mendapat 11 hari dalam setahun sebagai Cuti Umum. Bilangan hari Cuti Umum ini dipilih oleh majikan dari sekian banyak bilangan dan jenis cuti umum yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dan dimaklumkan kepada semua pekerja sebelum bermulanya tahun yang baru.

4.2   Bilangan hari Cuti Umum ini boleh ditambah oleh majikan jika ia bersedia berbuat demikian.

4.3   Daripada bilangan 11 hari itu tadi (atau bilangan tambahan oleh majikan), 5 hari mestilah terdiri dari hari-hari berikut:

(a)   Hari Kebangsaan
(b)   Hari Malaysia
(c)   Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
(d)   Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
(e)   Hari Pekerja

4.4   Bakinya boleh dipilih oleh majikan. Hari-hari cuti umum lain ini boleh ditukar ganti dengan hari cuti yang lain atau dipindahkan kepada hari yang lain tetapi hendaklah dengan persetujuan pekerja.

4.5   Satu lagi Cuti Umum ialah cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan secara tiba-tiba. Contohnya: kerana pilihanraya umum, atau Malaysia menang Piala Dunia (bolasepak). Cuti yang diisytiharkan secara tiba-tiba ini dibuat di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951. Walaupun majikan mesti memberi hak cuti umum ini kepada pekerja tetapi ia boleh memilih untuk memberi cuti ini (mengganti) pada satu tarikh yang lain.

4.6   Jika hari Cuti Umum itu jatuh pada hari Cuti Rehat Mingguan, atau jatuh pada datu lagi hari Cuti Umum yang lain, maka hari kerja berikutnya hendaklah digantikan sebagai hari Cuti Umum bergaji.

4.7   Jika hari Cuti Umum atau hari yang diganti jatuh semasa pekerja dalam Cuti Sakit, atau sedang dalam Cuti Tahunan, atau dalam Cuti Perkeso, pekerja itu mesti diberi hari Cuti Umum yang lain sebagai ganti.

5.   Cuti Bersalin

5.1   Pekerja wanita yang bersalin diberi hak Cuti Bersalin selama 60 hari berturut-turut. Tetapi jika waktu itu dia telah pun mempunyai lima anak, atau lebih, maka dia tidak lagi layak diberi Cuti Bersalin ini.

5.2   Tempoh 60 hari ini termasuk segala Cuti Rehat Mingguan dan Cuti Sakit.

Sekian, semoga maklumat asas ini ada faedahnya kepada anda.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2016 04:19 PM | Show all posts
Edited by piao at 24-2-2016 04:21 PM

Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berhenti Kerja?


Apabila sampai masa dan ketika disebabkan beberapa faktor dan punca, keputusan berhenti kerja terpaksa juga diambil sama ada untuk kebaikan atau peningkatan dalam kerjaya mahupun kehidupan. Satu keputusan yang memerlukan kita membuat pertimbangan secara rasional dan sebaik mungkin kerana apabila ianya diambil, sukar untuk berpatah balik.

Apabila ingin berhenti kerja, lakukanlah secara baik dan formal dengan memberi surat pemberhentian kerja kerana kenangkanlah akan peluang yang telah diberi untuk kita bekerja di syarikat tersebut yang telah menjadi sumber rezeki kita selama ini.

Walaupun sepahit mana sebabnya, janganlah terus bertindak secara tidak profesional kerana ianya akan memburukkan keadaan dan nama kita dalam jangka masa yang panjang.

Dapatkan maklumat tentang perjanjian yang telah dimeterai dengan syarikat apabila ingin berhenti kerja. Ianya perlu dipatuhi agar segala urusan berhenti kerja berjalan lancar serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Antara yang perlu diketahui adalah:

Dapatkan tempoh masa untuk memberi surat berhenti kerja bagi mendapatkan tarikh akhir hari bekerja kerana ianya termaktup dalam peraturan syarikat dan telah dipersetujui oleh kita di dalam surat tawaran kerja.

Apabila kita tahu tarikh akhir adalah mudah kita membuat sebarang persediaan seperti pengalihan tugas kepada pekerja gantian kita nanti.
Syarikat juga mempunyai masa untuk mengambil pekerja baru.

Ketahui juga jumlah cuti tahunan yang masih ada dan layak diambil. Jika tiada pampasan cuti tahunan, adalah lebih baik anda habiskan dulu cuti tersebut.
Pastikan semua barangan syarikat yang perlu dipulangkan.

Jangan bertindak keterlaluan seperti memadamkan data, laporan dan sebagainya dengan bertujuan untuk menyusahkan syarikat dan pekerja gantian anda nanti.

Ingatlah akan karma... Ikhlaskanlah segala kerja walaupun ianya sukar untuk diterima. Yakinlah... Jika anda berbuat baik, Allah SWT akan memberi yang lebih baik...




Sebarang tindakan mengikut emosi akhirnya akan memberi keburukan kepada kita maka sebelum berhenti kerja, lakukanlah mengikut prosedur dan peraturan telah dimeterai agar tidak menyusahkan atau menyakitkan hati mana-mana pihak sehingga menjadi pertikaian.

Kedua-dua pihak mesti patuh kepada perjanjian tersebut dan tindakan boleh diambil jika ada pihak yang melanggarnya. Ianya boleh dijadikan kes dan tuntutan melalui undang-undang buruh dan sivil.

Semoga hubungan anda dengan syarikat akan kekal baik dan pemergian anda direstui. InsyaAllah... jika perlu pada satu masa nanti, pasti mudah untuk anda diambil bekerja kembali...

Semoga berjaya dan berbahagia walau apa jua yang anda lakukan selepas berhenti berkerja.





Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 04:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2016 04:42 PM | Show all posts

tahu menahu ke pasal undang2 ini?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 04:44 PM | Show all posts
piao replied at 24-2-2016 04:42 PM
tahu menahu ke pasal undang2 ini?

banyak jugak yang terlepas pandang  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2016 06:08 PM | Show all posts
uori replied at 24-2-2016 04:44 PM
banyak jugak yang terlepas pandang

kena buat tinjauan ini... mmg ramai x tahu hak dan larangan bagi pekerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2016 09:39 AM | Show all posts
piao replied at 24-2-2016 06:08 PM
kena buat tinjauan ini... mmg ramai x tahu hak dan larangan bagi pekerja...

setuju setuju !
aku kadang2 selalu confused dengan AL dan EL opis aku
macam ada yang tak kena je
ke, aku yang blur?
nanti ko jelaskan kat aku, mmmkay?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2016 10:09 AM | Show all posts
uori replied at 25-2-2016 09:39 AM
setuju setuju !
aku kadang2 selalu confused dengan AL dan EL opis aku
macam ada yang t ...

insyaALLAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.228179 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list