CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 912|Reply: 5

[Tempatan] {5} TERKINI: Fahaman Komunis cuba dihidupkan semula, yg hadir kena tindakan !

[Copy link]
Post time 29-2-2016 05:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 2-3-2016 09:53 PM

29/2/2016

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penganjur Kursus Marxisme Kilat untuk memberi keterangan berhubung penganjuran program tersebut yang dijadual diadakan pada 20 Mac depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sama sekali tidak akan membenarkan fahaman komunis kembali menular dalam negara.

“Polis akan menyekat usaha menghidupkan fahaman komunis.


@PDRMsia tidak akan membenarkan kursus ini dijalankan.


Penganjur akan dipanggil,” katanya menerusi akaun rasmi Twitternya semalam.

Difahamkan kursus itu akan diadakan di Dewan Gerak Budaya di Petaling Jaya pada 20 Mac depan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-2-2016 05:34 AM | Show all posts


KHALID dalam akaun Twitternya semalam memberitahu pihak polis akan memanggil penganjur Kursus Marxisme Kilat.

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:56 AM | Show all posts
umno bukan da lama praktik fahaman ni ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2016 08:58 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 29-2-2016 07:56 AM
umno bukan da lama praktik fahaman ni ke?

ini boleh ngundang kemarahan nie...











dizek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 09:52 PM | Show all posts
Penganjur, peserta hadir Kursus Marxisme Kilat akan dikenakan tindakan

02/03/2016 8:32pm



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas tidak akan sekali-kali membenarkan anjuran program Kursus Marxisme Kilat yang dijadualkan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 20 Mac depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap penganjur malah juga peserta yang menghadiri program tersebut.

Katanya, program itu dilabelkan sebagai satu usaha untuk menghidupkan fahaman komunis di negara ini dan penganjurannya adalah salah di sisi undang-undang.

“Bukan sahaja penganjur, peserta yang hadir kursus menyalahi undang-undang ini, akan turut diambil tindakan oleh @PDRMsia,” katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Akhbar Kosmo! kelmarin melaporkan PDRM akan memanggil penganjur Kursus Marxisme Kilat untuk memberi keterangan berhubung penganjuran program tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac depan.

Difahamkan, kursus itu akan diadakan di Dewan Gerak Budaya di Petaling Jaya dan pihak penganjur dikatakan turut menyasarkan golongan pelajar bagi menyertai kursus berkenaan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10 manakala RM20 bagi orang awam. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 6.htm#ixzz41kmMrFAE
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 09:53 PM | Show all posts
hmm...pulak dah...sapa dok taksub friedrich engels  pulak ni ....

tapi benda ni dah lama special branch dok pantau kan? bibit bibit itu ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.377443 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list