CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12539|Reply: 145

[Tempatan] {6} Nama lelaki, orgnya pompuan jadi ejekan rakan2 !

[Copy link]
Post time 29-2-2016 05:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 29-2-2016 05:43 AM

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 5:13 AM

Bangi: “Awak lelaki atau perempuan?” Itu antara pertanyaan kerap diajukan kepada seorang wanita sejak kecil hingga dewasa hanya kerana keunikan namanya yang turut berunsurkan patriotik.

Idaman Pertiwi Muhamad, 38, sentiasa mendapat perhatian dan sudah lali apabila ada yang menganggapnya sebagai lelaki atau nama sesebuah syarikat hingga pernah diminta mengeluarkan kad pengenalan kerana ramai tidak mempercayai namanya itu.

Menurutnya yang mesra dipanggil Ida, walaupun mungkin dianggap pelik segelintir pihak, dia berbangga dengan namanya itu kerana melambangkan asal usul dan mempunyai makna yang mendalam untuk dirinya.

“Nama itu diberikan oleh bapa saya, Prof Muhamad Mat Salleh (kini memegang jawatan sebagai Ketua Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menuntut selama dua tahun di Indonesia.

“Waktu itu, dia melanjutkan pengajian Sarjana Fizik di Universiti Gadjah Mada, Bandung dan mahu menamakan anak sulungnya dengan nama bercirikan negara jiran  seperti Idaman.

“Tidak lama kemudian, bapa menuntut di London dan saya dilahirkan dua bulan sebelum kami sekeluarga pulang semula ke negara ini dengan diberikan nama Pertiwi yang bermaksud tanah air kerana bersifat patriotik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 4 Tambahan di sini, semalam.

Kata Penolong Pengurus Jenama, Perayauan Antarabangsa di Celcom Axiata Berhad itu, dia turut mengalami kejadian pelik ketika bekerja.

“Ketika pernah berkhidmat di bahagian khidmat pelanggan, kebanyakan pelanggan akan cuba menamatkan perbualan secepat mungkin kerana menganggap saya mahu menjual barang apabila memperkenalkan nama pada awal perbualan.

“Selain itu, sewaktu mahu mencari pekerjaan sebelum ini, saya kerap diminta menunjukkan kad pengenalan kerana bimbang menipu dan kebanyakannya akan memuji dengan memberitahu nama saya unik,” kata ibu beranak tiga itu.

Menurut Ida, dia pada awalnya memang terasa apabila sering kali diejek rakan sekolah dengan panggilan pelik seperti ‘Dam’, ‘Tiwi’, ‘IdamanperTV3’ dan ‘Damdam Dum’.

“Saya menganggap ia bagaimanapun hanya jenaka dan gurauan semata-mata kerana nama biasa turut menjadi bahan ejekan. Saya merasakan ia bukan masalah kerana diterima baik suami (Mohd Fauzan Khalid, 38), keluarga dan masyarakat sekeliling.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118959#sthash.HgjGAhJw.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-2-2016 05:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang tanya nama..cakap je nama ida
Kalau perlu bagi nama penuh baru bagitau
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la ...x perlu guna nama Arab lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:13 AM | Show all posts
melayu kalau bab ejek mengejek ni memang sinonim...mungkin ajaran tok nenek dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Idawati pun ok bunyinya. Dah si bapak pilih nama begitu. Nama begitu mungkin bunyi biasa di indonesia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2016 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg org pakai nama moden

Haqyal Aaron Daniel Bin Sukiman

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Idaman tu nama lelaki ke sis...
Masa sekolah dulu ramai kawan2 jate akak nama mcm perempuan spt rohani, roslin, amy natasha etc....mujurlah stok2 tu x terjebak dlm dunia fonen dek kerana nama yg kewanitaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 07:34 AM | Show all posts
patut tukar muhmad dengan aisyah baru sesuai nama pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 07:35 AM | Show all posts
unik nama...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:01 AM | Show all posts
ok le tu nama dia.. dari dibagi nama Jalur Gemilang
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa laa bapak bg nama pelik-pelik ni... tak terfikir ke anak jadi bhn gelak org ramai dah tahu culture kita tak biasa dgn nama tu. Ni mesti bapak dia stok-stok professor pelik dan rambut serabut kat uni.. jenis xpeduli

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:22 AM | Show all posts
Teringat Ferry Anugerah Makmur...

Masa iols study kat UiTM Sabah dulu .. ada sorg senir tu .. nama heols ialah Malaysiawati
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
rasa nama dia tak kedengaran mcm lelaki pun.

nama sprt firdaus, azam lg bunyi mcm lelaki malah ramai je pompuan nama cam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat sorg kwn masa sekolah rendah dlu..x pasti keturunan ape tp brddasarkn rupa paras bapaknya nmpk mcm keturunan leluhur serumpun gitu...namanya...Rintihan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:42 AM | Show all posts
yg aku pelik lak... nama yg pelik2 ni slalu berpangkat besar... haha... atau pon ada kerjaya yg kukuh dan hebat2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 08:45 AM | Show all posts
idaman jejaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama unik ni senang nak ingat and mak suka. . Tp nama yg meleret leret sampai tak cukup ruang nak isi itu lebih kpd merepek and perasan. Boleh gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:47 AM | Show all posts
trgt kang abg azizan..org yg tegap dan berjambang..skli nama
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 08:48 AM | Show all posts
Tukar jer nama tu. Process tukar nama semudah ABC kalau dpt approval jabatan agama. Nama tukar no problem dgn document/account bank/epf/socso/insurance/etc. No ic yg jadi reference, bukannnya nama. Berapa ramai org nama sama. Kalau tukar nama boleh ubah identity senang la org nak clearkan rekod buruk. Contohnya org yg dah diblacklist bank or declared bangkrap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.313009 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list