View: 12549|Reply: 145
|
[Tempatan]
{6} Nama lelaki, orgnya pompuan jadi ejekan rakan2 !
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 29-2-2016 05:43 AM
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 5:13 AM
Bangi: “Awak lelaki atau perempuan?” Itu antara pertanyaan kerap diajukan kepada seorang wanita sejak kecil hingga dewasa hanya kerana keunikan namanya yang turut berunsurkan patriotik.
Idaman Pertiwi Muhamad, 38, sentiasa mendapat perhatian dan sudah lali apabila ada yang menganggapnya sebagai lelaki atau nama sesebuah syarikat hingga pernah diminta mengeluarkan kad pengenalan kerana ramai tidak mempercayai namanya itu.
Menurutnya yang mesra dipanggil Ida, walaupun mungkin dianggap pelik segelintir pihak, dia berbangga dengan namanya itu kerana melambangkan asal usul dan mempunyai makna yang mendalam untuk dirinya.
“Nama itu diberikan oleh bapa saya, Prof Muhamad Mat Salleh (kini memegang jawatan sebagai Ketua Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menuntut selama dua tahun di Indonesia.
“Waktu itu, dia melanjutkan pengajian Sarjana Fizik di Universiti Gadjah Mada, Bandung dan mahu menamakan anak sulungnya dengan nama bercirikan negara jiran seperti Idaman.
“Tidak lama kemudian, bapa menuntut di London dan saya dilahirkan dua bulan sebelum kami sekeluarga pulang semula ke negara ini dengan diberikan nama Pertiwi yang bermaksud tanah air kerana bersifat patriotik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 4 Tambahan di sini, semalam.
Kata Penolong Pengurus Jenama, Perayauan Antarabangsa di Celcom Axiata Berhad itu, dia turut mengalami kejadian pelik ketika bekerja.
“Ketika pernah berkhidmat di bahagian khidmat pelanggan, kebanyakan pelanggan akan cuba menamatkan perbualan secepat mungkin kerana menganggap saya mahu menjual barang apabila memperkenalkan nama pada awal perbualan.
“Selain itu, sewaktu mahu mencari pekerjaan sebelum ini, saya kerap diminta menunjukkan kad pengenalan kerana bimbang menipu dan kebanyakannya akan memuji dengan memberitahu nama saya unik,” kata ibu beranak tiga itu.
Menurut Ida, dia pada awalnya memang terasa apabila sering kali diejek rakan sekolah dengan panggilan pelik seperti ‘Dam’, ‘Tiwi’, ‘IdamanperTV3’ dan ‘Damdam Dum’.
“Saya menganggap ia bagaimanapun hanya jenaka dan gurauan semata-mata kerana nama biasa turut menjadi bahan ejekan. Saya merasakan ia bukan masalah kerana diterima baik suami (Mohd Fauzan Khalid, 38), keluarga dan masyarakat sekeliling.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/118959#sthash.HgjGAhJw.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau orang tanya nama..cakap je nama ida
Kalau perlu bagi nama penuh baru bagitau |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la ...x perlu guna nama Arab lagi |
|
|
|
|
|
|
|
melayu kalau bab ejek mengejek ni memang sinonim...mungkin ajaran tok nenek dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Idawati pun ok bunyinya. Dah si bapak pilih nama begitu. Nama begitu mungkin bunyi biasa di indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg org pakai nama moden
Haqyal Aaron Daniel Bin Sukiman
|
|
|
|
|
|
|
|
Idaman tu nama lelaki ke sis...
Masa sekolah dulu ramai kawan2 jate akak nama mcm perempuan spt rohani, roslin, amy natasha etc....mujurlah stok2 tu x terjebak dlm dunia fonen dek kerana nama yg kewanitaan |
|
|
|
|
|
|
|
patut tukar muhmad dengan aisyah baru sesuai nama pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
ok le tu nama dia.. dari dibagi nama Jalur Gemilang |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa laa bapak bg nama pelik-pelik ni... tak terfikir ke anak jadi bhn gelak org ramai dah tahu culture kita tak biasa dgn nama tu. Ni mesti bapak dia stok-stok professor pelik dan rambut serabut kat uni.. jenis xpeduli
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat Ferry Anugerah Makmur...
Masa iols study kat UiTM Sabah dulu .. ada sorg senir tu .. nama heols ialah Malaysiawati |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nama dia tak kedengaran mcm lelaki pun.
nama sprt firdaus, azam lg bunyi mcm lelaki malah ramai je pompuan nama cam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat sorg kwn masa sekolah rendah dlu..x pasti keturunan ape tp brddasarkn rupa paras bapaknya nmpk mcm keturunan leluhur serumpun gitu...namanya...Rintihan... |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku pelik lak... nama yg pelik2 ni slalu berpangkat besar... haha... atau pon ada kerjaya yg kukuh dan hebat2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama unik ni senang nak ingat and mak suka. . Tp nama yg meleret leret sampai tak cukup ruang nak isi itu lebih kpd merepek and perasan. Boleh gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
trgt kang abg azizan..org yg tegap dan berjambang..skli nama |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar jer nama tu. Process tukar nama semudah ABC kalau dpt approval jabatan agama. Nama tukar no problem dgn document/account bank/epf/socso/insurance/etc. No ic yg jadi reference, bukannnya nama. Berapa ramai org nama sama. Kalau tukar nama boleh ubah identity senang la org nak clearkan rekod buruk. Contohnya org yg dah diblacklist bank or declared bangkrap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|