View: 8455|Reply: 105
|
[Tempatan]
{2} Dek 14 ekor buaya terlepas, nelayan takut ke laut!
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 2-3-2016 07:18 AM
Rabu, 2 Mac 2016 @ 7:08 AM
Johor Bahru: Sejak seminggu lalu, 32 nelayan di kawasan pantai Skudai di sini, tidak berani turun ke laut berikutan sering terserempak dengan kelibat buaya yang didakwa terlepas dari sebuah kolam peliharaan reptilia terbabit di Keranji, Singapura.
Walaupun pernah terserempak buaya di sepanjang sungai Skudai di sini, sebelum ini namun kejadian kali ini lebih membimbangkan kerana jumlah buaya yang didakwa terlepas mencecah 14 ekor.
Nelayan, Raja Khairul Azman Raja Hiados, 33, berkata, dia terserempak dengan buaya 22 Februari lalu ketika reptilia itu berjemur di tepi pantai.
“Ia bersaiz besar dan saya maklumkan penemuan terbabit kepada persatuan nelayan. Nelayan lain kemudiannya turut menceritakan pengalaman sama malah reptilia terbabit turut melanggar bot selain mengganggu jaring juga jala yang kami pasang,” katanya ketika ditemui.
Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan Mohd Zin Mohd Nor berkata, pada 24 Februari lalu, pihaknya menerima maklumat seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter melibas tiang jeti Kompleks Jabatan Perikanan Johor di Tampoi.
“Ketika itu, anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berada di atas jeti dan mereka terkejut apabila jeti bergegar. Pemeriksaan menemui buaya terbabit sedang melibas tiang jeti berkenaan.
“Kami yang menerima aduan daripada PPM kemudiannya memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri,” katanya ketika ditemui di jeti Kompleks Jabatan Perikanan Johor di Tampoi di sini, semalam.
Mohd Zin berkata, pendapatan nelayan di situ terjejas kerana bimbang ditimpa kejadian tidak diingini akibat kehadiran buaya terbabit.
“Buaya boleh dilihat timbul ketika cuaca sangat panas, waktu senja serta ketika air surut. Kesemua buaya terbabit dipercayai masuk ke Selat Johor melalui sungai Keranji ketika air pasang besar akhir Januari lalu.
Sementara itu, jurucakap Jabatan PERHILITAN negeri mengesahkan ada menerima aduan berhubung kehadiran buaya di kawasan berkenaan.
“Siasatan dan pemantauan lanjut di kawasan berkenaan mendapati kawasan aduan itu adalah habitat sedia ada bagi spesies buaya, namun mengikut rekod aduan jabatan, ini aduan pertama yang diterima berkaitan kehadiran buaya di kawasan berkenaan.
“Kami tidak dapat mengesahkan kehadiran buaya di kawasan ini boleh dikaitkan dengan reptilia yang terlepas di Singapura seperti yang didakwa memandangkan tiada aduan rasmi diterima daripada mana-mana pihak berkenaan,” katanya.
Sebagai langkah berhati-hati, PERHILITAN akan memasang papan tanda amaran kehadiran buaya di lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kami akan memantau situasi ini dari semasa ke semasa,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119453#sthash.NI2UEaug.dpuf
p/s bergegar tiang jeti kena libas boya...species dinosaur sgt boya tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
RAJA Khairul Azman menunjukkan tebing sungai Keranji dipercayai laluan digunakan buaya ketika terlepas daripada kolam ternakannya.
KAWASAN buaya selalu timbul di kawasan kayu bakau di Sungai Skudai. |
|
|
|
|
|
|
|
Uii scary
tapi buaya darat lagi bahaya nakkkk, sebab hidup di daratannn chances nak terserempak tu tinggi compare dengan buaya air tawar dan buaya air masin |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana la boleh terlepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk pulak tuu yg terlepas |
|
|
|
|
|
|
|
Owner kolam takkan tak perasan buaya nye dah terlepas? Scary nya |
|
|
|
|
|
|
|
sian kat nelayan dh la pendapatan x seberapa..nk.cr rezeki pon ssh |
|
|
|
|
|
|
|
uishh 14 ekor tu. Kalau semua saiz gabak2..fuhhhh scary |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri nya..duk libas tiang jeti tu buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
jgn jadi bodoh xde buaya boleh hidup di air masin , buaya tu akan jadi jeruk buaya
|
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke ade juga buaya yg idup kat salt water ..?
|
|
|
|
|
|
|
|
okie ler tue ... leh dijadikan sebagai tarikan perlancongan ... menyusuri selat tebrau sambil meliat kehadiran boya boya yang bergerak bebas kat sekitar tue |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.... bertambah hidupan liar negara...... |
|
|
|
|
|
|
|
hrp jgn mambaham org udah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
got la crocodile boleh hidup dalam air masin. mostly dekat bahagian muara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada spesies buaya yang hidup di air masin iaitu saltwater crocodile misalnya Crocodylus porosus dan dianggap lebih berbahaya kpd manusia berbanding buaya air tawar. Selatan Semenanjung Malaysia adalah antara tempat tinggal saltwater crocodile. Sila rujuk http://www.iucnredlist.org/details/full/21981/0
|
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana replied at 2-3-2016 08:04 AM
jgn jadi bodoh xde buaya boleh hidup di air masin , buaya tu akan jadi jeruk buaya
buaya ayaq masin la paling ganaih.
australian panggil indo-pacific croc |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dia tengan bosan2 atau rindukan manusia campakkan bangkai ayam kepada dia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|