CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 4

[Tempatan] {6} Tudingan berminyak: Seludup 800k liter petrol ditumpaskan!

[Copy link]
Post time 2-3-2016 09:48 AM | Show all posts |Read mode
March 2, 2016, Wednesday



Anggota PPMW5L menunjukkan tangki yang digunakan untuk menyimpan minyak diesel bersubsidi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2016 09:49 AM | Show all posts
LAWAS: Polis Marin Wilayah Lima Limbang (PPM W5L) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 800,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM1.08 juta dalam Ops Gelora di Pantai Punang di sini, kelmarin.

Operasi dijalankan lima anggota termasuk seorang pegawai sekitar jam 10.20 pagi mendapati dua kapal tangki minyak sedang berlabuh di kawasan terbabit.

Komander Polis Marin Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada cubaan melakukan aktiviti pemindahan minyak di antara kedua-dua kapal itu.

“Apabila dihampiri, beberapa lelaki warga asing dipercayai kru kapal yang berada di ruangan kargo melarikan diri ke kabin kedua-dua kapal tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen berhubung dengan muatan minyak diesel dibawa,” katanya di sini semalam.

Kalai berkata, siasatan awal mendapati diesel itu dipercayai diperolehi secara haram kerana tiada sebarang dokumen pembuktian berhubung status kebenaran membawa minyak tersebut.

Beliau menjelaskan, kedua-dua kapal tangki dan minyak diesel kemudiannya dirampas dan dihantar ke Labuan.

“Semua barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. - Sarawak News

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 09:54 AM | Show all posts
Kata subsidi minyak dah takde. Yg ni subsidi mana pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:21 AM | Show all posts
zach2008 replied at 2-3-2016 09:54 AM
Kata subsidi minyak dah takde. Yg ni subsidi mana pulak.

Pekerja akhbar nyanyok. Biasalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2016 09:53 AM | Show all posts


Bisnes di tengah Samudera


Lawas: Kedudukan dua kapal tangki yang rapat ketika berlabuh di perairan pantai Kampung Punang, di sini, membongkar kegiatan memindah dan menyimpan diesel tanpa dokumen sah bernilai RM13.08 juta, kelmarin.
Dalam Operasi Gelora 01 yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Limbang itu, dua kapal tangki minyak yang berlabuh kira-kira 3.76 batu nautika dari pantai Kampung Punang, jam 10.20 pagi diperiksa dan didapati cuba menyeleweng diesel bersubsidi.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak Asisten Komisioner Kalai Chelvan Nadarajan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu membawa sejumlah diesel tanpa mempunyai dokumen sah.

Menurutnya, diesel terbabit dipercayai diperoleh secara haram untuk diseludup bagi kegunaan industri.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Seramai 16 lelaki warga asing terdiri daripada 14 warga Myanmar, masing-masing seorang dari India dan Nepal ditahan bagi membantu siasatan.

“Diesel sebanyak 800,000 liter yang dibawa kedua kapal terbabit turut dirampas dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Kalai berkata, kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Labuan untuk siasatan lanjut.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Lawas dan keseluruhan rampasan dan tindakan seterusnya akan diambil,” katanya.

Katanya, PPM Wilayah Lima Sarawak mengalu-alukan orang awam dan agensi kerajaan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi pencegahan dan pembanterasan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pejabat PPM di talian 082-334111 atau faks ke 082-344780.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119841#foto
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.414371 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list