CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4456|Reply: 33

[Tempatan] {7} Etnik Dumpas mohon jadi etnik utama di Sabah!

[Copy link]
Post time 2-3-2016 09:52 AM | Show all posts |Read mode
March 2, 2016, Wednesday




Ronald merenjis pasangan suku kaum Dumpas ketika pelancaran Persatuan Dumpas Sabah di Beluran.

p/s mcm majlis persandingan org Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2016 09:54 AM | Show all posts
Pertimbang usaha jadikan Dumpas sebagai etnik utama, kata Ronald

BELURAN: Usaha menjadikan suku Dumpas sebagai etnik utama di negeri ini harus dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata, pada masa sekarang suku Dumpas yang ramai tinggal di Beluran dan Sandakan diletakkan sebagai sub-etnik Kadazan Dusun dan Murut (KDM).

Katanya, suku itu mempunyai budaya, pertuturan dan sejarah tersendiri setanding dengan etnik besar yang lain.

“Seharusnya, ia menjadi sebagai satu kumpulan etnik yang sama tarafnya dengan etnik yang lain di negeri Sabah. Saya melihat suku kaum Dumpas ini sama dengan suku kaum KDM, Sungai, Bajau Tebilung dan suku kaum lain di negeri Sabah.

“Kita harap agar melalui persatuan yang dilancar pada hari ini (kelmarin), ia dapat menonjolkan perbezaan mereka dengan suku kaum yang lain dan menjadikan kumpulan ini kumpulan etnik utama di negeri ini,” katanya.

Ronald berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Dumpas Sabah, Pembentangan Inventori Suku Kaum Dumpas dan Pelancaran Album Etnik Dumpas di Dewan Pupakatun, Kampung Ganah Jati, di sini kelmarin.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mencadangkan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan pengkaji etnik di negara ini menjalankan kajian secara terperinci bagi menaiktaraf kumpulan suku Dumpas agar menjadi kumpulan etnik yang sama taraf dengan etnik lain.

Mengenai penubuhan Persatuan Dumpas, beliau berkata penubuhan persatuan terbabit bukan sahaja dapat menonjolkan kebudayaan dan keunikan suku kaum Dumpas malah menjadi jambatan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan suku itu sendiri agar lebih disegani di negeri ini.

Katanya, penubuhan Persatuan Dumpas Sabah merupakan langkah tepat bagi suku kaum itu, dan ia bukan sahaja akan lebih dikenali malah mampu berdiri sendiri sebagai etnik besar dan terpenting di negeri ini.

Pada Majlis itu, Ronald turut melancarkan album lagu-lagu etnik dumpas yang dinyanyikan artis tempatan iaitu Puteri Norain Faradina, Siti Norini Angoi dan Kasman Rambung.

Ronald turut mengumumkan sumbangan RM40,000 untuk aktiviti Persatuan Dumpas. - Sabah News
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
first time dengar dumpas
kiranya mmg ramai cm kaum utama lain ka..
x termasuk indon.pilak bagai ya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:09 AM | Show all posts
dumpas tak pernah dengar ... dumbash adalah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:12 AM | Show all posts
baru discovered ke cane? dah berkurun2 baru skarang mintak taraf etnik utama
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:18 AM | Show all posts
Nda ramai ba orang Dumpas ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu...divide and rules..kalau kristian...mesti divide mereka...

kalau islam...semua anggap melayu

mmg agenda halus utk etnik cleansing
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:08 AM | Show all posts
rosasa replied at 2-3-2016 10:09 AM
dumpas tak pernah dengar ... dumbash adalah

dubsmash la kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ta pernah dengar pon psal depa nih??
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:50 AM | Show all posts
Tah banyak sangat bangsa kau kat Sabah tue. Mak pening, mak tau kalau testesss mak carrasssc  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 11:50 AM | Show all posts
pasai tak penah dgr, dorang mintak nak bagi dgr...
Dumpas satu etnik berlain, tak boleh letak bwh sub etnik kadazan...
bahasa lain & byk lgi lain...
nie mcm bangsa Rohingya & kurdistan , minta iktiraf bangsa dorang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah semua nak jadi yg utama, apa hal
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:02 PM | Show all posts
PenangWin replied at 2-3-2016 10:18 AM
huhu...divide and rules..kalau kristian...mesti divide mereka...

kalau islam...semua anggap melay ...

Ko ni aku tengok asyik tak puas hati sahaja. Boleh tak sekali sekala berbaik sangka? Etnik dumpas sendiri yang nak di iktiraf sebagai etnik utama Sabah. Jangan nak konar salahkan orang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
langlobat replied at 2-3-2016 12:02 PM
Ko ni aku tengok asyik tak puas hati sahaja. Boleh tak sekali sekala berbaik sangka? Etnik dumpas  ...

kalau nak seperate etnik melayu palsu islam supaya bukan melayu lagi, ingat berapa ramai mamak, arab, bangla akan bantah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.. good for them....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tahu ada etnik dumpas ni .. biasa dgr kadazan dusun ,murut, bajau, rungus, sungai, kedayan, kenyah je  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 12:35 PM | Show all posts
macamna bahasa dumpas ni?...teringin juga nak dengar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 01:03 PM | Show all posts
OmJualGas replied at 2-3-2016 12:35 PM
macamna bahasa dumpas ni?...teringin juga nak dengar...

Mana asal urang Dumas ni?? Aku org Sabah pun seumur hidup baru first time dengar ni kaum. Ini salasilah dari pilak jugakah?? Bikin semak saja mo claim2 suku kaum utama di Sabah.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 01:05 PM | Show all posts
Bajau dan sulu Philiphine yang jadi etnik utama sekarang ni sama legal atau illegal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 03:45 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 2-3-2016 01:03 PM
Mana asal urang Dumas ni?? Aku org Sabah pun seumur hidup baru first time dengar ni kaum. Ini sala ...

ala...bukan sume org tau sume benda...
biasa la tuh...
jangan melatah smpi angkat parang pjg suda...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.234947 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list