CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3166|Reply: 25

[Tempatan] {10}Sukarelawan mirip model Qu white jamu kucing 3 pagi di jalanan !

[Copy link]
Post time 2-3-2016 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 2-3-2016 10:37 AM

2 Mac 2016


SEORANG sukarelawan memberi makan kepada kucing jalanan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2016 10:18 AM | Show all posts
Berjaga 2-3 pagi jaga kucing gelandangan

2 Mac 2016

Kuala Terengganu: Sanggup berjaga hingga ke awal pagi dan menghabiskan masa selama tiga hingga empat jam setiap hari semata-mata mahu menemani dan memberi makan kepada kucing jalanan mungkin agak pelik, namun itulah aktiviti dilakukan sekumpulan anak muda di bandar raya ini.

Mereka bukan hanya sanggup memberi makan, malah turut memberi ubatan asas kepada haiwan terbiar berkenaan yang tidak sihat bermula jam 12 tengah malam hingga jam 3 atau 4 pagi.

Bagi mereka yang tidak menyukai haiwan berkenaan, pasti beranggapan aktiviti itu membuang masa atau ‘kerja bodoh’ tetapi bagi mereka yang menyayangi haiwan, ia memberi kepuasan kepada diri masing-masing.

“Kalau betul ada beranggapan aktiviti yang kami lakukan ini satu kerja bodoh atau sia-sia, biarkanlah mereka. Bagi kami dengan membantu kucing ini makan adalah satu kewajiban dan kebajikan seperti memberi makan kepada gelandangan.

“Kami puas apabila melihat kucing terbiar ini makan dan memastikan ia kenyang sebelum beralih ke lokasi lain,”
kata Ayub Che Ngah, 28, dari Taman Permint Perdana, Seberang Takir, Kuala Nerus.

Sesuatu yang mengagumkan dapat dilihat ketika Harian Metro menyertai aktiviti itu di Pasar Manir,di sini, apabila seekor demi seekor kucing keluar daripada kawasan pasar sebaik motosikal dinaiki kumpulan berkenaan memasuki kawasan terbabit.

Sebaik ahli kumpulan berkenaan tiba, mereka akan menggoncangkan tabung berisi makanan kucing sebelum meletakkannya dalam beberapa pinggan pakai buang di kawasan berkenaan.

Antara pasar yang dikunjungi kumpulan berkenaan adalah Pasar Payang, Manir, Chabang Tiga dan Pekan Batu Enam dan pernah melakukan aktiviti itu di pusat pembuangan kucing di Dungun.

Difahamkan, bukan semua kucing jalanan tidak bernilai dan berpenyakit, malah ada antaranya bernilai ribuan ringgit tetapi disebabkan ada kecacatan haiwan berkenaan dibuang pemiliknya.

“Ada kucing jalanan yang pernah saya bela diambil oleh rakan dan penggemar kucing lain yang berminat untuk membelanya,” katanya ditemui ketika sedang memberi makan kucing bersama rakan-rakannya.

Menurutnya, untuk membeli makanan dan ubatan asas untuk kucing terbiar berkenaan, dia berkongsi bersama rakan dan menganggarkan sebanyak RM300 hingga RM400 sebulan diperlukan bagi tujuan itu.

Ayub yang berniaga tauhu bakar di Kampung Losong, di sini, berkata dia bertuah memiliki isteri yang sentiasa menyokong aktiviti itu dan pernah ‘turun padang’ bersamanya memberi makan kepada haiwan berkenaan.

“Isteri saya seorang penggemar kucing dan sangat menyayangi haiwan kesayangan Rasulullah saw,” katanya.
Menurutnya, idea melakukan aktiviti itu timbul selepas melihat haiwan berkenaan berkeliaran mencari makan ketika di kedai makan.

“Melihat kucing-kucing itu ‘meminta’ makanan dari meja ke meja, seolah-olah ia seperti merintih meminta makanan setiap pengunjung kedai dan amat menyentuh hati saya.

“Dari situlah timbul idea untuk memberi makan kucing terbiar dan menjadikan kawasan pasar sebagai lokasi memandangkan kawasan itu terdapat banyak kucing terbiar,” katanya.

Dia memilih awal pagi kerana ketika itu haiwan berkenaan keluar mencari makanan. Sudah menjadi sifat kucing berjaga pada waktu malam dan tidur pada siang hari.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119509#sthash.b846zMl4.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:23 AM | Show all posts

Aku pon pencinta haiwan seperti kucing tapi aku takut anjing

Semuga Allah S.W.T saja yg dapat membalas budi akak bertudung merah gebu itew... Amin2 Ya Rabbala'lamin..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:32 AM | Show all posts
muka pakai bedak sejok macam tepung gomak dahhh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:34 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 2-3-2016 10:32 AM
muka pakai bedak sejok macam tepung gomak dahhh.

persis Dr Vida dari tepi gituh


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:35 AM | Show all posts
Syd replied at 2-3-2016 05:34 AM
persis Dr Vida dari tepi gituh

hahaha...aku baru terpikir pasal tu. Dr Vida tanpa crown.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 10:39 AM | Show all posts
Aku takut kucing,
TP biasanya beli makanan kucing timbang,
Lpstu campak je kat kucing liar belakang rumah.
Sbbnya dulu aku ni bengong gak,campak tulang ikan,tulang ayam
TP bila pernah dgr Org ni CKP 'kita ni sbgai manusia tulang pun xnak Mkn knp bg haiwan mcmtu'
So mmg terasa sampai kebenak hati ni.sejak dari tu serik
Kdg2 xda makanan kucing bg ikan goreng,nasi,gaul dgn kicap letak je kat belakang.
Licin kucing2 tu makan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:41 AM | Show all posts
kambeng_masam replied at 2-3-2016 10:35 AM
hahaha...aku baru terpikir pasal tu. Dr Vida tanpa crown.

as yu wish gituhh;






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Astro la..dulu dah pernah ada thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati mulia...
tp klu boleh lapikla mknn tu dlm pinggan or mgkuk plastik.. apa2 bkas plastik pn xpa..
bkn ape.. kesian meow tu mulut dia lidah dia dok kna jalan tar tu. N mgkin kutip skali pasir ke ape kn..

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:50 AM | Show all posts
beza muka dengan tangan mang aiiii...
terima kasih la tapi atas usaha murni.. semoga murah rezeki mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:07 AM | Show all posts
stray cats kat area opis ai ni, gemuk2.
sebab ada kedai2 yang letak makanan kucing n air kat luar pintu, bukan setakat petshop, kedai mcm Guardian pun letak. so bila kucing2 tu dah makan dia  tido je kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg sama lar sis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
terbaik !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 12:27 PM | Show all posts
Madel replied at 2-3-2016 10:46 AM
Astro la..dulu dah pernah ada thread ni

accusation without proof is not valid...madel
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 03:19 PM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 2-3-2016 12:27 PM
accusation without proof is not valid...madel

Kena rajin search thread la....tak kan nak harap disuap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 03:22 PM | Show all posts
haha....sejibik mcm bonda pamoga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2016 03:37 PM | Show all posts
Madel replied at 2-3-2016 03:19 PM
Kena rajin search thread la....tak kan nak harap disuap..

I'm not the accuser...
why bother to search...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 03:52 PM | Show all posts
tongkatwaran75 replied at 2-3-2016 03:37 PM
I'm not the accuser...
why bother to search...


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 03:53 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.537392 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list