View: 1364|Reply: 15
|
[Tempatan]
polis siasat wakil rakyat lepaskan tembakan!
[Copy link]
|
|
(Ubah saiz teks)
IPOH: Polis Perak akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan sekumpulan Orang Asli suku Temiar mengenai tindakan seorang wakil rakyat melepaskan tembakan ke udara ketika lawatannya ke Kampung Sungai Papan, Gerik pada 19 Januari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata siasatan kes itu akan dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Orang Asli berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur berhubung Anggota Dewan Undangan Negeri itu selepas tidak dibenarkan membuat laporan polis di Balai Polis Lenggong dan Balai Polis Gerik.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya berlaku sebarang tingkah laku atau pelanggaran tatatertib dalam kalangan anggota polis.
"Sekiranya berlaku sebarang salah laku atau pelanggaran tatatertib maka siasatan akan dilakukan. Siasatan polis melibatkan elemen siasatan tatatertib.
"Pihak polis tidak boleh menghalang untuk sebarang aduan dibuat oleh orang awam," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Menurut Goh, polis menerima laporan berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada 11.45 malam semalam.
"Pihak polis hanya akan mengeluarkan salinan laporan kepada pengadu atau peguam pada waktu pejabat. Salinan laporan perlu ditandatangani oleh pegawai bertugas sebagai salinan sah.
"Pihak polis IPD Gerik telah dimaklumkan dan mengeluarkan nombor laporan iaitu 'Gerik Report' 302/16," katanya.
Jelasnya, mengenai laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Goh berkata sekumpulan Orang Asli itu kemungkinan membuat laporan kerana keengganan sebuah balai polis untuk mengambil laporan tersebut.
"Untuk laporan terhadap ADUN ini, ia mesti dilaporkan di daerah di mana kejadian berlaku, tetapi boleh dibuat di mana-mana balai polis di Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.
"Biarlah polis semak dan menjalankan siasatan," katanya.-- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
DAP memang gengster
|
|
|
|
|
|
|
|
Tudia ..tunjuk kuasa
mentang2 orang asli, kau berani lah |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 2-3-2016 08:55 PM
Tudia ..tunjuk kuasa
mentang2 orang asli, kau berani lah
Nasib x kene sumpit |
|
|
|
|
|
|
|
sumpit derang tiada ubat weh
kena sembah ratu theyols balik
itu kata orang2 tua..idok lah tahu kebenarannya
|
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 2-3-2016 09:02 PM
sumpit derang tiada ubat weh
kena sembah ratu theyols balik
Erkk..takutnye ,ape effect kalo kne sumpit ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Adun fefeeling taiko lawat kawasan? |
|
|
|
|
|
|
|
Adun mana nih taiko taik? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak rasmi pestol ke tiewww.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye laa patut sumpit je celah kangkang...mendapat CASH gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Adun berlagak mana ni...acah2 tunjuk gengster nk rembat balak hutan tu la gamaknya...org asli pun ngeri adun ada pistol? Yg polis maintain bingai walau di mana pun mereka berada...setakat adun pun takut nk amik repot? Vip didahulukan...rakyat g mampos |
|
|
|
|
|
|
|
Adun tahik mana ni fefeeling mafia cowboy town pelbagai. Moga2 menerima cash la adun samseng jibai terlaknat main tembak2 pistol nih: |
|
|
|
|
|
|
|
Yb Gerik sapa? Kawan aku ydp gerik mesti ikut sama.haha |
|
|
|
|
|
|
|
siasat dgn xsiasat..
polis kawasan xberani terima report,adun khennnnn..
dah rakyat kawasan ko xjaga..
DAP masuk, tau nak marah,
sampai guna pistol bagi amaran, teruk benar.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|