View: 704|Reply: 1
|
[Tempatan]
{17} Berita catuan Syabas di wasap adalah PALSU!
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 2-3-2016 09:31 PM
Syabas nafi catuan bekalan air di Lembah Klang
02/03/2016 4:59pm
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hari ini menafikan menjalankan pelan catuan bekalan air peringkat kedua di Lembah Klang, seperti tersebar dalam aplikasi Whatsapp baru-baru ini.
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Abdullah berkata, maklumat yang tersebar itu merujuk kepada pelan catuan bekalan air pada 2014.
"Pengguna disaran supaya menggunakan aplikasi telefon pintar mySYABAS atau www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, tersebar dalam aplikasi media sosial itu kononnya pelan catuan bekalan air akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Mac di beberapa kawasan di Kuala Lumpur. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
sewenang-sewenang jer sebar berita palsu....
mane tak marah Tan Sri Rozali...
pangai pemfitnah berhantu mmg suka selewengkan org... |
|
|
|
|
|
|
| |
|