CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 6

[Tempatan] Kerana Terlanjur, Gadis Reka Cerita Disamun, Dirogol

 Close [Copy link]
Post time 2-3-2016 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Kerana Terlanjur, Gadis Reka Cerita Disamun, Dirogol
Posted on March 1, 2016 by Editorial|



                                Tampin – Takut dimarahi ibu bapa kerana terlanjur dengan teman lelaki berusia 19 tahun, seorang remaja bawah umur sanggup membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun dan dirogol di rumahnya di Air Kuning Selatan, 11 Disember tahun lalu.

Pelajar berusia 17 tahun itu bagaimanapun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, di sini, gara-gara tindakannya membuat laporan palsu tersebut.

Remaja berkenaan ketika dibacakan pertuduhan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit memberi maklumat palsu bahawa dia disamun dan dirogol di kediamannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ezwady Mat Lajis sebagai penjawat awam di Balai Polis Air Kuning Selatan, kira-kira jam 7 malam, 11 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan, P Pushpa memohon tarikh sebutan lain bagi kes berkenaan untuk mengemukakan laporan akhlak pelajar berkenaan.

Majistret, Mahyun Yusuf menetapkan 17 Mac ini bagi sebutan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, pelajar berkenaan sebelum ini membuat laporan menyatakan ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu, sementara adiknya berusia lima tahun menonton televisyen di bilik, dia didatangi dua lelaki berpakaian penuh hitam serta bertopeng yang masuk ke rumahnya dari pintu belakang.

Menurutnya, seorang daripada suspek meluru ke arahnya, manakala seorang lagi suspek masuk ke dalam bilik menggeledah barangan.

Suspek yang meluru ke arahnya telah mengacukan pisau lipat dan bertindak merogolnya.

Pelajar berkenaan juga mendakwa dapat melarikan diri ke arah dapur mengambil pisau semasa suspek memakai seluar.

Remaja itu juga mendakwa suspek berjaya menepis pisau berkenaan dan dia sempat melarikan diri masuk ke dalam bilik yang terdapat adiknya.

Pada masa sama, kedua-dua suspek tadi melarikan diri.

Pelajar berkenaan kemudian terus menghubungi jiran bagi meminta bantuan.

Hasil siasatan mendapati gadis berkenaan membuat laporan palsu selepas terlanjur dengan teman lelakinya kerana bimbang dimarahi ibu bapanya. -SuaraTV


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 10:07 PM | Show all posts
hebat betul kemahiran berfikir bebudak sekarang ye..mohon mana2 pengarah drama cinta () tv3 tu amek dorang jadi penulis skrip..muda2 dah berbakat camni, bayangkan kalau kalau tua sikit, harus rating drama pecah rekod kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:14 PM | Show all posts
pastu ,
teman lelaki tu,
ditangkap

dicaz rogol bwh umo,

dua2 msuk jail
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 2-3-2016 10:07 PM
hebat betul kemahiran berfikir bebudak sekarang ye..mohon mana2 pengarah drama cinta () tv3 tu ame ...

Bebudak dulu tak de subjek kemahiran hidup....

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:20 PM | Show all posts
jazaa100 posted on 2-3-2016 10:17 PM
Bebudak dulu tak de subjek kemahiran hidup....

apa pulak takde..ada je

kemahiran hidup bersepadu nama dia

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mesti anak didikan amirah...girl of the new year tu ari..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 10:41 PM | Show all posts
apa beza dengan thread yang ini....

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D4

kalau TT ni rajin jengah2 forum mesti perasan...

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.193058 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list