CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 1

[Tempatan] {1} Apa lagi yg jadi penampan jika bakau pun diracun!

[Copy link]
Post time 3-3-2016 07:06 AM | Show all posts |Read mode
3 Mac 2016

Hutan paya bakau Penaga bakal musnah akibat diracun

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan kebimba­ngan hutan paya bakau di Penaga, Kepala Batas bakal menyembah bumi sekiranya pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan racun bagi memudahkan proses penebangan tumbuhan di kawasan terbabit.

Pegawai Luar Bandar CAP, Zulkifli Yusuf berkata, meskipun setakat ini tiada sebarang kerja-kerja pemusnahan hutan dilakukan, pihaknya giat menjalankan pemantauan.

“Terbaru, kami mengadakan bantahan dengan menye­rahkan memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar projek itu dibatalkan,” katanya yang belum menerima sebarang maklum balas berhubung penyerahan memorandum itu.

Zulkifli berkata, CAP sangat khuatir dengan nasib hutan paya bakau Penaga kerana kawasan bakau seluas 64.75 hektar di Balik Pulau sebelum ini yang menjadi bentang ombak besar tsunami sebahagiannya sudah musnah.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz41n1dzVEh
Hakcipta terpelihara

p/s kehancuran manusia disebabkan manusia semata-mata...tidak!!! setan HANTU iblis pun jadi kadernya...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2016 07:09 AM | Show all posts
Menteri arah projek disiasat

Beliau turut menyelar sikap tidak bertanggungjawab mereka yang cuba melenyapkan hutan paya bakau itu bagi membolehkan projek akuakultur penternakan ikan dan udang dilaksanakan.

Susulan laporan eksklusif Ko­smo! itu, Wan Junaidi memberitahu, beliau telah mengarahkan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat secara terperinci dakwaan itu.

“Kita ambil perhatian terhadap isu ini. Saya sudah pun beri arahan kepada JAS untuk lakukan pemeriksaan dengan kadar segera,” tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Wan Junaidi memberikan reaksi itu sebagai mengulas keluhan kira-kira 20,000 penduduk perkampu­ngan nelayan di Penaga yang khuatir dengan implikasi buruk yang bakal di­terima apabila hutan paya bakau Penaga yang berkeluasan 200 hektar, iaitu bersamaan dengan kira-kira 500 padang bola sepak, mahu dibangunkan untuk projek akuakultur.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz41n2jxi49
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055331 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list