View: 756|Reply: 4
|
[Tempatan]
{15} Tabung Kuil kena curi, 2 ditahan!
[Copy link]
|
|
Kuantan: Dua lelaki terpaksa bermalam dalam lokap selepas ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuantan kerana disyaki cuba mencuri duit tabung di kuil di Jalan Bukit Ubi, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 pagi, suspek berusia 22 dan 26 tahun ditahan anggota URB yang melakukan rondaan cegah jenayah selepas terserempak mereka dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek gagal memberikan keterangan tujuan berada di lokasi kejadian sebelum polis mengesyaki mereka cuba melakukan jenayah curi.
“Hasil ujian saringan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati kedua-dua suspek positif dadah amphethamine,” katanya.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek cuba menceroboh masuk ke dalam kuil berkenaan untuk mencuri duit tabung memandangkan ia tiada penjaga.
Menurutnya, polis turut merampas motosikal Honda EX5 dinaiki suspek dan siasatan masih diteruskan untuk memastikan sama ada kenderaan itu dicuri atau sebaliknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119861#sthash.2gO1nQQ5.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kata duit tabung masjid je, tabung kuil pun kena skg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ummah mane nih...maideen ?
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu la.. mana lagi..
melayu/jawa/arob paling jahat dalam dunia bak kata ummah CI..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|