Kadang-kadang benda yang nampak seperti tiada guna sebenarnya banyak pula kegunaannya tanpa kita sedari.
Nak cantik, kemas tak semestinya perlu mengeluarkan bajet yang tinggi. Seperti batang penyangkut ini yang terjual di kedai serbaguna MR.DIY, biasa tengok tetapi tidak tahu apa fungsinya. Inilah benda yang boleh dipelbagaikan menggunakan penyangkut DIY.
1. Dijadikan sebagai penyangkut ampaian.
2. Sebagai tempat letak tisu gulung di dapur.
3. Sebagai penyangkut tuala.
4. Boleh juga kalau nak sangkut baju kat guna rod ni.
5. Sangkut pekakas di dapur.
6. Susun atur kabinet korang macam ni.
7. Boleh juga DIY kan letak reben atau plaster.
8. Kemaskan dulang korang dapur.
9. Jadikan tempat letak accessories. Takde lah berselirat lagi.