CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25524|Reply: 61

[2016] UPIN & IPIN JENG JENG JENG

[Copy link]
Post time 28-3-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 8-12-2016 08:55 AM

upin ipin nak kuar filem baru tak lama lagi

dengar2 kuar november 2016 ni

kerja sama les copaque dan kru studios

filem animasi cg gabung dgn orang betul

pelakonnya upin ipin dan pelakon cilik puteri balqis

trailer dier:

https://www.youtube.com/watch?v=PJNVUkY3Gxo

boleh jadi bakal jadi pencabar besar kutipan boboiboy the movie



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 10:32 AM | Show all posts
so yesteryears la tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 10:55 AM | Show all posts

so yesteryears pun thread dier blom pun ada kat sini


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 11:01 AM | Show all posts
tgk pada trailer citer ni, disebabkan kru terlibat dlm citer ni, persembahan dia ada iras filem kru sblom ni iaitu magika
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 11:41 AM | Show all posts
RED 666 replied at 28-3-2016 11:01 AM
tgk pada trailer citer ni, disebabkan kru terlibat dlm citer ni, persembahan dia ada iras filem kru  ...

tt nok tgok ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 12:14 PM | Show all posts

mmg plan nk tgok ler, bawak anak tgk wayang citer mesti syok

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2016 01:04 PM | Show all posts
apa...KRU...
kompom jalan crita cam lahanat....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 03:27 PM | Show all posts
kak @sepitsiput @joey_mcintrye @mat_arof
ade can masuk pencalonan best actress ffm thn 2017



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2016 03:38 PM | Show all posts
lawak tengok putreri balqis marahkan upin ipin sampai takut diorang dlm trailer tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kru...bosan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 09:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 11:09 AM | Show all posts
KRU join venture? fuck im out.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 3-4-2016 11:09 AM
KRU join venture?  fuck im out.

Peliknya kenapa ramai komen tak suka kru terlibat ya?

Merong mmg x best tp magika boleh thn jgak

Cgi kru pun leh tahan apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 02:52 PM | Show all posts
RED 666 replied at 3-4-2016 02:37 PM
Peliknya kenapa ramai komen tak suka kru terlibat ya?

Merong mmg x best tp magika boleh thn jga ...

setakat boleh tahan, baik aku tunggu cerita tu keluar kat tv masa raya jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 3-4-2016 02:52 PM
setakat boleh tahan, baik aku tunggu cerita tu keluar kat tv masa raya jah.

Bagi aku cgi kru boleh dikatakan ok dgn bajet yg tak besar mana

Nk cgi mantop mcm filem2 hollywood beratus juta dolar la kena labur

Cgi movie jepun korea pun tak real mana sbb bajet mereka x sebesar hollywood
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:24 PM | Show all posts
RED 666 replied at 3-4-2016 03:07 PM
Bagi aku cgi kru boleh dikatakan ok dgn bajet yg tak besar mana

Nk cgi mantop mcm filem2 hollyw ...

dan aku tak cakap pasal CGI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2016 05:45 PM | Show all posts
RED 666 replied at 3-4-2016 02:37 PM
Peliknya kenapa ramai komen tak suka kru terlibat ya?

Merong mmg x best tp magika boleh thn jga ...

bezanya merong tu yusri punya menang filem terbaik FFM-24...DGN BAJET 8JUTA magika tu edry punye menang filem terbaik FFM-23...dgn bajet 3juta ++ je tp kt mesia ramai x minat muzikal filem camneh

so kita kena tgk siapa yg akan terlibat


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2016 03:24 PM | Show all posts
Ni nak lawan Boboiboy The Movie ker??


Penerbit Upin & Ipin Tanggung Kerugian Besar
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 5:45 AM


[size=0.75em]Sidang media filem Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! dihadiri oleh (dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar, Presiden Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman dan Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), Hasnul Hadi Samsudin.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! terpaksa menanggung kerugian besar apabila naskhah berkenaan yang telah siap dihasilkan tiga tahun lalu terpaksa menjalani penggambaran semula.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana dia tidak berpuas hati dengan hasil akhir karya berkenaan yang mempunyai banyak kelemahan daripada pelbagai aspek termasuk pengarahan, persembahan pelakon dan masalah teknikal.

"Filem ini sebenarnya telah siap pada 2013 tetapi kami terpaksa buang semua dan mula menghasilkannya daripada awal kerana terlalu banyak kelemahan yang tidak menepati piawaian.

"Selain masalah teknikal kami mengambil keputusan itu kerana kelemahan pengarah yang gagal mengikut skrip ditetapkan selain pelakon yang tidak sesuai.

"Sudah tentu pihak kami mengalami kerugian besar daripada tindakan itu tetapi tidak mengapa kerana Les' Copaque Production berazam ingin memberikan terbaik kepada penonton memandangkan Upin Ipin adalah jenama besar dan tidak boleh ada sebarang kesilapan," katanya.

Burhanuddin berkata demikian ketika sidang media pelancaran filem berkenaan di Aloft Kuala Lumpur di sini, Rabu.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis memegang peranan utama.
[size=0.98em]Bagaimanapun Burhanuddin enggan mendedahkan jumlah kerugian termasuk pengarah dan pelakon yang terlibat ketika penggmbaran pertama filem itu.

Bagi versi terbaharu Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng!, ia menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak.

Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta itu mendapat pembiayaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Dalam pada itu, Burhanuddin berkata, untuk filem Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng ini pihaknya memilih Erma Fatima sebagai pengarah selain mengekalkan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production, Ainon Ariff bagi mengarahkan bahagian animasi naskhah tersebut.

Jelasnya, meskipun Erma kali pertama terlibat dalam pengarahan filem yang menggabungkan teknik animasi 3 Dimensi (3D) dan lakonan hidup namun pihaknya berpuas hati dengan kerja dilakukan oleh wanita itu.

"Untuk versi terbaharu ini kami turut mengolah semula skrip hasil daripada bedah siasat terhadap hasil yang pertama dan Erma berjaya merialisasikan apa yang kami mahukan.
[size=0.98em]



[size=0.98em]Watak Upin Ipin menjadi fenomena dan menjadi kegilaan kanak-kanak.
[size=0.98em]"Ada beberapa kelompongan tetapi Insya-Allah ia boleh diperbaiki dengan teknik CGI dan setakat ini semuanya berjalan lancar," jelasnya.

Tambah Burhanuddin, penggambaran kedua filem itu berlangsung pada Oktober 2014 dan hanya mengekalkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Puteri Balqis dan Awie.

"Kami agak lewat untuk memulakan penggambaran kerana menunggu jadual Awie selain melakukan pengubahsuaian kepada beberapa aspek filem itu agar lebih kemas," katanya.

Sementara itu, Burhanuddin berkata, Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! merupakan filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Primeworks Distribution selaku pengedar rasmi filem ini selain  sokongan penuh daripada Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam landskap teknologi.

"Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia.

Peminat-peminat Upin Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia," katanya.

Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng! yang diterbitkan secara usahasama antara Les Copaque Productions dan KRU Studios ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RED 666 at 10-7-2016 11:18 PM
katibism replied at 10-7-2016 03:24 PM
Ni nak lawan Boboiboy The Movie ker??




Filem zaiton sameon dulu tu pun terbitan en burhanuddin ni jugak dan buat pengambaran semula siap tukar pelakon pengarah bagai tapi tetap gagal di pasaran

Rasanya upin ipin movie baru ni boleh je lawan boboiboy movie sbb jenama upin ipin mmg agak besar dn sgt dikenali ramai

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 12:47 PM | Show all posts
so erma fatima yg mengarah citer neh...hmmm menarik utk dinilai besok...siap dpt dana cgi 4juta sbb tu depa kena joint venture dgn kru studios sbb dlm mesia ni kru studios salah satu syarikat yg dpt geran industri kreatif gomen hasil belanjawan 2010 selain uwei hj shaari = total rm200juta utk depa 2 neh!!

btw NOVEMBER 2016 baru kuar panggung nokss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067966 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list