CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CikPuanMelayu

Hantu Kolej Melayu - Updated #65

  [Copy link]
Post time 21-4-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite midnight train nie leh buat movie ah. Seronok bace.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 05:25 PM | Show all posts
aikk....feuersturm, kita satu batch ke??
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:56 AM | Show all posts
Smudger replied at 3-5-2016 05:25 PM
aikk....feuersturm, kita satu batch ke??

eh yeke, cuba taruk no dobi sikit tgk same batch ke tak haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:59 AM | Show all posts
berhantu ker..
wapun org sana x pernah lak dengar crita2 mcam ni
time sekolah dulu pernah kwn dgn budak MCKK tp x de pulak dia citer benda2 ni
maybe ada citer lain yg lg best..x sempat dia nak citer kut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay tune...

Next story : SWIMMING POOL BERDARAH
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:15 AM | Show all posts
menunggu CPM..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cekgushilla at 15-5-2016 02:08 PM
CikPuanMelayu replied at 14-4-2016 11:16 PM
KAK RAMLAH - THE UNWELCOME PASSER-BY (FINALE)


OMG !!!!!!! My brother dlu budak MC jugak 90-94' dia pon prnah ceritah pasal this ramlah . I cant remember the story but never forget the name      every time dia balik lg msti cerita hantu smpai i tkut nk masuk sekolah asrama. Tgk2 form 1 i dapt masuk st george's girl school kt penang sama haunted je cm mckk hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 03:29 PM | Show all posts
kelas kauuu TT citer antu bahase inggerishhhh haha.. mementang antu MC huhui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 06:01 PM | Show all posts
CikPuanMelayu replied at 13-4-2016 08:28 PM
THE MISTERY OF THE MIDNIGHT TRAIN (PART 2)

CPM....

xde versi bahasa melayu ke crita ni..
akak bkn apa..xseram kalo baca bahasa omputih ni...hehe...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2016 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah apa2 CPM dok stay tune tapi tak de cerita cousin sendu CPM tu tak hantar2 cerita :

Basic cerita tu yg dia pernah cerita kat CPM..


Ada satu kawasan yg macam swimming pool keluasan sizenya. Tak ada air pun. Tapi malam2 akan dengar macam air penuh berkocak2 dalam pool tu. And bila jenguk air tu adalah darah. Kisahnya lubang tu dulu adalah tempat penyembelihan askar2 jepun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2016 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 15-5-2016 01:54 PM
OMG !!!!!!! My brother dlu budak MC jugak 90-94' dia pon prnah ceritah pasal this ramlah . I can ...

Batch Rafizi la ni abang dia ni ---kata cousin CPM. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
CikPuanMelayu replied at 13-4-2016 02:33 AM
THE MISTERY OF THE MIDNIGHT TRAIN (PART 1)

Malayan Straits Times,

Hahahaha saya kenal penulis sebenar cerita ini... Dan cerita ini telah ditulis dalam majalah koleq...  Rajin awak type balik satu2 heheheh...  Anyway penulis sebenar kata tq share
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Meh nak sambung lagi thread ni.. Berabuk sikit.. Tp tak pe nak perturunkan cerita dgn lelain..

----------------------------------------------------------------
Kali ni nak cerita pasal tandas asrama prep school. Asrama tingkatan 1. Shape asrama ni dalam bentuk L. Dan sebelahnya ialah blok dewan makan,bilik air dan tandas.

Alkisah berlaku pada salah sorang rakan kami masa form 1.

Ceritanya suatu pagi tu dia bangun macam biasa. Dia tengok kawan2 lain semua sedang bersiap. Ada yang dahsiap mandi dan ada yang baru bangun tidur. So, dia pun bangun, tukar short, capai gayung bawah katil (berisi berus gigi dan sabun), capai tuala dan berjalan ke bilik air.

Dalam bilik air pun sama riuh rendah budak2 sedang mandi. Ada juga yang sedang beratur depan shower. Susunatur bilik air adalah,selepas pintumasuk, sebelah kiri adalah deretanshower. Dipisahkan tembok tinggi denganderetan sinki. Di tengah2nya sebuah kolah panjang. Kemudian deretansinki dan tembok kedua yang memisahkan deretan tandas di penghujung bilik air.

Masa tu suasana riuh dengan budak2. Ada yang sedang memberus gigi dan ada yang sedang mandi di kolah.Dia pun sangkut tuala pada tembok. Letakkan berus gigi ubat gigi dan sabun pada sinki. Dan join kawan2 lain mandi di kolah.

Dia pun hayunkanlah gayung dia nak cedok air dari kolah panjang tu. Demi tersentuh je gayung tu ke permukaan air kolah, tiba2 semua orang sekeliling dia lenyap camtu aje. Suasana riuh tadi terus sunyi sepi. Dan air di permukaan kolah tu beralunperlahan seolah2 baru disentuh.

Kawan kami pun apalagi. Terus angkat kaki. Sempat pulak dia capai tuala dan barang2 atas sinki tu sebelum berlari balik ke bilik. Sampai kat bilik pun sama. Semua orang masih tidur.Sambil berlari ke katil, dilemparnya gayung bawah katil dan dia terus masuk balik dalam kelambu. Nasib baik takde yang pelik2 lepas tu dan dia tertidur.

Besoknya lepas bangun dia pastikan dia tengok jam dahulu dan tegur rakan2 sebelah sebelum ke bilikair. Nasib baik tu sekali je dia pernah terkena.

Cerita ni dia tak cerita pun pada sapa2 sehinggalah kami habis form 5.Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
buntalz replied at 15-7-2020 03:01 AM
Meh nak sambung lagi thread ni.. Berabuk sikit.. Tp tak pe nak perturunkan cerita dgn lelain..

- ...

Takde lagi ke? Suramlah bod mps tkde cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 19-7-2020 03:52 PM
Takde lagi ke? Suramlah bod mps tkde cerita baru

Hehehe ada lagik...
Tunggu ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
buntalz replied at 22-7-2020 01:08 AM
Hehehe ada lagik...
Tunggu ye

Sambunglah buntalz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by buntalz at 27-7-2020 01:23 PM

Venue: Tingkat 2,West Wing
Time: 11.30am (just after lights off)
Date: Minggu pertama awal persekolahan

Kree dan Benoit sedang berborak2. Katil mereka kebetulan sebelah menyebelah.Oleh kerana sudah waktu lights off, mereka berborak dengan suara yang perlahan..

Tiba2 bilik dormitorimereka terang benderang. Rupa2nya Pengawas Bertugas yang menyalakan lampu bilik.

Kemudian, warden bertugas malam itu, Encik T pun masuk membuat rondaan bilik. Dengan diiringi seorang lagi Pengawas Bertugas (ada 2 orangPengawas Bertugas setiap malam),

Encik T berjalan perlahan2, melewati setiap katil. Apabila Encik T hampir ke katil mereka yang agak di penghujung bilik,Kreedan Benoit segera pura2 tidur.

Bilik mereka agak besar memuatkan 14 katil single. Deretan sebelah tingkap ada 8 katil, manakala deretan sebelah koridor hanya 6 katil, kerana terhad oleh 2 pintu di kiri kanan bilik. Setiap katil di selang seli dengan almari pelajar masing2. Katil Kree dan Benoit adalah deretan yang bersebelahan dengan koridor.

Setelah sampai di hujung bilik, Encik T dan Pengawas Kedua tadi keluar ke koridor melalui pintu yang satu lagi. Pengawas Pertama tadi segera memadamkan lampu bilik, sebelum segera bergerak ke bilik dormitori seterusnya.

"Adoi. Apalah warden ni.. nak ronda pun nak kena buka semua lampu ke.." Kree mengeluh.

"Kacau orang nak tidur je."

"Owh .. kau tak tahucerita ke?" Benoit bertanya.

"Cerita apa?"

"Pasal Encik T laa.."

"Kenapa dengan dia? Cerita lah ... " Kree mendesak. Dia bangun duduk di katilnya.

"Cite dia gini.." Benoit membongkarkisah lama. Dia mengambil tempat di sebelah Kree.

"Dulu, Encik T tak macam ni. Setiap kali buat rondaan dia, dia ronda sorang2 je. Bawak torch light je. Takde prefect2 yang kena follow dia. Kononnya dia suka buat surprise kat budak2 yang tak tidur lagi."

"Ooo .. habis tu kenapa sekarang.. " Kree agak tidak sabar.

"Itu lah.. kisahnya lama2 dulu. Pada satu malam, dia meronda kat West Wing ni lah. Masuk kat satu bilik ni dia perasan adasorang budak tak tidur lagi. Yang peliknya, budak tupasang lilin kat hujung katil,sambil tunduk membaca buku."

"Encik T memang tak puas hati la. Dahlah tak tidur lagi, pastu pasang lilin lak tu. Kalau nasib tak baik, boleh terbakar satu asrama ni"

"Dia pun pergi kat budak tu.Dia suluh tepat ke kepala budak tu sambil bertanya. Awak buat apa ni?"

"Lepas tu, perlahan2budak tu angkat muka pandang kat Encik T."

"Terkejut Encik T. Sebab torch light memang suluh tepatke muka budak tu. Dan dia nampak dengan jelas, budak tu tak ada muka! Flat seluruh muka. Adalah sikitlekuk dan macam bonjol kat bahagianmata dan hidung tapi kening mulut semua takde!"

"Bayangkan dia suluh tepat kat muka budak tu tapi flat je." (Flat dalam bahasa melayu bermaksud rata.)

"Besok paginya budak2 kecoh jumpa Encik T terbaring kat tennis court berhadapan WestWing. Rupa2nya dia pengsan."

"Jadi, semenjak kejadian itulah, setiap kali Encik T ronda, dia akan buka semua lampu bilik, dan dia akan bawak kedua-dua pengawas bertugas.. penangan siFlat Face"

"Flat Face .... ? Ye ke ni...?" Kree seakan2 tak percaya.

"Entah.. senior yangcerita. Ye la kut."

"Lilin tu.. pelikla.. macam susah nak percaya"

"Up to you. Dah aku nak tidur. Karang jumpa Flat Face jangan cari aku pulak", Benoit bangun dari katil Kreelantas berbaring di katilnya membelakangkan Kree sambil menarik selimut. Agak terasa dihati apabila Kree mempertikaikan cerita dia.

"Aik.. cepatnya nak tidur..." Kree bersuara tapi tidak diendahkan Benoit.

Kemudian Kree pun turut sama baring. Sebagai tanda protes, dia turut sama berbaring mengiring arah lainmenghadap ke kanan, membelakangkan Benoit. Namun, tiba2 dia terasa seram sejuk.

Di sebelah kanannya adalah katil paling hujung di bilik tersebut, terletak bersebelahan pintu masuk. Dan, dalam samar2 cahaya lampu koridor di luar, dia dapat melihat ada susuk tubuh sedang berbaring di situ.

"Ahh sudah..." getus hatinya. Setahu Kree empunyakatil itu, kawannya sedang bercuti sakit di kampung. Jadi siapa pula yang sedang baring di situ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 24-7-2020 04:43 PM
Sambunglah buntalz...

Dah disambung... Harap benang ni tak lah sunyi...

Psttt MOD kasik lah tacang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2020 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
buntalz replied at 25-7-2020 01:31 PM
Dah disambung... Harap benang ni tak lah sunyi...

Psttt MOD kasik lah tacang sikit

thanks buntalz sambung cerita 4 thn lps hehe story la lagi.. mod pun pls tabur la tacang
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by buntalz at 27-7-2020 01:24 PM

Part 2

Dia memejamkan matanya rapat2. Ditariknya selimut menyelubungi seluruh muka danbadan. Perlahan2 dia berkalih ke arah sebelah kirinya pula menghadap Benoit.Tidak sanggup dia menghadap benda misteri tersebut.

"Benoit.. Benoit..!" Dia memanggil Benoit perlahan. Tiada sahutan.

"Benoit.. tolong aku.." Dia memanggil lagi.
Masih tiada sahutan.

Kree cuba mengintai di sebalik selimut. Diturunkannya selimut perlahan2 dari menutupi mukanya.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila dilihatnya benda tersebut berada betul2 di hadapanmukanya! Seolah2 benda itusedang duduk mencangkung, muka mereka bertentangan dalam jarak satu kaki sahaja.

Kree dapat melihat dengan jelasmuka tanpa wajahtersebut. Tiada mata, tiada hidung mahupun mulut!

Kree cuba menjerit tapi suaranya seolah2 tersekat di kerongkong. Matanya terus memandang tepat ke arah muka benda tersebut. Dia menggigil ketakutan. Dia cuba bergerak tapi seluruh anggotanya seolah2 kaku.

Tiba2 benda tersebutbergerak menghampirinya. Menghampiri mukanya sebenarnya. Semakin dekat dan semakin dekat.

Kree merasakan nafasnya sesak. Muka tanpa wajah tersebut kini berada beberapa inci sahajadari mukanya. Dan... Kree terus pengsan!

Besoknya seluruh asrama gempar apabila Kree dijumpai terbaring di tengah2 tennis court. Setelah sedar dia ridak mampu bercakap banyak.Kree didapatidemam dan dihantar pulang bercuti sakit. Bagi yang tidak tahu kisah sebenar, tertanya tanya, bagaimana Kree boleh berada dalam court tennis sedangkan pagar court berkunci! Hanya Benoit yang dapat mengagak apa yang berlaku apabila perkataan pertama yang muncul dari mulut Kree setelah sedar adalah, Flat Face!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066626 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list