CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3453|Reply: 12

Nota Mama buat Anakku - Sayangilah ayah, abah, papa, daddy mu

[Copy link]
Post time 14-4-2016 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CrowneGlory at 14-4-2016 01:07 PM





Anakku…

Semakin meningkat umurmu, mama dapat merasakan kita semakin akrab. Semakin banyak kisah yang kita kongsikan bersama. Namun, acap kali mama minta agar kamu bercerita juga dengan papa, tapi kamu menolak.


Anakku…

Mama suka jika anak lelaki lebih rapat dengan bapanya. Banyak perkara boleh kamu boleh kongsi dengan papa. Papa bukan garang, cuma papa mungkin sukar nak tunjukkan perasaan sayangnya pada kamu.

Tapi, papa kan selalu bergurau dengan kamu dan adik-adik. Mama pula lebih tempat mencurah rasa.


Anakku,

Kalau kamu nak tahu, masa lahir, papa yang sentiasa menemani mama sehinggalah mama melahirkan kamu. Papa menunggu dengan penuh kesabaran di luar bilik bersalin.

Papa menunggu dalam debar bersama dua orang lagi suami yang menunggu isteri masing-masing yang lebih awal masuk daripada mama namun masih belum keluar. Setelah beberapa minit, Alhamdulillah mama selamat bersalin dan keluar untuk ditempatkan di wad biasa.
Senyuman papa memekar sebaik sahaja terlihat wajah mama… dan bayi yang baru dilahirkan. Putih merah. Hilang sudah debaran papa, tidak ketahuan keresahan dua orang lagi suami yang masih menanti isteri mereka sejak sekian lama. Tanpa berlengah, papa mengazankan dalam kesyahduan di telinga kanan kamu. Mama sebak.


Anakku,

Jika sesekali mama terlihat kamu meninggi suara dengan papa, mama terkesan. Tahukah kamu, papa adakala tidak mempamerkan kasih sayangnya seperti mama.
Tapi, ketahuilah bahawa papa amat-amat sayangkan kamu. Ketika kamu kecil, papa akan berikan apa saja yang kamu minta. Papa suka bermain bola sepak dan badminton, serta meronda keliling taman dengan motor.

Papa juga akan bangun tengah malam untuk buatkan susu kamu sebab papa tahu mama kepenatan. Papa juga sering menyebelahi kamu andai ada perkara yang mama tegur.


Anakku,

Perasan tak yang papa akan peluk bahu kamu ketika berjalan. Adakala papa akan tunjukkan cara cium pipi yang betul (walhal papa memang betul-betul nak cium kamu!). Sebenarnya, dalam hati papa ada ‘taman’.

Papa seorang yang penyayang. Pernah mama melihat papa mengalirkan air mata ketika bercerita tentang anak saudaranya yang sekian lama dilihat di depan mata, terpaksa dihantar ke kampung menetap bersama orang lain. Ya, itulah papa!


Anakku…

Sungguh, ketika hari kedua persekolahan, kamu di dalam tahun satu, papa kamu akan menuruti kamu dari kejauhan. Papa sanggup memerhati kamu, memastikan yang kamu tahu ke mana hala untuk menuju ke kantin, tahu di mana nak menunggu Pakcik Rosli yang akan menjemput kamu dan kawan-kawan menaiki bas sekolahnya.
Dan bagaimana papa terlihat kamu menangis di sekolah kerana pakaian dan kasut sekolah basah terkena air hujan.

Usah menangis sayang… Percayalah! Papa tetap sayangkan kamu dan akan menjaga kamu dengan penuh kasih sayang andai mama menutup mata terlebih dahulu.

#sayangilahbapasebelumterlewat








**sob...sob...terus teringat arwah abah...betulla kerana rapat dgn ibu seorg anak terlepas pandang betapa sayangnya bapa kepada mereka so tugas ibu utk buat dorg sedar...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2016 12:08 PM | Show all posts
Hmm teringat laki aku yg memg mlm2 bgn tidor buat susu n salin lampin anak..aku kata aku penat bwk 9bln dgn sakit beranak..haahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 12:09 PM | Show all posts
al-fatihah untuk arwah ayah & arwah atok
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang papa ku juga..buat somiku kamu   bakal jadi papa ga lama lagi..ga sabar mau punya baby..hidup kita akan bahagia selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Trisna pun sebuk nak besajakk
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:10 PM | Show all posts
time hari bapa puji melambung2..

berapa kerat bapa yg berperanan sebagai bapa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2016 11:08 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 14-4-2016 09:10 PM
time hari bapa puji melambung2..

berapa kerat bapa yg berperanan sebagai bapa..

Kalau ye bapa tak jaga awak, tak payah nak reveal kan di sini.  Semua orang pun ada masalah. Dan bukan semua yg dedahkan kelemahan. Sebab ia tidak begitu berfaedah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:30 PM | Show all posts
ayat xhabis tu,

time hari guru puji guru melambung2..

last2 ramai juga xpuashati dengan guru..

@zorrro_03


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
NadineNajmie replied at 14-4-2016 05:33 PM
Trisna pun sebuk nak besajakk

Haha saja nadine bukan sajak luahan rasa di hatiku apa yg aku rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 11:49 AM | Show all posts
ahhh sedih ingat kat bapak sendiri. skrg dah besar bila berborak, mesti rasa cam x puas2 sebab banyak sangat nak cakap.. xtau berapa lama lagi masa yg kte ada nak spend dgn dia kat dunia nie
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 12:20 PM | Show all posts
alamak... rindu abah kat kampung.... abah mmg x pandai mesra ngan anak2... abah x banyak cakap... lagi2 ngan anak2... ingat masa zaman sekolah dulu kalau nak mintak duit kat abah, suruh mak tolong cakapkan... padahal kalau mintak sendiri lagi untung sbb kalau mintak sepuluh ringgit, abah bagi lebih... sama gak kalau mintak beli buku cerita kat mak, mak x nak layan... mak cakap nk mintak, beli makanan je... kalau mintak kat abah, dapat buku cerita kanak2 yg kulit tebal dan mahal... mak jeling je... tapi tu la... nak mintak kat abah mmg berat je mulut sbb abah x banyak cakap...abah tu npk je x mesra tapi sebenarnya sgt2 ambil berat, dan sayang anak2 dia... dah tua2 ni baru la abah ringan sikit mulut borak2 ngan anak2... nasib baik ngan cucu dia mesra... abah pun dah tak berapa sihat sgt lagi2 lepas pembedahan jantung 2 tahun lepas... mak pun sama x sekuat dulu.... rindu abah... rindu mak... x sabar tunggu esok nak balik kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 01:10 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 14-4-2016 11:30 PM
ayat xhabis tu,

time hari guru puji guru melambung2..

Ni bukan thread hari guru.  Maaflah. Saya sekadar ingatkan sesama kita.  Kalau taknak ikut tak pe lah.  Esok siaplah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 01:25 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 15-4-2016 01:10 PM
Ni bukan thread hari guru.  Maaflah. Saya sekadar ingatkan sesama kita.  Kalau taknak ikut tak pe  ...

ok mmg bkn thread hari guru,
tq atas ingatan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.288298 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list