CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2964|Reply: 7

10 Tanda Awal Anda Menghidap Penyakit Buah Pinggang

[Copy link]
Post time 18-4-2016 09:02 PM | Show all posts |Read mode
10 Tanda Awal Anda Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Haqimie12 Jan 2016, 10:49 AM

Sihat
View 61,929 : Today 2,855



Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?


Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

1. Kekerapan pembuangan air kencing
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Mengalami keletihan yang melampau
Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.

4. Mengalami kegatalan yang teruk
Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah
Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa
Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala
Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kaedah mencegah penyakit ginjal
  • Jalani pemeriksaan ginjal.
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
  • Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tringat sorang kawan ckp dulu..penyakit buah  pinggang ni penyakit org2 kaya..mksud kos rawatan tu mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:36 AM | Show all posts
aku ade simptom2 nih. x lama dah kot nak idup. nak pergi check up lah. biar kasi confirm betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 02:45 PM | Show all posts
Sebab tu ada eloknya jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali untuk mengetahui tahap kesihatan kita.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 03:01 PM | Show all posts
masa sekolah rendah aku pernah nak dapat sakit buah pinggang nie...
Kaki dgn muka bengkak...air kencing bercampur dgn darah..
kena tahan wad seminggu...tak bole makan garam langsung...
Kalau ada orang datang melawat bawa biskut, nurse akan check ramuan biskut tu ada garam ke tak...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
takutnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2016 01:04 AM | Show all posts
zameyla replied at 19-4-2016 03:01 PM
masa sekolah rendah aku pernah nak dapat sakit buah pinggang nie...
Kaki dgn muka bengkak...air ken ...

Tak faham maksud sis ''Pernah nak dapat?''
Jadi sekarang dah dewasa, sis ada sakit buah pinggang lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 11:56 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 21-4-2016 01:04 AM
Tak faham maksud sis ''Pernah nak dapat?''
Jadi sekarang dah dewasa, sis ada sakit buah pinggang  ...

owhh...dia tak kronik lg...baru tanda2..

sekarang nie dh sihat walafiat dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.082371 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list