CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3635|Reply: 10

Tanpa kad kuasa, serbuan Jais tanpa izin atasan, dakwa pelakon

[Copy link]
Post time 19-4-2016 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Tanpa kad kuasa, serbuan Jais tanpa izin atasan, dakwa pelakon
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK











Rumah keluarga pelakon Faye Kusairi diserbu Jais pada awal pagi 10 April lalu, kononnya beliau berkhalwat dengan suami orang di situ. — Foto ihsan Instagram/Faye KusairiKUALA LUMPUR, 19 April ― Pelakon Faye Kusairi mendakwa serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di rumah keluarganya 10 April lalu tidak mendapat kebenaran pegawai atasan.

Beliau, yang menjadi sasaran serbuan itu, berkata maklumat itu antara pengakuan yang dibuat seorang pegawai Jais dalam satu pertemuannya dengan jabatan itu minggu lalu.  

“Bila saya mesyuarat dengan penolong pengarah, dia cakap ketua unit ada telefon, dia beritahu tidak boleh pecah masuk [rumah] tetapi mereka pecah masuk juga.

“Macam mana ini? Tidakkah tindakan itu macam penceroboh?” kata Faye, nama popular Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, ketika dihubungi ProjekMMO semalam.



“Saya kecewa Jais tidak cakap apa-apa. Mereka tidak mahu minta maaf dan nyatakan sebab mengapa.

“Hendak jumpa di mahkamah terus boleh, saya boleh buat [saman] tetapi saya beri peluang sebab mereka bukan badan calang-calang.”

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi, Jais menyerbu unit kondominium dupleks keluarganya di Bukit Antarabangsa dekat sini selepas menerima aduan bahawa pelakon itu berkhalwat.

Pelakon itu bagaimanapun tiada di situ kerana tinggal di rumah lain bersama rakan.



Faye, 29, juga mendakwa serbuan penguatkuasa Jais tidak bersama pegawai polis malah kakitangan jabatan itu yang hadir tidak menunjukkan kad kuasa mereka.

Kata pelakon drama “Pujaan Hati Umi” lagi, selepas memotong di jeriji pintu kediaman berkenaan dan masuk rumah, kakitangan Jais terus mencari dirinya dan pasangan.

“Mereka masuk bilik adik saya. Adik saya tanya ‘siapa ini’? Mereka kata ‘kami Jais, nak cari Faye dengan laki orang’.

“Apa etika kerja mereka ini? SOP langgar, bila sudah jadi macam ini, kata ‘no komen’, gila ke apa?” katanya, yang pernah juga berlakon drama “Istikharah Cinta”.



“Tidak ada pihak polis, tidak ada pas, tidak ada baju jabatan, tidak tunjuk kad kuasa pada ayah saya. Main serbu macam itu. Sudahlah serbu, pecah masuk rumah.”

Pelakon drama “Aku Isterinya” itu berkata walaupun insiden itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerjaya sebagai anak seni, namun apa yang lebih penting nama baik keluarganya.

“Benda ini cemar nama keluarga saya. Saya lagi peduli maruah keluarga saya sebab kerja saya sebagai anak perempuan [kena] jaga martabat keluarga saya,” kata Faye lagi.

“Bila jadi macam ini, orang memang berniat jahat nak burukkan nama saya atau kenakan saya. Secara tak langsung mereka sudah burukkan nama keluarga saya, itu saya tak dapat terima.”

ProjekMMO menghubungi Jais semalam untuk mendapat penjelasan lanjut isu ini, namun seorang pegawai berkata jabatan itu enggan mengulas buat masa ini.


  at:http://www.themalaymailonline.co ... thash.qiwbOtnb.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2016 08:36 PM | Show all posts

Norhayati Kaprawi




Amalan 'Serbuan Khalwat' jabatan agama sebaiknya dihentikan bagi menghindari penganiayaan sebegini. Ia juga bagi mengelak dari orang awam diperdaya bulat-bulat oleh perompak atau perogol yang menyamar jadi pegawai agama untuk masuk sesukat hati ke rumah orang, terutama rumah wanita, atau bilik hotel wanita.
Terutama dengan zaman yang penuh jenayah seperti ini, adalah sangat merbahaya membuka pintu rumah atau pintu bilik hotel, terutamanya di tengah2 malam buta, untuk membenarkan orang yang tidak dikenali untuk masuk ke rumah. Apatah lagi jika penguatkuasa tidak memakai pakaian seragam.
Pegawai agama dan orang awam harus faham antara perbezaan 'jenayah terhadap negara' dengan 'jenayah peribadi' atau 'maksiat peribadi'. 'Crime against the state' termasuklah membunuh orang, merompak, merogol, rasuah, penyalah gunaan kuasa dan sebagainya. Manakala 'personal sin' ataupun 'dosa peribadi' atau 'maksiat peribadi' pula ialah kesalahan peribadi yang tidak melibatkan kemerbahayaan nyawa atau fizikal pada anggota masyarakat yang lain. Pada saya, sangatlah melampau jika cara siasatan terhadap 'maksiat peribadi' sehingga nak pecah pintu masuk rumah orang seperti gergaji grill dan pecahkan mangga pintu rumah orang. Kemudian, masuk ke bilik-bilik tidur rumah orang. Kalau suami isteri sedang melakukan hubungan seks bagaimana? Kalau perempuan tidur pakaian terselak bagaimana? Kalau orang mati heart attack sebab terkejut bagaimana?
Saya dah kongsi sebelum ini, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah ar Rasyidin pun tak pernah perintah orang untuk skodeng rumah orang dengan niat nak dedahkan maksiat peribadi orang.
Selain dari orang awam boleh terdedah pada bahaya nyawa dan fizikal, serbuan khalwat yang salah seperti kes di berita ini, juga mencemarkan maruah dan reputasi penghuni rumah/ penghuni bilik hotel. Ia kerana, tindakan mereka boleh membuatkan jiran tetangga memandang serong pada mereka.
Wan Saiful Wan Jan pernah alami diserbu oleh skuad pencegah khalwat semasa beliau dan ibunya menginap di sebuah hotel.
Saya dah kongsi dah hari tu dan kali ini, saya kongsi sekali lagi.
Jabatan agama kena ingat yang dalam Islam, 'Skuad Khalwat' atau orang-orang yang sesuka hati nak mengesyak atau menuduh orang berzina atau melakukan maksiat itu pun - kalau mereka tak betul, mereka sendiri boleh dihukum. Sebagai contoh, bagi yang menuduh zina tapi tak dapat membuktikan tuduhan mereka kerana tidak memenuhi syarat-syarat pembuktian, maka 'si pencegah-pencegah maksiat' itu pun boleh dikenakan hukuman 80 kali sebatan, iaini dikenakan hukuman qazaf.
Hukuman qazaf ini adalah bagi melindungi orang awam atau sesiap jua dari suka-suka hati diituduh dan dicemarkan maruah dan martabat mereka oleh si penuduh, termasuklah oleh pihak berkuasa.
Jadi, Islam sangat mementingkan agar rakyat tidak dituduh sesuka hati dan si 'pencegah maksiat' juga Tuhan bagi warning untuk tidak menuduh orang dan mencemarkan maruah rakyat sesuka hati, hinggakan kalau mereka gagal membuktikan tuduhan mereka, mereka sendiri yang akan dikenakan hukuman berat.
Pihak berkuasa agama juga harus ingat bahawa dalam al Maqasid Shariah, perlindungan atau penjagaan maruah atau martabat manusia adalah antara prinsip-prinsip asas Shariah.
Jadi, janganlah sampai dalam katanya nak laksanakan Islam, tapi mereka sendiri tidak ikut cara Islam.




Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 08:59 PM | Show all posts
ghairah sangat nak serbu tangkap khalwat

akak pernah tengok orang tangkap khalwat di melaka

4wheel drive hitam dengan 2 ketul saga

timing agak silap masa tu

sebab masa tu ulat bulu belum naik daun jadi tak banyak pasangan berjaya di berkas

banyak yang di beri amaran
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ka klu ada org nk report pasal khalwat ni, pegawai pjbt agama tu akan amek detail org yg report tu mcm nama penuh n hp nombor?

Ni yg pegawai pjbt agama yg gtau masa iols g kursus..depa kata klu pereport tu xmau bg personal detail dia,depa xakan bt serbuan..sbb xmau jd kes naya mcm ni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Main serbu macam penyamun..selayaknya kena kutuk..bukan SOP jais ni diorang siasat dulu ke baru serbu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 11:02 PM | Show all posts
kalau bab menangkap yang ini memang gelojoh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2016 01:05 AM | Show all posts
i teringat masa i umur 17thn saja melepak dgn kwn2 kat teluk chempedak jam 12 tghhari.. masa tu melepak sambil berborak dgn geng tuisyen SPM berkumpulan (laki ppuan bercampur) ada yg ambil kesempatan berdating kt pantai (teluk tongkang).. so i kebetulan dahaga nak taknak kena laa jungle walk sikit ke pantai TC lebih kurang 10-15min..otw tu i perasan ada laki 2-3org pakai walkie talkie duk roger (dgr dorg ckp ok boleh serbu sekrg) i masa tu igt nk tgkap pjenayah so i just berlalu pergi.. settle beli air i jumpa kwn2 i kena iring dgn beberapa laki dan ppuan bergerak naik truk dan black maria.. rupanya mereka dari JAIP.. nasib baik i tak diangkut, dulu mana ada phone nak info ada rush.. huhuh tak sangka tempat public pon tangkap.. bongok gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko salah k tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 08:25 AM | Show all posts
apa ler SOP JAIS ni... rumah family beb.. ada mak bapak dia dlm rumah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 10:11 AM | Show all posts
sian jais kena klentong bulat2 dgn pengadu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 12:25 PM | Show all posts
"Bini" laki orang tu ada kabel kuat dgn JAIS kot
sebab tu main serbu je tak ikut SOP.. aleh2 lakinya takde kat situ
kalau kene kat family aku memang aku saman je
diorang bayar ganti rugi tak yang potong grill tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064227 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list