CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2713|Reply: 35

[Jenayah] Apa maksudnya bila kolum LAIN2 BANGSA dihapuskan ?

 Close [Copy link]
Post time 23-4-2016 06:11 PM | Show all posts |Read mode



biarpun tegar menyedari tread ini yg akan di ban kan ,

tetapi langkah kerajaan yg memansuhkan ruangan lain2 bangsa

ini didalam borang permohonan dan hanya mengekalkan ungkapan

BANGSA MALAYSIA banyak mendatangkan pertanyaan .  biarpun isu

ini yang tidak banyak dibicarakan mungkin atas arahan yang berkuasa ,

sebenarnya hanya akan merugikan bangsa melayu yang selama ini

masih berpegang kepada hak2 istimewa melayu yang diberi persetujuan

sewaktu menerima kemerdekaan dari pehak British berkaitan penerimaan

kedatangan kaum2 lain seperti cina dan juga india dan sebagainya .  kini melayu

tidak lagi menjadi ketuanan ,  sebaliknya telah menjadi sama seperti lain2 bangsa .

soalnya bagaimana pula kesefaman yang ada didalam PERLEMBAGAAN NEGARA yg jelas

selama ini memberikan keitimewaan kepada bangsa melayu .


secara sedar tidak sedar ,  ini merupakan satu permulaan samarata biarpun daripada

satu kepulauan melayu asalnya ..  malaysia kini telah berjya di maaysiankan .

soalnya kemana perginya pemikir2 melayu ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bila pulak ruangan bangsa dimansuhkan indon oi.

Eh terpanggil indon pulak. Maafin gue dong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dess malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 06:56 PM | Show all posts
Pribumi sarawak hanya minta digantikan "dayak" pada ruangan bangsa instead of "lain lain".
itu jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 06:58 PM | Show all posts
tak faham apa masalah tt macam mana nak tolong...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2016 07:15 PM | Show all posts
Edited by dess402 at 23-4-2016 07:21 PM
Princess_Na replied at 23-4-2016 06:46 PM
Dah bila pulak ruangan bangsa dimansuhkan indon oi.

Eh terpanggil indon pulak. Maafin gue dong. ; ...




akak ni sebok dgn ruangan hiburan kott .      


fahami lah inilah cara halus yg digunakan utk hak samaratakan hak segala kaum

disini .  bukan kata irihati atau busuk bagai ..  tetapi sejarah kemasukan

lain2 bangsa ke tanah melayu yg dibawa british adalah sebagai pekerja .

jadi bila draf kemerdekaan tujuan hak2 istimewa yg sebenarnya bukan

hanya utk melayu tetapi termasuk kaum2 pribumi yg ada termasuk dayak dan

sebagainya dijamin keistimewaannya kerana faktor penduduk asal .







Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2016 07:19 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-4-2016 06:58 PM
tak faham apa masalah tt macam mana nak tolong...




perlaksanaannya nanti , segala urusan berkaitan keraaan

termasuk ic ,  surat beranak dan segalanya  tidak ada lagi

ruangan menunjukkan soal bangsa ..  tetapi hanya merujuk

malaysia atau tidak .  fasal mengenai melayu akan lenyap

sedikit demi sedikit didalam kaedahnya .



saya harap penjelasan ini memadai buat saudara




Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:21 PM | Show all posts
Apa yang aku paham,

Sebelum ini dalam borang kerajaan, dicatatkan pilihan sama ada bangsa melayu, cina, india dan lain-lain kaum.

Kaum bumiputra sabah/sarawak telah menyatakan bantahan berhubung kategori mereka diletakkan dibawah lain-lain kaum dan meminta kerajaan membuat pindaan.

Kalau x silap aku, kerajaan telah pun bersetuju membuat pindaan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2016 07:24 PM | Show all posts
perlaksanaannya nanti , segala urusan berkaitan keraaan

termasuk ic ,  surat beranak dan segalanya  tidak ada lagi

ruangan menunjukkan soal bangsa ..  tetapi hanya merujuk

malaysia atau tidak .  fasal mengenai melayu akan lenyap

sedikit demi sedikit didalam kaedahnya .

berita rasmi tentang hal ni ?

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TT tak paham kot..

Pilihan melayu, cina dan india masih kekal..

Cuma pribumi sarawak tak suka bila mereka dikategorikan sebagai "lain-lain" dan mereka nak kerajaan kategorikan mereka sebagai "dayak sarawak"..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan dayak sarawak adalah bumiputera.. jadi takyah nak gelabah hilang hak bumi bagai ye.. malu je sendiri tak paham isu sendiri bukak thread sendiri meroyan

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:29 PM | Show all posts
kemaruk replied at 23-4-2016 07:25 PM
TT tak paham kot..

Pilihan melayu, cina dan india masih kekal..

yup bengkem..

itu la yg kita paham

x tau la klu ttiba dlm 2-3 hari ni ada isu lain plak muncul...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:30 PM | Show all posts
Setahu FC ..
LAIN2 BANGSA d hapuskan merujuk kepada permintaan Sarawak

Kabinet lulus ganti rujukan mengikut suku kaum dalam dokumen rasmi kerajaan berkuat kuasa serta-merta: TPM

Oleh Jessica Jawing //

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penggunaan ‘lain-lain’ yang merujuk kepada Bumiputera Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan serta-merta.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat sebelum ini dan telah diluluskan baru-baru ini.

Kabinet telah meluluskan untuk mengganti ‘lain-lain’ dalam dokumen rasmi kerajaan kepada mengikut suku kaum yang telah dipersetujui Jemaah Menteri.

Saya telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pengarah JPN Negeri untuk melaksanakan perkara ini dengan segera agar rakyat Sarawak tidak menggunakan kategori ‘lain-lain’ lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Samarahan yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di pekarangan tempat letak kereta Dewan Suarah Samarahan di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, keputusan Jemaah Menteri itu adalah kerana kerajaan persekutuan menyedari bahawa ia adalah permintaan paling dekat dengan rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri dan diperjuangkan menteri-menteri dari Sarawak dalam kabinet persekutuan.

Sementara itu, dalam hal berkaitan imigresen dan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pekerja asing, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan menghormati Akta Imigresen kerajaan negeri dan tindakan yang ingin dilaksanakan.

“Walaupun kita mempunyai perbezaan (akta) tetapi Jabatan Imigresen khasnya Kementerian Dalam Negeri akan memberi dukungan kepada setiap dasar yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri termasuk memantau, menyekat dan meletakkan tanggungjawab untuk menghantar balik PATI,” jelasnya.

Malah, katanya, beliau akan membantu menyampaikan permohonan lain Sarawak secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk undang-undang yang dipersetujui dipegang dan dilaksanakan kerajaan negeri.

“Perkara ini harus dihormati dan ia bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga perjanjian sedia ada yang harus dilihat semula dan kita bersedia mempertimbangkan permohonan atau pindaan dipohon kerajaan negeri.

“Saya sendiri akan membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan perakuan ini,” tegasnya.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan bukan sahaja melantik menteri atau timbalan menteri untuk berada di Parlimen bagi menyuarakan hasrat rakyat negeri ini, tetapi meneliti permintaan yang telah dikemukakan kerajaan negeri melalui menteri atau Ahli Parlimennya.

Wakil Sarawak di Dewan Rakyat, kata beliau, telah menyuarakan hasrat dan suara hati rakyat Sarawak untuk diterjemah dalam bentuk pelaksanaan berbanding wakil dari parti lain, yang hanya pandai membuat aduan tanpa membawa pembangunan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2016 07:24 PM
berita rasmi tentang hal ni ?

Rasanya xde pon.. Cuma pure spekulasi je drpd TT
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:34 PM | Show all posts
[Jenayah] Apa maksudnya bila kolum LAIN2 BANGSA dihapuskan ?
dess402
Post time 23-4-2016 06:11 PM

bawah kategori jenayah lak tu  

@spiderman80  



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila pilih negeri kelahiran anda:
1) selangor
2) johor darul takzim
3) pulau pinang
4) melaka
5) lain-lain negeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2016 07:36 PM | Show all posts
saladin780 replied at 23-4-2016 07:33 PM
Rasanya xde pon.. Cuma pure spekulasi je drpd TT
sajer ja bang

tau spekulasi jah tu
sebab dah baca tentang lain2 bangsa ni d hapuskan minggu lepas lagi



Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau borang macam kat atas tu, korang sentap tak? Negeri2 top dimasukkan dalam pilihan, tapi negeri sendu korang takde dalam list, cuma diletakkan dalam kategori lain2?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:37 PM | Show all posts
kemaruk replied at 23-4-2016 07:36 PM
Sila pilih negeri kelahiran anda:
1) selangor
2) johor darul takzim
amboi bang
kitak tuk nang nya
hahahaha rindok na nyakat urang


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 07:40 PM | Show all posts
kemaruk replied at 23-4-2016 07:37 PM
Kalau borang macam kat atas tu, korang sentap tak? Negeri2 top dimasukkan dalam pilihan, tapi negeri ...
baca ni ..
terpikir ..
orang asli kat semenanjung .. isi borang .. dier rang tanda apa ey?
kalau dan lain2 ..
kesian gak..
orang asli terpinggir dan tak d akui kewujudan mereka
sedangkan mereka orang asal d negara sendiri

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.102157 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list